Nuffnang Ads

Tuesday, August 23, 2011

Batu Blok


Bermula semalam banyak web yang tak boleh nak log in kat ofis ni. Semua kehairanan dan tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Pada awalnya kita ingatkan itu hanya sekadar sementara waktu. Mungkin ada masalah teknikal di mana-mana. Tapi persoalan tersebut makin terjawab bila dah melewati waktu lunch pun keadaan yang sama masih berlaku.

Kita cuma dapat kesan keadaan kembali seperti biasa pada jam 1.00 - 2.00 petang iaitu sewaktu rehat sahaja. Okay sekarang kita dah faham apa yang terjadi sebenarnya. Ini bukan masalah teknikal mahupun kerosakan wayar atau keputusan kabel atau sebagainya. Tapi ada kemungkinan semuanya dah kena block.

Kita tak kisah kalau nak block benda-benda yang tak membawa faedah atau mendatangkan mudarat kepada diri, negara, bangsa atau agama. Contohnya laman web lucah ke atau apa-apa jelah. Tapi kalau Yahoo dan Maybank2u pun nak block jugak memang dah melampau lah. Kita sendiri kadang-kadang menggunakan email untuk menghantar minit mesyuarat pada bos kita. Sekarang dah tak boleh. Nak bayar bil, nak transfer duit guna Maybank2u pun dah tak susah. Jangan kata nak bayar atau transfer, nak check balance tengok claim dah masuk ke belum pun jadi terbatas. Nasib baik Maybank kat bawah tu je. Tapi tetap tak berbaloi bila dengan keadaan perut yang semakin muncet ni kena turun lepas tu kita jadi bengang sendiri bila tengok kat skrin ATM tu cuma ada RM6.71 je. Cuba kalau boleh log in Maybank2u tu? Takdelah kita rasa susah sangat.

Kita tak fahamlah. Kita pun tak tahulah sama ada memang betul atau tak semua tu dah kena block tapi kalau betul alamak memang susah sikitlah nampaknya. Kalau semuanya nak close lebih baik kita pakai mesin taip je kat ofis. Duh~

Asyik Kita Je Yang Salah


Kadang-kadang bila kita tak ambil peduli pada seseorang orang akan kata kita ni tak ambil berat. Atau kita tak sayang. Atau kita tak kisah. Lepas tu nanti suka-suka je orang akan kata macam dia tu tak penting dalam hidup kita.

Kita pun tak tahu dan tak faham apa yang orang nak sebenarnya. Orang mungkin tak tahu yang kita ni risau. Kita tertanya-tanya macam mana keadaan dia. Okay ke tak. Sihat ke tak. Selamat ke tak.

Tapi kita jadi lagi makin tak faham bila kita pulak yang kena marah balik. Kita pun tak tahu apa yang salah dengan pertanyaan kita tu. Kita cuma concern. Dahlah kita takde kawan. Kita sorang-sorang je. Marah kita macam kita buat salah besar je. Air mata kita dah macam air terjun Niagara~

Tanya salah. Tak tanya pun salah.

7 Hari Lagi

Tinggal seminggu je lagi kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia. 7 hari lagi. Sekejap je masa berlalu. Tahun ni saya tak menghitung hari langsung macam tahun-tahun sebelum ni. Dok kira hari bilalah nak raya. Sebab tu rasa lambat kot. Berbeza dengan tahun ni. Mungkin sebab kesibukan berpindah rumah dan keemosian perasaan di dalam sesetengah perkara membuatkan saya lupa sekejap lapar dan dahaga di bulan Ramadhan ni. Sampai tak terasa masa berlalu begitu cepat.

Saya teringat kenangan bulan puasa masa awal sekolah menengah. Nakal dan degil tak usah cakap. Saya sorang je kot budak perempuan yang main meriam kat kampung tu. Tapi takdelah hebat mana pun. Dok main senyap-senyap je kat kebun tepi rumah. Tapi masa tu ada arwah embah. Dia suka marah-marah. Boring betul.

Kenangan yang sangat membuatkan saya rasa macam malu dan segan dan rasa nak terjun tingkap rumah tetamu masa tu bila saya sebagai tetamu yang datang dulu terpaksa pergi ke dapur bila tuan rumah ada tetamu lain yang baru sampai. Itu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang ni perempuan tu pakai baju kurung yang sama macam saya. Memang sama, serupa, sebijik dan takde beza. Sama 100%. Saya tengok dia dan dia tengok saya. Tak tahu nak buat muka macam mana masa dia datang salam saya masa tu. Rasa nak lempang dia lepas tu mintak maaf lepas tu tanya 'ko takde baju lain ke nak pakai?' sambil tarik-tarik rambut sendiri. Sejak tu saya taubat tak nak beli baju kain meter lagi-lagi kalau kat pekan Tg Karang. Memang taklah! Apa lagi kalau saya tengok gulungan kain tu dah tinggal sikit. Hah confirm dah banyak orang beli. Bila dah banyak orang beli maknanya banyaklah orang yang baju sama. Oh tidakkk~

Banyak sangat kenangan raya yang saya dah lalui. Macam-macam perasaan dan peristiwa. Tapi raya 2010 adalah raya yang akan saya kenang sampai saya menutup mata. Raya yang benar-benar mengubah segenap rasa, jiwa dan perasaan saya. Rasa yang sangat-sangat membahagiakan saya. Walaupun tak lama.

Monday, August 22, 2011

Bila Manusia Lupa Diri

Pangkat, harta dan nama memang boleh membuatkan seseorang tu lupa diri. Kalau tak banyak sekali pun, sedikit kealpaan mesti ada. Mungkin kita boleh nafikan tapi mata yang memandang, telinga yang mendengar boleh menilai walaupun 1000 kali kita menafikan.

Kadang-kadang bermula daripada bawah itu lebih baik daripada kita terus berada di atas. Sebab kita tahu dan faham macam mana seksa, sakit, merana pengalaman atau susah payah bila kita bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Berbeza dengan bila kita terus berada di atas. Kita cuma tahu kerja mengarah atau 'saya tahu semua mesti siap!'. Tapi tak pernah nak cuba memahami apa yang orang bawah rasa atau perlukan.

Saya melihat sendiri perubahan seorang insan di sini. Terus berada di atas dan semakin ke atas. Perubahan sikap yang berlaku sangat ketara walaupun dinafikan berulang kali. Tiada lagi gurau, ramah mesra atau berbual-bual. Orang kata 'tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh takkan orang mengata'. Kita semua dah dewasa dan boleh menilai sendiri. Dalam masa yang sama kita juga tak bolehlah nak kata sikap dan perangai kita dah memang macam tu. Kita tak boleh nak harap semua orang kena, mesti dan wajib faham yang itu dah memang cara kita. Atau pun kita tak boleh nak kata orang kena terima cara kita yang macam tu macam ni. Sebab tak semua orang boleh terima, tak semua orang suka dan tak semua orang setuju dengan cara kita tu. Walaupun kita ni bos.

Mungkin kita boleh cakap dari sana sampai ke sini membawa ke sinun dah kenal dan tahu perangai kita dah memang macam tu. Tapi kita tak pernah fikir yang mungkin orang sekeliling kita cuma pura-pura terima dan berlagak suka sebab fikir kita ni orang atas atau pun malas nak melawan sebab kita cuma orang bawah. Kita boleh buat tak tahu atau buat tak peduli dengan cakap-cakap orang tapi kita bukan hidup sorang-sorang. Apa lagi dalam satu organisasi atau jabatan. Tak seronoklah bila dengar orang bercakap macam-macam. Saya dengar cerita ni pun bukan daripada seorang dua tapi ramai yang bersuara. Apa yang saya boleh buat cuma diam, senyum dan tengokkan jelah.

Lebih baik saya biasa-biasa saja.

Cerita Biasa-Biasa

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang benar-benar menghabiskan duit. Sekembalinya dia daripada utara hari Khamis lepas, esoknya kami keluar untuk melihat duit-duit itu terbang. Walaupun ada satu berita tak best yang telinga ni dengar sebelum dia sampai ke KL lagi.

Jumaat dan Sabtu adalah hari kami ke sana sini mencari keperluan yang diperlukan oleh rumah baru. Kejap-kejap keluar. Kejap-kejap beli. Saya agak risau melihat pengeluaran duit yang deras macam air mata saya bila kena tinggal outstation. Tapi bak kata dia, InsyaAllah rezeki kita ada je nanti. Memang betul. Allah sentiasa membantu walaupun sampai satu tahap cuma ada 3 keping kertas biru muda yang tertulis nombor 1 di dalam dompet. Tapi saya lega sebab saya ditinggalkan dengan keadaan rumah yang sudah 80% sempurna. Semuanya dilakukan untuk saya. Terima kasih daddy~

Ditinggalkan? Ya sekali lagi. Baru 3 hari dia balik ke rumah tapi hari ini saya sudah ditinggalkan lagi. Saat ini, waktu ini, dia sudah di dalam perut kapal terbang untuk ke Sarawak dan seterusnya ke Sabah. Sayu hati bertandang lagi. Seawal 4.30 pagi saya keluar untuk menghantar dia ke KL Sentral. Bila balik ke rumah rasa kosong, sunyi dan sepi menemani hati saya. Rindu setinggi langit mula menusuk-nusuk hati walaupun baru setengah jam dia pergi. Masih berpijak lagi di bumi Semenanjung. Tapi hati saya yang tiada di sini. Terbang mengiringi dia membawa seluruh jiwa dan perasaan saya yang sangat-sangat sayangkan dia. Sayu di bulan puasa dan sayu dah nak raya.

Saya perlu bertenang sekejap~

Thursday, August 18, 2011

Senarai Menu Pilihan Berbuka Puasa 18 Ogos 2011

Petang ni selera saya agak dasyat daripada biasa. Macam-macam yang ada dalam selera tekak dan nafsu saya. Haa kan dah kata dah. Hari ni belum pergi bazaar lagi saya dah ada niat untuk menjadi orang yang tak bijak. Sebab belum nampak khemah bazaar depan mata lagi tapi dalam kepala dah ada senarai makanan. Saya akan ketepikan senarai yang saya rasakan itu akan jadi satu pembaziran dan saya utamakan senarai yang memang tekak saya betul-betul nak makan.

Percintaan saya dengan udang memang tak dinafikan daripada dulu lagi. Masaklah masakan cap apa sekali pun. Udang akan cepat menarik perhatian mata, hati, jiwa dan nafsu saya. Sejak puasa ni entah sebab apa saya jadi macam terbayang-bayang cucur udang je. Okay petang ni saya nak cucur udang sebagai pembuka selera. Cucur udang yang letak udang lebih daripada seekor kat atas dia. Siapa yang letak seekor je dia kedekut.

Kemudian saya akan melilau mata untuk cari pencuci mulut pulak. Selalunya saya akan beli agar-agar tapi tak best lah panggil agar-agar sebab saya orang jawa jadi lebih manis di pendengaran telinga dengan nama lengkong. Saya tak pelik tapi dia. Sampai sekarang masih tak pernah betul nak sebut lengkong. Lengkong memang favourite saya daripada dulu hingga kini. Tak kiralah perasa apa pun. Lagi-lagi kalau dapat makan yang sejuk. Sedapnya oi~

Yong tau fu. Menyesal sikit sebab pergi bukak blog-blog masakan sekejap tadi. Ternampak menu yong tau fu yang macam best je. Tapi sambil saliva saya separa meleleh tengok gambar tu saya terfikirkan entah berapa ringgitlah agaknya kalau saya beli yong tau fu tu petang ni. Sebab saya memang suka makanan yang cucuk-cucuk tu. Selera saya jadi macam resakse tak makan 8 hari. Saya akan ambik, ambik, ambik dan ambik. Tapi takpe sebab saya rasa yong tau fu ni pun dah cukup mengenyangkan saya nanti.

Sekali lagi saya bercinta dengan udang. Untuk sahur esok saya nak beli lagi udang masak lemak petai yang seekor RM4.00 tu. Serius sedap sangat lauk tu. Kalau tak sedap takkanlah saya sanggup menggadaikan RM4.00 hanya kerana seekor udang? Makcik udang tu berjaya membuatkan saya terkenang-kenang udang masak lemak petai beliau. Tahniah makcik.

Saya rasa macam nak pergi kat jam dan pusing sendiri jarum pendek tu pergi kat nombor 4. Lapar~

Diet Rasulullah S.A.W II

Mungkin ada yang keliru dengan post sebelum ni kenapa terlalu banyak JANGAN dalam pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah kita. Ini penjelasan yang saya ambil daripada email tu. Tak perasan pulak saya tertinggal nak copy paste.


"Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana di dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion- dan jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita."


Memang susah rasanya kita nak kawal pemakanan ikut cara tu kan tapi kalau untuk kebaikan dan kesihatan kita sendiri apa salahnya. Makan makanan yang mahal-mahal, yang bukan-bukan kita tak berkira pun sampai tak fikirkan kesihatan sendiri. Jadi apa salahnya kalau kali ni kita jaga diri kita demi masa depan yang sihat dan sempurna. Wahhh~

Diet Rasulullah S.A.W I

Habis semua email saya sign in. Segala folder saya geledah. Semata-mata nak cari email tentang cara pemakanan Rasulullah S.A.W yang pernah saya sebut dalam post sebelum ni. Akhirnya saya jumpa! Itulah padahnya kalau ada banyak sangat email lepas tu dalam email tu pulak dok create folder entah apa-apa. Yeay yeay nak share.


* Jangan makan SUSU + DAGING
* Jangan makan DAGING + IKAN
* Jangan makan IKAN + SUSU
* Jangan makan AYAM + SUSU
* Jangan makan IKAN + TELUR
* Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
* Jangan makan SUSU + CUKA
* Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL



Jangan makan buah selepas makan nasi. Sebaliknya makan buah dulu baru makan nasi.


Tidur 1 jam selepas makan tengahari. (kalau bos marah kita tidur lama-lama tunjuk entry ni kat dia..haha..)


Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan  kolesterol di dalam badan akan berganda.


Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat di dalam air liur. Enzyme ialah sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam.


Sabda nabi "sesungguhnya ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".

Wednesday, August 17, 2011

Kerana Tangga

Baru-baru ni lebih kurang 3 minggu yang lepas saya survey rumah kat satu area ni. Bila tengok dalam Mudah.my dan search kat Yahoo tengok luaran dia macam cantek je. Nampak macam okay walaupun saya agak mendongak ke langit bila tengok rumah atas sekali berada di tingkat 17. Oi tinggi oi~

Masa nak pergi tengok rumah tu dia takde sebab kerja kat Sabah. Jadi semua urusan terpaksa saya buat sendiri. Pandai-pandai saya, ikut kemahuan saya, ikut selera saya, ikut keselesaan saya. Mula-mula ingat nak pergi sorang tapi bila bos kat ofis kata jangan berani sangat sebab takut kalau jadi apa-apa susah maka saya pun ajaklah kawan ofis saya dua orang untuk jadi bodyguard.

Mul-mula sampai tu hati sangat-sangat berdetik. OMG! Is this the house area i want to stay? Oh no no no. Tapi saya buat-buat relaks dan niat lebih baik saya tengok dulu. Keadaan lif yang jem sampai berjam-jam tunggu buatkan kitorang terus decide nak naik tangga. Bayangkanlah kalau dah 17 tingkat, berapa ramai manusia yang guna lif tu kan. Mengahnya saya bila sampai ke tingkat 4 tu. Rumah tu memang okay dan lorong depan rumah tu pun okay je. Tapi yang menjadi masalah adalah tangga kat situ. Boleh tak diorang ni jadi sangat malas buang sampah kat setiap sudut tangga je? Sampah yang entah minggu, bulan dan tahun bila punya dibiar je kat setiap tingkat tangga yang ada. Belum kira dengan bau yang menusuk ke hidung. Diorang ingat Majlis Bandaraya nak pergi setiap tingkat dan tolong angkatkan sampah tu ke?

2 hari saya bagi masa pada diri saya untuk mencari alasan menolak rumah tu. Sampailah saya dapat rumah yang sekarang ni. Naik satu tangga je dah sampai rumah saya. Dapat corner lot lagi. Ahaa~ Kalau perut saya dah besar pun takde masalah sangat sebab cuma satu tingkat je. Tangga pun bersih sebab ada makcik sapu tiap-tiap bulan bayar RM10. Cuma parking jelah agak berebut sikit sebab nakkan area yang mudah nampak daripada tingkap rumah. Takut jadi apa-apa sebab keselamatan kereta ni kat mana-mana pun sama. Belum tentu terjamin daripada penyamun. Nasib baik dia pun okay dan kitorang sangat bersyukur dapat rumah ni. Kalau tinggal sorang pun saya tak risau sangat sebab kawan ofis saya duk menyewa depan rumah tu. Kalau pape saya jerit je oi tolong oi~

Kesimpulannya sebenarnya saya nak cerita pasal kebersihan keliling tu. Macam mana diorang boleh selesa nak tinggal kat area tu dan lalu kat tangga yang penuh dengan sampah sarap? Saya cuma terfikir siapa yang akan buangkan sampah tu eh? Ada ke pekerja Bandaraya yang rajin nak pergi setiap tangga sampailah tingkat 17 untuk tolong kutip dan bersihkan semua sampah tu. Stress jap bila terbayangkan area tu.

Tercekik


Mata kita memang juling dan berpusing-pusing bila pergi bazaar Ramadhan. Macam-macam lauk, makanan dan minuman ada. Kuih-kuih tak boleh nak dikira dengan jari. Semua kita nak beli. Semua kita nak makan. Semua kita punya. Tapi kepala kita terus berpusing 360darjah bila kita dengar peniaga-peniaga ni sebut harga makanan tu semua. Lepas kepala kita berpusing tu kita terus pengsan kejap.


Seekor burung puyuh goreng yang cuma dicurah dengan sambal berharga RM5.00. Seekor udang masak lemak petai berharga RM4.00 (nasib baik sedap!). Sotong seekor RM3.00. Ada jugak sotong sepotong RM1.00. Telur ikan sebiji RM1.00. Ikan sepotong berharga RM4.00 tapi kalau ekor campur kepala dah jadi RM5.00. Sambal udang cuma boleh dibeli dengan harga paling murah RM3.00. Kalau nasib baik ada yang jual RM2.00. Tu pun dapat berapa ekor je. Daging masak merah pun minima RM3.00. Macam tu jugak dengan paru masak sambal. Semuanya diorang yang letak limit. Erkk tercekik~


Yang tak bestnya kalau kita nak beli nasi lemak atau nasi campur lah. Selalunya kan kita ambik lauk sikit-sikit tapi kita tak boleh nak buat macam tu lagi-lagi kalau nasi lemak. Makcik tu tetap jugak kata paling sikit kena beli satu lauk dengan harga RM2.00. Bermakna kalau kita nak 3 lauk, kat situ je dah RM6.00 tak campur nasi. Dahlah saya tak makan lauk-lauk yang dia makan. Sudahnya kena beli asing-asing dan telah mengakibatkan pembayarannya jadi berganda. Stress jap~


Inilah bulan puasa. Bukan lagi menjimatkan tapi sebenarnya lagi menghabiskan duit. Dalam keadaan yang agak kekurangan sekarang ni saya masih belum boleh mula masak sendiri kat rumah. Tapi memang betul kata kawan-kawan saya. Semua makanan dah naik harga. Betul kan apa yang saya cakap sebelum ni. Keadaan ekonomi dan kehidupan di dalam dunia sekarang ni betul-betul memeningkan kepala. Tapi bila dah melibatkan keperluan, nak atau tidak terpaksalah kita beli jugak. Kalau tak laparlah saya.

Bijak Vs Kurang Bijak

Orang yang bijak adalah orang yang berjaya menundukkan hawa nafsunya. Itu yang saya tangkap daripada dialog dalam drama Tahajjud Cinta yang saya tengok kat mediaprimatv tadi. Lantas dengan pantas saya jadikan ianya sebagai status di Facebook saya.

Hawa nafsu seorang manusia bukan hanya tentang itu. Tentang itu? Ya tentang itu. Tapi terlalu banyak sesuatu di dalam dunia ini yang boleh dikaitkan dengan hawa nafsu. Nafsu makan, nafsu berbelanja dan lain-lain yang kita semua boleh fikir sendiri sebab saya malas nak fikir sorang-sorang. Kita sama-samalah fikir. Ahaa~ 

Tapi sayangnya kita semua selalu gagal dalam mengawalnya. Bukan hawa nafsu orang lain tapi hawa nafsu sendiri. Keterlanjuran, kealpaan dan kelekaan kita dalam membatasi had-had yang ada selalu berlaku. Nipisnya iman kita. Kulit bawang pun tak berjaya nak melawan kenipisan iman yang ada. Kita selalu muhasabah diri tapi muhasabahnya hanya sekadar waktu. Hanya setakat itu. Lalu sekali lagi kita menjadi orang yang gagal. Orang yang kurang bijak. Kerana tidak berjaya menundukkan hawa nafsu kita sendiri.

Bila agaknya kita mahu jadi orang yang bijak?

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Tentang Rezeki


Lebih kurang hampir 3 bulan lepas saya mencuba nasib untuk meningkatkan taraf hidup dan memajukan diri demi masa depan yang lebih baik. Selepas sebulan saya menunggu saya masih belum mendapat jawapan lagi. Tapi bila baru-baru ini saya check email dan tiba-tiba terperasankan satu email yang nyaris-nyaris saya delete perasaan yang ada bila saya membaca isi kandungannya hanya sedih dan kecewa. Saya gagal. Memang bukan rezeki saya agaknya. Jodoh saya masih panjang untuk terus berada di sini.

Agak terdiamlah jugak bila mula-mula baca tu. Tipulah kalau saya kata tak sedih dan kecewa tapi perasaan tu masih boleh dikawal lagi. Nak kata ralat pun adalah jugak. Saya cuba mengingat semula kelemahan dan kekurangan yang saya ada waktu tu. Mungkin mereka je yang tahu. Sekali lagi saya muhasabah diri seperti kata mak. Tu maknanya memang bukan rezeki saya. Rezeki saya takde kat situ. Okay saya kena terima.

Siapa yang tak risau dengan masa depan. Keadaan ekonomi dan kehidupan dalam dunia sekarang ni betul-betul memeningkan kepala. Segalanya bertuankan duit. Kalau takde duit memang kita susah nak hidup dan kadang-kadang boleh jadi tak boleh nak hidup. Ekonomi sekarang tak mengizinkan kita untuk bertahan dengan pepatah 'ulat dalam batu pun boleh hidup'. Masalahnya sekarang ni kita bukan ulat. Ulat tak pakai kereta, tak perlu bayar road tax, takde lalu kat highway nak fikir bayar tol, tak payah fikir duit sewa rumah, bil api dan air. Melainkan kalau ulat tu dok kat Selangor tak payahlah nak bayar bil air kalau bawah RM20. Nasib baik ulat tak boleh main laptop kalau tak kena bayar streamyx atau bil broadband.

Dia suruh saya sabar sebab rezeki datang daripada Allah. Bukan daripada manusia.

Virgin Coconut Oil

Pernah dengar tak tentang Virgin Coconut Oil @ VCO? Apa yang saya tahu VCO ni memang banyak khasiatnya tapi jika ditemukan dengan orang yang malas nak commit macam saya ni buh 8983 khasiat pun tak guna. Tapi baru-baru ni saya berminat sangat untuk cuba. Pertamanya untuk kesihatan dalaman saya sendiri. Selain daripada untuk mencantikkan kulit dan lepas tu untuk kesihatan baby jugak sebab VCO ni takde bad effect pada ibu mengandung malah boleh memudahkan proses bersalin nanti. Antara kebaikan dan khasiat VCO ni adalah :

1. Mengurangkan kadar kolesterol.


2. Mengawal kencing manis.


3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut.


4. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah.


5. Tubuh lebih tahan serangan penyakit.


6. Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit.


7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.


8. Terhindar daripada gejala alahan.


9. Mengelakkan risiko sakit kanser.


10. Keadaan berdengkur akan hilang.

Saya baru je cuba VCO ni sehari. Dia datang dalam dua jenis iaitu kapsul lembut dan minyak yang boleh diminum tapi saya ambik yang kapsul je sebab lebih mudah ditelan dan dibawak ke mana-mana. Kita ambik 2 kali sehari pagi dan malam selepas makan. Kalau nak sapu kat muka pun boleh. Cucuk atau gunting je kapsul tu lepas tu sapu kat kulit muka untuk melembutkan kulit dan mengurangkan minyak lagi-lagi kat Zon T. Eh macam iklan pulak. 

Daripada testimonial customer yang saya tengok kebanyakannya bagi respon yang sangat positif dan baik. Jadi saya pun cuba untuk memberikan masa dan peluang kepada diri sendiri untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan kesan VCO ni pada tubuh badan dan kulit saya. Kalau okay saya nak teruskan amalan VCO ni sebab bila umur kita meningkat segala apa yang ada dalam badan kita semuanya akan menurun contohnya tenaga, kesihatan dan lain-lain. Yang menaik pun ada jugak macam kolesterol, lemak, tekanan darah dan sebagainya. Jadi kita kenalah ada satu vitamin atau suplemen atau makanan kesihatan tambahan untuk diri sendiri supaya sentiasa sihat, bertenaga dan yang penting awet muda.

Kalau VCO ni okay, sesuai, serasi dan bagi saya satu perubahan yang baik akan saya beritahu kemudian.

Antara Sesuatu & Kawan


Kadang-kadang lebih fokuskan pada sesuatu itu adalah lebih baik lagi daripada kita terlalu memberi fokus pada insan-insan di sekeliling kita. Bukan saya nak kata kita boleh hidup sorang-sorang dalam dunia ni tanpa memerlukan keluarga, kawan atau masyarakattttt. Tapi dalam sesetengah keadaan kita juga perlu bersendirian.

Satu waktu dulu saya boleh menghadap komputer 24 jam sampai sakit pinggang dan kepala lutut. Walaupun macam takde kena mengena. Entah apa yang saya belek pun saya tak tahu tapi dululah kan. Sekarang bila kat ofis je baru pegang komputer dek kerana baby lappy saya tengah koma. Hidup sebagai orang bujang yang bujang apa lagi yang saya boleh buat? Itu je hiburan yang saya ada waktu tu walaupun kat rumah ada kawan cap astro complete dengan HBO semua. Tapi pencuci mata yang ada dalam lappy lebih menarik perhatian saya.

Kawan? Bukan takde kawan tapi waktu tu kebanyakan kawan saya dah pun berkahwin dan mempunyai hidup masing-masing. Yang masih bujang? Memang saya boleh kira dengan jari jemari runcing saya yang halus dan lembut ni. Dan kadang-kadang bukan semua kawan kita boleh jadi sebenar-benar kawan. Sampai satu masa dia boleh bertukar jadi lawan dan kalau lagi teruk boleh jadi sawan. Sebab tu saya kata sesekali kita kena berikan fokus tu pada sesuatu yang lain yang tidak bernyawa dan tak akan menyakitkan hati kita daripada kita melayan insan-insan yang mula-mula je okay tapi lama-lama dia jadi selamat babai.

Sila Bambam


Kalau saya rajin saya akan buat satu post tentang seseorang sama ada kawan-kawan, kekasih lama, tunang lama mahu pun teman hidup saya. Haha yang kedua dan ketiga tu agak malang kalau jadi mangsa kepada isi kandungan post saya. Selamat babai kepada mereka.

Kali ni saya nak buat post untuk seorang gadis tembam dan comel yang punya tahi lalat sebiji di mukanya. Ohh sungguh menawan kalbu. Duh~ Saya panggil dia Sila Bambam. Ucapkanlah terima kasih kepada saya sebab telah mengglemerkan anda dengan nama panggilan tu. Haha~

Dia macam tahu-tahu saya kena tinggal semalam. Dia ajak saya berbuka puasa sama-sama kat Restoran Thai Village, Sek.13 Shah Alam. Kau punya menu macam nak bagi 10 orang makan kan? Lama gila kot dia hutang buka puasa dengan saya. Daripada tahun 2009 kalau tak silap. Masa tu orang dah order macam-macam tapi dia tak datang bagi alasan jalan jem. Tapi takpe hutang dah pun berbayar semalam. Terima kasih Sila sebab belanja Kak Farz. Baby ngan mummy suka butter prawn tu. Terima kasih jugak sebab dah study kat blog ni apa yang Kak Farz suka dan tak suka makan. Ngeee~


But i would like to say i'm so sorry sebab tak boleh nak lepak lama-lama. Seperti yang kita tahu semalam isi kandungan perut Kak Farz tidak mengizinkan untuk terus berdiam lama di situ. Agak berminit-minit jugak saya stay dalam kereta sebab tak larat nak drive tapi dengan kekuatan sailormoon yang ada saya gagahkan jugak diri dan bawak kereta laju-laju sebab dah rasa macam nak pitam. Tapi jangan risau sebab Kak Farz selamat sampai rumah walaupun lepas tu terus pengsan atau kalau nak panggil koma pun boleh jugak.

Terima kasih sekali lagi Sila Bambam. And here i attach her picture. As her request. Duh~


Mimpi Lagi-Lagi


Masalah saya bila teringatkan sesuatu baik secara kronik atau pun sekadar angin lalu mesti sesuatu itu akan masuk dalam mimpi saya. Tanpa perlu menunggu esok, lusa, minggu depan, bulan depan. Malam tu jugak saya akan bermimpi tentang sesuatu itu.

Tak kiralah saya teringat atau termenungkan tentang sesuatu yang baik atau buruk. Kesannya tetap sama tapi selalunya bila saya teringat pasal yang tak best lah. Laju je dia berlumba-lumba nak join mimpi saya. Pernah satu masa sampaikan saya teresak-esak dalam tidur. Dengan dia sekali terjaga lepas tu kejutkan saya sebab pelik apa masalah perempuan ni dok nangis hek hek hek dalam tidur? Saya cuma boleh jawab 'wuuu wuuu wuuu mummy mimpi..' pastu saya sambung tidur. Tapi nasib baik dia tak tanya apa mimpinya sebab kalau tak nanti mesti saya yang kena blame balik. Haha~

Sekian lama saya cuba untuk tidak menoleh ke belakang. Malam tadi mimpi itu hadir lagi. Saya cuma teringat sikit je. Alah sikit je tak banyak mana pun. Dalam keadaan sakit perut malam tadi tu nak jugak mimpi tu datang kacau tidur saya. Dan sesungguhnya takkan mungkin saya ceritakan apa isi kandungan dan bahan-bahan mimpi tu. Mungkin ada yang faham, mungkin ada jugak yang tahu. Tapi biarkan saja ianya berlalu kerana saya dan dia tahu, ianya takkan mungkin berlaku.

Moralnya, kalau nak tidur tu tidur jelah. Tak payah nak termenung ke berangan ke apa.

Monday, August 15, 2011

Sadisnya Perasaan 15 Ogos Ini~


Saya kena tinggal lagi. Kali ni dia nak ke utara pulak. Okay selang seminggu kena tinggal saja nampaknya. Angan-angan nak pergi bazaar Ramadhan sek.13, plan asal untuk ambik langsir kat shah alam, beli dawai dan tidur dengan langsir baru semuanya musnah. Tak dapat dilaksanakan hari ini. Seperti biasa empangan air terjun pecah lagi cuma tak sederas macam sebelum ni. Tak tahulah kalau kat rumah nanti. Bila dah duduk sorang-sorang, tengok dinding, tengok siling, tengok muka sendiri kat cermin. Okay saya tahu mesti saya akan berdondang sayang sendirian. Even sekarang pun saya dah dapat rasakan kepedihan yang menikam-nikam tangkai hati saya. Menyucuk-nyucuk ke sanubari yang paling dalam. Kau jangan nak over sangat farz~

Saya dah tahu apa yang perlu saya buat. Drive sorang-sorang balik kerja terus straight away pergi bazaar beli makanan untuk buka dan sahur sekali lepas tu balik rumah terus kunci pintu dan gril dan jangan keluar-keluar lagi sampailah esok pagi pergi kerja balik. Begitulah seterusnya sampailah saya nampak muka dia depan mata macam selalu. Dan saya tahu mesti saya macam orang tak normal cakap sorang-sorang dengan perut kalau orang tak perasan perut saya dah muncet. Meluah perasaan dengan baby pasti akan mengundang hujan gerimis tak mengira waktu dan tempat. Kalau nasib kurang baik hujan lebat siap dengan guruh berdentam dentum bersama kilat dan petir sabung menyabung.

Sadisnya perasaan dan emosi bila kena tinggal. Ohhh~

D.U.I.T

Okay maklumat yang diterima oleh saya adalah semua kawan-kawan batch saya memang dapat RM445. Hehehe tak jadi nak marah sangat sebab barulah adil. Kalau saya padan muka, diorang pun padan muka jugak. Budak ofis saya yang lain pun ada yang dapat banyak tu je. Kawan saya kata sikit lagi muka saya dah nak tukar kaler hijau. Pilihlah antara Shrek atau Hulk atau Resakse Gorgon.

Hari ni saya nak selesaikan semua claim saya. Elaun lebih masa dan jugak TNT. Disebabkan bonus yang dapat pun separuh telah selamat dihabiskan untuk membayar apa yang patut maka saya kenalah berusaha keras untuk menyiapkan claim saya tu. Dah 2 minggu tertunda disebabkan masalah kesihatan saya yang membawak kepada MC selama beberapa hari. Lagi 2 minggu nak raya. Baju raya tak beli lagi. Persiapan raya apa pun takde lagi. Stress jap~

Tiba-tiba macam seronok nak raya. Walaupun saya tak tahu betul ke raya ni akan jadi raya yang menyeronokkan. Mungkin saya seorang saja yang seronok. Kalau dia seronok nanti jadilah dua ronok. Kalau ramai-ramai seronok semua-semua beronok-ronok. Tau tak yang saya tengah bosan sebenarnya menunggu punch card saya sampai. Kerana kelewatan si penghantar itulah saya tak boleh nak siapkan claim saya cepat. Ada latihan menarilah ada latihan itulah inilah. Saya harap masa dia sampai nanti warna kulit saya masih lagi normal. Bukan kaler hijau atau merah atau biru air laut.

Mood Saya Sudah Spoil~


Sejak akhir-akhir ni saya betul-betul kekeringan idea untuk menulis di sini. Tapi tiba-tiba idea tu jadi banyak bila saya bukan di depan komputer. Kadang-kadang tengah memandu, tengah termenung, tengah makan barulah point dia datang tapi bila dah semangat depan komputer saya terus lupa. Terima kasih sekali lagi kepada sang semut.

Minggu lepas kita langsung tak keluar dari kawasan terdekat rumah. Masa yang ada hari Sabtu tu betul-betul digunakan sepenuhnya untuk mengemas dan men touch up rumah tu. Saya cuma buat kerja yang mudah-mudah je macam kemas baju, sapu lantai, basuh pinggan mangkuk baru, bla bla bla. Yang berat-berat semua dia take over dan saya cuma tolong tengok. Dan dengan rasminya jugak hari Sabtu lepas mesin basuh dah boleh pakai. Itu pun selepas habis duit terbang melayang-layang untuk beli semua peralatan yang perlu untuk wiring dan tambah plug. Itulah yang bagusnya bila bertemankan orang engineering. Tapi jadi tension bila sampai 3.30 pagi masih tak tidur lagi entah apa-apa yang digodeknya kat rumah tu. Menguntungkan tuan tanah kedaung je~

Bila masuk hari Ahad. Okay dua-dua dah blur tak tahu nak buat apa. Kalaulah bukan kerana kekangan kertas warna merah, biru, hijau dan lain-lain tu dah selamat kita goyang kaki depan tv dan astro. Tapi sekarang terpaksa bersabar dulu sebab ada benda lain yang lebih penting. Bak kata saya sendiri, keperluan diutamakan kehendak diketepikan. Buat sementara waktu ni jelah. Tu pun nasib baik ada laptop jadi bolehlah jugak tengok dvd dan dengar lagu. Kesimpulannya, saya tengok muka dia. Dia tengok muka saya. 24 jam sehari. Agak-agak bosan tak lama-lama? Errr~

Selamat hari Isnin. Saya bosan nak kerja hari ni sebenarnya. Tapi semangat bila kata hari ni bonus masuk. Minima RM500 katanya tapi kenapa saya cuma dapat RM445? Heeee kenapa? Kenapa? Kenapa? Tau tak dengan RM55 tu saya boleh beli rice cooker? Tinggal tambah dalam RM10-RM20 je. Ataupun tambah lagi sikit boleh beli tong gas untuk rumah saya? Heeee apa agaknya yang berlaku dengan bonus saya tu agaknya. Memanglah kalau ikutkan kerajaan kata separuh gaji tapi minima RM500. Maknanya walaupun gaji dia tak sampai RM1000 dia tetap akan dapat RM500 minima kan? Tapi kenapa saya tidak? Kejam! Kejam! Kejam!

Saya sedih sekejap~

Friday, August 12, 2011

Bila Hati Dah Tak Suka

Tiba-tiba rasa macam nak komen pasal kisah putus tunang. Saya tak terlalu mengikuti perkembangan kisah cinta antara pemain bola sepak Malaysia yang tengah popular tu dengan bekas tunangnya. Sama ada daripada diorang berkawan sampai bertunang sampailah akhirnya putus tunang. Cuma bila dah putus tu baru saya rasa macam nak ambik tahu. Laju je kalau bab-bab macam ni.

Mungkin saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Saya tak dapat nak memahami jalan cerita apa yang dah jadi antara mereka berdua. Tapi percayalah saya sangat-sangat faham dengan perasaan si gadis. Baru 2 bulan merasa gelaran bergelar tunang orang yang tersayang. Baru 2 bulan mengikat janji menyarung cincin di jari. Tapi semuanya musnah dalam sekelip mata je. Pedih dan perit tak boleh nak cakap. Air mata yang keluar tu air terjun Niagara pun tak boleh nak lawan tahap kederasannya dalam km/jam. Mustahil kalau dia kata dia dah okay sebab ini bukan bercinta tapi dah bertunang. Nak melupakan kenangan dan rutin harian tu dah satu hal pulak. Lepas tu segala-galanya melibatkan banyak benda dan pihak. Keluarga pun sama terlibat dalam setiap apa keputusan diambil sebab bila dah bertunang tak bolehlah nak main putus lepas tu blah macam tu je kan. Lainlah kalau lelaki tu pengecut takde otak buat bodoh buat keras buat bangang sampai dekat setahun siap dah bertukar-tukar girlfriend lepas tu putus tunang pun melalui telefon je. Lagi takde adab bila suruh pulang cincin pakai pos laju. Wah masa meminang dulu takde pulak suruh posmen jadi wakil hantar pos laju? Eh aku pulak yang emo ek?

Mungkin jugak usia yang muda menjadi sebab dalam sesuatu masalah. Kematangan yang tak berapa nak ada, rasa nak enjoy yang masih ada dalam diri dan sebagainya selalu jadi punca. Tapi susah kita nak cakap sebab itu hati mereka berdua. Apa je yang sebenarnya berlaku pun hanya mereka berdua dan Tuhan je yang tahu. Dan sesungguhnya Tuhan jugak yang Lebih Mengetahui sama ada masih berjodoh kah mereka atau semuanya cuma akan jadi kenangan dalam hidup masing-masing. Doakan saja yang terbaik.

Haaa Tak Pose!


Saya tak faham kenapa orang lelaki ni rasa tak malu bila nak merokok waktu siang di bulan puasa lepas tu selamba je tayang kat orang siap turun cermin kereta lepas tu buat muka tak bersalah? Atau muka tak tahu malu. Atau muka 'ko bajet ko hensem?'

Dah dua kali saya jumpa dengan spesis macam ni masa bulan Ramadhan tahun ni. Hari tu masa saya nak balik ke Shah Alam. Dalam jalan yang jammed macam semut beratur nak angkat gula tu saya tertoleh kereta sebelah kiri. Mula-mula saya rasa biasa je tapi tiba-tiba saya teringat 'eh ni kan bulan pose?' Saya terus pandang balik lelaki tu. Saya pandang lama-lama buat muka pelik dan macam bagus. Dia perasan dan cuba control macam takde apa-apa. Macam malu tapi buat-buat tak malu. Saya pandang lagi sampai saya bosan tengok muka dia disamping untuk menghindari kemungkinan kereta saya bercium dengan kereta depan. Kenapa saya rasa dia macam tak malu je nak buat macam tu. Sebab muka dia ada macam orang cina sikit tapi sikit je. Saya boleh kenal lagi antara orang kita atau orang dia. Dia ingat kita tak boleh nak cam kot.

Tadi tengahari saya jumpa lagi spesis macam ni. Kalau yang hari tu bajet muka macam cina yang ni pulak memang confirm la Melayu. Dahlah kat tempat seat belakang tu ada kopiah. Lepas tu warna kulit pulak memang sah lah orang kita. Selamba turun cermin buang habuk rokok siap keluar tangan lama-lama. Saya tunggu je kalau dapat saing sebelah kat laluan tol tu. Konon nak buat muka pelik dan macam bagus lagilah tapi dia bawak kereta macam siput. Orang tu dah hilang dulu.

Saya tak cakap lah saya ni baik sangat. Jujur saya mengaku saya pun pernah tak puasa tanpa alasan yang kukuh. Tapi janganlah nak tayang kat orang seolah-olah rasa bangga sangat macam baru lepas menang pingat emas kat sukan Olimpik. Dahlah awak tu lelaki. Dah sah-sah kita tahu puasa tu wajib tapi dia dengan selamba je buat macam kita ni tengah puasa sunat Isnin Khamis di bulan Muharram lepas tu dia rasa macam 'eh aku rasa malas lah nak join korang puasa sunat..' What a jerk~

Saya membebel sepanjang jalan tapi dia dengan kawan dia takde respon. Aik macam pernah buat je diorang ni. Haaaa~

Yahoo Dot Com


Seronoknya bila tertinggal handphone kat rumah. Sedar pulak bila kita dah separuh jalan nak ke ofis. Seronok sangat ni sampai rasa macam nak cakap terima kasih sebab semut sebab jadikan saya seorang manusia yang pelupa.

Tapi! Kelam kabut hidup saya hari ni bila handphone takde. Keluar masuk bilik meeting sebab dia asyik telefon ofis tengah settlekan hal road tax kereta. Sampai orang cari saya dan kena panggil masuk bilik meeting sebab lama sangat hilang. Dahlah saya ni pencatat minit. Suka-suka je main keluar gitu. Rasa nak hempas-hempas telefon ofis ni bila semua orang buat saya jadi kelam kabut.

Belum waktu rehat lagi saya dah hilang lagi. Kelam kabut kerana dia jugak. Tiba-tiba telefon ajak pergi ambik peti ais dan mesin basuh kat rumah lama saya. Guna kereta ofis yang ada. Oh ambik kesempatan~ Lega sangat katanya usai semuanya terletak elok di rumah baru kami. Walaupun sekadar rumah sewa tapi saya okay je. Isi rumah tak sesempurna mana tapi cukup basic yang menjadi keperluan. Kehendak terpaksa diketepikan buat sementara waktu. Lokasinya takkan siapa pun tahu. Jawapan takkan sama dengan kenyataan. Selesa dengan hidup sekarang. Lega tak usah cakap. Saya dah tak perlu nak fikir tentang perasaan orang lain. Saya dah tak perlu nak terasa seperti hidup ni dah terlalu menyusahkan orang. Macam-macam lagi.

Agak blur tapi happy masa mula-mula tu. Rasa macam tak percaya. Semuanya berdua je sekarang ni. Kita belajar untuk berdikari untuk kehidupan bersama. Dia asyik pusing-pusing keliling rumah sebab excited dah duduk rumah sendiri. Nak tidur pun dua-dua dok ketawa gelak-gelak tak percaya je. Pelik tapi benar. Apa yang saya rasa waktu ini cuma yahoo.com.

Thursday, August 11, 2011

Aku Je Ke Yang Salah?


Kalau apa-apa jadi mesti kita tanya diri kita 'aku ada buat salah ke?' atau 'apa salah aku?' atau 'kenapa semua orang nak salahkan aku?' atau 'kenapa asyik-asyik aku je yang salah?'. Suka tak dengan keadaan macam ni? Urghhh saya sangat tak suka. Plus sangat tertekan dan rasa macam nak tarik rambut bos saya untuk tunjukkan rasa bengang tu.

Saya pun dah bosan dengan perkataan kenapa tu. Asyik soalan kenapa je yang keluar. Sekarang ni cuba kita pulangkan balik soalan kepada orang yang asyik nak menyalahkan kita tu. Tanyalah 'kenapa kau suka salahkan aku?' atau 'kenapa kau asyik cari salah orang lain?' atau 'kenapa kau suka sangat nak menyalahkan aku atas semua benda?' atau 'kenapa kat mata kau asyik aku je yang salah?'. Haa jawablah!

Cukuplah dengan kenyataan-kenyataan kat atas. Saya malas dan tak nak ulas lebih lanjut. Nanti orang kata kita nak salahkan orang lain pulak.

Dia Sakit, Saya Sakit

Lamanya saya tidur dan berdiam diri. Disamping ketiadaan waktu mahupun ketiadaan laptop untuk bersama. Seminggu lamanya saya teringatkan rumah saya yang tak bersapu, bermop dan dilap tingkapnya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku selama seminggu tu.

Bermula dengan dia yang disyaki dijangkiti demam denggi. Tapi dengan kepantasan ujian darah dan kemasukan air sebanyak 3 botol berjaya meningkatkan platelet darah dia yang dah turun kurang daripada 2.0. Keletihan menguruskan segala-galanya sendirian sangat-sangat menguji kesabaran dan kekuatan fizikan dan mental saya. Dengan keadaan diri yang tak seberapa normal lagi. 

Sudahnya berturut-turut saya dapat cuti sakit lepas balik kampung minggu lepas. Tekanan darah rendah saya betul-betul mengganggu kestabilan emosi dan keadaan diri. Asyik rasa nak pitam dan mata berpinar-pinar. Hari check up yang sepatutnya dibuat kat Langat terpaksa saya buat kat Sekinchan je. Sudahnya doktor nak masukkan air satu botol tapi saya tolak dek kerana kesiankan dia yang tak larat nak menunggu lama. Esoknya saya pergi balik dan mintak sendiri untuk masuk air sebab dah tak larat sangat nak tahan rasa nak pitam tu. Tapi keadaan masih sama jugak sebab petang masa kat bazar Ramadhan tu pandangan saya betul-betul dah gelap dan tinggal nak tumbang je. Dengan selambanya saya duduk kat tepi jalan tu sebab memang betul-betul dah tak boleh nak berjalan lagi. Penat rasanya nak melawan bila diri terlalu lemah.

Banyak lagi masalah yang menguji saya. Tuhan, sabarkan lah hati saya.

Thursday, August 4, 2011

Masak Sendiri, Makan Pun Sendiri

Hari ni untuk pertama kalinya di dalam bulan Ramadhan saya masak sendiri. Semuanya sendiri. Makan pun sendiri. Husband Nad dah balik jadi diorang dating makan kat luar. Saya tak nak kacau lagipun saya takde mood nak makan kat luar. Ditambah pulak dengan keadaan diri yang separuh normal separuh tak.

Saya jenguk apa yang ada dalam peti ais. Saya nampak ada banyak telur dan ada udang! Udang yang besar pulak tu. Oh ini sangat bagus sebab udang kan favourite saya. Saya plan nak buat telur dadar je. Mula-mula udang tu ingat nak goreng biasa tapi rasa macam malas sangat je kalau buat macam tu. Jadi saya ambik bawang besar, bawang putih dan cili. Saya tumis semua bahan tu dan lepas tu masukkan udang yang dah saya gaulkan dengan kunyit dan garam. Tak tahulah sedap ke tak tapi kalau dah namanya udang masak apa pun saya rasa sedap. Lagi-lagi kalau masak sendiri. Eh TERpuji diri sendiri pulak~

Okay saya dan baby pun dah lapar sangat ni. Nasi pun dah lama masak. Sempat lagi nak post satu entry sebelum waktu berbuka puasa. Itu saja menu saya untuk hari pertama masak sendiri dan makan pun sendiri. Sekian dan selamat berbuka puasa.

Jari saya cedera tercucuk hidung udang. Tajam kot. Ohh~

Low Blood Pressure Attacked

Low blood pressure memang telah saya alami sejak daripada waktu sekolah lagi. Saya tak boleh berdiri terlalu lama. Sekejap je saya akan rasa lain macam. Kaki rasa lemah lepas tu perlahan-lahan bibir saya akan rasa macam seram sejuk sampai ke kepala dan mata terus berpinar-pinar. Saya berada di tengah-tengah antara nak berdiri atau nak tumbang.

Saya dapat kesan situasi ni masa saya aktif berkawad masa sekolah teknik lagi. Bila terlibat dalam kawad dan perkhemahan ni mesti akan ada ucapan dan kita berada dalam keadaan jaga sedia. Kenalah berdiri tegak macam tu. Gatal ke lapar ke terpaksalah tahan tak boleh nak gerak. Sampai satu tahap tiba-tiba saya nak tumbang ke depan. Dahlah saya berdiri kat depan sekali. Terpaksalah kawan kat baris belakang pegang tangan dan ramas jari saya untuk melancarkan perjalanan darah. Ibu jari pun terpaksa digerak-gerakkan untuk tujuan yang sama. Dan situasi yang sama terus berulang bila saya terpaksa berdiri kalau tak dapat duduk dalam komuter. Atau apa-apa keadaan yang saya kena berdiri lama dan tak boleh nak duduk.

Semalam saya hampir tumbang kat bazar Ramadhan. Mula je masuk bazar tu saya masih cuba tahan dengan bau-bau masakan lagi-lagi bau ayam gorenglah ayam berempahlah. Saya pening tapi gagahkan diri jugak. Tapi bila dah makin lama saya kena berdiri diam tunggu Nad beli makanan saya dah rasa lain macam. Tekak loya rasa nak muntah dan badan saya mula seram sejuk. Kepala saya dah start berpusing dan berpinar-pinar. Cepat-cepat saya mintak kunci kereta kat Nad dan mintak balik kat kereta dulu.

Saya pernah baca low blood pressure ni lebih bahaya daripada high blood pressure. Kalau high blood pressure ni paling teruk pun boleh kena strok je tapi kalau low blood pressure dalam sesetengah keadaan bahayanya boleh sampai membawa maut. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu-ibu mengandung. Pagi tadi saya check dengan kawan saya yang bekerja sebagai Medical Assistant. Takut kena Anemia katanya. Kurang sel darah merah ke apa ntah. Dia suruh saya bagitahu doktor masa next check up nanti. Lemah~

Terlalu stress dan tertekan adalah puncanya. Itu saya sangat pasti.

Bila Kita Lupa Untuk Bersyukur

Saya dikelilingi dengan ramai kawan-kawan yang bertuah. Hidup senang dan sederhana, punya rumah yang selesa, suami atau isteri yang baik dan setia, anak-anak yang comel dan keluarga yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Saya tumpang bahagia melihat kebahagiaan mereka.

Tapi realiti hidup yang kita nampak kadang-kadang tak seindah zahirnya. Itulah yang dinamakan dunia. Untuk melihat dunia kita lihat atau tonton je drama-drama Melayu yang ada. Banyak kebenaran walaupun kadang-kadang ada yang tak logik dek akal kita. Tapi sebagaimana drama dicipta, begitu jugalah drama kehidupan kita. Kitalah pelakon di dalam kisah hidup kita sendiri. Wataknya? Lihat cermin dan renunglah wajah yang terlihat.

Dilema di dalam sebuah rumahtangga bila kejujuran dan kenaifan pasangan dipijak-pijak dan dipersendakan. Kepercayaan pasangan diperbodohkan secara diam. Mencari hiburan di luar melayan nafsu menambah dosa. Tak terfikirkah dengan rumahtangga bahagia yang sedia ada? Tak terbayangkah wajah anak-anak di rumah yang lahirnya daripada kasih sayang kita dan pasangan juga? Tak takutkah kita dengan dosa, balasan dan hukum Allah yang jelas dan nyata? Hari ini mungkin kita selamat dan berjaya melepaskan diri. Tapi esok? Lusa? Kiri dan kanan kita sentiasa melakukan tugasnya menghitung segala amalan, pahala dan dosa. Andai mata kita bisa melihat, saya pasti sang bahu kiri kita lebih rendah dan berat dari sang kanan.

Simpati saya tak terluah dengan kata-kata. Melihat pasangan cuba bertahan dan bersabar. Redha menerima dugaan daripadaNya. Masih setia di sisi dan sanggup menerima. Melupakan khilaf seolah tiada apa-apa. Mulianya hati dia dapat saya lihat. Berkorban segalanya demi anak-anak walaupun hati dan perasaan sendiri terkorban dan kecewa. Sungguh saya marah bila melihat ketidak bersyukuran manusia yang sebegini. Tidak menghargai apa yang ada. Saya tak tahu apa lagi yang mahu dicari dalam hidup ini andai saya punya kehidupan begitu. Punya segalanya dan sentiasa dirahmati Dia. Andai saya berada di tempatnya, saya hanya perlu melalui dan menghargai apa yang ada dengan sebaik-baiknya. Dengan penuh rasa syukur pada Dia.

Betapa dia bertuah. Malangnya dia tak punya rasa seperti saya.

Monday, August 1, 2011

Rumah Oh Rumah

Siang tadi saya cuba telefon bahagian perumahan untuk kuarters di Putrajaya. Sebab diorang cakap kena rajin call kalau nak dapat rumah cepat. Jadi saya pun call lah dengan harapan apa yang orang cakap tu betul. Tapi yang hado lah kan bila orang tu bagitahu yang nama saya berada di dalam senarai menunggu yang ke 700++. Oi sekian terima kasih. Bila saya tanya itu ini dia kata selagi saya tak pindah ke Putrajaya permohonan saya memang kena KIV. Keutamaan cuma diberikan pada staf kerajaan yang dah sedia ada bekerja di sana. Ini sangat tak logik kat pendengaran telinga saya. Berapa ramai budak ofis saya tak kira bujang atau dah kahwin yang dah dapat rumah tu? Takde pulak diorang kira kerja kat KL atau kat Putrajaya.

Oleh kerana hati saya dipenuhi dengan rasa ketidakpuasan dengan jawapan tu saya pun bagitahu lah yang kalau betul itu adalah alasannya kenapa ada staf jabatan saya yang mohon selepas saya dah pun dapat rumah tu? Tak payah pun nak tunggu ofis pindah Putrajaya dulu? Dan dengan mudahnya dia jawab 'oh yang tu saya tak pasti la pulak..'. Habis tu kau ingat aku pasti ke dengan jawapan kau tu? Saya jadi sangat stress dengan keadaan ni. Serius sangat stress. Dan orang tu cuma pesan suruh saya buat rayuan then hantar kat email. Terima kasih jelah. Saya faham sangat. Silap-silap tunggu anak saya dah masuk darjah satu kot baru dia nak respon email saya tu nanti.

Tapi saya tetap berusaha walaupun dalam keadaan yang sangat geram dan stress dan bengang. Saya percaya Allah itu Maha Adil dan akan memudahkan segala urusan kalau kita benar-benar ikhlas memohon padaNya. Alhamdulillah ada rezeki untuk saya. Segala keputusan terpaksa saya lakukan dengan cepat dan yakin dek kerana ketiadaan dia waktu ini. Saya terpaksa menekadkan hati dengan apa yang saya pilih ni sebab saya dah tak nak dengar orang mengata saya kat belakang lagi. Saya dah semak dan dah fedup dengan cakap-cakap orang yang tak faham keadaan saya. Dan dia cuma ikut apa je keputusan saya. Asalkan saya selesa.

Semuanya akan saya rahsiakan. Dan lenyap terus.

Saya Penat!

Saya dah penat berkecil hati. Sangat penat. Kalaulah hati saya boleh dikeluarkan dan ditunjukkan saiznya saya rasa semut halus pun lagi besar daripada hati saya.

Kadang-kadang orang kata saya ni tak reti nak bersabar. Tak reti nak tolak ansur. Macam mana saya nak sabar kalau orang sekeliling saya sendiri tak sabar? Hal saya, masalah saya tapi orang lain yang sibuk nak fikir itu ini. Orang lain yang sibuk nak rasa pelik rasa risau rasa busy body rasa stress. Kenapa? Saya kacau hidup diorang ke? Saya menyusahkan hidup diorang ke? Sekarang ni saya pulak yang pelik tengok orang-orang yang mulut macam pokemon tu. Lantaklah kalau takde kena mengena pun~

Saya dah sehabis baik dan sehabis daya bersabar dengan keadaan diri. Saya sentiasa cuba untuk muhasabah diri saya. Saya sedar sejauh mana kemampuan saya. Tapi kenapa orang tak boleh nak faham? Saya tak suruh diorang tolong selesaikan masalah saya. Tapi tolonglah faham. Bukannya semua benda saya boleh dapat hari ni. Saya usaha perlahan-lahan. Saya dahulukan apa yang lebih penting. Orang cuma tahu nak cakap. Konon bagi idea bagi pendapat. Tapi sebenarnya lebih kepada nak kondem kehidupan saya. Kenapa mesti ada pertikaian dengan siapa saya kawan? Dengan siapa saya kahwin? Suami saya lebih tua atau lebih muda? Kat mana saya tinggal? Apa yang diorang semua dapat bila mengata saya kat belakang macam tu? Seronok ke tengok saya susah? Seronok sangat ke bila tengok saya jatuh dan menangis?

Mak, walau macam mana pun dia membebel dan marah saya tapi dia tetap bantu saya. Dia tanya saya terus kalau ada apa-apa. Takde pun nak cakap-cakap belakang ke apa. Tak pernah nak main passing-passing. Orang cuma nak cari salah saya je. Diorang tak fikir ke inilah bahagian hidup saya yang Allah dah bagi. Inilah jalan kehidupan saya yang Dia dah tentukan. Kalau saya sentiasa mencuba untuk redha, menerima dan bersabar kenapa orang lain tak boleh? Kenapa susah sangat nak terima cara hidup saya? Salah ke saya memilih kehidupan saya yang sekarang ni. Kenapa diorang susah sangat nak terima yang Allah dah tentukan semua ni untuk saya. Ini hidup saya. Biarkan saya dengan cara saya. Biarkan saya dengan kehidupan saya. Siapa dia nak bising-bising tentang hidup saya?

Saya penat. Penat sangat. Saya ditikam oleh 'jari jemari' saya sendiri.

Antara Realiti & Tahajjud Cinta

Mengikuti drama Tahajjud Cinta di mediaprimatv.blogspot.com benar-benar memberikan saya 1001 perasaan. Cerita di dalam cerita. Banyak cerita dalam drama tu. Ada kisah anak tipu parent demi untuk memenuhi impian dan cita-cita, suami panas baran suka pukul isteri, suami kahwin empat, cemburu seorang perempuan, perjuangan untuk membela kaum wanita, sempitnya hidup bila terlalu banyak makan budi dan banyak lagilah. Itu baru 4 episod. Tak tahulah apa cerita lagi dalam 9 episod yang akan datang. Saya tak sabar nak tunggu ending drama tu.

Beribu pengalaman yang mungkin sememangnya wujud dalam kehidupan nyata dijadikan watak dan cerita. Saya percaya bila tengok tu mesti ada yang kata 'eh macam kisah hidup aku je..'. Saya pun sama. Ada sesetengah cerita dan babak yang bagaikan mengimbas kisah diri sendiri. Bagaikan menonton watak kehidupan diri sendiri. Kala itu bibir akan bersuara. 'kenapalah mesti jadi macam ni..kenapalah hidup aku macam tu..bla bla bla..'.

Saya suka melihat bagaimana empat madu itu melawan perasaan cemburu dan emosi tatkala melihat si suami melebihkan isteri yang lain. Sukarnya andai saya yang berada di tempat mereka. Empat? Ohh jangan kau mimpi. Berangan nak dua pun saya akan mengamuk dan boleh lupa diri nak pergi cucuk mata dia dengan garfu. Terus jadi Kassim Selamat dah tak boleh nak tengok perempuan lain. Hakikatnya walaupun setenang mana raut wajah mereka. Takkan sama dengan isi hati yang tak terzahir di mata. Cemburu itu sememangnya sifat seorang perempuan. Sukar atau tidak hendak mengawal kadang-kadang bergantung pada si lelaki jugak. Kalau dah tahu isteri tak suka tak payahlah nak cari pasal kan?

Kalau takde masalah, kita jangan cari atau create masalah. Itu beza antara realiti dan sebuah drama. Kita yang menentukan masa depan kita sendiri. Bukan penulis skrip atau pengarahnya.

Say No To Fish Together With Milk

1 Ogos 2011. Hari pertama untuk semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Saya sendiri baru je lepas bersahur. Sahur pertama yang agak sadis sebab dia jauh dari sisi. Dibatasi Laut China Selatan. Ramadhan pertama ini benar-benar mengajar saya erti kerinduan. Baby, we have to be strong okay?

Saya nak cerita pasal lauk sahur hari ini. Bukan sebab takde benda nak cerita tapi saya rasa macam kena share je benda ni. Ala sebenarnya memang sebab dah takde cerita pun. Hari ni maid kakak cuma masak sardin, sayur kobis, telur dadar dan telur masin. Okay sardin is really my favourite. Tapi kesilapan saya menggandingkan beliau dengan susu telah membuatkan saya rasa macam nak keluarkan balik isi perut tapi saya cuba bertahan.

Sebenarnya kalau nak ikutkan kita tak boleh nak makan ikan iaitu hidupan laut dan kemudian minum dengan susu. Itu adalah diet Rasulullah S.A.W. Saya pernah baca dalam email satu waktu dulu. Saya tak tahu apa relevannya tapi yang saya tahu kita tak boleh nak gandingkan makanan laut dengan makanan darat sebab susu kan datang daripada lembu jadi itu bukan satu padanan makanan yang elok. Saya betul-betul lupa tentang itu. Bila dah makan baru teringat. Tekak saya terus loya tapi saya cuba control dan minum air suam perlahan-lahan. Okay lepas ni saya dah tahu macam mana nak manage susu dan asid folik tu. Masa makan saya cuma boleh minum air suam atau air kosong je. Dah siap makan semua barulah saya minum susu dan makan asid folik. Sorry baby, mummy salah.

Ada banyak lagi sebenarnya diet Rasulullah S.A.W yang saya baca tu tapi saya dah lupa. Nantilah saya cuba godek balik email-email lama tu dan saya akan share kat sini. Kita selalu ambik mudah dengan cara pemakanan kita kan. Diet pun dietlah jugak tapi biarlah yang betul. Bukan ikut cakap doktor semata-mata tapi kena rujuk jugak diet mengikut Islam.