Baru-baru ni ada sesuatu yang berlaku pada mak dan abah. Kat sini ingin saya menyeru kepada pakcik makcik supaya berhati-hatilah walau di mana jua pakcik makcik berada. Kerana sesungguhnya bahaya itu berada di mana-mana. Apabila bahaya sudah datang maka malanglah nasib pakcik makcik kelak dek kerana terleka dengan permainan manusia yang hati perutnya letak di lutut. Eh tetiba?
Ada lah 3 orang lelaki ni jumpa abah dan mak saya dan pujuk diorang kononnya nak sewa tapak kebun untuk dirikan pencawang. Yang peliknya sorang tu cakap macam tu. Yang sorang lagi pulak cakap nak tumpang letak kontena. Tak ke pelik? Itu satu hal lah. Yang kedua peliknya tu 'ai beso pulak laman umah aku korang nak letak kontena?' Nampak sangat membongak!
Tapi biasalah orang tua. Senang dipujuk apa lagi bila dijanjikan dengan wang yang kononnya bolehlah menambah pendapatan serba sikit kan. Tapi tanpa apa-apa perjanjian hitam putih biru merah kuning, tanpa sebarang uniform atau kenderaan syarikat dan lain-lain, ternyata telah menimbulkan keraguan yang munasabah di fikiran mak dan abah sejurus diorang beredar. Tetapi malangnya mak abah dah terbagi nombor akaun bank!
Maka berdesup lah mereka berdua pergi ke bank untuk menamatkan riwayat akaun bank tersebut dan duit mak telah berjaya diselamatkan. Pelik ketiga pulak mungkin diorang tak sempat songlap duit tu sebab mak dah tutup akaun tapi diorang boleh lagi telefon rumah tanya nombor akaun ASB? Tak ke pelik? Apahal korang nak ASB mak aku? Nak tolong topup tiap-tiap bulan ke? Pastu dividen ujung tahun boleh share gitu? Vangang! Diorang ingat kita vangang macam diorang ke? Mak saya pun tak layanlah dan diorang terus letak telefon. Mungkin diorang tahu tembelang diorang dah pecah.
Maka saya sebagai anak yang bekerja di Putrajaya terpaksalah pergi ke Bahagian Pencen, JPA untuk menukar nombor akaun mak dan abah yang baru sebab kalau tak nanti diorang tak dapat duit pencen bulanan. Hai lah emak, hai lah abah. Janganlah terpedaya lagi dengan syaitan seperti ini.
Dengan itu sekali lagi saya ingin membuat seruan supaya pakcik makcik lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak menerima nasib yang sama seperti cerita di atas. Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment