Nuffnang Ads

Tuesday, May 7, 2013

Sekadar meluahkan.

Aku kecewa dengan situasi yang berlaku hari ini. Sedari semalam lagi aku memang kehilangan sebuah semangat. Perasaan juga tiada. Bila melihatkan turun naik status di facebook. Ternyata kesemuanya hanya menghancurkan hati ini. BM aku dulu A1.

Bukan aku gembira dengan kekalahan PR. Bukan juga aku terlalu gembira dengan kemenangan BN. Aku cuma terlalu kecewa bila melihat betapa ramainya manusia-manusia yang 'maksum' di luar sana. Terlalu lantang bersuara tanpa peduli mata yang membaca. Terlalu lantang memberi komen tanpa peduli hati yang merasa.

Aku tak peduli kau di pihak yang mana. Aku juga tak pernah peduli pangkah kau ke arah mana. Aku tak ambil kisah kerana aku tahu dan faham tentang maksud apa yang bernama hak individu. Apa maksud hak untuk memilih dan apa maksud suara rakyat. Aku faham kau juga punya hak dan pendapat sendiri.

Tapi tak boleh ke kau menghormati hak dan pendapat orang lain sama macam orang lain menghormati hak dan pendapat kau? Susah sangat ke nak control tangan kau tu daripada mencaci maki kat facebook? Payah sangat ke nak kawal diri tu daripada mengutuk dan mencerca? Kenapa sampai tahap nak menjatuhkan hukum pada orang lain? Tak kira lelaki yang perempuan pun sama. Kat mana adab dan santun kita? Tak perlulah nak fanatik tak bertempat sampai macam tu.

Kalau kau undi parti Awan itu hukumnya haram. Kau kerja kerajaan kau kena undi parti Buaian kalau tak gaji kau tak berkat. Gaji kau tu haram! Sebab kau pengkhianat! Mengkhianati kerja dan amanah yang diberi! Pastu nanti negara tak membangun! Ekonomi jatuh dan negara akan bankrap! Lebih teruk lagi siap panggil penyokong parti Awan tu BABI. Istighfar.

Persoalannya sekarang, adakah mengundi parti Buaian itu termasuk dalam skop kerja secara khususnya? Adakah mengundi Parti Buaian itu satu kewajipan dalam hidup dan agama? Adakah mengundi parti Buaian itu yang menentukan dosa pahala dan halal haram gaji? Adakah dengan mengundi parti Awan itu saja gaji aku akan berkat?

Kalau kau undi parti Buaian kau akan masuk neraka. Sebab kau menolak agama Islam! Kau lebih pentingkan hiburan! Kau lebih sukakan rasuah blablabla!

Persoalannya juga tetap sama. Adakah mengundi parti Awan itu yang menentukan dosa pahala dan halal haram gaji kita bila bekerja? Boleh juga menentukan syurga atau neraka tempat kita berdiam kat sana nanti?

Apa semua nih?

Cuma yang aku pasti kita sebagai orang Islam hendaklah memilih pemimpin yang sama beragama Islam. Itu aku memang jelas. Mak cakap nanti kat sana kita akan ditanya. Kalau kita memilih yang kafir nanti kat sana itulah yang akan menyeret kita ke arah mana. Itu kalau melibatkan yang Islam dan kafir lah kan. Sesungguhnya Allah juga yang Maha Mengetahui.

Ini sekadar luahan sedih dan kekecewaan aku tentang sikap dan mentaliti manusia yang taksub. Bukan pada kekalahan atau kemenangan parti-parti terbabit. Takde kena mengena. Orang yang taksub tu jangan memandai-mandai nak manipulate. Aku tumbok kang. Heeeee.

0 comments: