Warna yang simple tapi sangat menyerikan pandangan mata saya. Warna yang sangat menarik perhatian saya untuk terus membelek gambar ni. Sangat sweet dan lembut warnanya. Saya tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni mata saya lebih terarah ke warna pink. Headphone yang saya baru beli pun warna pink. Jam tangan yang dia belikan pun warna biru pink. Selipar baru saya pun warna pink jugak. Pink bukan light pink tapi hot pink. Macam bunga kat gambar ni. Sesungguhnya mungkin saya akan digelakkan oleh beberapa kawan saya yang gilakan pink sebab satu waktu dulu saya sangat anti dengan warna pink. Saya selalu kutuk dan pelik bila orang terlalu addicted dengan warna tu. Sebab saya rasa warna tu terlalu girlish sangat. Sampaikan kalau berdepan dengan diorang mata saya jadi 'pink mata hitamku'. Saya tak addicted dengan warna pink tu macam kawan-kawan yang lain. Bukan semuanya saya mahukan berwarna pink. Ada sesetengah benda sahaja. Pink jugak mengingatkan saya pada Mak Nenek. Masuk je bilik dia semua warna pink. Cuma sekarang ni dia dah kurang sikit. Dah anak dara katakan. Boyfriend pun ramai. Jangan marah Mak Nenek.
Dan gambar ni sangat menenangkan hati saya. Baby saya pun suka. Haa gigirl kan? Saya suka.
0 comments:
Post a Comment