Nuffnang Ads

Thursday, May 2, 2013

Langkah pertama bidadari syurga.

Minggu lepas. Tetiba seorang kawan ni hantar mesej kat WeChat. Pesanannya 'Kak, teruskan menulis'. Oh mungkin kerana itu tetiba juga aku rajin hari ini. Tahniahlah kat kau Sila Bambam.

Aku harus berhenti untuk bercerita tentang sedih dan sayu. Apa lagi tentang sesuatu yang sudah tiada. Persetankan! Kerana aku lebih bahagia dengan hari ini.

Aku ada seorang bidadari syurga yang sentiasa menemani aku 24-7 di dalam hati. Melihat dia membesar dengan karenah dan telatah yang kadang-kadang boleh menaikkan darah aku memang sangat membahagiakan. Walaupun ada masanya boleh mencabar kesabaran.

Langkah pertamanya aku kenang sampai hari ini. Di penghujung bulan Februari dia mula melangkah setapak demi setapak sehinggalah aku berjaya merakam langkah demi langkah yang lebih tersusun pada 2 Mac 2013. Walaupun terkengkang-kengkang. Sejak hari tu dia semakin laju berjalan. Hari ini? Aku dah tak larat nak kejar. Boleh jadi jugak tetiba dia hilang masuk bilik sana sini.

Alhamdulillah untuk sebuah kesempurnaan yang Kau berikan pada bidadari syurga ini. Aku bersyukur walaupun ujian yang Kau berikan terlalu berat untuk ditanggung hingga aku hampir tersungkur namun anugerah yang satu ini telah menyedarkan aku bahawa hidup ini lebih bermakna walaupun saat ini aku cuma berdua.

0 comments: