Nuffnang Ads

Tuesday, July 24, 2012

Apa saja utk dakcik.

Tetiba rasa sonok nak cite pasal breastfeeding. Heeee bukan nak eksen eh tapi sebab nak kongsi macam mana saya menjayakan misi ni sampai sekarang. Bukan senang tau. Tapi senang gak sebenarnya kalau faham konsep dan cara.

Daripada sudut ekonomi memang susu badan ni sangat menjimatkan. Sebab tak payah nak beli susu formula kan? Bila baby nak sumbat je ehem-ehem. Tak susah hati nak fikir duit takde bila tengah bulan bila tengok susu dah nak habis. Tak payah susah-susah nak bancuh air panas ke bangun tengah malam pergi dapur ke apa. Lepas tu tak perlu risau takde stok kat kedai sebab susu badan takde dijual di mana-mana pusat membeli belah mahupun di kedai DIY. Okay ayat macam vangang kan?

Tapi jangan ingat fully breastfeed ni takde modal langsung. Ada jugak modalnya tapi taklah banyak mana kalau nak dikira dalam tempoh jangka masa panjang. Bagi yang mampu nak beli pump elektrik, double pump plak tu kira bertuah sangatlah sebab dapat jimat masa dan tenaga. Mana yang kurang berkemampuan tu dapat pakai yang manual atau bateri pun dah Alhamdulillah. Yang penting kuantiti susu yang terhasil dan sejauh mana kita berusaha untuk memperbanyakkan stok sebab kalau pump beribu pun tapi kalau tak konsisten dan tak jaga pemakanan still gak useless. Tapi keluar duit pun sekali tu masa nak beli jelah. Unless kalau rosak ke apa.

Okay selain daripada modal nak beli pump tu ada jugak benda-benda lain. Contoh tempat nak simpan susu tu sendiri contohnya botol, storage bag dan lain-lain. Saya menggunakan kaedah penjimatan yang paling minimum rasanya iaitu menggunakan bekas dadih yang kecik tu dan sekarang saya guna plastik aiskrim yang dulu-dulu kita suka beli kat kedai rasa milo, jagung, sirap, anggur. Tapi yang ni dah nampak macam aiskrim horlicks. Dan saya lagi suka guna plastik aiskrim ni sebab memang sangat jimat daripada segi kos beli, lepas tu jimat ruang sangat-sangat dalam peti ais tu dan nak bawak balik kampung pun senang sebab guna box coleman kecik tu je pun dah muat. Kalau guna bekas dadih tu nah amik kau terpaksa guna box gabus putih besar yang kaki pancing selalu guna nak buh ikan tu. Dan disebabkan tu jugaklah dah bape minggu kitorang balik kampung naik motor je sebab dah tak risau pasal space. Yahoo.com!

Tempat penyimpanan pun satu hal jugak kalau nak fully breastfeed ni. Sebab macam yang saya cakap tadilah. Kalau dah banyak sangat memang tak muat nak buh kat tempat beku tu. Jadi ada yang sampai kena beli deep freezer macam peti ais aiskrim yang kat kedai tu. Nak guna peti ais biasa yang satu pintu tu pun boleh tapi susu tak tahan lama sangat dan kena habiskan cepat. Paling-paling pun kena guna peti ais yang dua pintu. Jadi kat situ jelah modalnya pun tapi berbaloi sebab untuk jangka masa panjang. Apa saja untuk dakcik kan?


0 comments: