Okay. Sekarang saya bole tarik nafas seperti biasa. Hembus pun tak perlu laju-laju. Macam biasa je cukup. Sebab? Azab yang saya rasakan bila membayangkan presentation ceramah depan mentor sudah berakhir. Satu pagi tadi saya cuma fokuskan pada slide-slide tu je. Saya dah tak kuasa nak pandang-pandang apa lagi jeling-jeling orang kanan dan kiri walau dengan ekor mata sekali pun. Benar-benar fokus pada slide walaupun kejap-kejap tangan gatal klik kat google chrome tengok FB saya.
Hampir pukul 10.30 slide saya siap dan saya terus masuk bilik fail untuk praktis dan buat nota kecik. Otak jem sekejap tapi saya tak layan sebab saya kata pada diri walau macam mana sekali pun saya tetap akan lalui benda ni. Nak atau tak nak. Mahu atau tidak. Jadi usaha terus berjalan dan saya membebel-bebel sambil mengadap belakang almari sambil membayangkan konon-konon almari tu adalah tempat tuju LCD. Sambil cuba bercakap saya tulis nota-nota kecil sebagai panduan supaya tak lah terlalu bergantung pada slide. Itu yang lebih baik sebenarnya. Kenapa? Supaya orang tak bosan lah. Kalau setakat baca je slide tu lebih baik saya bagi je softcopy dekat mentor tu lepas tu suruh dia baca sendiri. Lepas tu saya balik ofis saya dan tidur dalam bilik fail. Macam biasa.
Pukul 12 lebih saya text mentor saya tanya dia kat mana then dia reply suruh saya naik ofis dia. Alamak! Berbekalkan keyakinan yang ala-ala sudi dengan tidak saya pun naik ofis dia dan sesi presentation terus berlangsung tanpa segan dan silunya. Sambil berceramah dia menyelit dengan komen dan teguran yang perlu. Lepas habis semuanya dia komen-komen lagi dan cakap dia bagi A+ untuk presentation tu. Fuh lega sangat. Saya dah tak tergagap-gagap dan asyik sebut 'aaa' 'aaa' 'aaa' macam masa kursus kat Melaka dulu. Dia cakap lagi saya ada keyakinan diri yang baik. Cuma saya perlu polish lagi skill yang saya ada. Dia suruh saya praktis lagi dan lagi dan lagi. Baeklah lepas ni saya akan cuma bagi ceramah depan Alif setiap hari. Tajuk yang akan saya sampaikan adalah Bagaimana Mahu Menjadi Suami Yang Romantik. Tak perlu tengok drama Nora Elena. Dengar ceramah saya je dah cukup.
Okay okay. Sekarang masa untuk siapkan minit mesyuarat yang terakhir pulak. Lepas tu barulah saya boleh betul-betul tarik nafas lega sambil buat tarian hula. Cukup dengan bayangkan tarian je. Tak perlu nak bayangkan menari pakai daun pisang dan tempurung okay?
0 comments:
Post a Comment