Nuffnang Ads

Tuesday, September 6, 2011

Kehilangan Abadi II

Pagi 29 Ogos 2011. Telefon saya tak berhenti berbunyi. Rasa macam nak marah adik saya tu kejap-kejap call tanya bila nak baliklah, tanya nak beli tudunglah. Sampailah panggilan seterusnya saya tak boleh nak marah lagi sebab dia bagitahu makcik saya iaitu adik mak saya telah meninggal dunia. Kehilangan sekali lagi.

Makcik saya meninggal dunia kerana dijangkiti kuman di paru-paru. Berada di hospital Seremban sejak seminggu sebelum puasa lagi. Kali terakhir saya berjumpa dia sewaktu 9 Julai 2011 masa saya singgah rumah dia di Mantin, Negeri Sembilan sebelum pergi bercuti ke Port Dickson. Itulah kali terakhir dia memasak untuk saya malah untuk keluarganya juga dek kerana kesihatan yang tak mengizinkan. Itu pun di atas permintaan saya yang teringinkan daging masak lemak cili api masakan dia. Masa tu dia ada bercerita yang penyakit batuknya dah terlalu lama dan masih tak sembuh-sembuh. Tapi kita tak pernah sangka penyakit tu semakin melarat dan akhirnya dia pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Hilanglah seorang makcik saya daripada belah emak. Kalau tak semuanya masih sihat lagi. Tapi ajal dan maut tak pernah kita tahu dan sangka waktu dan ketikanya. Makcik yang tak pernah sakit sepanjang usianya pergi dulu daripada kami. Raya ketiga hari tu seperti biasa saya dan keluarga tetap berkunjung ke Mantin tapi suasananya tak seperti tahun-tahun sebelum ni. Tiada sambutan dan tiada kuih raya. Tiada lagi kuih dahlia, kuih gunting dan masak lemak cili api buatan dia. Semoga dia juga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin~ 

0 comments: