Nuffnang Ads

Tuesday, June 28, 2011

Si Awang Hitam II

Saya mahu menyambung cerita si Awang Hitam saya. Kenapa agaknya saya begitu marah dengan artikel tu. Sebab ada kawan saya yang hampir terkena dengan sindiket tersebut. Bila membaca cerita tentang hadiah laptop, jam tangan mewah dan wang beratus-ratus ribu tu kisahnya memang sama. Memang serupa dengan cerita kawan saya.

Mereka memang mereka-reka cerita sehingga kelihatan betul-betul berlaku. Menggunakan nombor telefon daripada London, website kurier daripada United Kingdom yang kelihatan seperti benar-benar wujud. Agaknya kawan saya percaya tak? Memang dia percaya. Percaya 100%. Memang sakit hati bila bertekak tentang perkara ni dengan dia. Sebab dia terlalu percayakan wanita itu yang kononnya hendak datang ke Malaysia untuk mencari susur galur keluarganya. Apa yang memusykilkan saya lagi wanita itu siap menceritakan kekayaan dia dan keluarganya. Punya harta dan aset berjuta. Share-share di bank dan syarikat yang tak terkira jumlahnya. Ada ke orang yang nak bercerita macam tu pada orang yang dia tak kenal? Ada ke orang yang beria-ria nak menunjuk-nunjuk harta dia macam tu? Kecuali ada agenda tertentu. Lepas tu kononnya hendak melabur di dalam perniagaan di Malaysia. Hendak membeli rumah dan sebagainya. Mudahnya terpedaya dengan kata-kata manis seorang wanita yang kita tak tahu entah dari mana asal usulnya.

Apa yang digula-gulakan lagi? Wanita itu siap mengirimkan gambar seorang wanita yang cantik-cantik untuk mengaburi dan melekakan si mangsa. Kononnya itulah dia. Ah pada saya itu cuma untuk menggoda dan menipu lelaki-lelaki yang mudah terpesona dan terpedaya. Sekali lagi saya rasa nak marah. Kenapa mudah sangat percaya? Rasa macam nak ketuk-ketuk kepala dia. Cerita ni memang serupa dengan artikel di dalam majalah Mastika tu. Modus operandinya memang serupa. Wanita itu turut mengaku yang dia boleh menjadi apa saja. Samada pegawai imegresen, wakil agensi kurier dan sebagainya. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada kawan saya. Siap menerima panggilan kononnya kurier tersebut telah pun sampai di KLIA. Tapi beliau harus membayar sejumlah wang untuk mengambil kurier tu. Beribu jugaklah katanya. Nampak sangat menipu kan?

Sekarang ni saya puas hati sangat. Kerana kedegilan saya yang dia panggil ala-ala busy body inilah yang menyelamatkan dia daripada kena tipu. Sepatutnya dia berterima kasih pada saya. Sejujurnya hati saya memang dah terdetik ada yang tak kena bila mula-mula dapat tau tu. Tapi susah kalau bercakap dengan orang yang degil dan tak nak mendengar kata. Tengok sendirilah sekarang. Nyaris-nyaris kena tipu macam tu je.

0 comments: