Nuffnang Ads

Friday, June 17, 2011

Saya Hilang Selera Makan Lalu Membenci Ayam Goreng

Saya tak punya selera makan sejak sebulan yang lepas. Selera makan saya benar-benar mati. Saya jadi benci dengan ayam goreng lagi-lagi ayam goreng berempah dan ayam goreng pasar malam. Apa lagi tengkorak ayam ataupun saya panggil ayam togel yang pada dulunya adalah kesukaan saya. Waaaa ayam goreng..!! Saya akan jadi macam Upin & Ipin kalau jumpa ayam tu. Air liur saya meleleh-leleh macam bayi yang kempunan sewaktu di dalam perut emak beliau. Jangan nak over sebab ni cuma khayalan aku je.

Sebelum saya ketahuan tentang itu selera makan saya seperti budak kelaparan tak makan 8 hari 9 malam. Semua saya nak makan. Semua saya nak telan. Semua saya nak baham. Tapi ada yang tak kena bila selera macam naga tu disertai dengan loya dan muntah. Jujur di dalam hati terdetik sesuatu. Tapi ah belum tahu lagi. Namun tak lama. Jangkaan dan tekaan benar-benar berlaku. Telah dijadikan DIA untuk hadir dan bakal menyerikan hidup ini. Telah diciptakan DIA untuk mengisi kekosongan rahim saya selama 28 tahun. Rahim? Ye rahim lah. Bukan Datuk Rahim Razali bukan Rahim anak Wak Bohari jiran rumah kampung saya. Tapi rahim perut saya! Kepala saya hampir mencecah ke siling sewaktu saya melompat-melompat bila melihat terbitnya 2 garisan di situ. Eh macam terbitnya fajar sidiq pulak. Oh ye yang melompat-lompat tu pun cuma khayalan je sebab saya bukan melompat atas spring sampai nak cecah siling pun.

Selepas saya tahu berita itu. Serta merta. Berkuatkuasa serta merta. Selera saya mati. Saya hilang selera pada nasi. Saya hilang selera pada semua makanan. Mood saya juga berubah. Turun naik macam jongkang jongket. Semuanya tidak kena di mata saya. Tiada satu pun makanan yang boleh membuatkan selera saya kembali seperti dulu. Ayam goreng? Tidak sama sekali. Saya akan berjalan laju bila melintas depan gerai ayam di pasar malam. Sambil tutup hidung dan kalau boleh nak tutup mata sekali sebab tengok ayam tu tengah digoreng dalam kuali pun tekak saya dah macam kembang semangkuk dalam air lai chi kang. Apa lagi bau dia. Jangan kata nak tengok atau bau. Terbayang ayam goreng tu pun saya dah loya dan nak keluar isi perut. Serius ni saya tak tipu. Ya Allah seksa sungguh rasanya. Tapi mestilah kena sabar kan. Sebab saya tahu di hujungnya nanti saya akan memiliki satu anugerah yang paling indah dalam hidup ini.

Jadi apa agaknya makanan yang betul-betul boleh masuk ke dalam mulut saya lepas tu saya kunyah lepas tu saya telan lepas tu dia jalan kat tekak dan masuk ke dalam perut dengan jayanya tanpa keluar semula..??

0 comments: