Semalam saya pergi klinik. Dah 3 hari perut rasa tak selesa. Disamping rasa ingin tahu apa yang berlaku pada isi perut saya tu kan saya jugak nak scan baby sekali. Nak tengok dia dah besar mana. Dah bentuk macam mana. Rasa tak sabar begitu susah sekali hendak dikawal sewaktu mata melilau mencari klinik tu.
Benarlah kata orang. Satu perasaan yang susah nak digambarkan sewaktu melihat ciptaan Tuhan berdiam indah di dalam perut saya. Saya rasa macam nak menangis tapi saya tahan. Masa doktor gerakkan alat scan tu baby saya macam main gelongsor. Ke kanan ke kiri. Lepas tu saya boleh nampak dengan jelas kepala, kaki dan tangan dia. Saya jugak nampak kaki dia bergerak-gerak. Tergedik-gedik. Doktor tu siap cakap 'apalah kacau waktu istirehat saya..' Konon-konon ajuk baby saya cakap lah. Saya jugak nampak berkelip-kelip di badan baby saya. Itulah degupan jantung anak saya. Ohh memang indah perasaan waktu tu.
Lepas doktor cek dia cakap perut saya banyak angin. Bila ketuk macam tengah ketuk gendang. Salah saya jugak. Susah nak makan lepas tu hari Isnin lepas dengan takde perasaannya saya makan durian dan jeruk sesedap rasa. Satu gas satu lagi asid jadi dia dah berlaga-laga dalam perut saya. Mungkin baby saya tak tahan. Mummy! Panas la mummy! Huuu jadi doktor bagi saya ubat angin / gastrik dan asid folik dan tambah lagi satu ubat iaitu zat besi. Jadi saya kenalah lebih berhati-hati dan kawal sikit nafsu makan yang ntah apa-apa tu.
Saya rasa macam nak beli je alat scan tu letak kat rumah. Hari-hari nak scan tengok baby saya. Haha.
2 comments:
tahniah ^_^
time kaceh..huhu
Post a Comment