Twinky Winky. Dipsy. Lala. Poo. Saya teringat zaman sekolah. Teringat kawan-kawan saya yang suka nyanyi lagu Teletubbies tu. Kawan yang paling terror nyanyi lagu tu ialah Eyja. Daripada sekolah kitorang panggil dia Teletubbies. Sebab dia pun dah macam Teletubbies. Rendah-rendah dan kecik je orangnya. Dan boleh nak kata dalam kami berlapan dialah kawan kitorang yang paling berjaya dan gaji banyak sekarang ni. Dah jadi cikgu kat Sarawak kalau tak silap. Elaun tinggi tuuu. Dah jadi mak budak dah pun. Happy for her.
Masing-masing dah ada hidup sendiri. Kalau nak dikenang balik cerita zaman sekolah memang banyak kenangannya. Tapi saya dah lupa banyak. Yang paling kuat ingatan pasal sekolah cuma si Diyana tu jelah. Saya tak tahulah macam mana dia boleh ingat cerita 11-12 tahun dulu. Tapi cuba kalau saya suruh dia ingat balik formula Math ngan Akaun? Mesti fail. Sama macam saya jugak. Ternyata kekerapan ponteng kelas sewaktu subjek tersebut benar-benar membuahkan hasil.
Kadang-kadang menyesal pun ada pindah masuk sekolah teknik dulu. Sebab saya yakin kalau saya stay sekolah lama result SPM saya akan much much better daripada apa yang saya dah dapat. Kebebasan yang diperoleh waktu tu telah disalah gunakan. Akhirnya, Akaun saya fail walaupun sebenarnya saya memang dah target saya akan fail. Sebab saya tidur masa paper tu.
Kenangan untuk dikenang. Bukan untuk ditangisi.
0 comments:
Post a Comment