Nuffnang Ads

Monday, June 13, 2011

Satu Persatu Perubahan

Lama. Sangat lama. Perubahan status tidak membawa kepada kepantasan jari jemari untuk terus menulis di sini. Tidak sama sekali. Apabila terlalu banyak cerita yang berlaku pada diri mahupun di sekeliling aku jadi bingung dan tidak tahu apa lagi yang mahu dikongsi. Sedangkan sebenarnya berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus cerita yang ada. Ketiadaan masa atau ketiadaan laptop yang hampir menjadi arwah turut menjadi sebab. Perlukah aku kenang? Oh tidak. Kerana pasti akan membuatkan darah aku naik ke kepala dan kulit aku bertukar menjadi hijau. Serta merta. Kerana itulah wujudnya pepatah 'barang yang lepas jangan dikenang..'

Hari ini sudah 13hb 6 2011. Sudah 4 bulan daripada cerita terakhir dulu. Sibuk? Boleh tahan. Bersiap, menyiapkan diri. Sekelip mata sahaja semuanya berlaku dan berlalu. Memilih dia untuk menjadi pendamping diri bukan satu keputusan yang mudah. Dugaan? Hanya orang gila seperti aku sahaja yang mampu. Memang aku gila. Gila kerana mengambil keputusan ini. Namun siapalah aku untuk melawan satu kenyataan yang telah ditakdirkan oleh Dia untuk diri ini. Segalanya berjalan seperti yang dirancang walaupun manisnya tidak seperti insan lain. Ada sesetengah perkara yang aku tidak mampu untuk merasa seperti mana yang dialami oleh mereka-mereka di luar sana. Jangan ditanya apa salah diri sehingga diuji dgn dugaan sebegini. Mereka itu lebih mengerti. Apa yang pasti kisah ini akan aku kenang hingga ke akhir hayat nanti.

Jari jemari ini masih merah. Merah menyala lagi. Untuk kali kedua selepas Februari. Mei menghadirkan diri agar aku mampu merasa manisnya sekali lagi. Walaupun berbeza kisahnya. Tapi masih dengan dia. Haruslah! Mungkin ada yang mengharapkan aku untuk memiliki kebahagiaan yang lebih bersama yang lain. Aku tak punya kudrat untuk mengubah persepsi, pendapat, pandangan ataupun kemahuan orang sekeliling. Sekadar mengharapkan apa yang ada ini dapat dihargai dan diterima dengan senang hati. Kerana aku juga manusia biasa. Mengharapkan perubahan akan tiba juga akhirnya dan bahagia sentiasa mendampingi aku dan penyambung cinta.

0 comments: