Siapa yang tak pernah dengar peribahasa 'Umpama ketam mengajar anaknya berjalan'? Siapa tak pernah dengar tu maknanya dia tak belajar Bahasa Melayu kat sekolah. Nampak benor nipunye~
Apakah maksud peribahasa tu? Maksudnya ialah orang yang cuba untuk mengajar atau membetulkan kesilapan orang lain tapi diri sendiri pun melakukan kesilapan jugak. Ataupun ayat sound directnya adalah 'cakap tak serupa bikin'. Situasi mak ketam ni kita boleh jumpa kat mana-mana je. Tak kira kat pejabat, kat sekolah, kat kedai makan, kat perhentian bas, kat shopping complex dan blablablabla. Maknanya kat sini tak kira kat mana-mana pun kita bole jumpa mak ketam ni lah.
Saya ada banyak sangat contoh tapi agak bahaya untuk diceritakan kat sini. Sebab boleh mengundang huru-hara di sinun. Dimanakah di sinun tersebut? Ahaaa biar saya je yang tahu. Senang cerita bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin. Kita mahu pemimpin yang dihormati bukan pemimpin yang dibenci. Pemimpin yang dihormati itu sangat susah nak ditemui tapi pemimpin yang ditakuti dan dibenci sangatlah ramai. Saya selalu berpegang pada kata-kata 'kita nak orang hormat kat kita, bukan takut dengan kita..' Apalah gunanya kalau orang jalan tunduk depan kita sebab takutkan kita dan bukan tunduk kerana hormatkan kita?
Tak best pun jadi mak ketam ni. Bila depan ikan jerung kita bolehlah berlagak baik tapi bila depan ikan bilis kita tunjuk kuasa tak bertempat. Sendiri buat onar tapi nak suruh orang ikut arahan. Siapa yang nak? Lagi kena kutuk adalah kot. Banyak sangat cerita dan kisahnya. Tapi siapalah saya si ikan bilis yang sekadar di pinggiran. Blerghhhh~
0 comments:
Post a Comment