Nuffnang Ads

Thursday, August 18, 2011

Senarai Menu Pilihan Berbuka Puasa 18 Ogos 2011

Petang ni selera saya agak dasyat daripada biasa. Macam-macam yang ada dalam selera tekak dan nafsu saya. Haa kan dah kata dah. Hari ni belum pergi bazaar lagi saya dah ada niat untuk menjadi orang yang tak bijak. Sebab belum nampak khemah bazaar depan mata lagi tapi dalam kepala dah ada senarai makanan. Saya akan ketepikan senarai yang saya rasakan itu akan jadi satu pembaziran dan saya utamakan senarai yang memang tekak saya betul-betul nak makan.

Percintaan saya dengan udang memang tak dinafikan daripada dulu lagi. Masaklah masakan cap apa sekali pun. Udang akan cepat menarik perhatian mata, hati, jiwa dan nafsu saya. Sejak puasa ni entah sebab apa saya jadi macam terbayang-bayang cucur udang je. Okay petang ni saya nak cucur udang sebagai pembuka selera. Cucur udang yang letak udang lebih daripada seekor kat atas dia. Siapa yang letak seekor je dia kedekut.

Kemudian saya akan melilau mata untuk cari pencuci mulut pulak. Selalunya saya akan beli agar-agar tapi tak best lah panggil agar-agar sebab saya orang jawa jadi lebih manis di pendengaran telinga dengan nama lengkong. Saya tak pelik tapi dia. Sampai sekarang masih tak pernah betul nak sebut lengkong. Lengkong memang favourite saya daripada dulu hingga kini. Tak kiralah perasa apa pun. Lagi-lagi kalau dapat makan yang sejuk. Sedapnya oi~

Yong tau fu. Menyesal sikit sebab pergi bukak blog-blog masakan sekejap tadi. Ternampak menu yong tau fu yang macam best je. Tapi sambil saliva saya separa meleleh tengok gambar tu saya terfikirkan entah berapa ringgitlah agaknya kalau saya beli yong tau fu tu petang ni. Sebab saya memang suka makanan yang cucuk-cucuk tu. Selera saya jadi macam resakse tak makan 8 hari. Saya akan ambik, ambik, ambik dan ambik. Tapi takpe sebab saya rasa yong tau fu ni pun dah cukup mengenyangkan saya nanti.

Sekali lagi saya bercinta dengan udang. Untuk sahur esok saya nak beli lagi udang masak lemak petai yang seekor RM4.00 tu. Serius sedap sangat lauk tu. Kalau tak sedap takkanlah saya sanggup menggadaikan RM4.00 hanya kerana seekor udang? Makcik udang tu berjaya membuatkan saya terkenang-kenang udang masak lemak petai beliau. Tahniah makcik.

Saya rasa macam nak pergi kat jam dan pusing sendiri jarum pendek tu pergi kat nombor 4. Lapar~

0 comments: