Memang seronok bila kita tak bersendirian di hujung minggu. Walaupun tak pergi ke mana-mana tapi kita tetap rasa suka suka suka. Plan saya berjalan dengan baik sekali minggu lepas. Pergi makan-makan kat rumah officemate kat Putrajaya lepas tu jalan-jalan raya kat rumah uncle dia kat USJ. Macam nak tidur sana terus je gayanya sebab dekat pukul 12.00 tengah malam baru balik rumah.
Hujung minggu lepas ni tempat saya banyak kat dapur je. Entah apa yang saya buat pun saya tak tahu. Kejap-kejap basuh kuali. Kejap-kejap basuh periuk. Kejap-kejap basuh pinggan. Sampai satu tahap saya rasa macam penat sangat dok berdiri kat sinki tu. Semua tu berpunca daripada selera makan saya yang naik mendadak. Jumaat lepas usaha untuk cuba buat mee hailam tu agak berjaya walaupun rasanya tak sama macam dengan yang mak buat. Saya dapat rasa sikit je sebab dia habiskan mee tu. Habis pun sebab lapar agaknya. Macam tak confident je nak cakap sedap. Duh~ Tapi lepas tu saya masak nasi pulak. Cuma lauk ringkas taugeh masak tumis dengan ayam masak capcai. Saya makan sikit je tapi tengah malam tu saya lapar balik lepas tu lepas geram buat balik mee hailam tu lepas tu makan sorang-sorang. Dia asyik tengokkan saya sebab pelik kenapa saya asyik makan je tak habis-habis.
Hari Ahad tu bermula agak lambat. Sarapan pagi saya juga adalah percubaan pertama iaitu mee hokkien. Dengan bangganya saya rasa macam sedap je makan mee tu. Tengahari tu saya lapar balik saya makan pulak coco crunch + satu kali refill. Lepas tu kitorang pergi shopping barang dapur kat Giant. Saya memang ala-ala teruja je bila nampak banyak sayur kat situ. Ambik, ambik, ambik. Tapi saya pastikan sayur yang saya ambik tu jenis yang memang senang dimasak dan laju untuk dimakan kitorang. Takdelah main ambik je tapi sudahnya layu di tasik madu. Dalam kesibukan mengambik itu ini tu dia pun macam pelik je tengok saya beria-ria. Dia cakap 'ambik macam-macam tu entah apalah yang nak dimasaknya ni..'. Saya cakap 'standby!'. Alhamdulillah dalam dok main ambik-ambik tu bila sampai kat kaunter tak sampai RM100 pun. Hasilnya peti ais saya sangat penuh dengan bahan mentah dan makanan. Dan kesudahannya sekali lagi malam tadi kerja saya cuma makan je. Saya cuma masak pak choy sos tiram, sosej black pepper dan ikan kembung gorang je. Lepas tu kejap makan jeli yang terus saya buat bila balik dari Giant. Lepas tu goreng frozen food pulak. Sekali lagi kena tegur sebab asyik makan je.
Seronoknya bila boleh makan macam-macam. A'ah saya memang nak cerita pasal makan je sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment