Minit mesyuarat. Kenapa mesti ada minit mesyuarat dalam dunia ni? Aku stress dan stress aku ketika ini taklah seteruk stress nak buat karangan Bahasa Melayu masa darjah 6 dulu. Terima kasih kepada Cekgu Mad sebab selalu jadikan karangan saya sebagai contoh karangan yang terbaik. Iklan bangga diri jap. Kenapa sampai nak kena stress? Sebab nak buat minit mesyuarat ni kena ada mood. Mood nak berfikir. Mood nak mencipta ayat. Mood nak menyusun ayat. Lagi-lagi mood nak fahamkan balik tulisan aku yang macam 18 ekor cacing diikat dan disambung-sambung ekornya supaya jadi panjang. Apa kau ingat aku tak geli ke?
Terima kasih kepada bos sebab buat mesyuarat dua hari berturut-turut. Setiap kali mesyuarat dia akan cakap minit mesti siap 3 hari selepas mesyuarat. Eh ye ke? Aku baru tau lah. Itulah yang membuatkan aku stress. Disebabkan itu pagi tadi setengah hari masa aku terbuang ke arah menyiapkan minit yang pertama. Minit yang kedua aku ingat nak buat petang macam ni. Tapi tiba-tiba aku terlupa lepas tu aku sibuk layan blog pulak. Aku ke yang salah? Takpe-takpe. Esok masih ada. Setengah hari lagi aku akan siapkan minit tu. Tapi aku rasa mesti aku siapkan petang esok sebab tengahari esok aku ada presentation. Satu apa slide pun aku tak buat lagi. Tahniah farz! Kau memang cemerlang.
Aku semakin stress bila mengenangkan slide presentation tu. Kenapa rakan-rakan yang lain tak kena? Kenapa aku sorang yang kena? Bila lah program ni nak berakhir agaknya. Aku dah tak nak ada perjumpaan lagi. Aku dah tak nak ada itu ini begitu begini lagi. Cerewet kah? Bukan bukan. Aku cuma kesian kepada diri sendiri je. Kesian kan? Kesian lah juga. Aku mana boleh stress sangat. Nanti kena tekanan darah rendah. Sangat kesian.
0 comments:
Post a Comment