Nuffnang Ads

Monday, July 11, 2011

Buku Pink Saya

Hari ni saya pergi Klinik Kesihatan Ulu Langat. Dah 3 bulan lebih tapi baru terhegeh-hegeh nak buat buku pink. Seronoknya tengok kaler pink tu. Saya terbayangkan baby girl. Walaupun sebenarnya takde beza pun sebab semua orang memang dapat buku kaler pink. Tak kira! Saya nak bayangkan baby girl jugak.

Seawal 7.15 pagi saya dah ada depan klinik tu. Eh kosong takde orang? Saya yang salah hari atau klinik yang tak bukak lagi? Bila saya tengok rupanya waktu operasi pukul 8.00 pagi. Pelik sangat pelik. Kenapa klinik tu tak start pukul 7.30 pagi macam Klinik Kesihatan Sekinchan, Pendamaran, Bukit Kuda? Mungkin orang tak ramai agaknya. Ish tapi saya nak pelik jugak. Diorang takde yang ambik WP1 ke? WP tu stand untuk Waktu Peringkat. Ada WP1 untuk 7.30pagi - 4.30 petang. Ada WP2 untuk 8.00 pagi - 5.00 petang dan WP3 untuk 8.30 pagi - 5.30 petang. Waktu ni cuma untuk pejabat kerajaan je. Disebabkan lama lagi akhirnya kitorang pergi sarapan dulu dan dah dekat pukul 8.00 pagi baru datang balik. Saya dapat giliran nombor 7. Ala kenapa tak nombor 8?

Pengalaman pertama. Macam-macam soalan ditanya bila pelatih kat situ nak isi buku pink saya. Lepas tu saya pun kena jugak lah macam ibu-ibu mengandung yang lain kena. Ambik darah (tak terkira banyaknya Selawat dan Bismillah yang saya baca..jarum dia besar lah!). Ada urine test, timbang berat, ukur tinggi, scan perut dan lain-lain. Saya jugak dinasihatkan untuk banyakkan minum air dan makan sayur dan buah-buahan. Saya sangat nak melompat bila tengok scan baby tu. Bentuk baby lagi jelas daripada yang klinik Shah Alam minggu lepas. Bukan main lagi dia main gelongsor dalam rumah dia tu. Bergerak-gerak tak nak duk diam. Lepas tu siap pandang ke arah kitorg masa doktor tu main-main alat tu kat perut saya. Mesti dia cakap 'apa kacau-kacau orang nak tido nih??' Memang sangat jelas tengkorak muka dia memandang ke arah kitorang waktu tu bila print out gambar scan. Okay sekarang saya dah boleh tarik nafas lega sebab dah buat buku pink tu. Next appoinment saya pada 8 Ogos 2011. Teruja! Teruja! Teruja!

Saya tetap bersyukur pada Allah dalam mendalami rasa keterujaan tu.

0 comments: