Nuffnang Ads

Thursday, June 30, 2011

Cerita Tentang Pengalaman

Saya tak pernah nak mendoakan bangsa saya sendiri untuk jatuh dan tersungkur. Saya tak pernah nak berasa seronok melihat kegagalan bangsa saya dalam hidup masing-masing. Untuk apa? Kerana pada saya hanya orang yang dengki dan busuk hati je yang akan ada perasaan macam tu. Orang macam tu dia akan rasa macam ulat bulu yang kita kuis guna kaki pastu dia berguling-guling bajet macam comel padahal sangat menggelikan! Ala-ala tak boleh tengok orang senang. Dia jadi panik dan menggelabah peghak.

Kalau tak ada pengalaman kita tak akan cakap. Sebab pengalaman yang akan mengajar kita di hari muka. Hari muka bukan muka buku. Ko tak abis-abis dgn muka buku ko kan? Ko tau tak muka buku tu dah kena block kat ofis aku? Kerana pengalamanlah kita menjadi diri kita hari ini. Itu pun kalau yang belajar daripada pengalaman lepas. Kalau dia tak belajar makanya kelmarin ke semalam ke esok ke lusa ke dia tetap sama dan serupa. Tiada perubahan.

Salah ke orang yang ada pengalaman nak menasihatkan orang yang tiada pengalaman? Sudah tentulah tak salah kan. Apa lagi situasi tu berkenaan dengan duit. Melibatkan duit yang berpuluh ribu ringgit. Siapa yang nak rugi? Siapa yang tak nak untung? Tapi biarlah berpada dan masuk dek akal. Kalau sampai menyusahkan diri sendiri agak-agak berbaloi tak? Risikonya terlalu besar. Hal macam ni kita bukan kena fikir 2-3 kali tapi 8983 juta kali. Jangan sampai kita terkena. Terjatuh dan tersungkur.

Bukan senang nak jadi senang.

Wednesday, June 29, 2011

Diam Boleh?


'Saya suka dengan orang yang ambil berat tapi jangan sampai terlebih berat. Itu busy body namanya'. Ini adalah status terakhir di facebook yang saya kemaskini semalam. Kenapa saya tulis macam tu? Sebab saya marah dengan tindakan beberapa orang yang terlalu nak ambil berat sampaikan bercerita pada semua orang tentang diri saya.


Memang kadang-kadang saya terlalu emosi. Terlalu mengikutkan perasaan hati. Tapi orang juga perlu hormat dengan keadaan dan perasan saya waktu itu. Saya tak kisah kalau mereka tu nak ambil berat tapi apa yang saya tengok bukan cara nak ambil berat tapi lebih kepada busy body. Sampaikan makcik saya tahu. Mak saya sendiri telefon saya bertanyakan hal sebenar. Kenapa mereka-mereka tu tak direct je dengan saya? Kalau rasa berani sangat, kalau rasa macam baik dan bagus sangat, kalau rasa diri tu macam sempurna dan sopan sangat cakap terus dengan saya. Jangan nak sampai-sampaikan macam tu. Sendiri tak rasa bolehlah cakap macam-macam.


Kalau tak tahu apa-apa, jangan cakap! Lebih baik kau diam!

Jangan Baca

Jangan baca blog saya. Jangan. Jangan. Jangan. Bukan sebab saya nak rahsia atau nak sorok-sorok tapi saya sedar sejauh mana kelebihan blog saya. Sebenarnya memang tak ada kelebihan pun. Ini sekadar blog untuk suka-suka, untuk cerita-cerita, untuk saya bebel-bebel ikut suka hati saya.

Blog saya bukan blog yang penuh dengan ilmu atau maklumat. Bukan blog yang ilmiah dan menceritakan tentang info-info terkini. Bukan blog yang terlalu nak mencapai follower sampai beratus-ratus apa lagi beribu-ribu orang. Blog saya biasa-biasa sahaja. Sekadar untuk menceritakan apa yang saya lalui dalam kehidupan seharian dan kadang-kadang mengambil sedikit kisah-kisah daripada kehidupan insan-insan sekeliling. Pendek kata sekadar bebelan-bebelan, sekilas pendapat dan pemerhatian untuk meluahkan rasa hati sahaja.

Saya bergurau sahaja. Bukanlah kata saya melarang terus kawan-kawan daripada baca blog saya. Cuma saya harap jangan mengharap blog saya sentiasa bagus, hebat dan penuh dgn maklumat. Sudah saya bilang ini hanya blog peribadi. Jadi faham-faham sajalah dengan entry-entry yang sebelum, sekarang mahu pun seterusnya. Saya sedikit menggelabah bila alamat blog ni terpaksa diserahkan pada jabatan. Errr. Terpaksalah saya control-control sikit lepas ni. Huuu~

Ini Sekadar Assignment Sahaja

Pada 28 Jun 2011, Encik Tengku Badli telah memarahi dan mengambil tindakan terhadap Encik Rozaimi Herman setelah mendapati beliau melanggar peraturan jabatan kerana mengakses laman sesawang Facebook sewaktu Mesyuarat Pengurusan Cawangan sedang berjalan di Bilik Mesyuarat Cawangan PENTARAMA.


Ini Sekadar Assignment Yang Diarahkan Oleh Cek Erwin. Saya tak bersalah.

Tuesday, June 28, 2011

Bukan Sekatan Jalan Raya

Sudah hampir sebulan facebook di pejabat saya kena sekat. Ya kena sekat! Bukan setakat facebook tapi juga laman web youtube. Bosan? Memang saya bosan. Tiada tempat untuk saya melepaskan tekanan selepas melakukan kerja-kerja pejabat. Tiada tempat untuk cuci-cuci mata membaca status kawan-kawan. Gambar-gambar yang kawan baru upload. Kalau nak tengok pun sebelum jam 8.00 pagi, waktu makan tengahari dan selepas jam 5.00 petang.

Kenapa agaknya dua laman web ni kena sekat? Sebab kononnya pekerja lebih banyak menumpukan masa dan perhatian pada facebook hinggakan kerja terabai dan mutu kerja menurun. Ada juga yang cakap facebook jadi tempat nak meluahkan tak puas hati dan marah di tempat kerja. Ada yang kutuk bos. Ada yang marah-marah kawan pejabat. Ada yang tak puas hati dengan kerajaan. Ada yang itu ada yang ini. Macam yang saya cakap dalam entry Kerana Facebook sebelum ni. Macam-macam yang boleh jadi hanya kerana facebook. Dikhuatiri akan menyebabkan pergaduhan dan salah faham la kot. Kalau tanya saya, sangat susah nak lihat saya mengemaskini status tentang kerja dan pejabat. Yelah bahaya kalau orang baca sebab sudahlah bos saya ada, berpuluh-puluh kawan daripada jabatan dan daerah pun ada dalam facebook tu. Itu tak termasuk dengan facebook daerah dan negeri.

Begitu juga dengan youtube. Pengaruh Nora Elena telah membuatkan ramai pekerja wanita menyebabkan server menjadi lembab dan mengganggu kerja pekerja-pekerja lain. Saya sendiri tak pernah menonton cerita tu. Sekadar mendengar cerita-cerita dan membaca status-status di facebook yang sibuk bercerita tentang Nora Elena. Saya tak tahu apa yang menarik tentang drama tu. Mungkin teruja dengan keromantikan si hero. Itulah orang kita. Mudah sangat terpengaruh dengan kisah-kisah dongeng dan terus terlena dalam khayalan rekaan manusia.

Kesimpulannya saya memang tak setuju dengan keputusan untuk menyekat laman web tu. Kalau saya sebut dengan jabatan apa saya bekerja mesti orang tahu fungsi kami adalah berkaitan dengan maklumat dan media. Entahlah susah nak diceritakan lebih-lebih. Kawan pejabat saya kata bos paaaaaaaling besar pun tak marah dengan penggunaan facebook. Ni pulak bos yang tak berapa besar. Sigh~

Cekgu Kursus Suruh Buat Entry Pasal Astro

Lambang di atas adalah lambang Astro. Saya rasa boleh kata hampir semua rumah di Malaysia mempunyai saluran Astro. Kalau tak ada Astro memang agak bosan walaupun pada saya kalau ada Astro pun bosan jugak. Sebab Astro asyik tayang cerita atau filem yang sama. Berulang-ulang daripada pagi sampai malam. Hari ini sampai minggu depan.

Baru-baru ini saya baca suratkhabar Astro nak naikkan harga sewa bulanan. Saya rasa mesti ramai yang tak suka, tak setuju dan tak puas hati. Ini bukan cerita tentang berkira atau kedekut nak membayar setiap hujung bulan sedangkan kita sendiri yang langgan. Tapi ini cerita tentang kualiti atau tahap kepuasan hati kita pada saluran tu. Macam yang saya cakap tadi. Cerita dan filem yang ditayangkan boleh kata sama dan berulang-ulang. Tiada cerita atau filem yang menarik. Yang lagi tak best lagi banyak cerita seberang daripada cerita negara sendiri. Daripada tengahari sampai ke malam asyik-asyik cerita daripada seberang tu. Macamlah negara kita tak ada cerita sendiri kan. Entah apalah yang Astro fikir agaknya. Untung tiap-tiap tahun dah berjuta-juta. Tu tak kira lagi tiap kali hujan je habis hilang semua cerita. Dapat tengok tv gelap je. Harga sewa nak naik tapi kualiti tetap sama.

Jadi apa relevannya sewa bulanan tu dinaikkan? Orang kata kalau tak suka tak payahlah langgan. Tapi kalau tak langgan macam pelik pulak kalau rumah tak ada Astro. Makanya, tepuk dada tanyalah hati.

Si Awang Hitam II

Saya mahu menyambung cerita si Awang Hitam saya. Kenapa agaknya saya begitu marah dengan artikel tu. Sebab ada kawan saya yang hampir terkena dengan sindiket tersebut. Bila membaca cerita tentang hadiah laptop, jam tangan mewah dan wang beratus-ratus ribu tu kisahnya memang sama. Memang serupa dengan cerita kawan saya.

Mereka memang mereka-reka cerita sehingga kelihatan betul-betul berlaku. Menggunakan nombor telefon daripada London, website kurier daripada United Kingdom yang kelihatan seperti benar-benar wujud. Agaknya kawan saya percaya tak? Memang dia percaya. Percaya 100%. Memang sakit hati bila bertekak tentang perkara ni dengan dia. Sebab dia terlalu percayakan wanita itu yang kononnya hendak datang ke Malaysia untuk mencari susur galur keluarganya. Apa yang memusykilkan saya lagi wanita itu siap menceritakan kekayaan dia dan keluarganya. Punya harta dan aset berjuta. Share-share di bank dan syarikat yang tak terkira jumlahnya. Ada ke orang yang nak bercerita macam tu pada orang yang dia tak kenal? Ada ke orang yang beria-ria nak menunjuk-nunjuk harta dia macam tu? Kecuali ada agenda tertentu. Lepas tu kononnya hendak melabur di dalam perniagaan di Malaysia. Hendak membeli rumah dan sebagainya. Mudahnya terpedaya dengan kata-kata manis seorang wanita yang kita tak tahu entah dari mana asal usulnya.

Apa yang digula-gulakan lagi? Wanita itu siap mengirimkan gambar seorang wanita yang cantik-cantik untuk mengaburi dan melekakan si mangsa. Kononnya itulah dia. Ah pada saya itu cuma untuk menggoda dan menipu lelaki-lelaki yang mudah terpesona dan terpedaya. Sekali lagi saya rasa nak marah. Kenapa mudah sangat percaya? Rasa macam nak ketuk-ketuk kepala dia. Cerita ni memang serupa dengan artikel di dalam majalah Mastika tu. Modus operandinya memang serupa. Wanita itu turut mengaku yang dia boleh menjadi apa saja. Samada pegawai imegresen, wakil agensi kurier dan sebagainya. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada kawan saya. Siap menerima panggilan kononnya kurier tersebut telah pun sampai di KLIA. Tapi beliau harus membayar sejumlah wang untuk mengambil kurier tu. Beribu jugaklah katanya. Nampak sangat menipu kan?

Sekarang ni saya puas hati sangat. Kerana kedegilan saya yang dia panggil ala-ala busy body inilah yang menyelamatkan dia daripada kena tipu. Sepatutnya dia berterima kasih pada saya. Sejujurnya hati saya memang dah terdetik ada yang tak kena bila mula-mula dapat tau tu. Tapi susah kalau bercakap dengan orang yang degil dan tak nak mendengar kata. Tengok sendirilah sekarang. Nyaris-nyaris kena tipu macam tu je.

Si Awang Hitam I

Semalam seharian saya berada di Puchong. Tidur di rumah Nad selepas balik daripada Muar, Johor. Bersantai-santai di rumah baru dia. Di sana oren di sini oren. Segala-galanya oren. Kau takde kaler lain ke hah Nad?

Nad seorang pelanggan setia majalah Mastika. Dengan penuh kebosanan saya pun layan jelah majalah yang ada tu. Saya tertarik dengan satu cerita tentang Awang Hitam. Artikel tu diceritakan oleh seorang wanita Melayu yang bersubahat dengan sindiket yang diketuai oleh Awang Hitam ni. Sindiket yang menipu bangsa beliau sendiri. Bangsa Melayu. Mempergunakan kelemahan wanita-wanita yang mudah terpesona dengan keromantikan si Awang Hitam. Oh please. Orang macam tu pun korg boleh nak kan?

Kisahnya si Awang Hitam ni akan menggoda wanita-wanita Melayu yang ala-ala kesepian sampailah mereka jatuh cinta dan sanggup menyerahkan segala harta benda dan wang ringgit. Cerita rekaan kononnya mereka terkandas di lapangan terbang kerana membawa sejumlah wang yang besar kemudian ditahan oleh Imegresen. Jadi untuk melepaskan diri, mereka harus membayar denda. Waktu itulah wanita-wanita Melayu ini akan dipergunakan. Konon wang tersebut akan dibayar semula. Tapi kesudahannya? Masing-masing menepuk dahi sendiri. Nak aku tolong tepukkan pun boleh.

Kemudian wanita Melayu yang jahat ini turut menceritakan modus operandi kedua. Menggunakan kurier untuk penghantaran barang-barang sebagai hadiah untuk yang tersayanglah kononnya kan. Contohnya laptop, jam tangan mewah dan wang beratus-ratus ribu. Kemudia bila sampai di lapangan terbang, si mangsa harus membayar sejumlah wang untuk mengambil kurier tersebut. Tak ke pelik tu? Dahlah bagi kita barang lepas tu kita pulak yang kena bayar. Setahu saya kalau betul barang tu wujud dia akan terus sampai ke rumah. Tak perlu nak bayar apa-apa lagi kan.

Aduhai, fikirlah sendiri. Manusia bodoh mana yang nak bagi kita barang-barang free macam tu je? Kenapa kita mudah sangat diperdaya? Kenapa kita cepat sangat terpesona dengan bahasa lembut dan romantik mereka? Percaya sangat dengan manusia-manusia macam ni. Kenapa saya marah sangat? Ada sebabnya. Nanti saya ceritakan. Saya nak pergi Kursus Blog & Content kat Tingkat 14.

Mak Saya

Hari ni saya sendirian ke pejabat. Ya saya memandu sendiri setelah sekian lama duduk di kerusi penumpang. Seminggu ni saya berulang alik daripada rumah kakak kat D'Kayangan Shah Alam. Beradu sendirian walaupun sebilik dengan Mak Nenek. Semuanya sendiri. Kekosongan yang dirasa ini adakah turut dirasakan oleh dia?

Sedang saya melayan perasaan sewaktu memandu tadi tiba-tiba telefon saya berbunyi. Saya sangkakan dia. Tapi rupanya rumah kampung. Apa agaknya yang difikirkan mak sehingga menelefon saya pagi-pagi begini? Mak bertanyakan keadaan saya. Bagaimana dengan diri saya hari ini. Saya kata okay sahaja. Saya bercerita serba sedikit apa yang saya lalui, apa yang saya lakukan, apa yang saya usahakan. Mak menceritakan sesuatu sehinggalah di hujungnya saya terdengar tangisan. Kenapa mak? Tak perlulah saya ceritakan dengan jelas apa sebenarnya yang mak luahkan pada saya. Kesedihan tersebut turut saya rasakan. Sudah tentu kerana itu berkaitan dengan saya. Mungkin ada sesalan di dalam diri mak dengan apa yang telah berlaku. Saya terharu kerana semua itu disedari oleh keluarga saya sendiri. Kasihan agaknya mereka pada saya. Kerana penderitaan saya masih tak berpenghujung. Masih belum bernoktah.

'Mak, ampunkan jelah kalau dia ada buat dosa. Kalau ada buat salah. Kalau tak selagi itulah dia tak bahagia'. Saya mahu menangis bila mendengar ayat itu. Betapa kesilapan lalu mengekori setiap langkah saya pada hari ini. Kerana itukah saya selalu menangis? Benar, doa seorang ibu itu mustajab tapi haruskah kita mendoakan yang tidak baik untuk anak yang lahir daripada rahim kita sendiri? Tergamakkah kita melihat anak cucu kita sendiri hidup susah dan tak diberkati Allah dek kerana sumpahan kita? Hanya kerana terlalu ikutkan perasaan marah. Hanya kerana terlalu ego dengan gelaran seorang ibu. Mungkin itu yang berlaku pada mak ketika amarah menguasai diri.

Saya tahu mak tak akan sampai hati untuk membiarkan saya menderita selama-lamanya. Mak yang saya kenal terlalu mudah mengalir air matanya. Terlalu mudah kalah dengan anak dan cucunya. Tak akan sampai hatinya bila mendengar kesusahan anak-anak. Tak akan dia biarkan anak hidup sendirian tanpa hala tuju. Mak tetap akan menghulurkan tangan. Saya bersyukur kerana mak masih punya perasaan.

Mak, jangan pernah berhenti mendoakan kebahagiaan Nor. Ampunkan semua salah silap dan dosa Nor.

Monday, June 27, 2011

Insan Itu

Mood saya mula hilang untuk berada di sini. Mungkin kerana masalah yang hadir baru-baru ini sedikit sebanyak telah mengganggu emosi dan perasaan saya. Selera makan saya yang sekejap ada sekejap tiada juga semakin terganggu. Saya berusaha untuk tidak terlalu mengikut kata hati. Bersikap kejam pada diri sendiri dan baby yang ada di dalam rahim ini. Sesungguhnya dia tidak berdosa.

Alahan saya pada bau semakin ketara. Kalau namanya bau masakan memang saya tak mampu nak bertahan. Bau minyak goreng tu ke. Bau tumis-tumis ke. Kepala saya mudah pening dan tekak saya kembang sekembang-kembangnya. Tekanan benar-benar menyesakkan kepala dan dada saya. Tapi saya harus bertahan.

Saya pernah menyuarakan satu soalan kepada kawan baik saya. Satu soalan tentang diri saya. Tentang keadaan diri saya. Tiba-tiba dia mengingatkan saya pada makanan itu. SAMBAL TUMIS UDANG. Udang yang besar-besar. Sangat besar! Saya teringat pada insan yang memasak makanan itu. Insan yang sudah terlalu lama tidak saya sentuh tangannya. Insan yang sudah terlalu lama tidak saya lihat wajahnya. Insan yang sekian lama saya tidak dengar suaranya. Saya rindu gurau senda bersamanya. Saya rindu waktu-waktu santai bersamanya. Berbual bersama di luar rumah itu. Mendengar luahan hatinya tentang itu tentang ini.

Kadang-kadang hati terdetik menyebut nama dia. Ingatkah dia pada saya? Rindukah dia pada saya? Terkenangkah dia pada saya? Serasa ingin memanggilnya dengan nama panggilan itu. Tapi saya malu. Segan. Saya sedar siapa diri saya. Layakkah saya untuk menganggap diri ini sebahagian daripada dirinya? Walaupun darahnya turut mengalir di dalam benih yang wujud di dalam rahim saya. Sungguh saya terbayang-bayang sambal tumis udang tu. Tapi apa yang saya mampu hanya memendam rasa dan keinginan ini. Mana mungkin saya dapat merasa air tangannya lagi.

Apa yang saya mampu adalah mendoakan kebahagiaan dan keterbukaan hatinya untuk kembali seperti dulu.

Friday, June 24, 2011

Berulang Lagi Sekali

Saya tak tahu kali ni entah untuk yang ke berapa kali. Masih lagi benda yang sama berulang dan berulang dan berulang. Sungguh, kesabaran saya dah semakin sampai ke penghujungnya. Saya bukan anak patung. Saya bukan tunggul. Saya bukan perempuan bodoh yang boleh diperbodohkan sesuka hati.

Jangan tipu saya. Sebab tak akan lama. Saya pasti akan tahu juga akhirnya. Jangan permainkan saya. Sebab nanti diri sendiri yang akan menyesal. Jangan perbodohkan saya. Sebab kelak kita yang akan diperbodohkan. Saya bukan perempuan kampung yang boleh dipersendakan dan digula-gulakan dengan ayat-ayat manis yang saya anggap macam sampah.

Saya dah tak tahu macam mana lagi nak bersabar.


Thursday, June 23, 2011

Saya Nak Nangis

Saya sedih. Sangat sedih. Dalam kebosanan menunggu dia balik kerja saya telefon dia nak cakap jap. Lepas tu dia suh sambung borak dalam facebook. Okay okay.

Apa yang dia cakap cukup membuatkan senyuman saya hilang. Serta merta. Air mata saya bergenang. Tunggu nak mengalir je. Hati saya terus sayu. Pilu. Sedih. Mood saya semua hilang! Dia cakap mungkin esok dia kena pergi Sabah ada kerja kat sana. Semalam dia cakap mungkin Isnin depan. Tiba-tiba hari ni cakap esok pulak. Macam-macam yang saya fikir. Minggu ni siapa nak hantar saya outstation? Siapa nak temankan saya pergi Muar malam Isnin ni? Siapa nak hantar saya pergi kerja? Siapa nak jadi teman tidur saya? Siapa nak bawak saya makan kuew teow goreng kat Bugis Street Kopitiam? Siapa nak hantar saya kalau saya teringin nak makan itu ini? Dahlah mak abah jauh. Saya bukan ada siapa-siapa sangat pun.

Sejujurnya air mata saya dah pun mengalir. Deras dan laju mengiringi ngongoian saya yang kuat, panjang dan sadis.

Mitos. Bukan Mentos.

Masuk je kedai runcit mamak tu tadi mata saya terus terpandang pada satu majalah ni. Tajuk dia Bakal Mama. Saya selak dan selak dan selak untuk tahu apa isi kandungannya. Saya memang sangat teruja bila dia tunjuk perkembangan bayi daripada minggu ke minggu. Itu yang saya nak tahu sangat. Banyak lagi info-info yang saya dah baca dan tengah baca dan akan baca. Ada beberapa artikel yang sangat menarik perhatian saya yang agak tak ketahuan tentang proses kehamilan ni. Bila borak dengan kawan-kawan yang dah ada pengalaman saya memang rasa macam nak cakap dengan diri sendiri eee bodohnya aku ni..byk btul benda yg aku tak tau..

Daripada hari tu lagi saya memang nak beli buku info dan panduan untuk ibu mengandung tapi tak berkesempatan. Sekarang saya dah beli dan saya up satu lagi magazine! Saya beli Pa&Ma edisi bulan Julai. Cover depan dia baby lelaki lepas tu kat pipi dia ada kesan liptip. Comel gila anak Usop Wilcha tu! Oh ya terlalu banyak mitos-mitos tentang keguguran kandungan yang kita pernah dengar. Baik yang disampaikan daripada mulut ke mulut mahupun email-email rambang yang kita dapat entah daripada mana asal usulnya. Saya nak kongsi anggapan-anggapan atau pun mitos-mitos yang hanya sekadar cakap-cakap orang je.

1. Hubungan seksual menyebabkan keguguran.

2. Tidak boleh senaman atau olahraga.

3. Jangan naik kapal terbang.

4. Ujian ultrasound.

5. Menggunakan komputer.

Percayalah yang paling saya suka sekali adalah yang nombor 3. Saya cukup risau pasal tu sebab banyak orang cakap tak boleh naik kapal terbang sebab nanti takut gugur. Apa yang buku ni tulis tiada bukti yang mengesahkan dakwaan ini. Cuma kita dinasihatkan jangan naik kapal terbang masa trimester yang ketiga. Sebab masa tu kan dah hujung-hujung kehamilan jadi dikhuatiri ter bersalin kat atas tu pulak. Jenuh nak fikir nombor IC baby nak letak nombor negara mana. Buku ni tulis lagi kita boleh naik tapi mengikut waktu trimester yang sesuai. Asalkan tidak menyusahkan kita dan dan tidak membahayakan kandungan tu. Okay bolehlah saya proceed plan honeymoon saya! Nanti boleh jalan-jalan tepi pantai dengan perut yang muncet macam filem Fast & Furious 5 tu. How sweet!

Kerana Sudu & Garfu

Pagi-pagi lagi orang kat cafe bawah ofis dah buat saya hilang mood. Saya bukan tak biasa makan kat situ. Selalu beli kuih, beli buah dan order makanan untuk mesyuarat kat dia. Dia bukan tak kenal kita. Bukannya tak tahu kita kerja kat sini.

Mungkin kalau kita pergi restoran lain pun akan kena macam tu jugak tapi kena la tengok siapa. Kalau orang tu regular customer takkan kita nak berkira jugak. Satu bangunan kot. Boleh kata hari-hari saya beli buah kat situ. Saya cuma nak mintak sudu dan garfu plastik je. Alah sudu plastik yang kaler putih tu. Saya tengok sudu tu tak luak-luak pun. Plastik je kot. Bukan sudu tembaga ke garfu kuprum ke pinggan emas ke dulang perak ke pun! Dahlah cakap kuat-kuat sampai semua orang dengar. Kita dah pegang dah sudu tu. Terus letak balik. Tak nak aku makan kat cafe ko lagi! Kedekut! Saya tahu kalau dengan mamat yang konon macho tu memang macam tu. Tapi kalau betul-betul dengan owner dia Kak Ida tu mesti okay. Kakak tu baik. Kadang-kadang kalau saya beli Blueberry Cheese Tart dua dia bagi saya free satu. Tak ada pun nak berkira. Mamat tu je yang menggelabah lebih. Peghak.

Kesimpulannya sekarang ni saya memang dah pangkah mamat tu.

Wednesday, June 22, 2011

Sesejuk Dan Senyaman Apple Sourz

Sejuk dan nyaman rasanya bila Aiskrim Apple Sourz Nestle menyapa tekak saya pagi ni. Hoi pagi-pagi dah makan aiskrim? Itu kata kawan ofis saya masa kat kedai tadi. Saya sengih jelah. Biarlah kan sebab ni tekak saya. Memang daripada perjalanan ke ofis tadi lagi saya dah terasa-rasa aiskrim tu dalam mulut saya. Kenapa saya nak sangat makan aiskrim tu? Sebab dia masam. Plus saya suka jelly aiskrim. Kenyal-kenyal macam helaian mee mamee slurppp.

Urgh saya cuma boleh bayangkan je mamee cup tu sekarang. Sbb dia dah mula membebel tentang bahaya dan kesan segala macam bahan perisa tu pada baby dia nanti. Dia kata jangan fikirkan tekak sendiri. Dia kata jangan makan ikut sedap u je. Dia kata jangan ingat benda tu tak elok untuk perkembangan otak baby je tapi jugak boleh membuatkan baby cacat. Errr saya cuma boleh diam je waktu tu. Saya jadi agak berfikir bila dia sebut perkataan cacat. Baiklah saya tak makan lagi. T.T

Saya jadi sangat suka dengan aiskrim tapi jangan bagi saya yang bersusu atau coklat sangat. Sebab nanti saya muak. Saya suka aiskrim yang masam-masam macam Apple Sourz tu. Tak pun yang cap Singa tu. Walls kot. Pagi ni je saya dah makan dua. Sejuk dan masam dia tu buat tekak saya selesa. Sangat selesa. Dia pulak siap mengadu dengan mak pasal saya selalu sangat makan aiskrim sejuk-sejuk. Alohh tak ada masalah pun sebenarnya. Saja je nak cari salah saya. Konon taking care la tu.

Kesimpulannya Aiskrim Apple Sourz tu sangat membantu walaupun saya sangat-sangat tidak selesa dengan keadaan saya sekarang ni. Sekarang? Ya sekarang! Sekarang! Sigh~

Alahan Yang Tak Nak Mengalah

Simptom-simptom pelik (tak adala pelik sangat) dah banyak mengganggu saya. Saya agak tertekan bila mengenangkan simptom-simptom tersebut. Kalau saya layan saya boleh stress dan risiko untuk menghantukkan kepala ke dinding sebelah meja ni sangat besar. Kemudian saya disogokkan dengan pujukan bahawa itu semua hanya sementara dan tak lama. Saya alah itu. Saya tak suka ini. Saya tak boleh tengok itu. Saya tak boleh bayangkan ini. Semuanya tak boleh.

Alahan Pertama

Berlaku semasa awal-awal dahulu. Saya tak boleh masuk kereta. Saya akan terus pening bila masuk kereta tu. Saya tak peduli tu kereta siapa pun. Lepas tu semua kereta berbau busuk di hidung saya. Walaupun kereta itu menggunakan Issey Miyake Limited Edition mahupun Flora by Gucci apalagi Polo Black (hehehe) kegemaran saya sebagai pewangi namun saya tetap akan cakap bau itu busuk! Tapi dalam kereta jela. Kalau kat luar ermm mangi....

Alahan Kedua

Saya tak suka makan. Macam yang saya cakap sebelum ni. Selera saya hilang serta merta. Turun kafe nampak tray-tray lauk tu pun saya dah berpusing kepala dan kembang tekak. Tengok lauk-lauk tu pun saya dah loya apa lagi bau-bau dia. Tanpa ragu-ragu juga saya menolak lauk ayam yang selama ini sangat-sangat saya suka. Sampaikan kawan saya pun hairan. Dia cakap 'hantu ayam dah tak suka makan ayam?' Saya tidak menolak 100% sebab bergantung kepada menjadi lauk apakah ayam itu dikorbankan. Yang pasti saya akan katakan TIDAK kepada ayam goreng dan lauk-lauk yang bersantan contohnya kari. Kadang-kadang boleh telan tapi kebanyakannya telan tapi keluar balik.

Alahan Ketiga

Saya mengalami gatal-gatal. Arghh paling saya tak boleh terima. Saya menerima banyak nasihat supaya jangan usik, jangan garu, jangan itu, jangan ini. Mereka cakap nanti kulit saya buruk dan boleh jadi hitam kesan garu tu. Diorang cakap memang macam tu sebab perut kita nak kembang. Tapi saya kan degil. Mak saya pun cakap jangan garu. Tapi saya degil jugak. Tapi saya dah kurangkan dah sebab saya semakin panik bila nampak tanda-tanda kesan garu tu dah makin nampak. Oh saya paling pantang kalau kulit saya ada luka atau parut atau calar balar. Sebab dari kecik lagi saya cukup jaga. Saya bukan jenis kanak-kanak yang suka bermain pasir di depan rumah. Jadi saya mengambil jalan untuk banyakkan sapu losyen dan pertahankan tangan saya dari jadi garfu bergerak.

Alahan Keempat

Bila pagi je saya mulalah rasa macam tak nak pakai tudung. Sebab walau selonggar mana pun brooch tu saya pinkan saya tetap rasa macam nak tercekik dan nak muntah. Macam mana saya nak buat ni? Takkan saya nak pakai telekung pegi ofis. Atau pun saya pakai serkup je. Saya tak tahu nak pakai macam mana lagi ni. Tekak saya rasa macam dijolok-jolok. Isi perut saya macam masuk pertandingan lumba lari nak menuju ke garisan penamat.

Banyak lagi alahan-alahan lain tapi saya sendiri confuse itu alahan atau saya yang mengada-ngada. Seksa? Memang saya akui tapi saya tak bolehlah nak merungut walaupun kadang-kadang terungut jugak. Apa yang saya boleh buat cuma sabar jelah.

Tuesday, June 21, 2011

I Miss

Saya rindu rambut lama saya. Walaupun tak secantik mana tapi saya tetap nak rindu. Sekarang rambut saya pendek. Sangat pendek tapi tak sependek Aishah Sinclair. Pendek macam Julia Ziegler atau Bunga Citra Lestari masa dia lepas kahwin dulu. Ralat? Saya kuatkan hati sebab nak buang rambut yang dah rosak. Lepas tu nak bela panjang macam sebelum ni balik. Tapi berapa tahun lagi agaknya nak tunggu rambut saya panjang macam dulu balik? Saya stress seketika. Mengenangkan rambut saya bukan jenis yang cepat panjang. Dia macam spesis kura-kura tua yang tengah sakit lutut dan cuba nak naik tangga kat rumah arwah nenek saya.

inilah rambut lama saya sebelum saya tak berfikir panjang
dan buat tindakan untuk merosakkan rambut saya sendiri..
masa ni holiday kat Bali lebih kurang setahun yang lepas..

Membeli Bahagia Di Ampang

Bahagia. Bukan semua orang boleh dapat. Tapi ada satu bahagia yang semua orang boleh dapat. Setiap kali saya dalam perjalanan balik daripada pejabat saya mesti akan lalu kat depan satu kedai perabot kat Ampang ni. Saya tak tahu itu nama kedai atau jenama perabot tu. Tapi apa yang saya baca dia tulis Perabot Bahagia.

Saya pernah tanya pada dia 'kalau kita beli perabot kat sini kita bole bahagia tak?' Terdetik dalam hati saya alangkah indahnya kalau kita boleh mendapatkan bahagia dengan cara semudah tu kan? Tapi logik tak agak-agak? Macam tak logik je. Memang tak logik pun! Seandainya bahagia boleh diperolehi dengan cara macam tu saya percaya inilah kedai perabot yang paling laris kat Malaysia. Semua orang berebut-rebut nak shopping kat situ. Nak bahagia katakan.

Tapi semudah tu ke? Tidak kan. Macam ayat-ayat saya sebelum ni, kisah hidup setiap manusia dalam dunia ni semuanya berbeza. Kalau ada pun yang sama tapi jalan ceritanya tak serupa. Bukan semua orang boleh bahagia macam tu je. Ada yang kena bersusah-susah dulu, bersedih dan menangis, kecewa dan jatuh tersungkur. Itu pun kalau kita tak putus asa. Kalau kita putus asa? Saya jamin bahagia tak akan datang pada kita.

Sudah putus asakah saya?

Mimpi Lagi

Mimpi bertandang lagi. Bukan. Ini bukan lagu hattan tu. Ini lagu yang tak wujud pun tapi wujud dalam hidup saya. Mimpi yang sama tapi ceritanya berbeza hadir lagi dalam lena saya. Selepas apa yang berlaku malam tadi saya tak tahu kenapa mimpi itu yang hadir. Satu khayalan lena yang indah sebenarnya tapi tak akan mampu saya gapai dalam kehidupan yang nyata.

Saya tahu ada yang dapat memahami apa mimpi saya tu. Saya tahu ada yang boleh teka apa agaknya cerita mimpi saya. Saya tak minta untuk berperasaan apa lagi sehingga bermimpi macam tu. Tapi hadirnya khayalan lena itu di dalam tidur saya benar-benar memberikan saya senyuman walaupun tidur saya di dalam tangisan.

Seandainya hari ini saya tidak seperti ini. Tidak berdiri seperti Nor Fazlina yang sekarang ini. Tidak menjadi seperti saya hari ini. Sudah tentu saya akan menjejak kesudahan mimpi itu. Saya akan pastikan mimpi itu akan menjadi cerita nyata dalam hembusan nafas saya di alam nyata. Tapi saya adalah saya. Tiada apa yang boleh diubah lagi. Menyesal bukan satu perkataan yang molek untuk digambarkan. Apa yang saya tahu, saya perlu redha dan menerima.

Saya Tak Tahu Kenapa

Seawal pagi saya dah ada di sini. Ya di sini. Bersama peneman setia saya saban hari walaupun tak segalanya saya ceritakan di sini. Selain daripada diari bergerak saya An yang jauh kat Penang, saya cuma ada blog saya je. Tapi An dah kahwin jadi saya tak boleh kacau dia sangat lagi dah sekarang ni. Nanti kalau suami dia marah saya macam mana?

Malam tadi saya sakit. Sakit segala-galanya. Peristiwa lama berulang semula. Pedih dan perit hati ni cuma Allah je yang tahu. Tiada apa yang mampu terluah daripada bibir saya melainkan cuma tangisan yang entah bila berhentinya. Dalam keadaan saya sekarang ni saya cuma mampu tawakal dan bersabar. Tidur saya tak nyenyak dek kerana sakit yang saya tanggung. Ke kanan saya sakit ke kiri juga saya sakit. Begitulah saya sehingga saya terlena sendiri dan terjaga bila bising bunyi alarm menjengah cuping telinga ini. Sudahnya? Saya jaga daripada tidur dengan mata yang bengkak.

Saya tak tahu kenapa cerita saya tak seperti orang lain.

Monday, June 20, 2011

Tak Kawan Pun Tak Apa

Saya tak tahu kenapa lately ni saya jadi sangat rajin nak update entry kat blog ni. Kalau tak tengah tak ada kerja atau pun mood saya tengah okay dan jari jemari saya tengah rajin nak menari-nari. Tapi style saya la kan. Mesti kejap je ni. Lepas tu malas balik. Hihihi.

Saya teringat nak cerita pasal kawan saya. Kawan ke? Tak kuasa sebenarnya nak panggil dia kawan. Bukan sebab saya ego ke apa tapi dia sendiri tak anggap saya kawan dia. So why should i? Bukan apa pun sebenarnya. Sebab ketidakhadiran dia di majlis saya je. Berbulan-bulan sebelum majlis tu saya war-warkan lagi dia dah chat dengan saya to remind jangan sesekali saya lupa untuk jemput dia. Saya cakap i will. Kalau tak sempat nak jumpa pun saya akan invite dalam facebook. And he said okay. By the time saya invite semua kawan saya thru Event Invitation kat facebook tu saya tak lupa untuk put his name in the list. Naik kero mata saya ni tau nak tengok satu-satu nama kat list tu. Tak kira yang pakai nick name sampai saya susah nak cam. Harap tengok gambar jelah untuk confirmkan yang tu betul-betul kawan saya atau tak.

Lepas tu nak dijadikan cerita lepas saya dah invite semua orang dia wall post kat Event tu cakap dia tak dapat datang sebab ada outstation kat Sabah. Oklah fine kalau dah kerja kan. Saya buat-buat merajuk jela cakap hari tu beria-ria suh orang invite. Lepas seminggu majlis berakhir saya terdetik nak tengok wall dia. Nak tau apa yang saya nampak? Sebelum saya cerita saya nak cakaplah kan. Inilah jenis orang atau contoh orang yang nak menipu tapi tak reti nak menipu. Yang tak bagusnya bila dah terlalu banyak application kat facebook ni semua benda orang nak bagitahu. Dia check in kat situlah check out kat sinilah. Makan kat kedai itulah minum kat restoran inilah. Guess what? Saya tengok by 27th May lagi dia dah balik sini. 2 days before my wedding on 29th kan. Lepas tu masa 29th tu saya tengok dia kat Ikano lah, SS15 lah. For the whole day dia berjalan-jalan dan sibuk nak post tempat-tempat yang dia pergi tanpa memikirkan saya akan tengok semua tu.

Eh come on lah! Saya tak kisah langsung pun kalau dia tak nak datang. Saya peduli apa dia nak dating ke apa dengan gf dia tu. My wedding still go on even dia tak ada pun kan. TAPI tak perlu nak menipu lah. Dan kalau nak menipu sekali pun janganlah bijak sangat sampai kantoikan diri sendiri. Lepas tu malu sendiri kan? Then dengan selambanya saya sound dia kat post on 29th tu. Saya cakap konon ada kerja kat Sabah tapi menipu. Kan dah kantoi. What happened then? Saya dah tak boleh view dia lagi. Dia dah block saya terus. Hahaha what a loser. So pathetic man. Kalau betul dia tak buat kenapa dia sampai nak block saya? Okay-okay let say kerja dia settle cepat then balik KL awal is it? Explain jelah kat saya. Kalau orang tak salah dia takkan diam dan lari macam tu je kan. Saya tak marah tapi saya terkilan sebab dia beria-ria tipu saya yang akhirnya tak perlu saya susah-susah cari. Benda tu datang sendiri dan saya tahu. Almost 10 years kita kenal tapi buat kita macamlah kita ni bodoh sangat. Dengan rasa geramnya saya text dia dan cakap tak payahlah susah-susah nak block saya bagai sebab saya tak hingin pun nak view dia. Tapi Tuhan tu nak tunjuk. Dan macam-macam lagilah saya cakap dalam sms tu. Hihi puas hati saya. Tapi saya dah agak dia tak akan balas punya. Well, do i care?

Apa yang saya nak marah sangat ni pasal sikap dia tu. Mungkin dia lupa yang dia dah cakap dengan saya. Mungkin dia lupa yang saya boleh tahu semua tu. Jadi kalau rasa memang tak boleh nak buat jangan tipu oranglah. Tak payah susah-susah nak create alasan semata-mata nak jaga hati orang lain. Saya cukup pantang dan menyampah dengan perangai macam ni. Nak menipu tapi tak reti. Please lah. Tapi tak apalah sebab saya tak pernah kisah pun hilang kawan yang macam tu. As i said, do i care?

Saya Kempunan Cekodok Jagung

Saya kempunan! Saya kempunan! Saya kempunan cekodok jagung! Minggu lepas masa perjalanan balik daripada ofis secara tiba-tiba saya teringat cekodok jagung buatan sepupu saya. Masa tu saya kecik lagi. Pergi rumah makcik saya lepas tu makan cekodok tu. Pertama kali makan cekodok ada jagung. Apa yang menarik dia buh udang besar! Saya rasa cekodok tu macam sedap sangat. Bila saya tanya sepupu saya dia cakap kakak ipar dia yang buat. Nama dia Kak As. Jadi bila saya dah teringat macam tu (itu pun selepas nak dekat 20 tahun kot) saya pun cakap la dgn si dia. Dia terus cakap ok cepat tel minggu ni kita balik kg.. Eh-eh??

Nasib baik nombor telefon dia masih ada lagi. Dengan kadar segera saya call. Seperti yang saya jangka. Dia tergelak besar dan pelik macam mana saya tahu dia pandai buat cekodok jagung tu. Saya cerita la macam saya cakap mula-mula tadi tu. Dia terus suruh saya datang rumah hari ahad tu. Sebab dia kerja cekgu kat Subang jadi cuma hujung minggu je dapat balik rumah kat Sekinchan. Saya pun suka sangat sambil ngences terbayang-bayang jagung dan udang tu. Hah tak payah nak bayangkan sangat ok.

Nak dijadikan cerita saya tak call Kak As sampailah petang ahad tu. Walaupun mak cakap suami dia Abg Aceh dah siap-siap belikan jagung untuk cekodok saya tu tapi akhirnya saya kecewa sebab bila saya call rupa-rupanya dia dalam perjalanan balik ke rumah mak dia kat Sabak Bernam. Saya fikir jap nak nangis ke nak guling-guling ke atau nangis sambil berguling-guling. Huwaaaaa sampai hati Kak As! Sampai hati! Tapi bila mendengarkan alasan dia saya cuba pujuk hati saya yang sedang berlagu kesedihan tu. Kak As cakap mak dia discharge daripada hospital hari tu jadi dia kena balik rumah mak dia nak kemas-kemas rumah yang dah seminggu tak ada orang. Dia pujuk saya suh balik minggu depan tapi saya cakap saya tak balik. Dia suh balik lagi minggu depannya. Saya cakap tak tahu lagi. Ohhh kejamnya kau Kak As. Hati saya merintih kepiluan.

Walaupun Kak As cakap dia siap dah beli jagung yang fresh siap baru petik tapi itu belum cukup untuk mengubat kelukaan saya. Sebab bukannya saya dapat makan pun! Petang tu walaupun tak dapat makan cekodok jagung mak tetap rebuskan jagung. Janji jagung. Maka dengan rasa kekecewaan saya dan dia pun pergilah berjalan-jalan di sawah walaupun padi semua dah kena harvest. Itulah rutin kami setiap kali balik kampung. Lepas tu dapat makan ABC haa ada jugak jagung kan? Aku tanak jagung dlm tin lah! Balik daripada jalan-jalan tu mak cakap Kak As call tanya saya balik bila. Sebab dia cakap kakak dia buat cekodok tu dan dia sangat kesian bila dengar cerita saya yang kempunan cekodok jagung. Dia suh Kak As hantar tapi mak bagitahu Kak As saya balik lepas maghrib jadi Kak As ingat tak sempat sebab dia gerak dari Sabak Bernam pun lepas maghrib jugak. Alahh mak ni org balik lps pukul 10 lah! Huwaaaa kempunan lagi! Disebabkan dah merajuk dan tak nak menyusahkan orang saya tak call Kak As balik.

Sedihnya bila mengingatkan hajat utama saya balik kampung tu tak kesampaian. Saya nak cekodok jagung. Tapi yang Kak As buat. Hari tu kawan saya cakap kalau makan jagung nanti gigi anak chantek. Ntah betul atau tak. Apa yang pasti saya tak akan puas hati selagi cekodok jagung tu belum masuk ke dalam perut saya.

Saya tak nak letak gambar cekodok jagung tu sebab nanti bukan awak yang ngences. Tapi saya! Sedih.

Kerana Rokok

Ada orang suruh saya buat cerita pasal rokok. Rokok? Dah bosan dah kot. Saya pernah buat dulu tapi tak apa. Cerita kali ni lain daripada yang dulu. Cerita kali ini adalah mengisahkan tentang beberapa orang yang tak ada kesedaran sivik merokok di dalam pejabat sedangkan pejabat itu mempunyai pendingin hawa.

Di pejabat saya ini memang satu fenomena. Walaupun hampir kesemuanya sudah berumur dan berusia tapi masih nak buat kesalahan tu. Saya tak cakap saya benci kepada perokok. Tapi saya tak suka dengan asap rokok. Saya selalu cakap kalau korang nak sakit, sakitlah sorang2. Jangan libatkan orang lain. Betul kan? Bangunan pejabat saya ni kalau ikutkan bukan hak milik jabatan kami. Tuan punya bangunan ni pun cukup patuh pada peraturan dorang tau. Dorang memang tak dibenarkan merokok waima di dalam tandas atau pantry sekalipun. Kita boleh nampak staf-staf dorang akan turun kat luar cafe bawah tu dan hisap rokok beramai-ramai. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Tapi staf-staf pejabat saya? Dengan selambanya buat rumah orang macam rumah sendiri. Lepas tu menyusahkan orang lain.

Dengan kedudukan saya sebagai satu-satunya perempuan yang ada dalam pejabat ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Sudahlah saya ni duduk kat depan pintu pejabat. Itu bermakna saya berada betul-betul dalam suasana sejuk yang ber aircond. Jadi bayangkanlah kalau dorang merokok kat area saya tu? Dengan perasaan marah saya terpaksa sedutlah asap tu jugak. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ada sambungan pada ayat kenapa tu tapi saya tengah kawal mulut dan jemari saya daripada melontarkan kesinambungan yang tak sepatutnya. Kadang-kadang kalau mulut lazer saya tak boleh nak dikawal saya sound je. Tambah pulak lagi dalam keadaan sekarang ni. Saya sayang baby saya okay. Tolonglah jangan nak merosakkan hidup orang lain dek kerana korang suka sangat nak berkawan dgn jin tu.

Dulu saya ada kawan yang menjadi pantang dia kalau kita tegur pasal habit dia yang suka merokok tu. Saya tak cakap saya marah dia merokok tapi saya tegur dia jangan halakan asap rokok tu pada saya kalau duduk dengan saya. Kelakar pun ada sebab lelaki boleh terasa hati kalau kita bising-bising pasal rokok. Sensitif tau. Tapi comel. Eh tiba-tiba puji pulak.

Lepas tu kawan pejabat saya ni cakap kalau kita nak sabotaj boleh je. Kita ambil gambar dorang tengah merokok dalam pejabat lepas tu bagi kat bos besar. Memang boleh sangat kalau nak buat. Kalau tak ambil gambar pun saya boleh petik satu-satu nama yang selalu buat kerja ni. Dah tua dah kerja berpuluh tahun tapi tak reti nak hormat orang lain. Tak reti nak hormat peraturan. Lagi sekali saya ulang eh. Saya bukan marah dorang merokok tapi saya marah bila dorang merokok dalam pejabat yang ber aircond. Agak-agaklah orang nak sedut oksigen bukan nak sedut asap.

selamat merokok!

Kerana Facebook

Saya ada facebook. Awak ada? Mesti ada. Pelik rasanya kalau zaman sekarang ni orang tak ada facebook. Atau paling tidak pun tak kenal apa itu facebook. Mak saya pun tahu pasal facebook walaupun dia tak tahu nak guna. Biarlah mak tak tahu guna sebab kalau tahu nanti dia bukak 'mesyuarat tingkap' dengan adik beradik dia, jiran-jiran, geng-geng mengaji mahupun kawan-kawan rewang kat kampung.

Saya suka update status saya tapi saya suka kias-kias. Tu kalau nak tuju kat seseorang lah. Saya tak suka nak terlalu direct sebab bukan semua orang boleh terima dengan cara tu. Kalau nak direct lebih baik kita cakap depan muka dia terus. Disebabkan suka kias-kias ni kadang-kadang si dia suka salah faham tapi tak apalah. Saya memang nak orang berfikir. Kadang-kadang kita tak tuju kat orang tu pun tapi orang tu masih terasa. Tu maknanya orang tu buatlah.

Saya tak kisah pun kalau orang nak update status dia dengan selamba tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Maksudnya sound direct la kan. Yelah sebab kalau kita cakap lebih-lebih nanti mesti dia akan jawab eh suka hati akulah nak tulis ape..wall aku..! Tapi biarlah antara kita je yang tahu. Maksudnya si pemerli dan yang kena perli. Kalau status tu tak mengaibkan tak apalah jugak. Tapi kadang-kadang ayat-ayat tu orang sekali baca je dah tahu dia tuju kat siapa. Dan saya lagi tak suka bila ada yang komen 'haaa aku tau ko ckp psl sape..' Bila dah macam tu sesetengah orang boleh tangkap dan faham. Kalau orang lain tak kenal yang kena perli tu tak apa lagi. Tapi ada yang kenal, tahu dan sangat cam. Seganlah member tu kan. Tapi tahu atau tidak bukan soalnya. Tapi apa niat kita bila update status tu? Kalau nak tegur betul-betul, tegurlah depan-depan. Kita bukan tak ada perasaan. Kita bukan buta. Kita bukan pekak. Dan selalunya kalau kita tegur dengan cara direct dan memalukan macam tu, keadaan bukan jadi makin elok tapi lagi buat kawan tu bengang, kecik hati, terasa hati dan seterusnya boleh buat gaduh. Haa masa tu barulah nak fikir eee menyesalnya aku tulis mcmtu td.. Ah tiada maaf bagimu!

Kadang-kadang orang ingat kita tak nampak. Tapi sebenarnya kita saja je buat-buat tak nampak. Sejujurnya saya tak berani nak keluar status yang direct sangat. Bahaya, boleh buat gaduh dan boleh tambah musuh. Apa lagi nak keluar ayat-ayat maki atau carut-carut. Tak kata saya ni baik sebab bila kat luar kadang-kadang emosi dan amarah saya pun melampaui segala-galanya tapi mana yang boleh dikawal kita cubalah kawal sebab nanti semua orang nampak dan baca. Susahlah nak cakap sebab takut nanti esok lusa kena kat kita. Takpelah kita anggap je sambil saya cakap-cakap macam ni samalah dengan saya tegur diri saya sendiri. Sebab selalu sangat keluarkan status berunsur pemerlian dan kekecewaan. Haha.

Kata dia, fb ni memang punca! Punca apa? Fikirlah sendiri.

Saya Ada Emak

Mak memang tak pernah boring + jemu + bosan + muak nak tolong anak-anak. Klise tak ayat tu? Tak kot. Mungkin tak semua orang boleh rasa benda yang sama. Ada yang okay ada yang tak. Tapi memang itulah ayat yang keluar dari otak saya, perasaan saya, hati saya, kalbu saya, jiwa saya. Eh semualah! Walaupun kita pernah dan selalu sakitkan hati mak?

Dulu saya degil. Sangat degil. Tak perlulah diceritakan tahap kedegilan saya waktu tu. Kalau nak bagi lagi faham. Macam level game Mario Brothers yang paling susah. Nak selamatkan puteri raja lepas tu dia kena kejar dgn bola-bola api lepas tu kena lawan dgn kura-kura jahat. Eh susah ke? Boleh tahanlah untuk saya yang tak pernah berjaya sampai ke hujung sebab masa habis lepas tu saya mati. Okay cukup.

Mak menangis? Selalu kot. Sumpah kalau saya diberi peluang untuk patah balik ke zaman lalu saya tak nak tipu-tipu mak. Saya tak nak lawan-lawan cakap mak. Saya nak duduk rumah je main masak-masak atau tolong mak tanam bunga. Eh yang tanam bunga tu tipu. Bila dah dewasa dah kerja dah itu dah ini. Mak yang selalu ada bila saya susah. Bukanlah secara directly tapi mesti ada. Saya cerita masalah saya tanpa minta apa-apa pendapat. Walaupun telinga mesti akan keluar asap sebab kena bebel dulu tapi kat hujungnya mak mesti akan tolong. Sebab saya tahu mak memang tak sampai hati nak tengok anak dia ni susah. Saya touching jap.

Bukan. Bukan nak ambil kesempatan atas kebaikan mak tapi itulah puncanya saya lahir ke dunia ni. Walau saya dah dipetik orang (skemanya ayat) tapi saya tak boleh ubah satu kenyataan yang dia tetap mak saya. Darah saya ada darah mak walaupun jenis tak sama. Mak darah O saya darah AB. Saya ikut abah sebab tu mata saya bulat dan besar. Eh apa kau merepek ni?

Dah banyak kali sangat rasanya mak tolong saya. Banyak kali. Kalau adik beradik saya tahu ni mesti diorang akan cakap haa baru tau ke? Alah jeles la tu mak asyik tolong saya. Betul kata orang tu saya memang nak harapkan mak je. Semua benda nak harap mak. Apa-apa semua nak ada mak. Sampaikan bersalin nanti pun saya nak request sebelah kanan ada Alif sebelah kanan ada mak. Sebab? Bila saya sakit nanti saya tahu saya tak akan menjerit 'SAYANG!!' tapi pasti 'MAKKKK!!'. Kukuh kan alasan saya nak bagi kat doktor nanti? Walaupun saya tahu saya cuma boleh berangan. Takpe saya akan teruskan berangan.

Kesimpulannya saya memang sangat berterima kasih kat mak sebab macam yang saya cakap tadi. Mak tak pernah boring nak tolong anak-anak dia. Walaupun saya degil.

Friday, June 17, 2011

Mamee Cup Oh Mamee Cup

Saban hari sejak itu saya cuba mencari dan mencari dan mencari. Tapi masih tak jumpa. Kelajuan menyuap makanan ke dalam mulut cuma berlaku sewaktu saya makan di Kedai Kerabu Kaki Ayam di Jalan Ipoh. Itu pun semua makanan mesti saya yang order. Dia jangan harap dapat bersuara. Bukan sebab nak tunjuk kuasa tapi saya perlukan makanan yang betul-betul2 akan berjaya masuk ke dalam perut. Tomyam putih dan kerabu kaki ayam dan kailan ikan masin benar-benar membuka selera hingga saya men tapau kerabu kaki ayam bawak balik rumah. Masam dan pedas makanan-makanan tersebut lah yang telah menyelamatkan perut saya untuk terus kekosongan dan kelaparan dek kerana tidak berjumpa jodoh makanan yang sesuai.

Beberapa hari lepas masa saya berkhayal sekejap daripada mencatit minit di dalam mesyuarat saya terbayangkan megi cup. Saya terus sms dia dan cakap yang saya nak beli megi cup tu balik kerja nanti. Dia kata ok. Singgah kat Carrefour Ampang kaki saya jalan laju-laju pergi kat tempat megi. Mana ni? Mana? Mana? Saya tak sabar! Sabar la b.. Tu ha tempat megi.. Waaa barulah saya boleh senyum. Yang peliknya saya tak nak megi peket. Saya nak megi cup dan megi itu mestilah cap Mamee Slurrppp. Sebab dari dulu lagi saya dah tahu yang mamee punya mee best sebab dia kenyal-kenyal. Saya ambik perisa kari dan ayam kampung. Lepastu dia pun ambik jugak tapi yang peket punya. Balik-balik tu terus rendam dengan air panas dan saya makan yang perisa kari dengan selera yang setinggi gunung daik bercabang tiga. Betapa sedapnya megi cup tu masuk kat dalam perut saya. Selain daripada nasi putih dengan kerabu kaki ayam tu, inilah satu-satunya makanan yang betul-betul saya boleh telan tanpa ada rasa mual, muak, loya, jemu, bosan atau tidak sudi. Inilah satu-satunya!

Esoknya saya bawa megi cup perisa ayam kampung tu ke ofis. Mulanya saya rasa macam tak selera sebab nama pun perisa ayam. Betapa bencinya saya dengan ayam pada waktu ini. Tapi bila saya makan? Oo Em Ji! Sedapnya megi ni. Tiba-tiba timbul satu kegianan di dalam hati. Saya turun kedai runcit bawah ofis dan cari megi cup tu tapi yang ada cuma perisa tomyam. Kecewa tapi saya beli jugak. Petang tu saya makan lagi. Dia masih sedap! Ya ya memang sedap. Esoknya saya beli lagi. Begitu juga esoknya. Dan lagi dan lagi dan lagi.

Mamee cup dah jadi igauan saya setiap hari. Tapi? Saya kena marah bila makan megi cup tu. Sebab megi tak elok untuk kesihatan. Tak elok untuk baby. Jangan salah anggap. Bukan saya tak sayang diri saya. Bukan saya tak sayang baby saya. Tapi saya tak ada selera pada makanan lain. Tolonglah faham keadaan tekak saya ketika ini. Saya cakap dengan dia kenapa u tak marah i makan megi sedangkan sume org tau megi tu tak elok.. Tau apa jawapan dia? Dia cakap macam mana dia nak marah. Nak marah pun tak boleh sebab dia kesian tengok saya yang tak boleh nak makan makanan lain. Kalau dia halang nanti saya dan baby lapar tak makan langsung. Nak atau tak dia terpaksa layankan selera saya tu. Dia macam ala-ala atas pagar la kan.

Contoh paling senang bila kita pegi pasar malam petang semalam. Sepanjang pasar tu kitorg jalan tapi tak ada satu makanan pun yang buat saya meleleh air liur. Nak keluar isi perut lagi ada. Sudahnya dia paksa saya makan kuew teow goreng dia dengan cara disuap. Eh-eh baru ada selera. Yang ini pun saya tak tipu. Saya lebih selera pada makanan orang lain. Contohnya makanan yang dia makan. Itu yang saya nak dan itulah yang saya rasa macam sedap sangat. Tapi kalau yang saya pilih dan beli nescaya makanan-makanan itu akan ditolak jauh-jauh ke tepi sambil saya mencebikkan mulut dan menggelengkan kepala. Walaupun makanan kitorg sama tapi saya nak makanan dia jugak! Mengada-ngada kah? Tapi memang macam tu lah tekak saya sekarang. Disebabkan itulah dia tak menghalang bila saya cukup berselera nak makan megi cup tu. Jadi siapa yang bersalah sekarang ni? Saya tak.

Saya Hilang Selera Makan Lalu Membenci Ayam Goreng

Saya tak punya selera makan sejak sebulan yang lepas. Selera makan saya benar-benar mati. Saya jadi benci dengan ayam goreng lagi-lagi ayam goreng berempah dan ayam goreng pasar malam. Apa lagi tengkorak ayam ataupun saya panggil ayam togel yang pada dulunya adalah kesukaan saya. Waaaa ayam goreng..!! Saya akan jadi macam Upin & Ipin kalau jumpa ayam tu. Air liur saya meleleh-leleh macam bayi yang kempunan sewaktu di dalam perut emak beliau. Jangan nak over sebab ni cuma khayalan aku je.

Sebelum saya ketahuan tentang itu selera makan saya seperti budak kelaparan tak makan 8 hari 9 malam. Semua saya nak makan. Semua saya nak telan. Semua saya nak baham. Tapi ada yang tak kena bila selera macam naga tu disertai dengan loya dan muntah. Jujur di dalam hati terdetik sesuatu. Tapi ah belum tahu lagi. Namun tak lama. Jangkaan dan tekaan benar-benar berlaku. Telah dijadikan DIA untuk hadir dan bakal menyerikan hidup ini. Telah diciptakan DIA untuk mengisi kekosongan rahim saya selama 28 tahun. Rahim? Ye rahim lah. Bukan Datuk Rahim Razali bukan Rahim anak Wak Bohari jiran rumah kampung saya. Tapi rahim perut saya! Kepala saya hampir mencecah ke siling sewaktu saya melompat-melompat bila melihat terbitnya 2 garisan di situ. Eh macam terbitnya fajar sidiq pulak. Oh ye yang melompat-lompat tu pun cuma khayalan je sebab saya bukan melompat atas spring sampai nak cecah siling pun.

Selepas saya tahu berita itu. Serta merta. Berkuatkuasa serta merta. Selera saya mati. Saya hilang selera pada nasi. Saya hilang selera pada semua makanan. Mood saya juga berubah. Turun naik macam jongkang jongket. Semuanya tidak kena di mata saya. Tiada satu pun makanan yang boleh membuatkan selera saya kembali seperti dulu. Ayam goreng? Tidak sama sekali. Saya akan berjalan laju bila melintas depan gerai ayam di pasar malam. Sambil tutup hidung dan kalau boleh nak tutup mata sekali sebab tengok ayam tu tengah digoreng dalam kuali pun tekak saya dah macam kembang semangkuk dalam air lai chi kang. Apa lagi bau dia. Jangan kata nak tengok atau bau. Terbayang ayam goreng tu pun saya dah loya dan nak keluar isi perut. Serius ni saya tak tipu. Ya Allah seksa sungguh rasanya. Tapi mestilah kena sabar kan. Sebab saya tahu di hujungnya nanti saya akan memiliki satu anugerah yang paling indah dalam hidup ini.

Jadi apa agaknya makanan yang betul-betul boleh masuk ke dalam mulut saya lepas tu saya kunyah lepas tu saya telan lepas tu dia jalan kat tekak dan masuk ke dalam perut dengan jayanya tanpa keluar semula..??

Well Done!

Okay. Sekarang saya bole tarik nafas seperti biasa. Hembus pun tak perlu laju-laju. Macam biasa je cukup. Sebab? Azab yang saya rasakan bila membayangkan presentation ceramah depan mentor sudah berakhir. Satu pagi tadi saya cuma fokuskan pada slide-slide tu je. Saya dah tak kuasa nak pandang-pandang apa lagi jeling-jeling orang kanan dan kiri walau dengan ekor mata sekali pun. Benar-benar fokus pada slide walaupun kejap-kejap tangan gatal klik kat google chrome tengok FB saya.

Hampir pukul 10.30 slide saya siap dan saya terus masuk bilik fail untuk praktis dan buat nota kecik. Otak jem sekejap tapi saya tak layan sebab saya kata pada diri walau macam mana sekali pun saya tetap akan lalui benda ni. Nak atau tak nak. Mahu atau tidak. Jadi usaha terus berjalan dan saya membebel-bebel sambil mengadap belakang almari sambil membayangkan konon-konon almari tu adalah tempat tuju LCD. Sambil cuba bercakap saya tulis nota-nota kecil sebagai panduan supaya tak lah terlalu bergantung pada slide. Itu yang lebih baik sebenarnya. Kenapa? Supaya orang tak bosan lah. Kalau setakat baca je slide tu lebih baik saya bagi je softcopy dekat mentor tu lepas tu suruh dia baca sendiri. Lepas tu saya balik ofis saya dan tidur dalam bilik fail. Macam biasa.

Pukul 12 lebih saya text mentor saya tanya dia kat mana then dia reply suruh saya naik ofis dia. Alamak! Berbekalkan keyakinan yang ala-ala sudi dengan tidak saya pun naik ofis dia dan sesi presentation terus berlangsung tanpa segan dan silunya. Sambil berceramah dia menyelit dengan komen dan teguran yang perlu. Lepas habis semuanya dia komen-komen lagi dan cakap dia bagi A+ untuk presentation tu. Fuh lega sangat. Saya dah tak tergagap-gagap dan asyik sebut 'aaa' 'aaa' 'aaa' macam masa kursus kat Melaka dulu. Dia cakap lagi saya ada keyakinan diri yang baik. Cuma saya perlu polish lagi skill yang saya ada. Dia suruh saya praktis lagi dan lagi dan lagi. Baeklah lepas ni saya akan cuma bagi ceramah depan Alif setiap hari. Tajuk yang akan saya sampaikan adalah Bagaimana Mahu Menjadi Suami Yang Romantik. Tak perlu tengok drama Nora Elena. Dengar ceramah saya je dah cukup.

Okay okay. Sekarang masa untuk siapkan minit mesyuarat yang terakhir pulak. Lepas tu barulah saya boleh betul-betul tarik nafas lega sambil buat tarian hula. Cukup dengan bayangkan tarian je. Tak perlu nak bayangkan menari pakai daun pisang dan tempurung okay?

Thursday, June 16, 2011

Aku Stress!

Minit mesyuarat. Kenapa mesti ada minit mesyuarat dalam dunia ni? Aku stress dan stress aku ketika ini taklah seteruk stress nak buat karangan Bahasa Melayu masa darjah 6 dulu. Terima kasih kepada Cekgu Mad sebab selalu jadikan karangan saya sebagai contoh karangan yang terbaik. Iklan bangga diri jap. Kenapa sampai nak kena stress? Sebab nak buat minit mesyuarat ni kena ada mood. Mood nak berfikir. Mood nak mencipta ayat. Mood nak menyusun ayat. Lagi-lagi mood nak fahamkan balik tulisan aku yang macam 18 ekor cacing diikat dan disambung-sambung ekornya supaya jadi panjang. Apa kau ingat aku tak geli ke?

Terima kasih kepada bos sebab buat mesyuarat dua hari berturut-turut. Setiap kali mesyuarat dia akan cakap minit mesti siap 3 hari selepas mesyuarat. Eh ye ke? Aku baru tau lah. Itulah yang membuatkan aku stress. Disebabkan itu pagi tadi setengah hari masa aku terbuang ke arah menyiapkan minit yang pertama. Minit yang kedua aku ingat nak buat petang macam ni. Tapi tiba-tiba aku terlupa lepas tu aku sibuk layan blog pulak. Aku ke yang salah? Takpe-takpe. Esok masih ada. Setengah hari lagi aku akan siapkan minit tu. Tapi aku rasa mesti aku siapkan petang esok sebab tengahari esok aku ada presentation. Satu apa slide pun aku tak buat lagi. Tahniah farz! Kau memang cemerlang.

Aku semakin stress bila mengenangkan slide presentation tu. Kenapa rakan-rakan yang lain tak kena? Kenapa aku sorang yang kena? Bila lah program ni nak berakhir agaknya. Aku dah tak nak ada perjumpaan lagi. Aku dah tak nak ada itu ini begitu begini lagi. Cerewet kah? Bukan bukan. Aku cuma kesian kepada diri sendiri je. Kesian kan? Kesian lah juga. Aku mana boleh stress sangat. Nanti kena tekanan darah rendah. Sangat kesian.


Penipu Yang Bodoh

Menipu. Seriously i hate this. Susah sangat ke nak jadi jujur? Bukan kena bayar pun kalau kita jujur kan. Kadang-kadang orang tu tak tahu yang kita sebenarnya tahu dia menipu. Tapi kita layankan je. Saja nak tengok apa lagi penipuan yang dia nak sampaikan. Memang kita sakit hati bila semakin kita layan semakin kita tahu. Tapi sekurang-kurangnya kita puas hati. Walaupun kebencian makin menyala-nyala macam api kena simbah dengan minyak? Ah ini bukan semudah kite bako je. Hakikatnya manusia memang tiada yang jujur. Alasannya? Untuk menjaga hati lah. Untuk tak nak gaduh lah. Untuk tak nak panjang-panjangkan masalah lah. Bodohnya alasan tu. Macam-macam yang kita tahu dan macam-macam yang akan jadi kalau kita layan SI PENIPU YANG TAK TAHU NAK MENIPU. Kesudahannya? Diam, perhatikan dan makan hati. Sorang2.

Saya Benci AirCond


Sejuk. A'ah mmg sejuk! Aku tak tahu kenapa ofis ni sebegini rupanya. Kalau aku pejam mata aku boleh rasa yang seolah-olah aku tengah berbulan madu di Korea. Pandang atas kepala oh macam best je lubang aircond ni dok kat atas aku! Kalaulah aku boleh ubah semua lubang aircond yang ada dalam ofis ni lepas tu buh dalam bilik bos. Errr. Habis tu takkanlah aku nak beli jaket daripada kedai baju sejuk pulak. Semata-mata? Lepas tu disebabkan tak nak rugi dan membazir aku pegi jalan-jalan dekat I-City masuk dekat rumah ais? Ataupun pergi dekat rumah iklim Bukit Cherakah? Lepas tu tiap-tiap minggu naik Genting (walaupun dulu memang selalu pergi pun..) pakai baju yang sama lepas tu bagitahu semua orang aku beli baju tu sebab pejabat aku terlalu sejuk. Orang gila pun tak macam kau.

Ok tukar topik kejap.

Sedapnya bila dapat melelapkan mata walaupun sekadar satu jam cuma. Tapi tidur aku akan terganggu walaupun tempohnya belum sampai satu jam dek kerana bunyi tangan-tangan yang memusing-musingkan tombol pintu yang dah aku kunci tu. Eee sebok btul la dorg nih. Itu maknanya aku kena bangun sambil membawa bantal coklat empat segi beli kat jusco bukit tinggi. Sambil mengesat-ngesat mata dan buat-buat muka comel. Tapi bila keluar bilik fail tu tak ada seorang pun yang nak puji. Apa lagi nak ambil peduli. Sampai sekarang aku berfikir kenapa agaknya.

Bosannya bila tengok kiri kanan tapi tak ada seorang pun kawan pejabat yang ada. Mana pergi semua orang? Pintu bilik bos dah tutup. Lampu dah padam. Eh? Ooo hari ini ada preview dekat studio. Patutlah aku tengok si Jamil sedap tidur atas meja sambil mengeluarkan bunyi yang.. Yang apa ye? Takpelah. Nampak macam polar bear pulak bila aku tgk dia. Heee.

Ok sambung balik pasal sejuk.

Seronoknya bila dapat melekapkan tapak tangan aku yang lembut ni dekat dinding kaca pejabat. Panas dan hangat. Kesan daripada cahaya matahari yang sipi-sipi. Aku sgt seronok! Ye memang aku agak batak dgn matahari sejak kerja dekat bangunan ni. Tak ada rasa simpati ke daripada Sime Darby untuk orang yang tiada lemak macam aku ni? Kenapa mesti nak buat centralize untuk satu bangunan tinggi macam ni? Susah lah nak adjust tau tak. Lagi-lagi sekarang ni semua orang tak ada. Terpaksalah aku sedut semua angin aircond ni sorang-sorang.

Monday, June 13, 2011

Satu Persatu Perubahan

Lama. Sangat lama. Perubahan status tidak membawa kepada kepantasan jari jemari untuk terus menulis di sini. Tidak sama sekali. Apabila terlalu banyak cerita yang berlaku pada diri mahupun di sekeliling aku jadi bingung dan tidak tahu apa lagi yang mahu dikongsi. Sedangkan sebenarnya berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus cerita yang ada. Ketiadaan masa atau ketiadaan laptop yang hampir menjadi arwah turut menjadi sebab. Perlukah aku kenang? Oh tidak. Kerana pasti akan membuatkan darah aku naik ke kepala dan kulit aku bertukar menjadi hijau. Serta merta. Kerana itulah wujudnya pepatah 'barang yang lepas jangan dikenang..'

Hari ini sudah 13hb 6 2011. Sudah 4 bulan daripada cerita terakhir dulu. Sibuk? Boleh tahan. Bersiap, menyiapkan diri. Sekelip mata sahaja semuanya berlaku dan berlalu. Memilih dia untuk menjadi pendamping diri bukan satu keputusan yang mudah. Dugaan? Hanya orang gila seperti aku sahaja yang mampu. Memang aku gila. Gila kerana mengambil keputusan ini. Namun siapalah aku untuk melawan satu kenyataan yang telah ditakdirkan oleh Dia untuk diri ini. Segalanya berjalan seperti yang dirancang walaupun manisnya tidak seperti insan lain. Ada sesetengah perkara yang aku tidak mampu untuk merasa seperti mana yang dialami oleh mereka-mereka di luar sana. Jangan ditanya apa salah diri sehingga diuji dgn dugaan sebegini. Mereka itu lebih mengerti. Apa yang pasti kisah ini akan aku kenang hingga ke akhir hayat nanti.

Jari jemari ini masih merah. Merah menyala lagi. Untuk kali kedua selepas Februari. Mei menghadirkan diri agar aku mampu merasa manisnya sekali lagi. Walaupun berbeza kisahnya. Tapi masih dengan dia. Haruslah! Mungkin ada yang mengharapkan aku untuk memiliki kebahagiaan yang lebih bersama yang lain. Aku tak punya kudrat untuk mengubah persepsi, pendapat, pandangan ataupun kemahuan orang sekeliling. Sekadar mengharapkan apa yang ada ini dapat dihargai dan diterima dengan senang hati. Kerana aku juga manusia biasa. Mengharapkan perubahan akan tiba juga akhirnya dan bahagia sentiasa mendampingi aku dan penyambung cinta.