Nuffnang Ads

Monday, May 13, 2013

Tahniah kawan kite kawen.

Baru lepas skodeng wall kawan aku yang dah berkahwin. Baru berkahwin minggu lepas. Ada dia jemput tapi awal-awal memang aku dah bagitau aku tak dapat datang. Dia faham situasi aku kenapa dan mengapa.

Lawa baju dia. Dia pun lawa jugak. Pelamin pun sama lawa. Semuanya lawa.

Tapi yang aku nak cerita bukan sebab baju dan pelamin. Tapi pasal dia. Aku kenal dia secara kebetulan. Masa tu bf dia orang lain. Tak dinafikan memang sangat ada rupa. Badan ada ketulan di sana sini sikit. Dan masa tu kawan aku ni pun tak pakai tudung lagi.

Tetiba. Aku tengok facebook dia dah takde. Rupanya dia ada facebook baru. Dan juga imej baru iaitu dah bertudung. Lepas kitorang berborak rupanya dia dah putus dengan bf dia tu dan siap dah bertunang dengan orang lain. Sebulan kawan orang tu masuk pinang dia terus terima. Sebab? Dia redha dan tawakal dengan jodoh tu disamping nak lupakan ex bf dia.

Kalau nak ikutkan dia dengan ex dia tu memang nampak macam cinta gila. Ke sana sini, selalu upload gambar kat facebook. Jealous pun ada. Eheh

Tapi itulah jodoh kan. Akhirnya dia kahwin dengan orang lain dan aku percaya itu yang terbaik untuk dia. Aku rasa mesti ex bf dia touching minggu lepas mengenang bekas kekasih yang dah pun jadi milik orang. Macam pernah rasa je. Heeeeeeeeee

Tahniah untuk Nana dan husband. Aku percaya redha, pasrah dan tawakal kau tu ada hikmahnya satu hari nanti. Salah satunya dah pun terbukti jumaat lepas bila kau sah jadi isteri orang. Chill~

Ye sabar, redha dan tawakal lah pada Dia. Aku percaya semua tu takkan sia-sia. Besar ganjarannya bagi kita yang bersabar dan bila kita redha, satu-satu kekurangan itu akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik nanti. Kerana itu kita ada Rukun Iman. Percaya pada Allah.

Jalan-jalan dengan dakcik.

Minggu lepas kita bosan kan Zara. Hari sabtu kita cuma dok rumah je tak keluar pun. Mula-mula ingat nak jalan-jalan pergi makan nasi arab kat Cyberjaya pastu nak beli Chatime. Tapi tak kesampaian sebab kawan aku datang rumah lambat dah malam baru sampai!

Hajat nak bawak Zara jalan-jalan kat dataran pun tak jadi jugak. Kesian dakcik mommy. Tapi ahad tu kita jalan jugak pergi Shah Alam ambik susu kat umi shu. Lepas tu kitorang pergi makan kat SACC tempat favourite aku Asiari. Suka sangat makan grilled beef lotus dia. Zara cuma makan nasi ngan sup ayam je dan dia makan banyak! Lapar sangat tak sempat nak breakfast pagi tu. Lepas makan pergi Kompleks PKNS plak teman kawan aku tu cari barang nak kawen. Balik tu masuk balik SACC singgah kat kedai kasut. Aku rasa macam tengah berperang je rasanya. Sebab macam nak bergaduh dengan Zara yang dok bawak turun semua kasut kat kedai tu. Pastu dia berlari sana sini tanpa rasa bersalah.


Haaa tengok ni Zara kalau dapat minum pakai straw memang sangat rakus. Tengok air tu dah paras mana dalam sekali sedut je. Dia memang tak bape pandai minum pakai cawan dan daripada kecik lagi dah pandai sedut pakai straw. Good girl! Pastu malam tu terus pergi Alamanda belikan Zara botol air Dora The Explorer. Baru sekarang terfikir nak belikan dia botol air. Apalah mommy ni kan Zara. Jadi lepas ni senang pergi memana bawak je botol tu dah siap dengan straw tak payah order air lain dah. Jangan share air dengan mommy lagik! Kahhhhhhhh


Sekali lagi dia menunjukkan kerakusan minum tanpa henti daripada botol baru tersebut. Hello kitty tu pun baru jugak. Burger mommy ambik, hello kitty Zara punya. Sama tak Zara dengan hello kitty tu? Ehehhhhh


Seronoknya jalan-jalan tak payah drive. Boleh ambik gambar sana sini. Relaks sikit sebab kalau tak nanti dia nak terjun daripada carseat tu. Sama tak muka kitorang? Heeeeeee

Ami = Mommy

Dunia ni rasa macam penuh dengan pelangi. Kadang-kadang macam berkilauan dengan permata di sana sini. Bercahaya dengan kerlipan bintang di langit tinggi.

Bila telinga ni kerap mendengar panggilan 'ami..ami..ami..'

Setiap kali panggilan tu aku dengar, rasa bangga dan bahagia yang teramat sangat. Belum lagi setahun 4 bulan, tapi dia galak menyebut ami = mommy. 

Bila aku hilang kejap dari mata dia, dia akan mula mencari dan memanggil 'ami..ami..ami..'

Bila dia menangis, nama 'ami..ami..ami..' tu jugak yang dia jeritkan.

Bila aku tunjuk gambar kat dinding. 'Amiiiiiiiiii..'

Aku sudah bahagia sebenarnya. Terlalu bahagia dengan hadirnya Dhia Zara. Walaupun kami cuma berdua tapi aku tahu itulah kekuatan aku untuk terus hidup. Pejam mata ku di sebelah dia, celik mata ku juga melihat dia. Tak dapat nak dibayangkan hidup ni kalau dia tiada.

Mulut kecil itu semakin petah mengajuk cakap kita. Aku pulak suka mengajar ntah pape heheheh dan dia akan ikut je apa yang aku cakap. Perkataan terbaru yang aku ajar adalah 'peace yoo' dan walaupun aku pun tak tau apa yang dia sebut tapi tangan tu tetap nak buat peace cuma peace dia lain macam sikit sebab bentuk macam nak tembak orang. Okay takpe, Zara cuba lagi ye.

Friday, May 10, 2013

Salam takziah utk kawan kita.

5 hari tanpa khabar berita. Pelik dan hairan tapi kita malas nak ambik tahu sangat. Sebab kita dah faham keadaan dan situasi yang berbeza.

Tapi kita salah faham. Rupanya kawan kita tu ada musibah. Abang dia meninggal dunia hari Isnin 6 May tu rasanya. Tu pun kita baca status kawan kita tu kat facebook. Alamak kita dah buruk sangka dengan dialah pulak. Errrr rasa bersalah sikit.

Patutlah lepas 5 May tu dia terus senyap sampai hari ni.

Kita nak wasap dia tapi macam malas. Bukan sebab apa, kita malas nak kacau. Sebab sebenarnya kita tak add pun facebook dia tu jadi takkan kita nak cakap takziah tetiba. Nampak sangat kita stalk dia kan? Nasib kita baik sebab wall dia public tu yang boleh baca semua tu.

Kita mampu cakap takziah dari jauh jelah. Walaupun dia tak tahu pun kewujudan entry apa lagi blog ni tapi takpe. Kita nak cakap jugak. Kita sedekahkan surah Fatihah kat abang u. Semoga rohnya sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman.

Kita nak wasap kawan kita tu tapi hmmmm nantilah. Mungkin dalam keadaan sekarang ni dia tanak diganggu ke kan. Sebab tu dia pun senyap je. Lagipun kita tengok dia masih kat kampung lagi. Bagilah masa lama sikit.

Semoga kawan kita tu sabar dan tabah.

Thursday, May 9, 2013

Enjoylah kau.



Orang kata kalau kita bosan cubalah sibukkan diri dengan apa saja yang boleh hilangkan rasa bosan tu. Pergilah enjoy ke apa ke.

Perkataan enjoy dah lama pupus dalam hidup aku. Pada aku kalau enjoy pun biarlah dengan family. Kalau dengan kawan pun ada batasnya. Time office hour jelah kot. Kalau nak lepak ke datang umah aku. Tak pun kuar sesama tapi handbag aku kena bawak.

Ye handbag bukan sebarang handbag. Handbag boleh berjalan dan berjoget.

Aku tak faham dengan orang yang masih suka nak enjoy tanpa batas. Apa lagi yang dah berkahwin. Lebih pentingkan kawan daripada family. Lebih pentingkan hiburan luar daripada anak isteri. Dah tu buat apa kahwin?

Bukan ke lebih manis dan bahagia kalau enjoy tu digunakan sebaik-baiknya bersama family?

Takpelah kan. Biarlah orang lain nak enjoy macam mana sekali pun. Sekarang mungkin orang tak nampak betapa berharganya diri kita.

Mungkin hari ini aku hanya satu benda kecil yang tak penting. Tapi satu hari nanti.

Kita suka u.

Dulu masa kita kecik-kecik kat sekolah kita mesti ada minat kat orang. Kita kata tu secret admire. Kita rasa itulah pembakar semangat untuk pergi sekolah. Tetiba rajin dan suka pergi sekolah sebab nak jeling-jeling secret admire kita tu. Suwit angat.

Perasaan masa tu confirm berbunga-bunga setiap masa. Lagi-lagi kalau kita dapat tengok muka. Apa lagi kalau kita terserempak depan mata. Jeling-jeling je yang kita mampu kalau orang tu tak tahu kita minat kat dia.

Tu zaman sekolah. Masa tu baligh pun belum. Friendster, facebook, whatsapp, bbm, wechat mana ada. Jangan kata benda tu, nokia yang baling dinding tu pun tak wujud lagi. Kita lepas SPM pun tengok je mak pakai Alcatel. Tu pun bila call kena cakap depan rumah sebab nak carik line. Kalau dalam rumah macam bercakap sambil berenang yang nak mati lemas. Tenggelam timbul.



Sekarang ni kalau kita minat orang takde macam dulu. Kita simpan je dalam hati. Tapi kadang-kadang kita main cak ba. Intai senyap-senyap je. Sebab dunia dah tak sama. Dah jauh berbeza. Susah nak jumpa orang yang hatinya suci, ikhlas dan gebu. Apa lagi yang seputih salju. Sebab semuanya dah kena calit dakwat kekal.

Kita tak boleh nak cakap apa-apa. Sebab kebanyakannya dah ada pakwe dah ada makwe. Dah ada tunang dah ada suami dah ada isteri. Kita tengok daripada jauh je. Sebab bukan dunia je dah jauh berbeza, umur kita pun sama. Walaupun muka kita macam 17 tahun.

Kita cuba juga tengok yang lain-lain. Tapi tak sama. Balik-balik kita teringat yang kita suka. Susah betul bila jadi sang admirer. Sebab risiko orang tak suka kita tu berada di mana-mana. Jadinya baik kita suka diri kita sendiri je. Allah kan ada.

Kita suka u, tapi u biasa-biasa je. Kahhhhhhhh

Apa yang tak indah tentang anak?


Kalau orang pernah dan sedang rasa apa yang aku rasa sekarang ni je yang akan faham. Betapa bosannya aku. Tapi bila aku selalu melafazkan rasa bosan tu, aku akan cepat tersedar. Aku ada Zara.

Bila aku kat ofis memang akan terasa sangat bosan. Kawan-kawan yang tak sekepala, tak ngam sana sini, tikam depan belakang. Ah bosan. Eh bosan lagi.

Bila aku balik start je enjin kereta aku mesti akan senyum sambil membebel sorang. 'Zara, mummy nak balik ni nak amik Zara. Mummy rindu Zara! Mummy syg sgt anak mummy tu.'

That's my repeated sentences. Everyday.

Zara, dia suka menari sekarang ni. Joget sana sini. Bila pasang lagu slow macam lagu Cinta Bersatu by Liyana Jasmay dia akan ke kanan ke kiri slowly. That's her favourite song. Kalau aku play je lagu tu kat phone dia akan terus buat rampasan kuasa. 'Nak! Nak! Nak!' sambil tunjuk phone.

Bila pasang plak lagu rancak macam lagu I Found You by The Wanted kau akan nampak yang dunia ni macam dia punya sorang. Terhangguk-hangguk berpusing-pusing sambil terjerit-jerit. Aku hanya mampu memandang sambil geleng kepala. Senyap-senyap aku rekod. Kahhhhhhh

Hari tu kat tv ada cite hindustan Dulhan Hum Le Jayenge. Masa tu dorang tengah nyanyi lagu Chamiya Le Gayi Dil Le Gayi. Sakan lah anak dara mak joget sebijik macam tu. Yang part goyang lutut sambil peluk tubuh tu. Tapi Zara cuma goyang lutut ke kanan ke kiri jelah. Bahahahahahahah

Zara, memang hebat joget ikut melodi lagu. Sudahnya dua-dua phone aku penuh dengan video dia. Tapi satu benda yang aku sejuk hati bila tengok dia. Pantang dengar azan dia akan terus letak dua-dua tangan kat telinga sambil sebut Allah. Kadang-kadang sebut Allah sambil tunjuk telekung aku. Kalau aku sebut nak solat je dia akan terus masuk bilik tunggu kat tempat aku sangkut telekung.

Anak, apa yang tak indah tentang mereka?

Wednesday, May 8, 2013

Dhia Zara.

Dhia Zara.
Tak pernah gagal menggembirakan saya.
Tak pernah gagal membahagiakan saya.
Tak pernah gagal membuat saya tersenyum.

Dhia Zara.
Ragamnya selalu menenangkan resah.
Kaletahnya sering menceriakan gundah.
Ketawanya sentiasa mendamaikan hati yang susah.

Dhia Zara.
Dialah nyawa.
Dialah jiwa.
Dialah segala-galanya.

Dhia Zara.
Aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Bukan hanya di sini tapi sehingga ke sana.
Hingga kita bertemu semula di syurga.

Kembali pulang.

Bertahun aku tak jejakkan kaki kat Bukit Naga. Rumah masa zaman bujang dulu. Rumah yang membawa aku kembali ke zaman silam yang penuh dengan kenangan. Kembali pulang.

Hari ini aku kembali ke sana. Melalui jalan-jalan yang biasa aku tempuh dulu. Mata aku liar ke sana sini sebab terlalu banyak perubahan yang ada. Kawasan lapang tetiba ada rumah tinggi ntah apartment ntah kondominium. Tanah kosong tetiba ada bangunan rumah kedai baru. Pastu kat Bukit Rimau tu dah takde roundboard lagi dah sebab dah bertukar jadi simpang empat dan ada traffic light. Carrefour pun dah jadi AEON. Memang ketinggalan sangat rasanya. Tu pun nasib baik tak pergi blah Kota Kemuning. Kalau tak meraung mak terkenang segala kenangan manis yang bertaburan di situ. Ewah.

Aku ke sana cuma untuk ambik barang aku yang masih tinggal. Masih banyak lagi baju-baju aku kat sana. Setelah ditolak dan dibuang baju yang aku dah tanak dan aku malas nak bawak, aku berjaya menyumbat 5 plastik sampah kaler hitam bersaiz besar ke dalam kereta. Aku terfikir mana aku nak simpan kat rumah sekarang ni? 

Barulah aku perasan betapa banyaknya baju aku. (-___-")

Aku ingatkan takde orang kat rumah tu rupanya si Nurul tengah cuti. Sudahlah buat kerja mengemas baju dalam bilik belakang dalam keadaan gelap sebab lampu dah terbakar. Panas pulak tu! Dengan habuk semua cukup. Bila keluar rasa macam nak berendam dalam tong yang penuh dengan ais.

Lucu pulak bila aku dengan Nurul terimbas kenangan-kenangan lama masa aku masih stay kat rumah tu. Yang paling tak boleh blah bila dia kata semua baju yang ada tu adalah baju masa zaman jahiliah aku. Baju masa aku tengah kaya. Nak masuk kat Hush Puppies, MNG je. Haih itu dulu. Sekarang fokus aku adalah carik baju Zara pulak. Weehooooo.

Aku termenung sendirian memikirkan macam mana aku nak angkut 5 plastik tu naik tingkat 8 petang ni. Pastu macam mana aku nak basuh baju sebanyak tu? Berapa lama nak siap? Berapa lama pulak aku nak kemas? Kat mana pulak aku nak sumbat semua baju tu? Arghhhh aku stress. 

Thousand years.



Filem dia memang tak logik tapi aku suka. Biar ah kan.

Bila wanita gadis perempuan memandu.


Memang tak boleh nak dinafikan sesetengah perempuan kalau drive kereta kat jalan raya memang nak mintak di stalait dahi dia.

Siyes tak tipu. Walaupun aku sendiri orang perempuan. Ini bukan post nak mengutuk kaum sendiri tapi macam ayat pertama tue lah. Memang tak boleh nak dinafikan kenyataan tu.

Pertama. Perempuan boleh driving sambil buat macam-macam kerja. Sambil driving tu boleh cakap kat phone, boleh ber SMS, boleh cari wallet dalam handbag, boleh betulkan tudung / rambut sambil tengok cermin pandang belakang, boleh makeup, boleh ambik gambar sambil buat peace. Dan semua tu boleh dibuat serentak!


Kedua. Sesetengah perempuan suka bawak kereta macam kekura tapi dia dok kat lorong laju. Aku pun tak faham apa masalah diorang yang sesetengah ni. Tak payah jejauh lah. Pagi tadi aku baru kena. Dahlah blah kiri ada kereta gak. Dia plak dok kat lorong laju dah macam mana kita nak potong. Sudahnya bersusun-susunlah kereta kat belakang dia.

Ketiga. Dahlah dok kat lorong laju pastu bila nak masuk lorong kiri punyalah tertib. Padahal lorong kiri tu kosong takde kereta pun. Bagi signal dah setengah jam tapi tak jugak tukar lorong. Tapi! Bila kereta aku dah nak dekat nak potong belah kiri hah dandan tuelah dia nak tukar lorong kiri. Heeeee hangin betul aku. Daripada tadi yang setengah jam dok bagi signal tu orang punyalah bagi can dia dok main skiping kot dalam kereta. Pastu sesuka hati nak tukar lorong. Itu belum lagi yang jenis tak bagi signal pastu main hentam je masuk lorong orang.

Aku pun kadang-kadang buat macam tu gak sebenarnya tapi pastikan time takde kereta lah. Aku jenis yang sangat-sangat menggunakan segala cermin yang ada. 10 kali pandang pun takpe asalkan keadaan jalan tu selamat. Tak salah pun kalau kita nak pastikan sekeliling kita clear dan selamat ke tak time driving.

Keempat. Kenapalah sesetengah perempuan jugak suka sangat main brek? Jarak dengan kereta kat depan tu boleh buh kapal terbang sebijik tapi dia dah brek dah. Lagi-lagi kalau dalam traffic jammed. Kadang tu kat lorong laju pun boleh jadik! Aku memang stress kalau dok kat belakang kereta macam ni. Dengan segera aku akan potong dan babai. Aku dulu diajar oleh seseorang untuk jangan suka main brek sangat. Kena pandai balance kelajuan kereta lebih-lebih lagi bila dalam jammed dan kena fokus dengan jarak. Kita yang drive jadi kita mesti nampak jarak dengan kereta depan. Aku selalu fikir yang orang belakang nanti akan marah dan terkejut kalau kita jap-jap nak brek pastu lagi bijaksana kalau kita brek mengejut tetiba. Ringan je tangan nak stalait dahi orang macam ni. 


Sampaikan bab memandu pun perempuan selalu kena troll. Tapi sekali lagi memang tak boleh nak dinafikan kenyataan tu. Kasihan kami orang perempuan. Sobssssss

Seumur hidup lesen kereta aku sejak tahun 2005 baru sekali je aku eksiden yang betul-betul eksiden. Maksudnya yang aku langgar kereta orang. Yang lain semua orang yang langgar. Dah habis hati-hati pun tetap kena jugak. Sedih mak rasa.

Sekian.

Tuesday, May 7, 2013

Jari telunjuk kiri.


Ini jari telunjuk kiri. Bukti aku telah memilih yang aku mahu. Jari ni tak tau dan tak nampak pun aku undi sape sebab aku tulis dengan tangan kanan. So kau tak payah nak siasat. Eh apekah?

Sekadar meluahkan.

Aku kecewa dengan situasi yang berlaku hari ini. Sedari semalam lagi aku memang kehilangan sebuah semangat. Perasaan juga tiada. Bila melihatkan turun naik status di facebook. Ternyata kesemuanya hanya menghancurkan hati ini. BM aku dulu A1.

Bukan aku gembira dengan kekalahan PR. Bukan juga aku terlalu gembira dengan kemenangan BN. Aku cuma terlalu kecewa bila melihat betapa ramainya manusia-manusia yang 'maksum' di luar sana. Terlalu lantang bersuara tanpa peduli mata yang membaca. Terlalu lantang memberi komen tanpa peduli hati yang merasa.

Aku tak peduli kau di pihak yang mana. Aku juga tak pernah peduli pangkah kau ke arah mana. Aku tak ambil kisah kerana aku tahu dan faham tentang maksud apa yang bernama hak individu. Apa maksud hak untuk memilih dan apa maksud suara rakyat. Aku faham kau juga punya hak dan pendapat sendiri.

Tapi tak boleh ke kau menghormati hak dan pendapat orang lain sama macam orang lain menghormati hak dan pendapat kau? Susah sangat ke nak control tangan kau tu daripada mencaci maki kat facebook? Payah sangat ke nak kawal diri tu daripada mengutuk dan mencerca? Kenapa sampai tahap nak menjatuhkan hukum pada orang lain? Tak kira lelaki yang perempuan pun sama. Kat mana adab dan santun kita? Tak perlulah nak fanatik tak bertempat sampai macam tu.

Kalau kau undi parti Awan itu hukumnya haram. Kau kerja kerajaan kau kena undi parti Buaian kalau tak gaji kau tak berkat. Gaji kau tu haram! Sebab kau pengkhianat! Mengkhianati kerja dan amanah yang diberi! Pastu nanti negara tak membangun! Ekonomi jatuh dan negara akan bankrap! Lebih teruk lagi siap panggil penyokong parti Awan tu BABI. Istighfar.

Persoalannya sekarang, adakah mengundi parti Buaian itu termasuk dalam skop kerja secara khususnya? Adakah mengundi Parti Buaian itu satu kewajipan dalam hidup dan agama? Adakah mengundi parti Buaian itu yang menentukan dosa pahala dan halal haram gaji? Adakah dengan mengundi parti Awan itu saja gaji aku akan berkat?

Kalau kau undi parti Buaian kau akan masuk neraka. Sebab kau menolak agama Islam! Kau lebih pentingkan hiburan! Kau lebih sukakan rasuah blablabla!

Persoalannya juga tetap sama. Adakah mengundi parti Awan itu yang menentukan dosa pahala dan halal haram gaji kita bila bekerja? Boleh juga menentukan syurga atau neraka tempat kita berdiam kat sana nanti?

Apa semua nih?

Cuma yang aku pasti kita sebagai orang Islam hendaklah memilih pemimpin yang sama beragama Islam. Itu aku memang jelas. Mak cakap nanti kat sana kita akan ditanya. Kalau kita memilih yang kafir nanti kat sana itulah yang akan menyeret kita ke arah mana. Itu kalau melibatkan yang Islam dan kafir lah kan. Sesungguhnya Allah juga yang Maha Mengetahui.

Ini sekadar luahan sedih dan kekecewaan aku tentang sikap dan mentaliti manusia yang taksub. Bukan pada kekalahan atau kemenangan parti-parti terbabit. Takde kena mengena. Orang yang taksub tu jangan memandai-mandai nak manipulate. Aku tumbok kang. Heeeee.

Thursday, May 2, 2013

WeChat pulak.


Ini kegemaran terbaru rakyat jelata di Malaysia sekarang. WeChat di sana sini situ sinun. Dah lama dah benda ni wujud sebenarnya tapi aku je yang lembab baru sebulan lepas download. Dunia aku sebelum itu hanya facebook, bbm dan whatsapp. Kasihan.

Seminggu pertama memang galak sungguh rasanya. Dia macam jakun sikit biasalah benda baru macam tu. Habis bateri hp aku sehari sampai berapa kali charge. Lepas tu memula memang rasa macam bestlah kan sebab dia ada function Look Around. Maksudnya kalau kita on benda tu kita boleh detect sesape je yang ada wechat gak dalam jarak-jarak tertentu daripada lokasi kita. Kalau guna hp android lagi best ada Shake Your Phone. Yang ini lagilah boleh detect daripada satu dunia. Aku suka memain shake je tapi bila orang add aku buat bodoh. Dua-dua hp aku ada wechat. Ya saya tamak.

Tapi lelama aku dah bosan. Seminggu je dah bosan kot. Hahahahah sebab macam takde apa yang menarik. Aku ada 200++ request yang aku malas nak accept sebab aku tahu nanti semua tu akan buat semak list aku je. Makanya aku cuma add and accept kawan-kawan yang memang dah ada dalam phonebook hp aku je. Selain daripada tu yang dok hai ke, nak kenal ke apa, babai jelah. Aku tak minat nak buang masa kat orang yang aku tak kenal. Zaman-zaman nak berkenalan, tanya ASL apa semua tu dah lama berlalu. Tu semua masa budak-budak je. Kalau tengok yang add aku pun semua umur adik-adik aku. Mintak maaf, sekian terima kasih dan babai. Heeeeee~

Pandai-pandailah nak bawak diri dengan menda alah ni. Kalau baik caranya, maka baiklah kesudahannya. Kalau saja nak suka-suka tu boleh tapi berhati-hati.

Haihlah PRU.

Kotornya politik dalam negara ni rasanya lebih kotor lagi daripada tempat pembuangan sampah Bukit Tagar. Politik dalam negara lebih jijik dan penuh dengan sampah sarap.

Tahun 2008, masa tu facebook masih belum aktif. Mengundi masa tu lebih aman aku rasa sebab maklumat hanya tersebar dengan terhad jika nak dibandingkan dengan keadaan sekarang. Facebook menjadi perantara segala peristiwa. Facebook menjadi punca segala suasana. Segala-galanya facebook. Aku serabut dengan facebook lagi-lagi bila bermulanya isu PRU13.

Bukak je news feed aku boleh nampak segala sampah sarap tentang pihak sana dan pihak sini. Itu belum nak dikira dengan komen daripada orang ramai. Yang maki hamun, mencaci, mengutuk, menghina dan macam-macam lagi. Tak kira lelaki atau perempuan. Mulut semuanya di tapak kaki. Tak fikirkan aib, maruah dan harga diri. Asal boleh semuanya nak dimaki.

Aku bukan peminat tegar isu politik. Bukan sebab aku buta tapi sebab keadaan yang memaksa. Melihatkan keadaan persengketaan yang ada, perpecahbelahan yang berlaku. Kita boleh berfikir di mana letaknya diri kita dalam negara sendiri bila melihat sesama bangsa bergaduh berebut kuasa. Negara kita, negara yang bermajoritikan Melayu. Errrr tapi aku jawa. Eheh.

Cerita 2013 juga tak sama dengan cerita 2008. Kalau dulu mungkin ada juga kotornya tapi tidaklah sekotor sekarang. Skandal seks dan video lucah jadi topik utama untuk menjatuhkan pihak lawan. Kau takde isu lain ke nak bagi? Jahanam masa depan anak aku nanti kalau cerita 18SX jugak yang jadi kepentingan untuk memfitnah orang lain dalam mempertahankan kuasa sendiri. Maaf bahasa agak kasar di situ. Nak bagi clear. Ahaks.

Aku bukan penyokong taksub yang di sana mahupun di sini. Tapi aku lebih suka mencari, mendengar, membaca dan menilai sendiri. Bukan menerima bulat-bulat apa yang disuap dan disogokkan. Aku suka mendengar cerita abah sebab abah suka baca suratkhabar. Sampai ke Sg. Besar dia sanggup mencari suratkhabar yang terhad tu. Sekurang-kurangnya abah takdelah hadap baca satu jenis je. Bacalah daripada semua pihak dan biarlah penilaian tu kita buat sendiri berdasarkan fakta ataupun keyakinan kita pada sesuatu pihak tu. Satu je abah pernah cakap dgn aku, kalau betul itu semua fitnah kenapa masing-masing diam tak berani nak saman suratkhabar tu, orang itu dan orang ini? Okay aku diam kat situ.

Cuma ada satu yang menarik pasal abah aku. Kalau datang rumah kampung aku sekarang orang mesti confuse abah aku sokong mana. Sebab segala jenis bendera dia pacak depan rumah tepi parit. Bendera Malaysia ngan Selangor tu wajib ada lah. Tapi yang bab politik ni aku pun macam confuse sambil garu kepala lutut. Strategi untuk mengelirukan tu penting. Kahhhhhh

Biarlah pangkah aku ke arah mana sekalipun. Itulah hak rakyat yang aku ada. Hak individu yang aku rasa takde sape pun yang boleh pertikaikan. Suka hati jari aku nak pangkah kat mana pun. Kau faham?

Tak sabar nak mengundi.

Satu Malaysia dah tahu yang 5 Mei 2013 ni hari mengundi untuk negara. Hari untuk kita memilih pemimpin yang kita mahu. Hari untuk kita menggunakan hak kita sebagai rakyat. Kuasa di tangan kita. Yeahhh.

Ini kali kedua aku mengundi selepas layaknya aku pada kali pertama pada 2008. Masa tu umur aku 25 tahun. Abah daftarkan nama aku setahun sebelum aku layak. Tu dia umur 20 tahun aku dah daftar tapi 5 tahun lepas tu gak baru boleh undi sebab masa tu tak cukup umur lagi.

Kali ni aku macam excited. Sebab nak bawak Zara skali. Hahahahah takdelah kan. Sebab kali ni kita boleh nampak keadaan negara macam serius sangat pasal PRU13 ni. Tu yang aku rasa macam tak sesabo nak pergi mengundi. Aku semangat nak gunakan kuasa sebagai rakyat tu. Haha tetiba.

Esok jumaat malam aku, farul ngan Zara balik kampung. Mungkin Isnin tu aku cuti lah kot sebab adik aku dapat pelepasan Isnin tu. Dah tak memasal aku plak kena mengalah cuti Isnin tu. Tapi takpelah kot sebab nak balik awal pun mesti jalan jem. So kita chill lepas mengundi.

Abang ngan kakak aku je dah tukar tempat mengundi. Ini semua kerana konspirasi pihak-pihak tertentu kehkehkeh. Abang aku mengundi kat Putrajaya, kakak aku pulak kat Bukit Naga, Shah Alam. Dah kurang undi kat Sg. Burung nanti. Tapi takpe, aku masih lagi setia dengan kampung aku walaupun alamat dalam IC dah tukar ke Putrajaya. Tukar pun sebab dah tak sanggup rasanya nak tengok gambar dalam IC lama tu. Macam mak lampir je rasanya.

Jadi, marilah mari pergi mengundi. Weehooooo.


Langkah pertama bidadari syurga.

Minggu lepas. Tetiba seorang kawan ni hantar mesej kat WeChat. Pesanannya 'Kak, teruskan menulis'. Oh mungkin kerana itu tetiba juga aku rajin hari ini. Tahniahlah kat kau Sila Bambam.

Aku harus berhenti untuk bercerita tentang sedih dan sayu. Apa lagi tentang sesuatu yang sudah tiada. Persetankan! Kerana aku lebih bahagia dengan hari ini.

Aku ada seorang bidadari syurga yang sentiasa menemani aku 24-7 di dalam hati. Melihat dia membesar dengan karenah dan telatah yang kadang-kadang boleh menaikkan darah aku memang sangat membahagiakan. Walaupun ada masanya boleh mencabar kesabaran.

Langkah pertamanya aku kenang sampai hari ini. Di penghujung bulan Februari dia mula melangkah setapak demi setapak sehinggalah aku berjaya merakam langkah demi langkah yang lebih tersusun pada 2 Mac 2013. Walaupun terkengkang-kengkang. Sejak hari tu dia semakin laju berjalan. Hari ini? Aku dah tak larat nak kejar. Boleh jadi jugak tetiba dia hilang masuk bilik sana sini.

Alhamdulillah untuk sebuah kesempurnaan yang Kau berikan pada bidadari syurga ini. Aku bersyukur walaupun ujian yang Kau berikan terlalu berat untuk ditanggung hingga aku hampir tersungkur namun anugerah yang satu ini telah menyedarkan aku bahawa hidup ini lebih bermakna walaupun saat ini aku cuma berdua.

Nafas baru.

Post terakhir aku pada bulan 3 yang lepas. Lepas tu aku terus senyap dan menghilang. Jenguk pun tak. Hari ni aku cuba untuk mencuci segala sampah sarap dan sawang yang ada.

Lewat waktu ini aku terlalu banyak berfikir. Berfikir tentang apa saja. Apa saja yang boleh aku fikirkan bilamana ianya mengganggu rutin harian dan kehidupan aku. Aku jenis manusia yang sentiasa berfikir. Terlalu berfikir jika punya masalah yang menghimpit. Mungkin kerana itu aku sering ditegur sejak sekolah sebab suka berkerut. Kadang tu tak berfikir pun dahi tetap berkerut jugak. Malang nasib kau dahi kerana tua sebelum waktunya. Errrr.

Kehidupan baru yang aku lalui hari ini dan seterusnya. Memungkinkan 1001 dugaan dan ujian untuk menguji ketabahan dan kesabaran aku. Berdepan dengan karenah anak yang harus aku tangani seorang diri. Itu belum lagi berdepan dengan perangai manusia yang sentiasa menyakitkan hati. Sengketa tetap ada.

Nafas baru yang Allah berikan pada aku waktu ini menyedarkan aku bahawa hidup ini lebih tenang dengan apa adanya. Kehilangan sesuatu bukan bermakna aku mati. Kehilangan sesuatu bukan bermakna aku perlu berhenti berlari. 

Kau berlari sendiri tetapi aku berlari sambil berpegangan tangan dengan Dhia Zara. Siapa yang untung siapa yang rugi?