Nuffnang Ads

Wednesday, August 17, 2011

Bijak Vs Kurang Bijak

Orang yang bijak adalah orang yang berjaya menundukkan hawa nafsunya. Itu yang saya tangkap daripada dialog dalam drama Tahajjud Cinta yang saya tengok kat mediaprimatv tadi. Lantas dengan pantas saya jadikan ianya sebagai status di Facebook saya.

Hawa nafsu seorang manusia bukan hanya tentang itu. Tentang itu? Ya tentang itu. Tapi terlalu banyak sesuatu di dalam dunia ini yang boleh dikaitkan dengan hawa nafsu. Nafsu makan, nafsu berbelanja dan lain-lain yang kita semua boleh fikir sendiri sebab saya malas nak fikir sorang-sorang. Kita sama-samalah fikir. Ahaa~ 

Tapi sayangnya kita semua selalu gagal dalam mengawalnya. Bukan hawa nafsu orang lain tapi hawa nafsu sendiri. Keterlanjuran, kealpaan dan kelekaan kita dalam membatasi had-had yang ada selalu berlaku. Nipisnya iman kita. Kulit bawang pun tak berjaya nak melawan kenipisan iman yang ada. Kita selalu muhasabah diri tapi muhasabahnya hanya sekadar waktu. Hanya setakat itu. Lalu sekali lagi kita menjadi orang yang gagal. Orang yang kurang bijak. Kerana tidak berjaya menundukkan hawa nafsu kita sendiri.

Bila agaknya kita mahu jadi orang yang bijak?

0 comments: