Nuffnang Ads

Monday, July 11, 2011

Kuning Mata Hitamku


Saya tak pernah nak bercerita tentang politik. Baik politik di negara kita apa lagi negara luar. Saya tak berminat dan tak nak ambik tahu pun. Kalau ada pun sikit-sikit jelah. Taklah sampai terlalu fanatik atau berlebih-lebih. Macam sesetengah rakyat di negara kita ni. 

Saya tak punya ilmu yang banyak untuk bercerita tentang perhimpunan Bersih yang baru lepas tu. Saya kurang berpengetahuan tentang hal-hal yang berkenaan. Berlangsung pada hari Sabtu, 9 Julai 2011. Tapi saya suka nak bercerita tentang kesan-kesan yang berlaku bila perhimpunan tu berlaku. Sama ada kesan yang baik atau buruk semua tu kita boleh lihat dan nilai sendiri. Lain orang lain pendapat dan pandangannya.

Sebenarnya kalau ikutkan saya tak pernah kisah pun diorang nak buat perhimpunan ke perbarisan ke perarakan ke apa. Tapi! Bukan sampai menyusahkan orang lain. Bukan sampai mengganggu hak pengguna. Bukan sampai menggugat keharmonian rakyat. Tapi kalau dah sampai menyusahkan orang memang boleh bikin panaslah kan. Semua jalan nak ditutup. Lepas tu road block sana sini. Jalan sesak situ sinun sampaikan public transport pun jadi jem. Padahal hari tu hari Sabtu. Hari yang santai sepatutnya. Kesian orang yang bekerja hari Sabtu lepas. Mesti stress dengan keadaan tu. Tu tak kira lagi dengan kerugian bisnes-bisnes kat jalan-jalan yang terlibat. Semua kedai kena tutup disebabkan perhimpunan tu. Pelancong-pelancong pun takut nak datang Malaysia. Ada kemungkinan keadaan ni mengambil masa 6-12 bulan untuk kembali pulih seperti biasa. Mungkin pelancong-pelancong tu dah didedahkan dengan berita-berita negatif tentang negara kita. Tak bolehlah nak salahkan diorang kalau terlalu mudah percaya dengan cerita macam tu. Tapi salahkanlah diri sendiri. Sebab dah banyak menyusahkan orang lain.

Saya cuma mengikut perkembangan perhimpunan tu melalui tv je. Terkejut jugaklah bila tengok seramai macam tu sanggup berarak sepanjang jalan. Tu pun lagi satu. Nak berarak ke apa ke buatlah tapi tak perlulah nak tunjuk isyarat lucah depan tv. Tak perlulah nak terpekik-pekik mengilai macam langsuir cakap ntah apa-apa. Tak kira tua ke muda ke. Dah tua dan beruban pun ada. Tak penat ke? Lebih baik duduk rumah makan cekodok udang lagi bagus.

Kuning ke biru ke merah ke putih ke. Itulah warna-warna Malaysia.

0 comments: