Satu hari saya menunggu panggilan atau sms daripada adik dengan emak semalam. Kenapa diorang tak wish birthday saya? Saya tak puas hati sangat rasanya. Tak mungkin mak lupa sebab tiap-tiap tahun dia memang tak pernah lupa. Saya pun buat-buat jual mahal tak nak telefon dulu. Sampailah on the way balik kerja petang semalam saya sms jugak adik saya. Saya merajuk cakap 'cek bab tak ingat ke hari ni hari apa?'
Haha dengan pantas saya dapat sms balasan. Sms siap nyanyi lagu Happy Birthday. Lepas tu saya balas cakap 'kaknor rasa macam malu2 plak..'. Tapi adik saya tak balas. Saya tahu dia malas nak layan saya. Haha. Bila dah sampai rumah saya dapat call daripada ex-schoolmate saya masa kat Teknik Ampangan dulu. Dia merangkap abang angkat sayalah kononnya. Secara kebetulan birthday kitorang sama cuma berbeza tahun je. Agaknya sebab itulah saya nak terima dia jadi abang saya dulu. Kalau tak jangan harap sebab saya tak minat kena angkat-angkat ni. Huhuhu. Dia wish birthday gak tapi lepas tu dia cakap nak datang rumah beraya. Dengan tak malunya siap suruh orang masak. Lepas tu siap cakap tak payah susah-susah. Mee goreng ke bihun goreng ke pun dah okay. Eeee kau punya request kan? Warghhh panik! Panik! Panik!
Saya panik sebab kat bahagian dapur rumah tu memang tak berapa nak complete. Rasa macam nak balik kampung lepas tu kebas semua rempah ratus dan basic masakan emak. Begitu juga dengan sayur-sayuran dan bahan mentah yang ada. Tak lupa jugak periuk belanga, sudip, pinggan mangkuk untuk satu set 6 orang siap dengan gelas dan jug. Barulah saya boleh sengih senang hati kalau orang nak datang rumah. Tapi sekarang ni saya sengih susah hati sambil dahi berkerut dan muka ala-ala spastic ketakutan.
Tapi takpe sebab kalau tak macam tu sampai bila-bila pun saya tak akan belajar kan. Okay kita kena fikir positif. Dengan pantas semalam saya try buat mee goreng tapi disebabkan mee takde saya tukar dengan maggi goreng. Haaa jadi je lepas tu makan sorang-sorang. Kalau Sayang ada boleh jugak jadi tukang komen walaupun saya dah tahu komen dia sebenarnya. Cuma saya tak tahu dia ikhlas ke tak bila dia puji masakan saya tu sedap. Hahaha~
Selepas sesi merasa 2 pinggan maggi goreng selesai. Okay saya kalau rasa memang bukan 2 sudu ye tapi 2 pinggan terus. Saya telefon emak nak tanya macam mana nak buat mee hailam pulak. Tapi sebelum emak membebel macam Chef Wan dia dah ucap Selamat Hari Jadi siap-siap tapi lepas tu dia tarik balik ucapan tu sebab dia cakap 'eh bukan selamat hari jadi sebab jadinya tu tak taulah jadi apa..' Hoh? Nampak sangat saya ni anak yang tak berapa nak jadi. Wahaha. Lepas tu baru dia ucap 'selamat hari lahir..' tapi lepas tu saya cakap 'kenapa lambat sangat? orang tunggu je adik ke mak ke telefon tapi takde pun..' Then mak cakap 'aku ni ada hp tapi aku bukan tau nak tulis macam mana..' Okay mak, alasan mak tu diterima. Mak memang tahu macam mana nak telefon dan jawab call je. Cerita pasal mee hailam saya tu pulak akan ada kesinambungannya bila saya nak cuba buat balik kerja petang ni. Cuma itulah kan saya ni jenis tak rajin nak ambik gambar macam orang lain. Maklumlah sejak pakai handphone cap unta lepas tu laptop pun dah koma jadinya saya pun dah lupa tentang kecanggihan gajet yang ada dalam dunia ni. Kalau tak boleh jugak saya share kat blog ni. Haihhh~
Itu cerita semalam. Saya sangat happy di hari pertambahan usia saya yang ke 28 tahun tu. Hari ni Sayang saya balik. Seronoknya. Yahoo.com!
0 comments:
Post a Comment