Nuffnang Ads

Tuesday, July 5, 2011

Ada Apa Dengan Nora Elena II

Saya ingin menyambung entry tentang Nora Elena. Kenapa saya begitu teruja dengan statement saya bahawasanya terlalu banyakkkkkkkk perbezaan antara Seth Tan dengan lelaki sekarang.

1. Hensem, Kaya Giler, Single

Seth Tan

Giler kau Aaron Aziz tak hensem? Saya memang minat dengan dia daripada dulu lagi. Saya sangat kagum dengan kesetiaan dia pada isteri dia. Pernah kita dengar gosip buruk pasal dia? Tak pernah weh. Dia sangat romantik dengan isteri dia tau. Pada saya itu tandanya dia betul-betul ikhlas mencari rezeki dan menjadikan isteri dan anak-anak sebagai perisai untuk melawan segala godaan dunia. Eh lari topik pulak. Okay macam tak percaya je lelaki sekarang yang hensem lepas tu kaya tapi boleh bertahan selama 10 tahun tanpa seorang girlfriend pun. Ohh sangat tak logik. Macam tu punya setia sampai hati tak terbukak langsung. Ohhh saya nak sangat jumpa lelaki macam ni. Kalau ada.

Lelaki Sekarang

Lelaki sekarang kalau dah ada duit, jangan kata isteri. Girlfriend? Lagilah dia terus lupa. Hensem pulak tu kan. Memang mudahlah lupa diri. Takde maknanya kalau dah hensem dan kaya dia nak dok single bila nampak perempuan dia buat-buat tertido atau buat-buat gila. Kadang-kadang yang hensem tapi tak kaya pun berlagak macam bagus. Berlagak macam orang kaya. Kecuali kalau dia tak berapa hensem. Mungkin dia akan rasa rendah diri sikit tapi masih menggunakan duit untuk memikat perempuan. Apa lagi yang tak hensem tapi perasan hensem lepas tu tak kaya tapi berlagak macam banyak duit. Ah pendek kata memang tak boleh percaya lah!

2. Penyabar. Sangat penyabar.

Seth Tan

Nora Elena buat apa pun dia boleh sabar. Orang lain buat macam mana pun dia boleh relaks lagi. Masih lagi berlembut dan tak marah. Takde nak pukul-pukul ke naik tangan ke apa. Kecuali bila melibatkan hal-hal yang serius lah kan. Dia boleh sabar walaupun hilang kontrak 2 juta. Dia boleh sabar je tunggu dan cari Nora Elena selama 10 tahun. Dia boleh sabar tunggu Nora Elena terima dia sepenuhnya. Dia boleh sabar dengan karenah dan ragam isteri dia yang mengandung.

Lelaki Sekarang

Saya tak cakap takde lelaki yang penyabar sekarang ni. Ada memang ada tapi tak semua. Yang selebihnya cuma tahu nak marah. Cepat melenting. Sikit-sikit nak naik tangan. Sikit-sikit nak guna kekerasan. Tak payah tunggu 10 tahun lah. 10 minit jauh dengan isteri pun boleh contact perempuan lain. Apa lagi 10 jam, 10 hari. Ni lagi nak tunggu 10 tahun. Lagi suka skandal sana sini. Lagi penting dan manjakan perempuan lain daripada isteri sendiri. Lepas tu tak akannya lelaki sekarang boleh sabar nak tunggu isteri tu okay balik. Ada problem sikit terus cari perempuan lain. Ada problem sikit terus nak meluah perasaan kat perempuan lain. Konon cari simpatilah isteri tak pandai layan. Isteri tak reti nak jaga dia. Bukan semua jugak lelaki yang betul-betul ambil berat bila isteri mengandung. Kalau dapat suami yang jenis tak faham? Silap-silap dia boleh cakap kita ni saja nak tarik perhatian. Kita ni mengada-ngada atau terlebih manja. Abis tu kau pegi cari perhatian perempuan lain tu kau tak fikir plak yang kau tu mengada-ngada? Tak sedar diri macam takde bini?

3. Sopan Santun

Seth Tan

Berlembut je bila bercakap dengan orang. Tak kira dengan staf, client apa lagi dengan isteri dia. Sentiasa tak malu nak mengaku salah. Sentiasa tak segan nak minta maaf. Kagumnya saya bila dia sentiasa berjaya mengawal emosi dan amarah dia pada orang lain.

Lelaki Sekarang

Berlembut masa belum dapat. Berlembut kalau nak sesuatu. Berlembut kalau nak menipu. Berlembut kalau rahsia dah kantoi lepas tu nak cover diri sendiri. Tu pun kalau boleh berlembut. Kalau jenis yang tak nak mengaku salah? Tak nak mengalah? Jangan haraplah dia nak berlembut. Dah kantoi lagi nak marah-marah. Bukan reti nak minta maaf. Tak reti nak rasa bersalah dan berdosa. Takdenye nak rasa menyesal. Yang pasti lelaki sekarang memang susah nak berubah. Lembut gigi dari lidah. Lepas tu lidah bercabang. Macam ular sawa. Pembelit yang suka membelit.

4. Romantik

Seth Tan

Siapa yang tak nak lelaki romantik? Selalu bagi bunga. Selalu bagi kad. Sakit sikit kena dukung. Tertidur kat sofa kena dukung letak atas katil. Giler la kalau kau tak nak kan? Yang bunga dan kad tu kalau si Seth Tan anak tokey Tan memanglah mampu kan kalau nak bagi hari-hari pun pejam mata je. Yang dukung tu kena jugak tengok berapa kilogram berat kita. Larat ke tak suami nak dukung dari tingkat atas sampai tingkat bawah. Cakap kat telefon pun lembut dan romantik je. Hello sayanggggg.. Tak kiralah dia tengah meeting ke tengah sibuk kerja ke tengah dengan client ke. Dia tetap bermanja dan romantik dengan isteri dia. Tu tak kira lagi yang dia bergurau pasal pelangi dengan isteri dia kat Cameron Highlands. Oiii saya confirm ramai yang jeles bila tengok scene tu.

Lelaki Sekarang

Saya tahu masih ada yang romantik kat luar sana. Tapi hanya perempuan yang bertuah je yang dapat lelaki macam tu. Kenapa eh? Diorang rasa tak macho ke kalau romantik? Jatuh ke maruah diorang? Malu dengan kawan-kawan kalau diorang gelakkan? Oh come on lah. That's your wife okay. Oh kalau dengan girlfriend takde pulak rasa malu nak berkepit, berpeluk sakan, berciyom molot kat depan orang ramai. Tak kira kau tu suami orang ke apa. Tapi bila dengan isteri? Melintas jalan pun boleh tinggal isteri tu terkial-kial sorang-sorang. Nak cakap manja-manja dengan isteri? Lagilah tidak. Cakap pun nak lebih kurang je. Macam cakap dengan kawan-kawan. Kalau kita tegur mulalah jadikan penat dan sibuk kerja sebagai alasan. Abis tu salah isteri ke? Patut ke isteri yang jadi mangsa?

Cukuplah 4 contoh yang saya bagi tu. Kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya tapi nanti saya takut saya terlebih emosi dan buat orang marah pulak. Memang kita tak akan dapat apa yang kita nak. Tapi tak salah kalau kita jadi macam tu untuk orang yang kita sayang. Tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan. Tak berdosa pun kalau kita buat semua tu demi untuk menjaga hubungan dan rumahtangga kita. Pada saya dua-dua pihak kena memberi dan menerima. Ni salah sorang je yang memberi lepas tu sorang lagi sedap je menerima. Cantek sikitlah kan. Kita kenalah adil. Sama-sama memberi sama-sama merasa. Kita memang boleh mengharap untuk memiliki lelaki dan suami seperti Seth Tan. Tapi adakah lelaki tu sendiri nak jadi seperti Seth Tan? Jadi setan ada la kot.

Ini berdasarkan pemantauan pada keadaan sekeliling dan juga pengalaman lalu. Sesungguhnya saya percaya bahawa KITA TAK AKAN RASA APA ITU BAHAGIA SELAGI KITA SENDIRI TIDAK BERJAYA MEMBAHAGIAKAN ORANG YANG KITA SAYANG.

0 comments: