Saya teringat cerita 9 tahun dulu. Berlaku pada hujung tahun 2003 kalau tak salah saya. Selepas saya menendangkan diri saya keluar daripada UiTM Arau, Perlis saya memilih untuk sambung belajar di kolej pondok biasa saja. Oleh kerana pada waktu itu umur saya sudah 20 tahun jadi saya telah menjadi gadis yang paling tua di dalam dorm. Sangat sadis~ Ini kerana kebanyakan pelajar-pelajar lain baru je habis SPM jadi semuanya pangkat adik. Hari pertama saya daftar berlenggang tak bawa apa-apa baju sebab saya dah plan untuk lari balik dan tak nak ikut orientasi. Plan saya berjaya walaupun hampir kantoi pada awalnya. Senior suruh saya ikut dia tapi saya cakap saya nak jumpa parent dulu. Takde makna nak jumpa parent sebab masa tu saya pergi daftar sorang-sorang. Saya sorok segala fail yang ada dan dengan selambanya berjalan keluar daripada kolej macam baru lepas buat lawatan sambil belajar.
Seminggu lepas tu baru saya masuk dorm. Ohh sangat sadis bila tengok keadaan masa tu. Maklumlah kolej pondok je. Dalam hati saya kata lawa lagi dorm masa sekolah teknik dulu. Saya ambil katil bawah sebab katil atas semua dah kena cop sebab ada kipas. Saya tak kisah sebab saya bukan jenis yang tahan sejuk. Masa tu saya tak tahulah apa yang tak kena dengan muka saya. Masa mula-mula tu kawan-kawan tak ramai dan cuma biasa-biasa je dengan saya. Saya pergi kelas balik kelas pergi kelas ponteng kelas. Lama kelamaan saya ada geng sendiri. Tak lama lepas tu diorang buat pengakuan pada saya yang pada awalnya diorang memang tak sukakan saya sebab saya nampak sombong. Saya nampak macam tak best. Tapi bila dah lama-lama kenal diorang kata rasa macam menyesal pulak kawan dgn saya sebab rupanya saya tak macam tu pun. Saya gila-gila, suka buat lawak bodoh dan kadang-kadang suka buli orang. Dan kadang-kadang saya buat kawan saya segan bila saya suka sergah orang tengah memancing atas jambatan Port Klang pastu pecut motor laju-laju sebab takut kena kejar.
Okay saya anggap itu semua hanya pandangan pada kali pertama sebelum kita mengenali seseorang dengan lebih rapat. Saya tak salahkan diorang. Tapi ada satu hal yang buat diorang tension dengan saya. Disebabkan diorang ni semua masih adik-adik baru lepas sekolah dan baru nak kenal dunia jadi takde sorang pun yang berani nak ponteng kelas ke apa. Tapi saya tak peduli. Saya akan memilih kelas untuk ponteng dan setiap kali saya ponteng je saya tengok mesti diorang balik awal. Lepas tu masing-masing muka stress sebab rupa-rupanya kelas batal. Hahaha instinct malas saya nak tidur dan ponteng kelas sangat mujarab. Saya boleh jadi ahli nujum.
Macam tu lah yang jadi kalau kita tak kenal orang kan. Hari pertama atau kali pertama jumpa seseorang je kita dah buat macam-macam andaian pada orang tu. Orang selalu kata saya sombong dan muka ketat tapi sebenarnya saya tak macam tu pun. Saya rasa itu normal bagi orang yang kita tak kenal atau pertama kali jumpa. Penyesuaian diri yang baik dengan persekitaran atau manusia sekeliling bukan dimiliki oleh semua orang. Bukan semua orang bersikap peramah dan mudah bergaul. Itulah gunanya proses mengenali. Apa juga sikap dan perangai dia selepas itu kita nilai kemudian. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengenali terlebih dahulu dan bukan membuat penilaian melulu.
0 comments:
Post a Comment