Sebelum ni saya dah lama tak dengar radio dalam kereta. Baik pergi kerja dan balik kerja sebab radio rosak. Hoh! Tapi sejak dah okay ni saya selalu dengar Hot.fm masa on the way ke Putrajaya. Paling best sebab time tu mesti akan dengar Panggilan Hangit, Top5 AmKrew dan macam-macam lagilah.
Topik pagi ni memang best sebab diorang cerita pasal klise dalam drama. Maksudnya diorang nak pendengar bagi pendapat apa babak atau adegan yang selalu sangat ada dalam drama atau filem tapi sangat tak logik dengan hakikat sebenarnya. Apa yang saya sempat dengar tadi ada yang cakap selalu kalau gaduh ke nak lari dari rumah ke mesti akan packing baju kan? Tapi mesti akan tunjuk si pelakon tu cuma ambik baju dan seluar je. Yang kecik-kecik tak bawak ke? Hahaha. Lepas tu kalau ada adegan bawak beg nampak sangat beg tu ringan macam takde isi. Bukan main lagi senang nak angkat guna jari telunjuk pun boleh. Tak kira lagi adegan minum air dalam mug tapi nampak sangat mug tu ringan kosong takde air. Lepas tu adegan kena kejar hantu ke penjahat ke. Bila masuk kereta nak start enjin mesti kunci kereta jatuh kat bawah pastu bila nak start kereta enjin tak hidup. Klise kan? Macam-macam lagilah yang orang bagi pendapat dan saya percaya 100% penonton akan bersetuju dengan klise-klise yang diberikan.
Pada diorang atau pun pembikin drama / filem tu sendiri mungkin diorang anggap benda tu benda kecik je. Alah benda remeh yang takkan mungkin penonton nampak, nak ambik kisah dan peduli. Tapi itulah kesilapan cara kita berfikir. Sebab daripada hal yang kecik dan remeh temeh tu lah boleh jadi besar dan mendatangkan masalah pada kita satu hari nanti. Sebab tu saya selalu berpesan jangan biarkan diri kita terbiasa buat kesilapan yang kecik-kecik tu sebab bila dah immune, nak buat salah besar pun takde rasa bersalah. Yelah sebab dah seronok buat salah kecik kan? Eh macam lari tajuk je. -_-
Haih siapalah saya nak cakap pasal drama dan filem. Takde kelayakan apa pun. Tapi saya bercakap sebagai seorang penonton. Macam tu jugak dengan pendengar Hot.fm yang bagi pendapat tadi tu. Nak buat cerita biarlah masuk dek akal. Biarlah logik walaupun semua tu cuma rekaan semata-mata. Sebab diorang bukan buat cerita dongeng ke kartun ke apa. Diorang menggunakan manusia sebagai tenaga kerja. Yang bernyawa dan boleh berfikir. So tindakan dan perbuatan pun biarlah waras dan logik seiring dengan hakikat yang kita ni manusia. Kelas memandu sangat ayat kau~
0 comments:
Post a Comment