Kenapa lelaki suka menipu? Topik ni kalau bagi kat perempuan huh saya confirm melompat-lompat lah mereka sambil angkat tangan sebab berebut nak jawab. Termasuk saya. Duhhh~
Kalau nak cite hoi memang sangat banyak. Haha bab tembak orang lelaki memanglah perempuan hebat. Sangat hebat! Ni antara yang saya dapat dan saya setuju 500%. Over.
1. Hubungan bermasalah.
Orang lelaki suka sangat menjadikan hubungan yang mereka ada sebagai alasan untuk menipu. Bila dia rasa hubungan tu macam tak best dia mulalah akan cari perempuan lain yang lebih menarik ataupun lebih memahami lah kononnya untuk dia meluah perasaan atau at least berkongsi minat yang sama. And at the same time dia cakap gf/isteri tu tak reti jaga dialah, suka control lah, kuat cemburu lah, garang lah, kasar lah and so on. Bila kantoi? Gf/isteri tu lah yang kena balik. Vangang punya alasan kan? Kenapa nak menyalahkan orang lain atas silap sendiri? Kenapa nak tuding jari kat orang lain untuk tutup kesalahan kita sendiri?
2. Bosan.
Bila kita berpasangan tak kira sama ada bercinta atau berkahwin kedua-dua pihak kena sama-sama berusaha untuk menjadikan sesebuah perhubungan itu bahagia, lebih bahagia dan sangat bahagia. Melangkah kenalah serentak babe. Bukan sorang kat depan sorang kat belakang. Bukan satu pihak je yang kena usaha untuk mem'best'kan hubungan tu. Baik kau tak payah kahwin lah kalau asyik kau je yang nak menerima pastu pasangan kau terkial-kial fikir itu ini semata-mata untuk bahagiakan kau dan nak jaga hati kau. A'ah kau sorang jelah yang nak bahagia dalam dunia ni kan? Cuba kita tengok contoh pasangan yang boleh tahan dan kekal berpuluh-puluh tahun tu? For sure takde istilah bosan dalam hidup diorang kan dan kalau ada pun diorang takkan jadikan tu alasan untuk diorang menipu pada pasangan dan pastinya diorang akan cuba untuk menghilangkan rasa bosan tu dengan buat something yang best-best bersama.
3. Nak jaga hati pasangan.
Bila ada pilihan yang lebih baiklah kononnya maka diorang lebih suka untuk menipu. Silap-silap yang perempuan tu boleh kena tinggal pulak lagi. Lepas tu bila dah kantoi normally diorang akan kata diorang takde pilihan lain selain daripada terpaksa menipu demi untuk menjaga hati pasangan. Pastu cakap tanak gaduh sebab tu menipu. Tapi lelaki tahu tak yang perempuan ni tak suka ditipu? Dan saya rasa lelaki pun tak suka ditipu kan? Kalau dah tak suka ditipu yang korang nak menipu tu kenapa? Dan satu lagi memanglah dia akan bagi alasan sebab nak jaga hati pasangan tapi macam mana pulak kalau dah pecah rahsia? Masa tu kau rasa hati perempuan tu terjaga sangat ke? Pastu bila dah kantoi tu ingat tak gaduh lah? Lagilah gaduh weh. Hah pastu mulalah tergagap-gagap bagi alasan yang no.1 kat atas tu. What the fish.
4. Habit.
Amat malang sekali kalau kita hidup bertemankan lelaki yang macam ni. Serius malang babe. Kalau menipu pun sampai boleh jadi habit / hobi dia apa lagi tafsiran yang boleh bagi? Tak ke malang tu? Sikit-sikit nak menipu. Balik lambat nak menipu, keluar makan dengan kawan lama nak menipu, pergi interview nak menipu, lokasi kat sini tapi cakap kat situ. Motif? Saya confirm dia akan patah balik pergi ke alasan no.3 tu. Percayalah. Tapi kenapa mesti nak menipu eh? Memang semua tu nampak macam benda kecik tapi daripada benda kecik tu lah boleh jadi masalah besar lagi-lagi bila pasangan tu dapat tahu yang korang sebenarnya menipu. Itu pun tak boleh fikir ke?
5. Pernah ditipu.
Sekali lagi perempuan akan menjadi mangsa untuk mereka menutup kesalahan sendiri.
'Jah, abang dulu penah ditipu dan sebab tu lah abg berdendam dgn pompuan! Dan abg mntk maaf sbb Jah yg menjadi mangsa.'
Yang ni memang tak dinafikan orang perempuan pun ada. Motif? Of course lah dendam tapi kesian sebab orang lain yang jadi mangsa. Point yang ni saya tak tahu nak huraikan macam mana sebab yang ni so general.
Adalah diingatkan bahawasanya tak semua lelaki macam kat atas ni. Tapi most of them kot. Soalan kenapa tu memang kita boleh tanya kat diorang tapi tak tahulah diorang boleh jawab ke tak. Kalau diorang jawab pun saya rasa jawapan no.3 adalah yang paling laku. Lelaki oh lelaki. Bosanlah.