Cuti 3 hari terasa kejap je berlalu. Rasa macam baru nak celik mata bangun tidur pagi Jumaat tapi rupa-rupanya dah hari Isnin. Kena pergi kerja. Itu saja rutin hidup kita hari-hari. Tak ada apa yang berubah. Bosan? Kadang-kadang.
Cuti Hari Malaysia lepas kita tak ke mana-mana pun sebab tak nak dan malas nak tempuh jem kat sana sini. Duk rumah dan tengok je sambutan tu kat TV. Ternampaklah jugak kelibat 2-3 orang kawan-kawan ofis saya yang tengah menari depan VVIP tu.
Minggu lepas mak ngan abah datang sebab ada kenduri kahwin kat Seksyen 8, Shah Alam. Kenalah ambik diorang kat Seksyen 13 sebab adik saya ada hal. Lepas kenduri kitorang bawak balik rumah, solat dan rehat jap lepas tu pergi open house rumah kawan saya kat Taman Medan. Malam tu kitorang tidur kat rumah kakak sebab tak larat nak ulang alik sana sini. Hari Sabtu lepas memang hari makan saja.
Mukadimahnya panjang sungguh tapi sebenarnya saya nak cerita saya masak apa je semalam. Heeee~ Saya masak Sotong Masak Kucai, Udang Kasturi dan Telur Dadar je. Udang Kasturi tu dah 2 kali saya buat dan rasanya memang sedap. Dia suka saya pun jadi sangat suka. Bukan puji diri sendiri sebab saya yang masak tapi rasa dia memang best. Masam-masam pedas tambah lagi dengan letak kacang peas dan bawang holland tu. Seronok kalau boleh share gambar tapi itulah kan. Handphone cap unta katakan.
0 comments:
Post a Comment