Post terakhir aku pada bulan 3 yang lepas. Lepas tu aku terus senyap dan menghilang. Jenguk pun tak. Hari ni aku cuba untuk mencuci segala sampah sarap dan sawang yang ada.
Lewat waktu ini aku terlalu banyak berfikir. Berfikir tentang apa saja. Apa saja yang boleh aku fikirkan bilamana ianya mengganggu rutin harian dan kehidupan aku. Aku jenis manusia yang sentiasa berfikir. Terlalu berfikir jika punya masalah yang menghimpit. Mungkin kerana itu aku sering ditegur sejak sekolah sebab suka berkerut. Kadang tu tak berfikir pun dahi tetap berkerut jugak. Malang nasib kau dahi kerana tua sebelum waktunya. Errrr.
Kehidupan baru yang aku lalui hari ini dan seterusnya. Memungkinkan 1001 dugaan dan ujian untuk menguji ketabahan dan kesabaran aku. Berdepan dengan karenah anak yang harus aku tangani seorang diri. Itu belum lagi berdepan dengan perangai manusia yang sentiasa menyakitkan hati. Sengketa tetap ada.
Nafas baru yang Allah berikan pada aku waktu ini menyedarkan aku bahawa hidup ini lebih tenang dengan apa adanya. Kehilangan sesuatu bukan bermakna aku mati. Kehilangan sesuatu bukan bermakna aku perlu berhenti berlari.
Kau berlari sendiri tetapi aku berlari sambil berpegangan tangan dengan Dhia Zara. Siapa yang untung siapa yang rugi?
0 comments:
Post a Comment