Nuffnang Ads

Sunday, July 31, 2011

Dia Sorang Ada Body

Saya kurang gemar nak membaca majalah-majalah yang menjurus kepada dunia hiburan ni. Dulu masa sekolah boleh lah kan. Sekarang dah remaja saya dah tak berminat nak ambik tahu beria-ria. Kalau ada pun baca yang tergantung kat luar kedai bawah ofis saya tu je. Baca muka depan jelah. Takkan nya saya nak membazir duit beli majalah-majalah tu. Lebih baik saya beli majalah Pa&Ma kan?

Sebenarnya tadi saya lepak kat bilik maid kakak saya. Adalah satu majalah ni. Ala majalah yang suka sangat nak tunjuk gambar artis perempuan seksi. Minat nak baca sangat tu takde tapi sekadar nak tengok apa isinya. Saya selak punya selak punya selak. Nasib baik saya perempuan. Kalau saya lelaki mesti kejap saya tarik nafas kejap tahan nafas kejap semput kejap sesak dada. Saya peliklah dengan diorang ni. Cukuplah dengan berbaju seksi tu. Tak payahlah beria-ria sangat nak ambik gambar dalam swimming pool ke. Faham-fahamlah kan kalau baju dah basah tu macam mana? Lepas tu sekadar menutup ala kadar je. Senang cerita kalau kita tarik sikit nampak dan kalau kita selak sikit pun lagilah nampak.  Saya yang perempuan ni memang menyampahlah bila tengok. Tapi orang lelaki? Satu hari satu malam lah kot dok tenung majalah tu.

Nak seksi tak payahlah buh dalam majalah sampai semua orang nampak. Satu Malaysia ni tengok. Macam mana dengan persepsi family diorang agaknya eh. Saya tak tahu apa yang diorang kejar sangat sebenarnya. Tapi pada saya sendiri akan anggap diorang tu semua nak publisiti murahan dan nak cepat popular. Atau pun mungkin nak tarik perhatian VIP yang ada kat negara kita ni. Kalau ada rezeki dapatlah jadi mak datin ke mak sri ke. Agaknya lah kot. Lepas tu saya tengok bukannya artis popular pun. Entah siapa-siapa entah yang memang kita tak kenal langsung.

Saya memang bukan orang yang setiap masa hidup dalam serba kemodenan. Ada masanya saya juga punya khilaf sendiri. Kadang-kadang saya pun terlanjur perbuatan tapi janganlah sampai keterlaluan. Nanti kalau jadi sesuatu yang buruk pada kita jangan pulak kita nak salahkan orang lain. Salahkan lah diri sendiri sebab jadi penyebab orang lain meleleh hingus dan menitik-nitik saliva bila tengok body kita. Macam kita sorang ada body.

Antara Jehan & Rambutan

Saya seronok sebab dapat makan durian dan rambutan petang tadi. Seronok sebab dah boleh makan durian tanpa halangan dan dapat makan rambutan tanpa susah-susah nak kopek kulit dia. Maid kakak saya dah siap kopekkan berpuluh-puluh biji rambutan untuk mudah dimakan oleh orang-orang yang rajin seperti saya dan anak-anak buah. 

Teringat kemanjaan dan kemengadaan saya dengan Jehan, housemate saya sewaktu di UiTM Arau dulu. Makan saya selalu disuapkan. Rambutan pun dia tolong kopekkan. Saya tinggal makan je. Yang saya pelik tu dia rajin pulak nak melayan mengada-ngada saya ni. Tu tak kira lagi obsesi dia pada kucing. Dia terlalu sayangkan kucing sampaikan kucing pun dia boleh suapkan makan sekali kadang-kadang tu. Saya percaya dia sedang menjadi seorang umi yang baik untuk anak dia. Kali terakhir saya berjumpa dia pada tahun 2003. Dah 8 tahun berlalu. Kali terakhir itu jugaklah kali terakhir saya mendengar khabar tentang dirinya. Dia menghilangkan diri begitu sahaja tanpa dapat dikesan baik menggunakan sms, panggilan telefon, friend finder mahupun GPS.

Sehinggalah suatu hari saya dapat menjejak kasih beliau di facebook. Sejujurnya saya memang tak sangka sebab dapat berhubung semula dengan dia. Sebab saya betul-betul tak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak sebelum tu. Dia betul-betul macam buah rambutan yang saya makan tadi. Juga yang saya makan hasil kopekan tangan beliau 8 tahun dulu. Saya kunyah dan telan dan hilang terus dalam perut. Dan saya tumpang gembira bila tengok dia dah berkahwin dan ada seorang anak perempuan yang memang sebijik macam dia. Jehan dan suami umpama mesin fotostat dan scanner. Eheh~

Jehan, terima kasih untuk perhatian yang pernah ko bagi pada aku. Terima kasih jugak untuk kata-kata semangat yang pernah ko berikan kat facebook tu. Aku tau ko faham. Serius aku akan teringat kat ko bila aku nampak rambutan. I MISS YOU JEHAN.

Jalan-Jalan Cari Rompers

Esok 1 Ramadhan. Malam ni kita semua dah boleh mula menunaikan solat terawih. Sedihnya hati bila mengenangkan Ramadhan pertama ini saya cuma sendirian di sini. Walaupun dikelilingi oleh keluarga kakak tapi hakikatnya saya cuma merasakan sunyi dan sepi.

Dia masih belum pulang dari Sabah. Melengkapkan rasa sayu yang telah lama wujud dalam hati. Patah perkataan daripada bibir saya semakin kurang jika berada di sini. Entah kenapa saya terlalu merasakan jaraknya. Sukar untuk saya fahami kenapa saya sering rasa tersisih dan terpinggir.

Bosan rasanya melayan perasaan sedih. Tadi saya berjalan-jalan ke pasar tani di Stadium Shah Alam. Niat hati saya memang nak mencari baju. Tapi bukan baju saya. Saya nak cari rompers baby yang comel-comel tu. Mak kata lama lagi tapi saya tak kira. Saya kata takpelah beli sikit-sikit pun. Orang tengah semangat ni. Lagipun kalau semuanya nak beli sekaligus nanti saya garu lutut tiap-tiap hujung bulan. Yang peliknya tangan saya ni asyik nak pegang yang kaler pink je. Macam mana kalau yang keluar nanti bibird? Saya kata sekarang ni zaman moden. Lelaki pun boleh pakai kaler pink. Nanti sama macam daddy dia. Kaler apa pun dia selamba langgar. Ingat lelaki pakai kaler pink tu semuanya auww ke?

Sudahnya saya ambik kaler pink dan merah. Comel kan kan kan.

Saturday, July 30, 2011

Nilai Sebuah Kata Maaf

Saya percaya amalan segera meminta maaf selepas perselisihan faham benar-benar membantu untuk menenangkan hati kita. Satu kepuasan di mana sama ada kita bersalah atau pun tidak kita tahu itu satu perbuatan yang baik. Satu tindakan yang dituntut oleh agama kita juga. Kerana orang yang meminta maaf itu lebih mulia daripada yang diminta maaf. Betul ke ayat aku ni?

Saya pernah diajar tentang satu petua. Kalau kita berselisih faham atau bergaduh jangan biarkan keadaan tu berlarutan lebih daripada sejam. Saya tak ingatlah saya dapat daripada siapa tapi itu petua sepasang suami isteri yang dah lama kahwin. Jenuh lah pulak nak ingat siapa. Tak kisahlah kan yang penting benda yang baik tak salah kalau kita amal dan terapkan dalam kehidupan seharian.

Pada saya sendiri kalau kita amalkan gaduh tak lebih daripada sejam itu bermakna kita akan berusaha untuk menyelesaikan masalah dan menjernihkan keadaan dengan kadar segera. Kita akan cuba sedaya upaya untuk berbaik dan bila dah berbaik mesti kita akan happy kan? Cuba kalau kita biarkan je masalah tu sampai berjam-jam atau berhari-hari? Konon-konon egolah kan. Kita jugak yang sakit hati lepas tu tension lepas tu bengang sorang-sorang. Lepas tu gila pulak. Kebaikannya bukanlah pada kita sorang je tapi jugak pada hubungan tu. Kan elok kalau gaduh pun kejap-kejap je. Cepat baik cepatlah mesra dan manja.

Ada jugak yang kata segeralah meminta maaf kalau bergaduh. Sebab tak rugi pun kalau kita yang minta maaf. Lagilah dapat pahala. Sama ada orang tu nak maafkan kita atau tidak itu terpulang pada dia sebab tanggungjawab kita dah pun selesai sesudah kita meminta maaf. Eh saya ni pandai je cakap eh. Saya sendiri orang yang susah nak mengalah dan minta maaf. Bukan apa, kadang-kadang kita tak sedar dgn kekhilafan diri kita sendiri bila emosi dah menunggangi perasaan dan akal fikiran. Kadang-kadang bila dah sedar barulah kita terfikir yang orang lain jugak berhak untuk menerima kata maaf daripada kita. Sama ada dah terlambat atau tidak, kita sendiri yang akan tentukan. Kerana kata maaf itu harganya tidak ternilai. Infiniti.

Dah nak puasa ni. Salam maaf daripada saya untuk semua.

Semanis Kurma

Sejak daripada kecik lagi saya ada satu sikap yang macam tak best. Saya tak suka makan kurma dan kismis. Memang tak best betul bila ada perangai macam tu. Sedangkan kita semua tahu. Saya pun tahu yang kurma dan kismis tu sangat-sangat baik untuk kita. Sunnah Nabi waktu berbuka puasa lagi kan.

Saya pernah paksa makan. Tu pun cubit sikit je. Tapi saya luah balik. Entah kenapa saya tak boleh nak makan. Dulu masa sepupu saya belajar kat Mesir dia hantar kurma biji badam ke Malaysia. Saya ambik badam je lepas tu kurma tu saya bagi kat abah. Memang tak terfikir langsung nak cuba makan atau menghayati rasa kurma tu.

Tapi kenyataan tu dah berubah sejak 3-4 hari yang lepas. Bila saya balik kerja saya tengok ada kurma Yusoof Taiyub kat atas meja. Saya duduk je tengokkan kotak kurma tu. Kuat pulak hati saya berkata-kata. 'Kenapa tak nak cuba makan? Sekurang-kurangnya untuk baby..kurma kan elok lagi-lagi tuelah makanan Nabi dulu..'. Saya cuba makan satu dan saya berjaya telan sebiji kurma tu tanpa meluah balik walau sikit pun. Saya masih belum boleh untuk cakap yang kurma tu sedap cuma saya rasa macam boleh tahan lah. Sejak tu bila nampak je kotak kurma tu saya akan ambik satu dan cuba makan perlahan-lahan sampai habis. Paksa jugak telan walau macam mana pun. 

Saya dah nekad lepas ni dalam bulan puasa atau seterusnya dapat makan sebiji sehari pun jadilah. Demi baby saya. Itu yang saya niat. InsyaAllah.

Saya Benci, Saya Fedup

Kenapa orang suka ajar kita buat benda yang dia tak suka? Saya tak suka sebenarnya untuk buat benda yang orang tak suka tapi bila sikap dan perangai orang tu dah lebih-lebih seolah-olah nak mencabar kesabaran saya. Serta merta saya akan berdendam dan menunggu masa untuk hari pembalasan.

Nasihatlah. Katalah. Pujuklah. Supaya saya jangan berdendam atau tak baik nak berdendam atau jangan suka berdendam. Orang lain tak tahu dan tak rasa apa yang saya rasa waktu ini. Saya dah bosan sebenarnya. Saya dah fedup asyik nak bagi muka. Asyik nak bagi peluang yang sama. Tapi orang tak pernah nak appreciate apa yang kita dah bagi. Tak pernah nak pandang apa yang kita dah buat.

Memang sesungguhnya dendam saya disertakan dengan seribu perasaan benci. Benci yang teramat sangat. Saya benci bila orang langsung takde perasaan. Saya benci bila orang tak ambik peduli tentang perasaan saya. Saya benci bila orang buat bodoh dengan perasaan saya. Dan saya lagi bertambah benci bila saya dapat tahu yang dia lebih pentingkan perasaan orang lain. Dia lebih suka melayan perasaan orang lain. Dia lagi suka gembirakan orang lain daripada saya sendiri. Apa yang ada dalam hati saya sekarang ni cuma perasaan benci dan fedup yang melampau. Saya akan balas balik. Tapi saya balas senyap-senyap je. Saya akan buat benda yang sama macam mana dia buat pada saya. Malah lebih teruk lagi. Saya peduli apa. Saya dah penat nak pura-pura.

Sesungguhnya entry ini ditulis dalam keadaan saya yang sangat marah.

Cerita Tetamu Rumah Saya

Saya tak tahu pulak yang rumah saya ni ada pengunjung tetap. Pengunjung yang datang tapi dia dok je kat luar rumah tak bagi salam. Haha. Tapi bagus gak kalau dia tak nak masuk. Sebab nanti saya kena buatkan dia air. Paling-paling kena bagi makan cekodok. Kecuali kalau dia bawak air sendiri. Haha lagi.

Kata dia pada saya, dia selalu datang depan rumah saya. Sejak rumah saya cat kaler lain sampailah saya dah tukar cat kaler lain. Dulu rumah saya kaler hitam dia tak puji tapi bila rumah dah kaler putih dia cakap nice. Haha lagi sekali. Seronoknya kena puji. Tuelah perempuan~

Macam-macam lagi dia kata pada saya. Satu benda je saya nak cakap. Bila dia kata daripada rumah saya kaler hitam lagi dia dah datang itu maknanya dia memang pengunjung tetap rumah saya ni. Dan itu jugak bermakna dia tahu dan mungkin jugak dia memahami situasi, keadaan dan perasaan saya di sesetengah waktu. Dalam peti surat rumah saya yang lagi satu dia ada tinggalkan surat. Dia suruh saya banyak-banyak bersabar. Dia kata saya kena kuat. Dia kata lagi jangan sedih-sedih sebab nanti baby saya pun sedih. Dia cakap kalau saya tak sedih nanti baby tak banyak ragam. Bila sentuh bab baby ni yang saya sedih ni~

Memang dugaan yang Dia berikan pada saya tak terhitung dengan jari yang ada. Tak terhitung rasa kecewa dan sedih yang membayangi hidup saya. Malah sampai ke saat ini waktu ini ketika ini. Saya diminta untuk sentiasa menerima hakikat. Sesungguhnya anugerah yang Dia dah berikan pada saya ini sudah cukup untuk membalas segala kekecewaan dan kesedihan yang saya alami selama hari ini. Anugerah yang semakin hari semakin membesar di dalam jasad saya. Anugerah yang saya harapkan akan membela, melindungi, membahagiakan dan menjadi kekuatan saya dalam segenap hal.

Tuhan, kenapa orang lain lebih memahami. Kenapa tidak dia?

Thursday, July 28, 2011

Harimau Gigit Singa

Sana sini cerita tentang bola. Kat facebook bola. Kat twitter bola. Kat ofis pun bola. Ada yang sibuk cari tiket lebih. Ada yang frust sebab beria-ria pegi stadium tapi tak dapat tiket. Ada yang dapat tiket tapi dok fikir nak ambik ke tak sebab mahal sangat. Orang yang kata mahal tu adalah orang yang fikirkan anak isteri dia. Dia fikir dah nak raya jadi banyak nak pakai duit. 50sen pun dia rasa berharga sangat. Saya salute dia sebab akhirnya dia memutuskan untuk menolak tawaran tiket tu dan beli kerepek bayam saya! Dia cakap 'beli kerepek ni bagi kat anak aku lagi bagus..lagi kenyang..'. Nice dad~

Saya kurang berminat dengan sukan-sukan ni. Tak kiralah sukan apa pun. Cuma bila melibatkan Malaysia atau Selangor barulah saya nak ambik tahu sikit. Dulu masa awal sekolah menengah zaman Merah Kuning lambang kebanggaan tu memang saya teruja sikit. Masa tu Selangor memang tengah naik. Selalu menang piala. Pernah sekali tu menang tiga piala dalam setahun. Bangganya saya jadi orang Selangor waktu tu. Lepas tu kalau ada siaran langsung kat tv mesti saya tengok dengan mak. Abah takde sebab dia dah pergi stadium tinggal kitorang. Dulu kat kampung saya selalu dapat tiket free masa zaman Datuk Aini. Orang kampung yang dapat tiket tu akan cari van dan pergi ramai-ramai. Saya tak pernah dapat ikut sebab nanti saya akan jadi satu-satunya perempuan yang menyibuk nak ikut sekali. Confirm kena tinggal.

Sekarang dah tak sama macam dulu. Semua negeri ada turun naik. Takde yang betul-betul kuat dan boleh pertahankan kehebatan pasukan masing-masing dalam tempoh yang lama. Kejap negeri tu naik. Kejap lagi negeri tu pulak yang kuat. Dan hari ni negara saya, Malaysia akan menentang Singapura. Negara yang suatu masa dulu pernah join liga di Malaysia. Antara pasukan yang terkuat jugak masa tu. Hari tu masa kat Singapura kita dah kalah. Tak tahulah macam mana kat Stadium Bukit Jalil malam ni. Semoga bila bermain di tempat sendiri akan menjadi kelebihan untuk pasukan Harimau Malaya kita. Ingat rimau tak boleh geget singa ke?

Kalah atau menang, saya tetap anak Malaysia.

Feeling-Feeling


Bila saya jiweng.

1st Great Moment

Selasa lepas saya dipaksa oleh Nad untuk pergi ke Seremban ikut tengok show kat hospital. Katanya moh ler kita pegi cari duit lebih nak raya ni. Show kat hospital? Okay saya pun pelik sebab fikir tak mengganggu ke pesakit-pesakit kat sana? Tapi since diorang yang mintak show dan tempat semua dah ditentukan jadi saya percaya itu bukan satu masalah dan kalau ada masalah pun sememangnya itu bukan masalah kita kalau berlaku apa-apa. Segala risiko ditanggung oleh mereka.

Sampai kat sana saya jadi tension bila tengok parking kereta yang macam parking sardin. Saya tak tahu macam mana pekerja kat sini boleh tahan dengan suasana sesak macam tu. Keliling hospital tu memang penuh dengan kereta sahaja. Tepi jalan kereta, tepi divider kereta, tepi bangunan kereta. Sana sini kereta. Kitorang terus park kereta dan kemudian ada kemudahan bas kecil atau shuttle untuk bawa kita ke unit atau bahagian mana yang kita nak. Sebab kalau tengok parking tu memang agak jauh dan dalam keadaan panas terik macam tu saya cakap dengan Nad 'tolong jangan buat kerja gila nak seksa aku untuk berjalan kaki panas-panas macam ni'. Okay nasib baik ada pakcik bawak shuttle tu. Macam geng bas sekolah pulak rasanya.

Bagi saya yang sangat biasa dengan keadaan hospital daripada kecik lagi memang tak peliklah bila tengok manusia seramai-ramainya macam tu. Hospital kerajaan katakan. Perkhidmatan percuma yang diberikan sangat menarik perhatian. Apa je yang percuma memang menarik perhatian kita kan? Hehe. Bila saya pergi ke kawasan show, pusing-pusing, cari makanan saya ternampak gerai jual baju baby. OMG! OMG! OMG! Sangat comel. Kenapalah baju dia kecik-kecik sangat ni? Rasa macam nak dodoi-dodoi baju tu walaupun takde yang memakai. Mulanya saya dah nampak 2-3 baju yang saya rasa memang confirm saya beli tapi disebabkan kat tangan ada makanan jadi saya decide untuk makan dulu dan datang balik kemudian. Tapi boleh agak kan? Bila saya datang balik baju tu dah takde! Saya hampir-hampir mengaum kat gerai tu tapi saya berjaya control. Frust tak terhingga sampai rasa macam nak jirus tokey gerai tu dengan minyak tanah lepas tu buat-buat terbaling mancis. Akhirnya saya cuma dapat beli satu je. Baju tu sangat kecik sangat comel sangat cute sangat adorable. Saya cakap dengan Nad baju tu akan jadi baju kenangan sebab itu adalah baju baby pertama yang saya beli. Tak sabar nak tunjuk kat daddy.

Bila balik saya terus tunjuk baju tu kat dia. Dia pun teruja tengok dan terus ambik baju tu lepas tu letak kat lengan kiri buat-buat macam tengah dodoi baby nak tidur. Lepas tu esok paginya saya pulak yang buat macam tu konon-konon tengah dukung baby. Teruja! Teruja! Teruja!

Alhamdulillah untuk perasaan ini.

Bila Ramadhan Tiba

Menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari je lagi mengingatkan saya tentang sesuatu yang akan berlaku selama sebulan sepanjang bulan puasa tu. Hampir 3 tahun saya bertugas di Kuala Lumpur dan sudah 2 tahun saya melalui tempoh yang sangat-sangat menguji kesabaran. Samada ketika pergi atau pulang daripada kerja. Jalan jem. Yes~

Selalunya jam 6.30 pagi selepas tol batu 3 saya boleh menyanyi sambil hula-hula-hula lagi. Tapi bila sampai bulan puasa saya cuma boleh huwaaa huwaaa huwaaa. Seawal 6.30 pagi Federal Highway dah jem. Tidakkkk! Saya tak faham kenapa ini semua boleh berlaku. Kenapa mesti bulan puasa je diorang semua sibuk nak pergi kerja awal? Kenapa kalau tak bulan puasa boleh pergi lambat? Kenapa semua sibuk nak lalu kat Federal Highway? Sudahnya setiap hari sebelum saya sempat sampai ke ofis saya akan berhenti di Petronas untuk ke rest room. Banyak minum air masak sewaktu bersahur bagus untuk stamina sepanjang hari okay.

Bila waktu petang pulak selalunya semua orang akan ambik kesempatan untuk pulang awal. Konon nak masak untuk suami lah. Nak pergi bazar Ramadhan lah. Dan sekali lagi saya boleh mengalami stress macam nak hantukkan kepala kat stereng kereta bila jam baru 4.00 petang tapi jalan dah jem teruk. Tidakkkk! Sekali lagi saya tak faham. Apa yang buat saya tak faham bila saya tengok kereta kanan dan kiri saya yang saya nampak bukan orang yang beragama Islam. Kebanyakannya daripada bangsa lain. Saya okay je tapi saya kurang setuju la dengan ofis-ofis yang benarkan SEMUA staf balik terlalu awal. Kenapa tidak cuma untuk yang beragama Islam sahaja. Kenapa yang tiada kena mengena dengan bulan Ramadhan pun dibenarkan untuk balik awal. Bukan kita nak prejudis tapi ada sesetengah keadaan perlu ditimbang tarakan. Apa yang saya nampak orang lain yang lebih-lebih. Bias kah saya? Tidak rasanya. Saya hanya memberikan pendapat sahaja.

Minggu depan bulan Ramadhan datang lagi. Bersiap sedialah untuk menghadapi jalan jem tak kira masa tak kira tempat tak kira jalan tak kira highway tak kira kereta apa pun yang kau bawak. Kau tetap kena redah jem tu. Tahniah~


Amalkan waktu memandu.

Bila Hati Sayu..

Seawal 6.30 pagi saya sudah keluar daripada rumah. Memandu sendiri ke tempat kerja. Dalam kemurungan hati saya perdengarkan Surah Yassin sekuat-kuatnya di dalam kereta. Untuk menenangkan hati dan melindungi perjalanan saya. Dan untuk memperindahkan bahasa telinga baby saya. Mummy tahu baby dengar. Cd ni daddy beli untuk baby tau. Sayu jap~

3 - 4 hari je lagi semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan untuk tahun 2011. Kesayuan hati saya lebih mendalam bila mengenangkan kemungkinan besar dia tiada di sisi waktu itu. Demi saya dan baby katanya. Rezeki yang Allah bagi bukan hanya untuk ditadah dan diharap begitu saja. Tapi perlu disertakan dengan usaha dan doa dan saya tak pernah berhenti berdoa agar Allah sentiasa berada di sisi saya. Justeru saya mengharapkan bulan Ramadhan ini akan memberi rahmat dan mengubah segala apa yang tidak baik dan tidak saya ingini.

Hati saya benar-benar tidak tenang ketika ini. Hanya zikir-zikir yang menemani bibir dan hati saya. Saya berusaha keras agak air mata yang sedia untuk tumpah tidak terus mengalir dan membasahi pipi. Hati saya. Jiwa saya. Entah kenapa saya masih belum mampu untuk membiasakan diri dengan situasi ini. Ditinggalkan pergi dan harus berdikari sendiri. Saya hanya mampu mengadu pada Dia. Serasa masih jauh diri saya daripadaNya. Sangat jauh. Usaha saya masih belum cukup untuk sentiasa dekat denganNya. Amalan saya hanya sebesar zarah untuk dihitung agar layak masuk ke syurgaNya. Kerdil dan hinanya diri dapat saya rasakan waktu ini. Semoga Dia sentiasa membukakan pintu hati saya agak tidak gelap dan sentiasa celik dalam melalui kehidupan dan segala ujianNya.


Wednesday, July 27, 2011

Nak Itu, Nak Ini


Ini adalah normal bagi seorang manusia. Selalu mahukan apa yang dia tak boleh nak miliki. Kehendak dan keperluan tak berjalan seiring bila mana kehendak lebih didahulukan dan keperluan tak diutamakan. Ehh?

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Itu soalan yang mesti akan keluar daripada mulut kita kalau apa yang kita nak tu kita tak dapat. Terlalu banyak kenapa dalam hidup kita. Dalam hidup saya juga. Terlalu banyak pertikaian tentang sesuatu itu. Baik apa yang sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku.

Saya pernah marahkan seseorang kerana terlalu demand dengan orang sekeliling. Terlalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Katanya dia redha kalau dia tak dapat tapi dia tak akan berhenti mencuba untuk mencari dan memiliki. Kata saya pula jangan pernah pandang sebelah mata peluang yang datang dan ada di depan mata. Kerana peluang yang baik takkan datang dua-tiga kali. Kalau datang pun takkan sama dengan yang sebelumnya. Saya berani jamin. Sebab itu Allah mengajar kita untuk selalu bersyukur dan menghargai apa yang ada. Tapi itu kan sifat manusia. Sentiasa mahu mengejar yang lebih tanpa menyedari apa yang ada itu mungkin sudah cukup baik. Cuma perlu lebih diperhalusi akan kecantikan dan kelebihan yang tersirat disebaliknya.

Bonus dan satu kelebihan pada kita kalau Allah memberikan kita apa yang kita mahu. Mahu itu dapat mahu ini dapat. Tapi sangat jarang rasanya. Bukan kerana Allah itu tidak adil tapi kerana adil lah dijadikannya setiap kejadian itu dengan hikmah yang cuma Dia yang tahu. Agar kita lebih menghargai sesuatu. Agar kita tidak mudah naik dan lupa diri dengan segala kehendak yang berjaya kita miliki. Saya pernah mendengar seorang rakan di ofis berkata 'KITA TAKKAN DAPAT APA YANG KITA NAK. JADI BELAJARLAH UNTUK SUKAKAN APA YANG KITA DAPAT'. Okay saya berdiri tanda setuju sambil tunjuk gaya rock.

Sebelum & Selepas


Saya teringat cerita 9 tahun dulu. Berlaku pada hujung tahun 2003 kalau tak salah saya. Selepas saya menendangkan diri saya keluar daripada UiTM Arau, Perlis saya memilih untuk sambung belajar di kolej pondok biasa saja. Oleh kerana pada waktu itu umur saya sudah 20 tahun jadi saya telah menjadi gadis yang paling tua di dalam dorm. Sangat sadis~ Ini kerana kebanyakan pelajar-pelajar lain baru je habis SPM jadi semuanya pangkat adik. Hari pertama saya daftar berlenggang tak bawa apa-apa baju sebab saya dah plan untuk lari balik dan tak nak ikut orientasi. Plan saya berjaya walaupun hampir kantoi pada awalnya. Senior suruh saya ikut dia tapi saya cakap saya nak jumpa parent dulu. Takde makna nak jumpa parent sebab masa tu saya pergi daftar sorang-sorang. Saya sorok segala fail yang ada dan dengan selambanya berjalan keluar daripada kolej macam baru lepas buat lawatan sambil belajar.

Seminggu lepas tu baru saya masuk dorm. Ohh sangat sadis bila tengok keadaan masa tu. Maklumlah kolej pondok je. Dalam hati saya kata lawa lagi dorm masa sekolah teknik dulu. Saya ambil katil bawah sebab katil atas semua dah kena cop sebab ada kipas. Saya tak kisah sebab saya bukan jenis yang tahan sejuk. Masa tu saya tak tahulah apa yang tak kena dengan muka saya. Masa mula-mula tu kawan-kawan tak ramai dan cuma biasa-biasa je dengan saya. Saya pergi kelas balik kelas pergi kelas ponteng kelas. Lama kelamaan saya ada geng sendiri. Tak lama lepas tu diorang buat pengakuan pada saya yang pada awalnya diorang memang tak sukakan saya sebab saya nampak sombong. Saya nampak macam tak best. Tapi bila dah lama-lama kenal diorang kata rasa macam menyesal pulak kawan dgn saya sebab rupanya saya tak macam tu pun. Saya gila-gila, suka buat lawak bodoh dan kadang-kadang suka buli orang. Dan kadang-kadang saya buat kawan saya segan bila saya suka sergah orang tengah memancing atas jambatan Port Klang pastu pecut motor laju-laju sebab takut kena kejar. 

Okay saya anggap itu semua hanya pandangan pada kali pertama sebelum kita mengenali seseorang dengan lebih rapat. Saya tak salahkan diorang. Tapi ada satu hal yang buat diorang tension dengan saya. Disebabkan diorang ni semua masih adik-adik baru lepas sekolah dan baru nak kenal dunia jadi takde sorang pun yang berani nak ponteng kelas ke apa. Tapi saya tak peduli. Saya akan memilih kelas untuk ponteng dan setiap kali saya ponteng je saya tengok mesti diorang balik awal. Lepas tu masing-masing muka stress sebab rupa-rupanya kelas batal. Hahaha instinct malas saya nak tidur dan ponteng kelas sangat mujarab. Saya boleh jadi ahli nujum.

Macam tu lah yang jadi kalau kita tak kenal orang kan. Hari pertama atau kali pertama jumpa seseorang je kita dah buat macam-macam andaian pada orang tu. Orang selalu kata saya sombong dan muka ketat tapi sebenarnya saya tak macam tu pun. Saya rasa itu normal bagi orang yang kita tak kenal atau pertama kali jumpa. Penyesuaian diri yang baik dengan persekitaran atau manusia sekeliling bukan dimiliki oleh semua orang. Bukan semua orang bersikap peramah dan mudah bergaul. Itulah gunanya proses mengenali. Apa juga sikap dan perangai dia selepas itu kita nilai kemudian. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengenali terlebih dahulu dan bukan membuat penilaian melulu.

Bila Saya Langgar Kereta Depan..

Saya memang dalam keadaan yang separuh blur, separuh pening dan separuh normal. Terpaksa masuk lambat ke ofis dek kerana perlu menghantar dia ke ofis dahulu. Okay saya kena tinggal lagi untuk kesekian kalinya. Tak boleh nak mengejar atau sibuk nak ikut sebab perlu merentasi Laut China Selatan. Saya tak pandai berenang.

Dalam kelemahan kaki kanan yang letih menekan minyak dan brek. Kaki kiri pula jemu menekan clutch sebab jem kerana pengguna-pengguna jalan raya yang tak sabar macam dia sorang lambat pegi kerja mengada-ngada nak buat 2 lorong. Okay dengan ketidak sengajaan saya telah melanggar kereta depan yang dipandu oleh seorang perempuan yang nampak sopan bertudung warna coklat. Bukan langgar sampai cermin dia pecah dan kepala dia terkeluar sampai bonet depan lepas tu dia koma masuk ICU. Atau langgar sampai kereta dia berpusing 360 darjah 'wang besar! wang besar!'. Tapi terlanggar sikit je. Sangat sikit. Ala-ala macam kuis-kuis kaki di persisiran ombak pantai. Dan saya segera mengangkat tangan kanan saya dengan muka penuh kesian tak sengaja sebagai tanda minta maaf.

Tapi muka dia? Mulut dia? Adakah sesopan tudungnya?  Adakah budi bahasanya seputih kulitnya? Oh muka dia punya tak puas hati seolah-olah saya telah melakukan rampasan boyfriend, tunang atau suami dia. Seolah-olah saya telah mencuri tayar kereta dia lepas tu tinggalkan nama, no.ic dan alamat rumah kat wiper kereta dia supaya dia senang nak buat report polis. Saya boleh kesan perkataan-perkataan caki maki dan carut marut yang keluar daripada mulut dia masa dia keluar daripada kereta dia tu. Saya baca daripada gerak mulut dia. Oh saya kena maki di pagi hari. Okay fine. Saya cuba memaniskan muka dan bertanya 'ada calar ke?'. Tapi mungkin dia ingat saya perli dia. Dia tak boleh buat apa-apa sebab memang tak ada apa-apa pun. Cuma tersentuh sikit sahaja. Tapi dia tetap nak marah saya. Dia kata 'well at least say sorry!'. Okay saya jugak yang salah. Mungkin dia ingat saya angkat tangan tadi sebab ada polis kat belakang jerit 'jangan bergerak! sila angkat tangan!'. Saya cakap elok-elok 'kan saya dah say sorry tadi..saya dah angkat tangan tadi kan..'. Saya kena sound lagi. 'Yaa but still..!!'. Okay kau bajet kau hot la dok speaking dgn aku kan? Dengan slang ala-ala macam mat salleh nak belajar cakap melayu. Urghhh annoying! Saya pun tak tahu apa yang still. Saya rasa macam nak starlite je kepala dia masa tu. Disebabkan saya memang tengah takde mood dan malas nak layan perempuan gila takde adab sopan tak reti nak cakap elok-elok takde budi bahasa budaya kita saya senyum sambil buat bodoh dan terus naikkan tingkap kereta. Lepas tu buat muka sengal macam takde apa-apa yang berlaku. Dia masuk kereta dengan muka yang macam cantek. Saya pandang je side mirror dia sambil buat muka kerek dan konon berani. Sebenarnya saya tak nampak apa pun tapi buat-buat macam pandang.

Dengan rasa selambanya saya teruskan perjalanan dan saya nampak dia semangat nak turunkan tingkap kereta masa saya lalu sebelah dia. Saya buat muka paling selamba, paling kerek dan paling tak bersalah sambil buat tak tahu dalam hati menyanyi lalalalala. Kalau ikutkan hati saya ni nak je saya angkat tangan perlahan-lahan dan tunjukkan jari tengah. Tapi saya fikir banyak. Perempuan tak betul macam tu kalau saya layan maknanya saya pun sama tak betul. Jadi saya ambil keputusan untuk angkat tangan dan usap perut saya. Mummy cool kan baby? Huh nasib baik aku tengah takde mood nak gaduh. Kalau tak aku dah jadi The Rock pastu dia plak jadi Rikishi. Kasik dia jadik yang gemok.

Moralnya sekarang ni walau dalam apa keadaan sekali pun janganlah terus nak maki-maki orang macam tu. Dia tu dahlah perempuan. Saya tahu salah saya tapi saya dah minta maaf dan kereta tu takde calar walau segores pun. Saya bukannya sengaja. Bodohlah saya kalau saja-saja nak main langgar kereta orang. Tak perlulah nak marah merempan mencarut-carut kat tengah-tengah jalan yang jem macam tu macam orang takde adab. Macam tak patut dan tak setimpal dengan salah saya. Sekurang-kurangnya tolak ansurlah sikit. Tak tahulah saya kalau dia tengah bengang sebab boyfriend dia pun kena pegi outstation jugak. Atau pun dia tension sebab tak dapat puasa penuh masa bulan Ramadhan nanti.

Tuesday, July 26, 2011

Jangan Tak Ketawa


Saya angkat dua-dua belah tangan dan bersetuju 150%. Kalau boleh angkat kaki sekali memang saya nak angkat. Okay saya angkat sebelah kaki je. Punyalah semangat nak setuju dengan statement kat atas tu.

Saya pernah melalui saat-saat ketawa tanpa henti. Daripada pagi hingga ke petang. Bersambung pula ke malam. Ada harinya walaupun tiada lawak atau kelakar yang diberikan tapi cukup dengan mengingat seseorang saja dah buatkan saya ketawa dan senyum. Terima kasih kepada pemberi ketawa dan senyuman itu.

Sewaktu saya melalui tempoh ketawa riang ria setiap masa begitu tiap-tiap hari orang ofis saya kata saya nampak happy je. Nampak ceria dan berseri-seri. Betul lah kata orang bila kita happy segala stress pun hilang. Muka ceria dan nampak awet muda. Buat kerja pun semangat. Balik kerja lagi semangat. Segala apa yang kita buat semua bersemangat. Sebab ada yang memberi semangat. Terima kasih sekali lagi kepada si pemberi semangat.

Dah terlalu lama saya tak ketawa dengan sebenar-benar ketawa. Tak kira di kedai makan, pasar malam, jalan-jalan di kaki lima atau di mana saja. Ketawa tak mengira tempat tapi masih mengekalkan kesopanan saya. Seperti mana bahagia, begitu juga dengan ketawa. Kalau kita nak gembira, kita kena gembirakan orang lain dulu. Tapi kadang-kadang usaha saya dipandang sepi. Serius sentiasa mengelilingi persekitaran saya. Lalu bagaimana lagi saya harus menceriakan hidup dan sekeliling saya?

Dugaan & Sahabat

Tuhan menguji saya dengan satu situasi. Situasi yang mencabar kesabaran dan kekuatan saya. Situasi yang meletakkan saya di tengah-tengah persimpangan. Bagaikan sedang berdiri di tengah jalan raya besar yang penuh dengan lori balak. Saya tak boleh nak ke kanan dan tak boleh nak ke kiri. Walaupun saya tahu saya punya pilihan.

Saya diberikan Dia seorang kawan yang memahami. Noor Zaihan Ishak. Cerita kami dulu ntah bila agaknya kita akan kahwin. Ntah bila agaknya kita akan rasa apa itu bahagia. Tapi cerita Dia tiada siapa yang tahu. Bila ditakdirkan saya dan dia bersanding pada hari yang sama. Cuma saya nikah dulu dan mengakibatkan saya bersanding bertiga. Kuasa Tuhan tak siapa yang boleh jangka.

An, dia tahu situasi saya selama ini. Mana mungkin saya bercerita apa yang saya rasa pada orang sekeliling saya pada orang yang sama saya punya perasaan marah, benci, dendam dan tidak puas hati. Dia terlalu banyak menyimpan suka duka hati ini. Dia tahu saya bukan orang yang sentiasa nak senang bagaikan tiada hala tuju dalam hidup ini. Dia tahu betah atau tidaknya saya dengan keadaan sekarang. Dan bila peristiwa itu berlaku, dia tetap menyebelahi saya. Tapi tak tahulah dia betul-betul ikhlas ke tak backing saya. (oi An ko ikhlas ke tak?) Katanya dia tahu apa yang saya rasa selama hari ini. Dia tahu yang saya berusaha keras untuk mendapatkan hidup yang lebih baik daripada apa yang saya ada. Dia tahu bagaimana saya berusaha untuk menyimpan segala perasaan tidak puas hati dan malas nak gaduh dalam hati ini. Untuk An, terima kasih saya ucapkan. Terlalu banyak budi dan bantuan yang diberikan. Dia kawan yang boleh menangis bersama saya. Walaupun jauh, jarang dia menolak permintaan saya. Walaupun jauh, tak pernah sekali pun dia gagal dalam menjadi seorang sahabat dalam hidup saya. Ikhlasnya dia walaupun tak nampak di mata, tapi saya boleh lihat dengan hati saya.

Bila situasi itu berlaku saya hanya mampu berdiam diri. Saya malas nak bersuara. Saya malas nak membalas apa-apa. Biarlah orang tidak memahami apa yang saya rasa. Biarlah orang tidak memahami apa yang saya sudah rancangkan. Saya tak pernah berkata saya akan terus berdiam di sana. Saya cuma mahu diberikan ruang dan masa. Saya tahu hidup saya. Saya tahu bagaimana nak tentukan masa depan saya. Cuma bukan semua benda saya boleh dapat esok selepas saya berdoa hari ini.

Jangan salahkan saya kalau nama Fazlina tak wujud lagi dalam hidup mereka. An, kau tutup mulut okay.

Malasnya..

6 hari saya menjauhkan diri dari sini. Sesungguhnya otak saya agak jem untuk memulakan ayat-ayat yang banyak tersimpan selama itu. Bila terlalu banyak ayat yang terlintas di fikiran tapi tak dapat saya luahkan di sini alamatnya saya tahu memang sukar untuk saya mendapat ayat yang serupa lagi. Saya banyak makan semut. Saya lupa~

Sejurus saya tahu dia terpaksa ke utara Rabu minggu lepas untuk bekerja serta merta mood saya hilang berterbangan. Saya ambil keputusan untuk pulang ke kampung dan kebetulan saya ke klinik dan diberikan cuti sakit. Bosannya melalui hari-hari yang berlalu. Menunggu Sabtu hadir sebab saya rindu.

Saya betul-betul tengah blur sekarang ni. Banyak yang saya nak kongsikan sebenarnya. Banyak yang berlaku pada saya. Sangat banyak. Tapi saya perlukan masa untuk mengingat, memproses dan menjadikannya satu cerita. Otak saya dah berkarat. Malasnya~

Wednesday, July 20, 2011

Insan Itu II

Lemah rasanya menyebut nama panggilan itu walaupun hanya sekadar dalam sms. Ada sayu yang berpaut di sudut hati. Ada getar di hujung suara yang cuma mampu didengar oleh saya sendiri. Saya rasa sebak dan agak sedih waktu ini. Sungguh saya tak tipu.

Saya tak pernah lagi memanggil insan itu dengan nama panggilan tersebut hatta secara berdepan, telefon atau pun dalam sms sekali pun. Saya tak berkesempatan. Saya tak punya peluang. Saya tak punya ruang seperti orang lain. Saya terasing dalam dunia yang dipisahkan oleh satu sengketa yang saya tak pasti bila akan berakhir.

Kesian pada diri saya atau kesian pada baby saya? Mungkin dia juga takkan punya peluang seperti saya. Tapi tak mengapalah. Siapalah saya untuk melawan apa yang telah Dia tentukan.

Happy Birthday Mummy.

Saya Sangat Takut


Ni yang saya malas nak log in facebook ni. Bila tengok status kawan-kawan yang mengalami simptom-simptom yang sama seperti saya. Saya jadi panik seketika. Saya jadi ketakutan, kegelabahan, kerisauan dan kefobiaan bila diorang semua bercerita tentang masalah dan pengalaman sakit bila kandungan ada problem, bila perut dah besar, bila dah nak bersalin dan bila tengah bersalin! Saya rasa macam nak ketuk kepala dengan keyboard~

Kenapalah diorang nak cerita pengalaman-pengalaman tu semua. Saya rasa macam nak garu kepala tak habis-habis daripada tadi. Terbayang-bayang macam mana kalau kena kat saya. Ada yang tekanan darah rendah lah. Ada yang kencing manis lah. Ada yang keluar masuk wad lah. Ada yang mungkin lahir tak cukup bulan lah. Ada yang cerita sakitnya memang terlalu sakit takde yang tak sakit melainkan sakit belaka. Ada yang tunjuk gambar kaki bengkak. Ada yang tunjuk gambar perut dia sangat besar! Woahh~

Semua itu benar-benar memberikan saya penderaan mental. Daripada dulu dulu dulu lagi saya memang takut bersalin. Sebab saya terbawa-bawa cerita hantu Thailand 'Neng Nak'. Sejak tu saya jadi fobia dan takut dan trauma dan terngiang-ngiang dan terbayang-bayang. Arghh kejamnya dunia ni sebab buat filem macam tu! Eeee bodo tau.

Boleh tak bersalin pejam mata lepas tu Tinggg! Ehh baby dah keluar! Yeayy~

Hari Ini 20 Julai

Hari ni 20 Julai 2011. Kalau ikut perkiraan jari jemari saya, genap 5 bulan usia perkahwinan saya dan dia. 5 bulan yang mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan. 5 bulan yang mengajar saya betapa pentingnya sebuah kekuatan untuk diri saya sendiri. 5 bulan yang memberikan saya anugerah indah yang berdiam sudah hampir 4 bulan usianya.

Apa saja dugaan dan ujian yang Dia berikan pada saya cukup menguji fizikal dan mental saya. Cukup menguji semangat dan kekuatan saya. Bebanan yang datang kadangkala memberikan impak yang sangat hebat dalam mempertaruhkan sebuah kehidupan. Kadang-kadang cukup menggoyahkan pundak kecil ini yang serasanya tak mampu untuk bertahan. Hanya anugerah indah yang Dia kirimkan pada saya menjadi sumber semangat, kekuatan dan ketabahan hati. Agar saya sentiasa mempelihara diri supaya bila sampai waktunya dia akan sentiasa terpelihara.

Hari ini masih 20 Julai 2011. Someone's birthday. Saya cuma mampu ucapkan Selamat Hari Lahir dari jauh. Hanya doa yang dapat saya kirimkan pada dia. Semoga dia sentiasa dilindungi Allah selalu dan memperoleh keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan. Itu saja yang saya mampu kerana saya tahu saya bukan siapa-siapa.

Samada hari itu hari yang memberi kenangan pahit atau manis, berterima kasih saja pada Dia.

Tuesday, July 19, 2011

Tuna & Roti


 

Ini adalah makanan kegemaran saya sejak beberapa hari yang lepas. Makan dengan roti je dah cukup. Saya pun tak tahu kenapa selera saya cukup kencang dengan tuna roti ni. Setakat ni dah hampir 3 bekas tuna saya habiskan. Mungkin sebab doktor cakap saya kena banyakkan makan ikan untuk dapatkan protein. Haa ni kira protein la kan. Kalau saya muak dengan tuna mayonnaise saya makan tuna yang pedas pulak.

Tuna ada menyimpan satu sejarah dalam hidup saya. Waktu tu seminggu saya di kolej hanya bertemankan tuna dan roti sahaja sebagai alas perut. Pagi tuna tenghari tuna petang tuna malam tuna. Semuanya kerana paras kewangan yang dah melebihi tahap kritikal dan layak masuk ICU. Waktu tu tuna lah yang jadi penyelamat saya daripada kelaparan dan kekurangan zat makanan. Walaupun saya jemu dan muak tapi keikhlasan ketika makan tuna dan roti waktu tu memang tiada tolok bandingnya. Tahniah kepada diri saya sebab berjaya mengharungi susah payah pahit getir satu waktu dulu.

Sekarang, walaupun di rumah saya ada nasi lauk ayam. Tapi saya tetap berselera nak makan tuna dan roti ni. Mungkin ini cuma sekejap saja. Macam musim salji kat Korea jugaklah. Sampai masanya nanti tukar musim lain pulak. Nanti bila sampai masa saya dah boring dengan tuna ni, saya cari makanan lain.

Musnahnya Sebuah Harapan

 

Okay sekarang saya dah tahu kenapa Maybank2u saya masih belum memberikan apa-apa berita gembira. Saya cuba bertenang. Saya cuba. Saya cuba. Saya cuba.


Arghhhhhh tapi saya gagal! Saya gagal kawal perasaan saya pada waktu ini! Saya sangat geram dengan orang itu! Saya rasa macam nak cekik-cekik dia!


Kenapa? Mengapa? Apa salah saya sehingga diuji sebegini? Kenapa selepas seminggu baru mereka bagitahu saya hal yang sebenarnya? Kenapa buang masa saya dok log in Maybank2u setiap hari? Kenapa bagi saya harapan setinggi langit bahawa penantian saya akan berakhir dalam tempoh yang singkat? Kenapa mereka tak cakap awal-awal yang claim saya tu ada kesilapan lagi? Kenapa mereka peram claim saya sampai seminggu dan hari ni baru nak bagitahu?  Dan sekarang saya terpaksa menunggu lagi. T . T


Buat sementara waktu ni harapan saya dah musnah. Saya rasa macam nak merajuk sangat. Biarlah saya pergi menyorok kat mana-mana.

Blur Kejap

Saya selalu memerhatikan keadaan sekeliling saya. Melihat apa yang berlaku. Menunggu sesuatu terjadi. Tak kira apa pun yang ada di sekeliling saya, apa yang menarik dan boleh saya jadikan cerita akan saya jadikannya satu entry di blog ini. Mungkin sebab itu blog saya boleh ada 7-8 entry dalam sehari. Walaupun mengarut.

Saya orang yang sangat jarang nak on chat kat facebook saya. Saya malas nak berchatting sebarangan. Setelah sekian lama saya off tiba-tiba hari ni terdetik nak on sekejap. Nak cari kawan kat ofis lama dulu. Tapi orang lain pulak yang tiba-tiba menegur saya. Orang yang saya tak pernah berborak. Orang yang saya tak pernah tersenyum walaupun sekadar senyum kambing apa lagi senyum sinis. Orang yang saya cuma pernah terjumpa sekali je masa kursus dulu. Orang yang takkan perasan pun kalau saya unfriend dia daripada facebook saya tu. Kesimpulannya orang yang langsung tak memberi apa-apa makna dan kepentingan pada saya. 

Tiba-tiba dia kata nak mintak tolong saya. Ohh saya sangat musykil. Bertanya khabar secara tiba-tiba dan terus nak mintak tolong. Borak pun tak sampai 2 minit masa tu. Saya rasa saya dah boleh agak jenis pertolongan apakah yang dia nak daripada saya. Dan tekaan saya benar tapi adakah saya patut menolong dia? Saya tak kenal dia. Saya tak tahu pun siapa dia, latar belakang dia. Sekali tu jelah saya jumpa dia masa kursus tu. Itu pun pada tahun 2009. Jadi salahkah saya kalau saya tak membantu dia? Kalau kawan yang saya kenal tu saya boleh terima lagi tapi masalahnya dia pun bukan kawan saya. Dan topik terus bertukar. Dia terus buat-buat tanya pasal rumahtangga saya, bla bla bla. Bila tak dapat terus diam dan buat tak tahu. Haihhh~

Isu ni sangat sensitif sebenarnya. Tapi saya cuma kurang selesa dengan cara orang yang macam ni. Sangat selamba atau terdesak atau terpaksa? Terlalu banyak point yang saya boleh highlight tapi saya malas nak fikir ayat nak taip. Saya bukan saja bercakap tentang risiko pada diri saya kalau saya membantu dia. Saya memang tak berani even kalau saya mampu sekali pun. Cuma entahlah. Saya tak habis lagi rasa terkesima dengan sapaan tiba-tiba yang berani mati tu.

Saya blur kejap~

My Choice, Your Choice


Ini mungkin kajian yang dibuat pada individu-individu terpilih atau mungkin secara rawak. Tapi apa yang saya sangat pasti hasil kajian di atas sememangnya sangat tepat dan begitu telus sekali. Sukar sebenarnya nak mencari manusia yang sentiasa berfikiran positif. 24 - 7 berasa ceria dan tak nak fikirkan masalah. Jangan hipokrit sebab kita semua sama. Just a human being.

Saya percaya dengan hasil kajian tu. Sangat ramai orang yang bila sedih dia lagi nak sedihkan diri dia. Contohnya kalau tengah frust. Dia akan dengar balik lagu-lagu yang jadi kenangan masa bercinta. Dengar lagu-lagu sedih dan kecewa. Lepas tu tengok gambar-gambar kenangan sewaktu bermadu kasih. Tak boleh tengok atau lalu kat tempat-tempat kenangan. Tak boleh nak dielakkan untuk bersikap dan berperasaan macam tu. Melayan perasaan sedih pada awalnya mungkin lebih menenangkan hati pada sesetengah individu. Tapi kalau sampai sepanjang hari, minggu, bulan dan tahun? Tragis sungguh perasaan di waktu itu. Okay saya sangat faham~

Macam tu jugak bila memilih untuk meluahkan perasaan di Twitter, Tumblr atau Facebook. Kebanyakannya lebih suka dengan cara macam tu. Sebab nanti akan ada kawan-kawan yang prihatin sudi bagi semangat dan pendapat mahupun kawan-kawan yang busy body yang terlebih rajin nak bagi komen dan mulut-mulut longkang yang boleh buat hati panas. Tapi risikonya kenalah terima kalau ada yang bagi pendapat negatif. Nampak je negatif tapi sebenarnya itu cuma nak menaikkan semangat dan tak nak bagi kita sedih. Kadang-kadang yang negatif pun boleh jadi positif kalau kena cara dan gayanya. Orang boleh cakap macam-macam tapi hanya kita yang tahu rasanya.

Tapi sangat sedikit manusia yang bila di dalam kesedihan dia nak fikir dan cari jalan untuk selesaikan masalah dan kesedihan dia. Semuanya akan kata SUSAH. Untuk peringkat permulaan mungkin. Tapi kadang-kadang kita kena hormat jugak perasaan orang lain. Ada orang yang boleh chill dalam masa yang singkat. Ada orang yang perlukan masa dan ruang untuk diri sendiri bertenang. Saya tak boleh nak komen lebih-lebih sebab macam yang saya cakap tadi. Saya pun cuma manusia biasa yang kadangkala sukar untuk mengawal emosi dan perasaan sendiri.


Walau apapun pilihan yang kita buat, jangan sampai merosakkan diri sendiri.

I Need 24h Sleep


Saya selalu cakap pada diri saya hari-hari 'aku nak tidur awal malam ni! aku nak rehat cukup-cukup!'. Hari-hari saya ingatkan diri saya. Tapi lagi banyak saya cakap macam tu. Lagi banyak saya ingatkan diri saya macam tu. Lagi lewat saya tidur. Lagi tak cukup rehat saya.

Sekarang bukan macam waktu bujang dulu. Saya boleh tak tidur satu malam hanya kerana dok tengok webcam yahoo messenger. Saya boleh tidur lambat sebab balik lewat keluar dating sampai pukul 1 pagi lepas tu sampai rumah sambung chatting lagi. Saya boleh tak tidur sebab nak tunggu tanaman-tanaman saya kat facebook masak sebab takut kena curik atau nanti dia layu jadi saya yang rugi sebab kena beli benih baru.

Dalam waktu sekarang saya betul-betul perlukan waktu rehat dan tidur yang cukup. Tapi keadaan tak berapa mengizinkan. Saya sampai rumah sudah waktu Maghrib, siapkan apa yang patut lepas tu nak kena masak untuk makan malam (baru nak start balik sebenarnya..). Sebelum ni lagilah lewat sampai rumah sebab mesti pergi makan kat luar dulu disebabkan keadaan tekak dan kesihatan diri yang tak membenarkan saya untuk memasak sendiri. Sebenarnya kalau boleh pukul 10.00 malam saya nak masuk tidur dah. Tapi dalam sesetengah keadaan saya perlu fikirkan orang lain juga. Saya tak boleh selfish. Sesekali kita perlu layankan minat orang yang tersayang. Walaupun dengan mata yang sekejap terpejam sekejap tercelik.

Hasilnya, saya sangat mengantuk pagi ni. Help~

Show Me Da Money!


Damn! Saya tension gila bila dari minggu lepas saya log in Maybank2u tiap-tiap hari tapi hasilnya tetap sama. Serius rasa macam nak maki hamun bahagian itu tapi itu bukan contoh yang baik kepada orang ramai, diri sendiri mahu pun baby di dalam perut. Buku cakap dia dah ada telinga so dia dah boleh dengar. Shhttt~

Come on lah. Its more than a week already okay. Sebelum ni takde pun lambat macam ni. Memanglah ada pembetulan sikit hari tu tapi dah seminggu dah hantar balik. Kalau takde apa-apa pembetulan lagilah cepat settle. Hand over hari Jumaat, hari Rabu dah clear. Okay then saya dah clearkan all da things daripada Rabu minggu lepas lagi. And now dah hari Selasa. Kalau ikut date sebenar dah lebih daripada seminggu. Selalunya takkan lebih daripada seminggu to settle everything. Tapi sekarang ni dah lebih. Orang lain dah dapat tapi saya je yang bagaikan terasing di jabatan sendiri. Diorang tak tahu apa-apa bolehlah bagi alasan macam-macam. Aku stress~

Pleaselah Maybank2u. Show me da money. Warghhhhhh~

Monday, July 18, 2011

Masak-Masak

Hari ini saya kembali teruja melihat website resipi-resipi yang saya follow daripada hari tu lagi. Macam-macam resipi yang saya dah copy & paste. Memanglah saya akui saya tak seterror mak saya tapi saya rajinlah jugak nak cuba itu ini.

Masa mula-mula kahwin hari tu saya rajin sangat masak kat rumah. Boleh kata hari-hari lepas balik kerja terus masak 3 lauk untuk makan malam. Ada je idea dan resipi yang saya nak cuba. Tengah malam kalau rajin pun saya masak lagi. Cekodok ke cendawan goreng ke. Saja nak bagi dia gemok. Lepas tu kena puji kalau sedap. Tapi hari-hari memang kena puji pun. Sengih jap~ Jangan ada yang cakap dia cuma nak ambik hati saya eh. Tapi sejak preggy ni saya jadi takde mood nak masak. Tak boleh bau sangat masak-masak ni. Kesian dia kena makan kat luar je walau pun pernah terkeluar daripada mulut dia yang dia rindukan masakan saya. Touching jap~

Hari ni saya survey lagi apa-apa resipi yang saya nampak macam sedap sangat. Oh sangat banyak. Tunggu nak print out je ni. Kalau saya malas saya takkan masak nasi sebab nanti nak kena fikir lauk dan sayur apa nak masak. Jadi kalau nak mudah saya buatlah nasi goreng ke mee goreng ke apa-apa yang goreng ke. Cuma lauk yang dah tak dibenarkan sejak saya preggy ialah Ayam Coke. Kalau nak buat pun dia jelah yang makan. 

Sangat sedap tau resipi Ayam Coke tu. Pelik kan nama resipi tu? Saya mengaku saya jarang buat masakan yang kita selalu buat kat rumah macam masak taucu ke masak kicap ke. Bila dah tengok resipi kat website ni kebanyakan resipi ada yang pelik-pelik atau pun banyak yang kat kedai contohnya masak halia, masak paprik, masak kuali dan lain-lain. Dia selalu tengok pelik masakan saya tu tapi bila tengok dia makan bertambah lepas tu saya saja je buat-buat tak tahu padahal dalam hati dok tunggu bilalah dia nak puji masakan aku ni. Barulah saya senyum sampai ke telinga.

Langkawi

Tahun ni ofis saya ada show kat Langkawi. Selepas kali terakhir pada tahun 2009. Semua suruh saya pergi tapi saya tolak dengan baik. Walaupun kata hati berkata pergilah..pergilah.. Tapi saya rasa lebih baik saya dok KL jaga ofis yang takde orang ni. Konon~

Saya tak nak pergi sebab kekangan kewangan yang menjadi sebab utama. Dulu masa saya pergi ikut show bulan Julai tahun 2009 saya cuma bawak satu beg sahaja. Tambah dengan satu beg laptop. Tapi bila saya balik ke KL saya bawak 4 - 5 beg! Makin lama saya dok kat Langkawi beg saya makin bertambah. Tapi yang peliknya duit saya makin berkurang. Urghh~

Waktu tu mata saya tak boleh tengok coklat. Tak boleh tengok baju. Tapi saya tak heran dengan pinggan mangkuk sudu garfu periuk belanga sudip gelas cawan. Saya tak minat dengan semua tu. Dalam kepala saya jugak tak habis-habis buat senarai nama orang yang saya nak bagi souvenir. Dalam otak saya ada kalkulator yang tolong kirakan berapa helai baju saya dah beli nak bagi kat orang sana orang sini. Coklat pulak cukup ke tak. Saya beli dan beli dan beli. Dan kerana ketamakan dan kehalobaan saya tu, masih ada lagi baki coklat-coklat tu dalam peti ais di rumah lama saya sampai hari ini.

Duit keluar macam air. Kejap nak jalan ke sana kejap nak jalan ke sini. Segala tempat yang ada saya nak pergi. Kedai yang sama saya boleh pergi 3 - 4 kali. Kejap-kejap nak makan lagi-lagi bila nampak udang. Mata saya benar-benar juling waktu itu. Dan kerana itulah saya mengambil keputusan untuk tak nak pergi tahun ni. Bukan saya sengaja tapi saya terpaksa. Kerana kalau 2 tahun dulu saya menghabiskan hampir 2 ribu seorang, saya tak dapat nak bayangkan macam mana kalau saya pergi tahun ni. Mungkin dia terpaksa part time urut refleksology kat tepi pantai Port Dickson untuk memastikan saya berjaya pulang ke KL.

Ada lagi sebab lain tapi rahsia. Private and Confidential.

Confirm Itu Pqot

Daripada hari tu saya berasakan sesuatu bila tengok si Iqa Mentor ni. Saya rasa macam pelik. Saya rasa macam pernah tengok budak ni. Sungguh tak tipu. Tapi saya tak pasti betul atau tak. Kenapa saya tak pasti? Sebab ada beberapa faktor yang menyebabkan saya macam yakin tak yakin je itu adalah Iqa @ Pqot.

Pagi ni bila saya selak suratkhabar ada cerita tentang dia. Saya belek punya belek muka dia. Isk memang Pqot lah tapi saya masih tak sure. Saya pulak memang tak pernah follow program Mentor tu. Jadi saya tak boleh nak bezakan suara dia dengan Pqot yang saya kenal. Saya cuba search lagi kat Google dan saya jumpa facebook dan twitter dia. Kat facebook tu saya masih was-was walaupun saya nampak ex-college mate saya dok like kat fanpage dia. Tapi bila saya tengok kat twitter memang confirm itu adalah Pqot. Sebab dia menggunakan nama Pqot tu kat twitter. Itu yang membuatkan saya pasti. Kalau dia guna nama komersial Pqot mesti saya dah cam daripada awal lagi.

Pqot yang saya pernah kenal kat kolej dulu tak macam sekarang. Sekarang dah pandai pakai dress, mekap cantek-cantek, rambut curly-curly dan nampak lebih feminin. Dulu dia comot je orangnya. Gaya pun ganas je pakai gelang lah kuku hitam lah. Rambut kusut masai, baju pun sesuka hati dia. Boleh kata lagi banyak hitam daripada kaler lain. Saya ingat lagi rambut bertingkat-tingkat dia. Sesuka hati dia je nak buat pesen apa. Kalau sekali tengok dia macam tak campur orang sangat. Macam pendiam dan pemalu je. Kitorang pernah panggil dia masuk bilik lepas tu suruh nyanyi lagu Karma by Cokelat sambil main gitar. Lepas tu dia nyanyi lagu Zombie by Cranberries. Kitorang tengok dan dengar dengan penuh terkesima sebab suara dia memang sedap dan sebijik dengan penyanyi lagu tu. Sejak tu kalau kolej ada apa-apa event mesti dia dengan group dia yang akan perform. Dia ni pulak bukan jenis yang suka band jiwang. Kalau kita tengok kat friendster dia saya pun tak tahu, tak faham dan tak pernah dengar band-band yang dia tulis kat Music / Interest dia. Semuanya jenis yang macam alternatif, rock, metal dan lain-lain.

Saya pernah tanya dia kenapa dia tak try apa-apa ujibakat. Tapi masa tu dia cakap dia tak minat. Dia minat untuk main biasa-biasa je. Kenyataan dia tu memang selari dengan apa yang saya baca dalam suratkhabar tadi. Mentor adalah ujibakat pertama yang dia cuba. Mungkin masa tu dia rasa dah minat untuk lebih serius kot. Dan kenyataan yang keluar daripada mulut dia tu pun bukan baru tapi dah 7 tahun berlalu. Masa kan boleh mengubah manusia. Kali terakhir saya pernah berinteraksi dengan dia pun dalam friendster tapi entah berapa tahun yang lepas. Apa pun saya memang akui suara dia yang saya pernah dengar lebih 6 tahun dulu memang best. Sekarang mestilah lagi best kalau tak takkan Edry boleh pilih dia jadi Mentee.

Cerita Hujung Minggu

Black Monday. Bosannya saya dengan hari Isnin. Terasa masa cuti 2 hari terlalu sekejap. Sabtu yang lepas adalah hari malas kami berdua. Benar-benar menikmati hari cuti sepenuhnya. Bangun lebih lewat daripada biasa. Sarapan roti dan tuna disamping dessert buah mata kucing. Sambil tengok dvd filem. Ohh its heaven. Dan dia sambung tidur. Duh~

Lauk tengahari kami sekadar sardin dan ikan bawal putih yang kecik-kecik tu. Goreng garing-garing lepas tu dengan tulang-tulang sekali terus telan. Saya makan 3-4 kali tambah. Selera makan sangat kencang hari tu. Setelah berbulan saya berlagak dengan nasi dan makanan. Makan dan tidur lagi. Sampailah kami bersiap-siap untuk ke Pendamaran Jaya, Port Klang untuk show ofis saya malam minggu tu. Habis show terus ke Puchong tidur kat rumah kawan kitorang.

Semalam saya berjalan-jalan survey outfit untuk preggy's mom. Okay saya dah tahu nak cari kat mana. Ada seluar preggy tu. Lepas tu ada dress yang comel. Blouse saya kurang minat sangat sebab saya tahu nanti kalau dah slim dia akan cakap saya macam makcik-makcik. Kat butik favourite saya pun ada 2-3 helai. Saya dah aim dan terbayang-bayang. Cuma jumlah baki dalam akaun Maybank saya je yang jadi penghalang. Tengah bulan! Okay sekarang masa untuk beli baju saya. Nanti kalau dah nampak baby saya bibird ke bunga ke baru cari baju dia pulak.

Lepas dah penat saya nak makan buah. Saya kata saya nak durian tapi dia tak bagi. Tapi saya buat-buat nak beli buah lain kat tepi jalan tu. Mula-mula memang saya ambik buah mata kucing walaupun mata saya dok jeling je kat durian yang ada. Lepas tu saya terus cepat-cepat cakap dengan pakcik tu saya nak beli buah durian tu tapi sebijik je! Dia tak boleh nak cakap apa lagi dah walaupun muka macam tak puas hati. Balik rumah bila masuk je durian tu dalam mulut saya terus cakap konon-konon nak ambik hati 'hmmm time kaceh mummy sbb bg baby mkn durian..dah lama baby tingin nak makan..' sambil usap perut. Dia cuma tengok saya dan lagi sekali tak boleh nak cakap apa-apa. Kalah dengan baby. Hahaha.

Tiba-tiba hari Isnin hari ni jadi best sebab bos sume takde. Yahoo.com.

Friday, July 15, 2011

Percaya Tak Percaya


Setelah sekian lama. Selepas segalanya. Hanya ini perasaan yang saya punya. Hanya ini jiwa yang saya rasa. Saya tak tahu haruskah saya percaya. Masih waraskah untuk terus mempercaya. Kerana kepercayaan yang saya ada telah lama sirna dibayangi peristiwa lalu. Telah lama berlalu dibawa luka yang dalam.

Dulu Lain Sekarang Lain


Jauh beza lirik dulu dan lirik sekarang. Tak kiralah lagu barat atau lagu negara kita. Saya sendiri dah kurang mendengar radio baik di kereta atau pun di rumah apa lagi di pejabat. Lagu dulu bahasanya puitis. Lagu dulu bahasanya indah. Lagu dulu bahasanya sopan. Lagu sekarang bahasanya menggeletis. Lagu sekarang bahasanya mengarut. Lagu sekarang bahasanya kasar.

Jangan kita pandang pada negara barat sebab memang dah ternyata tiada unsur positif atau contoh yang baik. Lihat dulu negara kita sendiri. Dulu masa zaman saya sekolah rendah, lagu-lagu rock yang banyak mengungguli pasaran muzik waktu tu. Tapi masa saya darjah 6 saya sangat fanatik dengan kumpulan KRU. Siap buat satu buku skrap untuk diorang. Apa saja artikel pasal diorang saya gunting dan tampal dalam buku tu. Masa tu mana lah tau rock-rock jiwang-jiwang ni. Tapi bila dah besar macam ni barulah saya boleh menilai.

Lagu rock dulu tak perlukan perkataan sayang dan rindu dalam menunjukkan punyalah kau cintakan awek kau. Sesungguhnya hanya kau yang satu tiada lain yg ku cinta. Lagu dulu banyak bermain dengan bahasa. Cuba kita tengok lagu sekarang? Asyik nak sebut pasal sayanglah rindulah. Ada satu lagu duet yang tak perlulah saya sebutkan penyanyinya siapa. Setiap rangkap dan baris lirik lagu tu ada perkataan sayang dan rindu. Peningnya kepala bila baca lirik dia. Lepas tu orang sekarang ni asyik nak ambik lagu lama lepas tu buat remix lah, bagi nafas baru lah. Saya adalah orang yang akan cepat-cepat tukar channel radio kalau dengar lagu-lagu macam ni. Kalau saya dah menyampah sangat saya terus pasang cd. Malas nak dengar lagu-lagu sekarang.

Ini bukan soal saya tak sokong lagu orang kita. Tapi kalau setakat lagu yang lagi nak merosakkan dan menjahanamkan naskah indah yang sedia ada, untuk apa? Berapa banyak lagu lama yang dah diremix dan diberikan nafas baru tapi saya yang macam tak cukup nafas bila dengar. Sudahnya setiap kali saya dalam kereta, cuma cd atau dvd filem saja yang saya pasang.

Dulu dan sekarang memang terlalu banyak bezanya.


Ini contoh lagu cinta yang tak perlu lirik meleleh-leleh. Contoh lagu yang tak payah nak sayang dan rindu sangatlah kan. Kredit to Abg Aan Ways. Dia tu Pengarah Lakon kat ofis saya tau. Huhuhu.

Too Many To Keep


Terlalu banyak yang saya pendam. Terlalu banyak yang saya rahsiakan. Bukan mudah sebenarnya sebab memendam macam tu boleh buat saya jadi gila. Boleh buat saya tertekan. Stress and mental torture. Mahu bercerita dengan kawan tapi saya tak nak disalah ertikan. Mahu bercerita dengan keluarga tapi saya tak nak diketawakan. Di sini. Di sini tempat saya bercerita. Bercerita sesuka hati saya. Bercerita tentang apa saja yang saya suka. Namun bukan semuanya bisa saya nyatakan di sini. Sekadar yang mampu. Mungkin kerana itu saya dijadikan sebagai seorang wanita. Bahu sekecil ini terlalu kuat untuk menanggung segala beban yang datang. Itu kelebihan saya mungkin.

Saya tak boleh melepaskan marah saya pada sebarangan orang dan tempat. Saya harus memikirkan keadaan diri saya sendiri. Saya tak mahu segala emosi dan perasaan yang tidak baik mempengaruhi baby saya. Apa juga keadaan saya biarlah saya seorang yang tanggung. Walaupun saya tahu waktu ini dia turut sama merasakan apa yang saya rasa. Hanya belaian dan usapan di perut yang mampu saya berikan untuk menenangkan hati. Seolah-olah memberitahu yang saya tak apa-apa. Hanya mampu berbisik di dalam hati bercerita tentang perasaan. Berkongsi rasa sedih kerana hanya dia yang saya punya.

Think & Stuck


All i can do is thinking. Never stop. But still i don't know how to act. I'm stuck.

Manusia Tapi Binatang

TELUK INTAN: Seorang buruh ladang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lapan kali sebatan oleh Mahkamah Seksyen Teluk Intan semalam, selepas didapati bersalah mencabul anak kandungnya yang berusia 11 tahun 2 bulan, September tahun lalu.

Ini bukan manusia. Ini boleh dipanggil binatang. Macam mana manusia berhati binatang macam ni boleh tergamak nak cabul anak kandung dia sendiri? Macam mana? Apa yang dia fikir waktu tu? Apa yang dia rasa masa nak buat benda bodoh tu?

Masa kita mula-mula berkahwin, kita nakkan zuriat. Anak yang lahir daripada kasih sayang kita suami isteri. Darah daging kita sendiri. Bila dah lahir kita jaga dan belai anak tu. Besarkan dia, sekolahkan dia. Tapi bila sampai satu tahap anak tu dah besar, dah anak dara, kita boleh terfikir nak cabul dia? Lagi teruk bila ada yang sanggup rogol anak sendiri.

Saya tahu kita bukan nabi. Kita bukan malaikat. Yang mampu menepis segala godaan dan hasutan syaitan. Sedangkan Nabi Adam sendiri pernah termakan pujukan iblis sampaikan dia dicampakkan ke bumi. Apa lagi kita manusia biasa. Tapi walau dihasut macam mana pun kenapa dengan anak sendiri? Datanglah syaitan dan iblis sebesar mana pun tapi kenapa mesti tunduk untuk merosakkan anak kandung kita sendiri?

Saya bukan orang yang arif untuk bercerita tentang nafsu, agama dan sebagainya. Tapi saya sekadar manusia yang bercerita dari sisi seorang anak dan bakal menjadi seorang ibu.

20 Tahun Dulu

Membaca berita tentang kehilangan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun selama dua hari kerana merajuk dengan ibu bapanya cukup mengingatkan saya pada kenangan 20 tahun dulu. Kanak-kanak tu dilaporkan bersembunyi di rumah kawannya dengan memberikan alasan kononnya ibu bapanya keluar daerah kerana bekerja. Dipercayai tak nak balik ke rumah disebabkan merajuk selepas dimarahi beberapa hari sebelum tu.

Cerita saya bukan tentang cerita kena marah. Tapi cerita sebab kena tinggal. Abah saya bukan seorang yang berjawatan tinggi. Dia cuma bekerja sebagai Jaga Sekolah. Masa tu abah kerja kat Sekolah Rendah Jalan Bomba. Setiap hari pukul 10.00 malam abah akan pergi sekolah dan tidur kat sana. Dan saya akan ikut sekali tidur kat sekolah tu. Kadang-kadang saya takut jugak sebab sekolah tu dulu ada anjing. Lepas tu telinga ni dengar macam-macam bunyi.  Bila abah buat rondaan saya tak ikut dan bila saya takut kalau dengar bunyi-bunyian tu saya menyorok bawah meja. Tidur saya waktu tu cuma kat atas bangku kayu. Saya akan bawak berus gigi siap-siap. Bangun pukul 6.00 pagi, berus gigi lepas tu sarapan pagi kat depan sekolah tu. Minum teh O panas dalam piring dah menjadi rutin saya. Cepat sejuk kata abah.

Satu hari tu abah kena pergi mesyuarat kat KL tapi saya tak faham kenapa saya tak boleh ikut. Saya tak boleh terima bila abah main pergi macam tu je. Lalu dengan semangat yang entah apa-apa dan hati yang panas sebab kena tinggal saya pun capai basikal dan kejar abah. Daripada Sungai Burung sampai Tanjung Karang. Saya memang gila. Sambil bawak basikal tu saya nangis-nangis. Berapa kali saya nak patah balik tapi tak jadi sebab tak puas hati kena tinggal. Nak pergi cari abah jugak! Sampai je sekolah tu dah sunyi sebab masa tu dah nak maghrib. Saya cuma berdiri bersandar kat dinding bangunan sekolah sambil menangis. Bila dengar bunyi motor saya cepat-cepat menyorok. Masa tu baru fikir pasal takut. Padan muka saya. Sampailah seorang cikgu sekolah tu ternampak saya. Entah apa yang saya bagitahu pada dia lepas tu dia hantar saya kat rumah.

Satu family saya kelam kabut cari saya. Sampai ke Sekinchan cari saya tapi tak jumpa. Nasib baik ada cikgu tu dah selamatkan saya yang bongok ni. Esoknya bila pergi sekolah habis kecoh semua orang tanya kat saya pasal hal semalam tu. Sumpah saya malu tapi saya jawab 'mana ada..takde lah..jgn percaya ckp org..'. Tapi sebenarnya saya tak boleh nak tipu sebab basikal tu ada tersadai kat tepi tangga sekolah. Dah sah-sah terbukti itu memang basikal saya. Duh~ Sampai hari ni kalau kisah tu diungkit jawapan saya cuma satu je. 'Sape suh abah tinggal nor!'. Memang kena gelak tapi buat bodoh jelah.

Untuk pengetahuan, basikal yang saya bawak waktu tu tayarnya pancit depan belakang. Tapi saya tak pedulik. Betapa bengongnya saya.

Sesekali Teringat


Twinky Winky. Dipsy. Lala. Poo. Saya teringat zaman sekolah. Teringat kawan-kawan saya yang suka nyanyi lagu Teletubbies tu. Kawan yang paling terror nyanyi lagu tu ialah Eyja. Daripada sekolah kitorang panggil dia Teletubbies. Sebab dia pun dah macam Teletubbies. Rendah-rendah dan kecik je orangnya. Dan boleh nak kata dalam kami berlapan dialah kawan kitorang yang paling berjaya dan gaji banyak sekarang ni. Dah jadi cikgu kat Sarawak kalau tak silap. Elaun tinggi tuuu. Dah jadi mak budak dah pun. Happy for her.

Masing-masing dah ada hidup sendiri. Kalau nak dikenang balik cerita zaman sekolah memang banyak kenangannya. Tapi saya dah lupa banyak. Yang paling kuat ingatan pasal sekolah cuma si Diyana tu jelah. Saya tak tahulah macam mana dia boleh ingat cerita 11-12 tahun dulu. Tapi cuba kalau saya suruh dia ingat balik formula Math ngan Akaun? Mesti fail. Sama macam saya jugak. Ternyata kekerapan ponteng kelas sewaktu subjek tersebut benar-benar membuahkan hasil.

Kadang-kadang menyesal pun ada pindah masuk sekolah teknik dulu. Sebab saya yakin kalau saya stay sekolah lama result SPM saya akan much much better daripada apa yang saya dah dapat. Kebebasan yang diperoleh waktu tu telah disalah gunakan. Akhirnya, Akaun saya fail walaupun sebenarnya saya memang dah target saya akan fail. Sebab saya tidur masa paper tu.

Kenangan untuk dikenang. Bukan untuk ditangisi.

Letih


Perlukah saya berasa penat dengan usaha saya sendiri? Segala usaha, ikhtiar dan doa saya seperti sia-sia. Boleh dikategorikan saya sudah putus asa dan merungut waktu ini. Saya sudah hilang sabar. Saya sudah tak tahu macam mana lagi nak bersabar. Seolah-olah perkataan sabar dah tak wujud dalam hati saya. Apa yang ada cuma rasa terpaksa dan tersepit dengan keadaan.

Saya mencuba sehabis baik. Sehabis daya saya buat semua tu. Daripada dulu sampai sekarang segala-galanya tak pernah berlaku seperti yang saya mahukan. Terlalu banyak halangan dan dugaan. Seolah-olah saya tak berhak dan tak layak untuk memiliki hidup seperti yang lain. Apa yang saya tak cuba? Apa yang saya tak usaha? Tapi bila saya lihat keadaan masih sama, itu semua membuatkan saya mudah mengalah dan berputus asa. Kenapa susah sangat? Kenapa saya masih lagi diuji? Sekuat mana pun saya cuba bertahan saya tetap manusia biasa yang imannya lebih nipis daripada kulit bawang. Saya tetap manusia biasa yang mudah dihasut oleh syaitan. Saya tetap manusia biasa yang mudah goyang pendiriannya.

Cekalnya hati saya dalam mengharungi dugaan ini cuma Allah yang tahu. Walaupun saya dah letih.


Thursday, July 14, 2011

Pink-Pink Ponk-Ponk


Warna yang simple tapi sangat menyerikan pandangan mata saya. Warna yang sangat menarik perhatian saya untuk terus membelek gambar ni. Sangat sweet dan lembut warnanya. Saya tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni mata saya lebih terarah ke warna pink. Headphone yang saya baru beli pun warna pink. Jam tangan yang dia belikan pun warna biru pink. Selipar baru saya pun warna pink jugak. Pink bukan light pink tapi hot pink. Macam bunga kat gambar ni. Sesungguhnya mungkin saya akan digelakkan oleh beberapa kawan saya yang gilakan pink sebab satu waktu dulu saya sangat anti dengan warna pink. Saya selalu kutuk dan pelik bila orang terlalu addicted dengan warna tu. Sebab saya rasa warna tu terlalu girlish sangat. Sampaikan kalau berdepan dengan diorang mata saya jadi 'pink mata hitamku'. Saya tak addicted dengan warna pink tu macam kawan-kawan yang lain. Bukan semuanya saya mahukan berwarna pink. Ada sesetengah benda sahaja. Pink jugak mengingatkan saya pada Mak Nenek. Masuk je bilik dia semua warna pink. Cuma sekarang ni dia dah kurang sikit. Dah anak dara katakan. Boyfriend pun ramai. Jangan marah Mak Nenek.

Dan gambar ni sangat menenangkan hati saya. Baby saya pun suka. Haa gigirl kan? Saya suka.

Kerana Kau


Itu bukan statement menyalahkan orang lain. Bukan jugak statement nak menyelamatkan diri atas kesilapan sendiri. Itu satu kenyataan yang berdasarkan satu hakikat dalam kehidupan. Pernah dengar perkataan pengaruh kan? Siapa yang mempengaruhi atau kenapa kita mudah dipengaruhi bukan soalnya. Apa yang berlaku kalau hasilnya akan memberikan kesan yang buruk boleh dicegah kalau kita berfikir sebelum berbuat apa-apa.

Kadang-kadang orang selalu menyalahkan kita dengan satu-satu benda. Tapi orang lupa yang kita jadi macam tu kerana dia. Kita bertindak macam tu kerana dia. Kita berkelakuan sebegitu kerana dia. Antara dendam, tekanan atau pengalaman yang pernah dilalui sebelum tu. Pengalaman terutamanya. Benar-benar memberikan kesan dalam hidup kita. Mampu mengubah hidup kita menjadi seperti apa yang kita jadi hari ini. Saya berikan contoh paling mudah. Anak yang selalu kena dera dari kecil mesti akan jadi pemberontak atau pembuli bila dah besar. Dia cuba melepaskan segala tekanan dan amarah yang dia pendam pada orang lain. Begitu jugak bila orang kecewa dalam rumahtangga. Suami atau isterinya bermain kayu golf sampai tiga sekaligus. Bila rumahtangga runtuh, dendam yang tersimpan dalam hati mengakibatkan dia membalas dendam dan mempermainkan perasaan orang lain pulak. Itulah yang berlaku bila kepercayaan dikhianati.

Sebab tu orang kata kita kalau nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu. Kalau nak orang baik dengan kita, kita baiklah dengan orang dulu. Kalau kita kasar dengan orang, orang pun berkasarlah dengan kita. Tapi kita jangan suka menyalahkan sikap dan sifat yang ada pada diri seseorang. Cuba kita tengok dulu kenapa dia jadi macam tu. Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Hikmah yang cuma Dia saja yang tahu.

Aku jadi macam ni pun kerana kau.

Senyum Ada Makna


Bila agaknya kita akan buat reaksi muka macam ni? Masa kita terfikir nak buat benda jahat? Atau tengah duk diam tiba-tiba teringat sesuatu yang...?? Saya tak tahu nak gunakan perkataan apa. Tapi selalunya ekspresi muka macam ni jadi bila kita terfikir nak buat sesuatu yang nakal kan. Muka ada udang di sebalik mee. Muka jahat orang panggil. Senyum pun macam ada makna je. Kalau budak kat atas ni buat memang comel. Sangat cute. Tapi kalau kau orang tua yang buat, kau memang jahat. Hehehe.

Cerita Tentang Cemburu


Perempuan dengan cemburu. Bagaikan aur dengan tebing. Umpama isi dan kuku. Seperti udang favourite saya dan sotong favourite dia. Beritahu saya perempuan mana yang tak punya rasa cemburu. Isteri-isteri Salleh Yaakob? Ohh jangan nak terkeluar topik sangat. Nanti saya pulak yang cemburu. Sebab saya tak suka topik cemburu yang melibatkan bermadu atau kahwin ramai. Tiang besar sebelah meja saya ni boleh pecah 8 kena karate.

Ini cerita tentang cemburu sesama jenis. Perempuan dengan perempuan. Bukan hubungan songsang okay. Tapi apa yang saya faham dengan statement 'every girl is jealous of someone' tu adalah lebih kepada physical appearance / imej / paras rupa. Itu normal pada pandangan mata saya. Cemburukan sesuatu yang lebih cantik dan menyerlah daripada diri sendiri. Tapi jadi tak normal kalau cemburu sampai dengki lepas tu iri hati lepas tu ada niat nak pergi cucuk perut dia dengan garfu.

Percayalah setiap kali hati kita berkata-kata 'kenapalah aku tak cantik macam perempuan tu', 'bestnya kalau dapat pakai baju macam dia tu', seronoknya kalau dapat berpakaian hot macam makwe tu' atau pun 'aku nak jadi macam dia lah', sebenarnya ada lagi perempuan lain yang berada di sekeliling kita pun berfikiran macam tu jugak. Diorang pun rasa benda yang sama bila melihat kita. Sama ada secara sedar atau tak itulah sebenarnya. Kita takkan pernah berhenti daripada merasa cemburu.

Kita terlalu mencari kelebihan yang ada pada orang lain tanpa menyedari kelebihan yang ada dalam diri kita sendiri.

Act & Think


Kenyataan kat atas ni bukan sesuatu yang pelik rasanya. Manusia kan. Selalu sangat menjadi terlalu mudah kalah dengan emosi, perasaan dan nafsu sendiri. Bila mana akal yang diberi tak pernah digunakan dengan sebaiknya. Bila dah jadi apa-apa orang selalu cakap 'tu lah ikutkan perasaan sgt'. Tak pun orang akan cakap 'tu lah aku dah nasihatkan..tapi ko tak nak dengar..'. Atau pun 'ko ni suka sgt buat benda tak fikir tau tak?'. Kita jugak yang salah.

Kadang-kadang orang boleh bercakap apa saja. Tapi orang tak faham apa yang kita rasa. Bertindak tanpa berfikir mungkin terdorong daripada emosi atau amarah yang tak dapat dikawal waktu tu. Sebab tu akhirnya tindakan tu akan dipanggil tindakan bodoh. Sebab buat tak fikir. Buat benda ikutkan hati. Ikutkan perasaan sangat. Dan kebiasaannya ianya akan berakhir dengan penyesalan. Masa tu barulah terkeluar ayat 'aduu kalaulah aku sabar sikit'. Tak pun 'eee kenapa lah aku tak fikir dulu sblm buat td'. Lagi sadis 'arghhh menyesal! menyesal! menyesal!'. Tapi waktu tu apa yang kita boleh buat agaknya. Sama ada kesilapan tu boleh diperbetulkan atau tidak. Sama ada masih ada peluang untuk mengubah keadaan atau membiarkan masalah tu berterusan. Semuanya kat tangan kita sendiri.

Berbeza dengan berfikir tapi tiada tindakan. Takut atau tak berani? Eh macam sama je. Selalunya kalau asyik berfikir je tapi takde tindakan diambil berlaku sebab kita takut nak buat keputusan. Kita takut kita buat keputusan yang salah. Kita takut kesudahannya akan membuatkan kita kecewa. Kita takut hasilnya tak seperti yang kita nak. KITA TAKUTKAN RISIKO. Asyik nak berfikir je perempuan tu sesuai ke tak dengan kita. Perempuan tu boleh jadi isteri yang baik ke tak. Orang tu orang ni baik dan jujur ke tak. Kerja ni bagus ke tak untuk masa depan. Semua benda nak difikirkan tapi tindakan takde. Akhirnya, menyesal jugak.

Kadang-kadang bila kita tercepat atau terlambat buat keputusan pun boleh buat kita menyesal di kemudian hari. Susahnya nak buat keputusan. Sukarnya nak buat pilihan. Bila masa dah berlalu dan segala tindakan, keputusan dan pilihan dah dibuat? Kita cuma mampu menoleh ke belakang dan mengenang segala tindakan yang berlaku tanpa iringan akal. Tanpa mampu berbuat apa-apa.

Wednesday, July 13, 2011

No One


Saya tak tahu siapa orang sekeliling saya yang betul-betul dapat rasakan mengalirnya setiap titis air mata saya walaupun hanya mendengar suara di telefon. Yang dapat rasakan kesedihan yang saya sembunyikan di dalam hati walaupun di bibir saya terukir senyuman. Mungkin ada seorang dua kawan terdekat saya. 

Saya memang manusia yang kurang bijak dalam menyembunyikan perasaan saya. Mungkin masih terlihat jelas di air muka, mata atau pun senyuman pura-pura yang saya ada. Kakak saya mungkin salah seorang daripadanya. Saya jarang nak bercerita dengan dia. Tapi kadang-kadang dia tahu. Tapi masih ada jugak yang tak berjaya mengesan kemurungan saya pada satu-satu waktu. Dan mereka akan terkejut bila tahu tentang sesuatu itu. 

Bukan senang mahu memberikan gelaran sahabat pada seseorang. Kau boleh ketawa bersama aku, tapi belum tentu mahu menangis bersama-sama.

Saya Memang Degil

Semalam petang saya terlalu ikutkan tekak. Selepas sekian lama saya hentikan nafsu makan saya pada megi cup, saya telah melanggar nasihat orang sekeliling. Ye saya memang degil. Tak tahu kenapa semalam saya boleh bergerak sepantas angin ambik wallet, keluar ofis, tekan lif dan pergi kedai runcit bawah tu beli megi cup perisa tomyam.

Pada mulanya memang saya rasa macam berselera sangat. Tapi selepas separuh makan saya rasa macam megi tu tawar dan sebenarnya tak sedap. Saya takde rasa teruja macam sebelum ni. Lepas makan tu tekak saya rasa tak best. Saya rasa macam loya. Hati saya rasa menyesal. Sangat menyesal! Saya tak nak bagitahu dia. Sebab nanti mesti kena marah. Diam~

Sebelum makan tu semua orang membebel cakap kenapa saya masih nak makan megi tu lagi. Macam-macam nasihat yang keluar tapi saya cakap 'ala sekali ni je'. Nampaknya memang betul pun. Sekali tu jelah. Saya tak nak makan lagi dah lepas ni. Sampai sekarang saya rasa menyesal sebab makan megi tu semalam. Diorang cakap baby saya yang tak suka. Dia marah sebab saya degil dan membahayakan kesihatan dia. Ohh terpana seketika aku mendengar nasihat mereka.

I'm sorry baby. -Mummy-

Yeay Yeay Raya!

Tiba-tiba saya rasa macam tak sabar nak sambut raya tahun ni. Saya tak tahu apa bezanya bila dah raya berdua sebab tak pernah rasa lagi. Tahun ni baru nak rasa. Tapi dalam pertama kali nak rasa raya berdua tu saya akan merasa raya bertiga walaupun dia masih dalam perut lagi.

Saya malas nak beli baju sekarang sebab rasa macam sia-sia je kalau beli. Saya tahu masa tu perut saya dah muncet jadi macam tak okay je kalau pakai baju kurung. Takut kain kutat. Jadi kenalah fikir outfit yang lebih sesuai. Mungkin dress atau mungkin seluar for preggy je. Lepas tu nanti saya nak makan banyak. Saya nak ketupat. Saya nak lemang jagung yang saya akan jumpa kat rumah pakcik saya di Parit Serong. Makan dengan ayam masak merah dia yang sangat pedas. Saya nak ayam masak kicap mak. Tapi saya tak tahu masa tu saya dah suka kat ayam balik ke tak. Kalau tak terpaksalah saya makan kuih raya je.

Macam mana agaknya raya tahun ni eh? Raya tahun lepas saya separuh happy pada awalnya lepas tu terus bertukar sangat happy selepas raya ketiga. Raya yang paling best dalam hidup saya. Raya yang akan saya kenang sampai akhir hayat saya. Terima kasih kepada yang memberikan kenangan indah.

Tuesday, July 12, 2011

Its All About Forgive & Forget