Nuffnang Ads

Thursday, August 11, 2011

Dia Sakit, Saya Sakit

Lamanya saya tidur dan berdiam diri. Disamping ketiadaan waktu mahupun ketiadaan laptop untuk bersama. Seminggu lamanya saya teringatkan rumah saya yang tak bersapu, bermop dan dilap tingkapnya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku selama seminggu tu.

Bermula dengan dia yang disyaki dijangkiti demam denggi. Tapi dengan kepantasan ujian darah dan kemasukan air sebanyak 3 botol berjaya meningkatkan platelet darah dia yang dah turun kurang daripada 2.0. Keletihan menguruskan segala-galanya sendirian sangat-sangat menguji kesabaran dan kekuatan fizikan dan mental saya. Dengan keadaan diri yang tak seberapa normal lagi. 

Sudahnya berturut-turut saya dapat cuti sakit lepas balik kampung minggu lepas. Tekanan darah rendah saya betul-betul mengganggu kestabilan emosi dan keadaan diri. Asyik rasa nak pitam dan mata berpinar-pinar. Hari check up yang sepatutnya dibuat kat Langat terpaksa saya buat kat Sekinchan je. Sudahnya doktor nak masukkan air satu botol tapi saya tolak dek kerana kesiankan dia yang tak larat nak menunggu lama. Esoknya saya pergi balik dan mintak sendiri untuk masuk air sebab dah tak larat sangat nak tahan rasa nak pitam tu. Tapi keadaan masih sama jugak sebab petang masa kat bazar Ramadhan tu pandangan saya betul-betul dah gelap dan tinggal nak tumbang je. Dengan selambanya saya duduk kat tepi jalan tu sebab memang betul-betul dah tak boleh nak berjalan lagi. Penat rasanya nak melawan bila diri terlalu lemah.

Banyak lagi masalah yang menguji saya. Tuhan, sabarkan lah hati saya.

0 comments: