Nuffnang Ads

Monday, August 22, 2011

Cerita Biasa-Biasa

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang benar-benar menghabiskan duit. Sekembalinya dia daripada utara hari Khamis lepas, esoknya kami keluar untuk melihat duit-duit itu terbang. Walaupun ada satu berita tak best yang telinga ni dengar sebelum dia sampai ke KL lagi.

Jumaat dan Sabtu adalah hari kami ke sana sini mencari keperluan yang diperlukan oleh rumah baru. Kejap-kejap keluar. Kejap-kejap beli. Saya agak risau melihat pengeluaran duit yang deras macam air mata saya bila kena tinggal outstation. Tapi bak kata dia, InsyaAllah rezeki kita ada je nanti. Memang betul. Allah sentiasa membantu walaupun sampai satu tahap cuma ada 3 keping kertas biru muda yang tertulis nombor 1 di dalam dompet. Tapi saya lega sebab saya ditinggalkan dengan keadaan rumah yang sudah 80% sempurna. Semuanya dilakukan untuk saya. Terima kasih daddy~

Ditinggalkan? Ya sekali lagi. Baru 3 hari dia balik ke rumah tapi hari ini saya sudah ditinggalkan lagi. Saat ini, waktu ini, dia sudah di dalam perut kapal terbang untuk ke Sarawak dan seterusnya ke Sabah. Sayu hati bertandang lagi. Seawal 4.30 pagi saya keluar untuk menghantar dia ke KL Sentral. Bila balik ke rumah rasa kosong, sunyi dan sepi menemani hati saya. Rindu setinggi langit mula menusuk-nusuk hati walaupun baru setengah jam dia pergi. Masih berpijak lagi di bumi Semenanjung. Tapi hati saya yang tiada di sini. Terbang mengiringi dia membawa seluruh jiwa dan perasaan saya yang sangat-sangat sayangkan dia. Sayu di bulan puasa dan sayu dah nak raya.

Saya perlu bertenang sekejap~

0 comments: