Nuffnang Ads

Friday, July 1, 2011

Bila Labah-Labah Membesarkan Sarangnya

Google baru saja melancarkan satu laman web social networking. Dicipta untuk menyaingi laman web Facebook yang dah jadi laman web teratas sekali paling popular daripada senarai laman web yang lain.

Sayalah orang pertama yang akan bangkang kalau diberikan pilihan. Serius saya akan bangkang. Sebab pada saya dah cukuplah dengan laman web yang ada sekarang ni. Dah terlalu banyak. Laman web yang ada pun dah cukup membuatkan hidup manusia porak peranda. Dah cukup mengakibatkan segelintir manusia lupa diri, lupa daratan, lupa lautan. Dah cukup menyebabkan ramai girlfriend boyfriend, tunang, suami isteri bergaduh sampai ada yang putus, berpisah dan bercerai berai.

Menyalahkan laman web tu 100% bukan tujuannya. Tapi puncanya selain daripada social networking ni, diri sendiri yang tak boleh nak mengawal perasaan dan nafsu pun boleh jadi sebab. Masing-masing menjadi pendorong. Laman web menjadi pendorong untuk berkawan dan daripada berkawan boleh bertukar menjadi hubungan yang serius dan seterusnya membuatkan mereka yang berkenaan lupa anak, isteri, suami, tunang dan lain-lain. Diri sendiri yang kena kuat. Kena kuat untuk melawan nafsu. Kena kuat untuk mengubah diri. Hari ni kita buat orang, esok lusa orang akan balas kat kita balik. Bumi ni berpusing kan? Dunia balas dunia je sekarang.

Ini bukan cerita tentang laman web sahaja. Kerana walau berapa banyak pun laman web yang ada. Ingat, sayangi dan pertahankanlah hubungan yang kita ada.

0 comments: