Nuffnang Ads

Friday, June 17, 2011

Mamee Cup Oh Mamee Cup

Saban hari sejak itu saya cuba mencari dan mencari dan mencari. Tapi masih tak jumpa. Kelajuan menyuap makanan ke dalam mulut cuma berlaku sewaktu saya makan di Kedai Kerabu Kaki Ayam di Jalan Ipoh. Itu pun semua makanan mesti saya yang order. Dia jangan harap dapat bersuara. Bukan sebab nak tunjuk kuasa tapi saya perlukan makanan yang betul-betul2 akan berjaya masuk ke dalam perut. Tomyam putih dan kerabu kaki ayam dan kailan ikan masin benar-benar membuka selera hingga saya men tapau kerabu kaki ayam bawak balik rumah. Masam dan pedas makanan-makanan tersebut lah yang telah menyelamatkan perut saya untuk terus kekosongan dan kelaparan dek kerana tidak berjumpa jodoh makanan yang sesuai.

Beberapa hari lepas masa saya berkhayal sekejap daripada mencatit minit di dalam mesyuarat saya terbayangkan megi cup. Saya terus sms dia dan cakap yang saya nak beli megi cup tu balik kerja nanti. Dia kata ok. Singgah kat Carrefour Ampang kaki saya jalan laju-laju pergi kat tempat megi. Mana ni? Mana? Mana? Saya tak sabar! Sabar la b.. Tu ha tempat megi.. Waaa barulah saya boleh senyum. Yang peliknya saya tak nak megi peket. Saya nak megi cup dan megi itu mestilah cap Mamee Slurrppp. Sebab dari dulu lagi saya dah tahu yang mamee punya mee best sebab dia kenyal-kenyal. Saya ambik perisa kari dan ayam kampung. Lepastu dia pun ambik jugak tapi yang peket punya. Balik-balik tu terus rendam dengan air panas dan saya makan yang perisa kari dengan selera yang setinggi gunung daik bercabang tiga. Betapa sedapnya megi cup tu masuk kat dalam perut saya. Selain daripada nasi putih dengan kerabu kaki ayam tu, inilah satu-satunya makanan yang betul-betul saya boleh telan tanpa ada rasa mual, muak, loya, jemu, bosan atau tidak sudi. Inilah satu-satunya!

Esoknya saya bawa megi cup perisa ayam kampung tu ke ofis. Mulanya saya rasa macam tak selera sebab nama pun perisa ayam. Betapa bencinya saya dengan ayam pada waktu ini. Tapi bila saya makan? Oo Em Ji! Sedapnya megi ni. Tiba-tiba timbul satu kegianan di dalam hati. Saya turun kedai runcit bawah ofis dan cari megi cup tu tapi yang ada cuma perisa tomyam. Kecewa tapi saya beli jugak. Petang tu saya makan lagi. Dia masih sedap! Ya ya memang sedap. Esoknya saya beli lagi. Begitu juga esoknya. Dan lagi dan lagi dan lagi.

Mamee cup dah jadi igauan saya setiap hari. Tapi? Saya kena marah bila makan megi cup tu. Sebab megi tak elok untuk kesihatan. Tak elok untuk baby. Jangan salah anggap. Bukan saya tak sayang diri saya. Bukan saya tak sayang baby saya. Tapi saya tak ada selera pada makanan lain. Tolonglah faham keadaan tekak saya ketika ini. Saya cakap dengan dia kenapa u tak marah i makan megi sedangkan sume org tau megi tu tak elok.. Tau apa jawapan dia? Dia cakap macam mana dia nak marah. Nak marah pun tak boleh sebab dia kesian tengok saya yang tak boleh nak makan makanan lain. Kalau dia halang nanti saya dan baby lapar tak makan langsung. Nak atau tak dia terpaksa layankan selera saya tu. Dia macam ala-ala atas pagar la kan.

Contoh paling senang bila kita pegi pasar malam petang semalam. Sepanjang pasar tu kitorg jalan tapi tak ada satu makanan pun yang buat saya meleleh air liur. Nak keluar isi perut lagi ada. Sudahnya dia paksa saya makan kuew teow goreng dia dengan cara disuap. Eh-eh baru ada selera. Yang ini pun saya tak tipu. Saya lebih selera pada makanan orang lain. Contohnya makanan yang dia makan. Itu yang saya nak dan itulah yang saya rasa macam sedap sangat. Tapi kalau yang saya pilih dan beli nescaya makanan-makanan itu akan ditolak jauh-jauh ke tepi sambil saya mencebikkan mulut dan menggelengkan kepala. Walaupun makanan kitorg sama tapi saya nak makanan dia jugak! Mengada-ngada kah? Tapi memang macam tu lah tekak saya sekarang. Disebabkan itulah dia tak menghalang bila saya cukup berselera nak makan megi cup tu. Jadi siapa yang bersalah sekarang ni? Saya tak.

0 comments: