Patutlah ramai orang suka sangat tengok cerita Nora Elena. Patutlah. Okay saya dah faham. Walaupun hakikatnya sangat susah kita nak jumpa lelaki yang macam tu. Hensem dan setia. Bertahan selama 10 tahun menyendiri tanpa seorang girlfriend pun. Sentiasa sabar dan berlembut. Cakap pun sopan-sopan dengan muka kesian. Ohh seriously sangat susah. Tak logik pun ada jugak.
Daripada hari Sabtu lepas saya tengok cerita tu. Hari ni baru habis tengok. Penat sangat rasanya nak habiskan 24 episod tu tanpa henti. Berhenti pun bila kepala saya dah mula pening dan tekak menjadi kembang semangkuk. Saya takdelah terbawa-bawa sangat dengan perasaan yang melayang-layang bila tengok setiap adegan romantik dalam cerita tu. Biasa-biasa sahaja. Sebab saya tahu semua tu cuma cerita rekaan yang dicipta manusia untuk membuatkan kita tengok sambil peluk bantal dengan mata terkebil-kebil dan hati berbunga-bunga sambil memandang muka suami mengharapkan dia akan jadi macam Seth Tan. Ohh saya pasti si suami akan stress dan mengalami trauma berpanjangan sekiranya si isteri terus mengharap macam tu. Nak bungalah nak cincinlah nak kena dukunglah. Lama-lama si suami pun boleh jadi psycho macam Yvonne.
Terlalu banyak perbezaan antara Seth Tan dengan sifat sebenar lelaki sekarang. Macam langit dengan bumi. Jauh panggang daripada api. Macam kambing dengan itik yang memang takkan pernah sesuai untuk disatukan. Sebab nanti jadi katik. Saya sangat suka nak huraikan perbezaan-perbezaan yang ada tu tapi tunggulah entry yang seterusnya nanti. Kepala saya tengah pening sangat dengan bau masak jiran belakang rumah ni. Urghhh~
0 comments:
Post a Comment