Ini babak daripada filem No Strings Attached. Filem romantik. Satu genre filem yang saya suka. Come on. English punya romantik lain okay. Bukan macam hindustan atau cerita kita. Asyik cerita pasal kau kaya aku miskin lepas tu mak kau tak bagi kita kawan lepas tu dia nak kawinkan kau dengan anak orang kaya yang lain sebab kita tak sedarjat. Aku bukan anak Tan Sri, aku bukan anak Datuk. Aku cuma cucu kepada atuk. Atau mungkin sebab depan nama aku takde Syed Syarifah, Tengku Tengkujah. Lepas tu kereta kau semua mewah dan mahal. Aku pakai kelisa je. Kau bos besar kat syarikat tapi aku cuma kerani atau penjaga tol atau hanya seorang penjual pisang goreng. Duh~
Filem kat atas tu memang agak terlebih romantik lah jugak. Tidak sesuai ditonton oleh insan-insan yang belum cukup umur dan belum berkahwin. Dibimbangi boleh memberikan tekanan perasaan sehingga rasa macam nak kahwin petang ni jugak. Cerita tentang keegoan seorang wanita yang cuba untuk menolak perasaan yang dia ada. Sebab takut kecewa mungkin. Atau takutkan sebuah komitmen. Tapi akhirnya dia sedar dan terus cari lelaki tu balik. Lepas tu diorang bercinta lah! Tapi sebelum dia sedar tu, apa yang berlaku antara diorang tak perlulah saya cerita. Apakah nama hubungan diorang? Kau tengok sendiri. Just a simple and nice story. But enjoy to watch.
Haa takde pun cerita pasal mak kau kaya abah aku miskin? Tak payah pun nak tunjuk rumah kau ada kolam renang rumah aku cuma ada kolah bilik air? Tak perlu pun nak tayang yang kereta kau ada series kat belakang tapi aku cuma mampu tengok drama bersiri. Ini cerita tentang kasih sayang. Tak kiralah kasih sayang dengan siapa-siapa pun. Kasih sayang tak perlukan itu semua. Cukup dengan apa adanya dan bersyukur.
0 comments:
Post a Comment