Nuffnang Ads

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Tentang Rezeki


Lebih kurang hampir 3 bulan lepas saya mencuba nasib untuk meningkatkan taraf hidup dan memajukan diri demi masa depan yang lebih baik. Selepas sebulan saya menunggu saya masih belum mendapat jawapan lagi. Tapi bila baru-baru ini saya check email dan tiba-tiba terperasankan satu email yang nyaris-nyaris saya delete perasaan yang ada bila saya membaca isi kandungannya hanya sedih dan kecewa. Saya gagal. Memang bukan rezeki saya agaknya. Jodoh saya masih panjang untuk terus berada di sini.

Agak terdiamlah jugak bila mula-mula baca tu. Tipulah kalau saya kata tak sedih dan kecewa tapi perasaan tu masih boleh dikawal lagi. Nak kata ralat pun adalah jugak. Saya cuba mengingat semula kelemahan dan kekurangan yang saya ada waktu tu. Mungkin mereka je yang tahu. Sekali lagi saya muhasabah diri seperti kata mak. Tu maknanya memang bukan rezeki saya. Rezeki saya takde kat situ. Okay saya kena terima.

Siapa yang tak risau dengan masa depan. Keadaan ekonomi dan kehidupan dalam dunia sekarang ni betul-betul memeningkan kepala. Segalanya bertuankan duit. Kalau takde duit memang kita susah nak hidup dan kadang-kadang boleh jadi tak boleh nak hidup. Ekonomi sekarang tak mengizinkan kita untuk bertahan dengan pepatah 'ulat dalam batu pun boleh hidup'. Masalahnya sekarang ni kita bukan ulat. Ulat tak pakai kereta, tak perlu bayar road tax, takde lalu kat highway nak fikir bayar tol, tak payah fikir duit sewa rumah, bil api dan air. Melainkan kalau ulat tu dok kat Selangor tak payahlah nak bayar bil air kalau bawah RM20. Nasib baik ulat tak boleh main laptop kalau tak kena bayar streamyx atau bil broadband.

Dia suruh saya sabar sebab rezeki datang daripada Allah. Bukan daripada manusia.

0 comments: