Nuffnang Ads

Thursday, September 8, 2011

Sedapnya Kalau Dapat Makan

Saya suka tengok blog-blog makanan yang ada kat sebelah kanan blog saya ni. Mata saya mesti cepat tangkap kalau diorang ada post entry baru sebab gambar-gambar yang diorang letak tu memang cukup menarik perhatian mata saya.

Lagi-lagi kalau diorang letak gambar agar-agar ke puding ke. Memang meruntun kalbu sangat rasanya. Jiwa saya memang akan lemah kalau berhadapan dengan makanan spesis agar-agar atau puding ni. Sangat-sangatlah menjadi kegemaran daripada dulu sampai sekarang. Tak pernah pun saya jemu nak makan diorang tu semua. 

Tapi sebenarnya kadang-kadang jadi tak suka sebab saya boleh tengok je. Yelah dapat tengok gambar je kat blog tu. Kalau nak buat sendiri ohhh betapa rajinnya diri ini kan? Kalau agar-agar tu saya okay lagi tapi kalau dah namanya puding saya lagilah terror. Terror makan. Saya akan stress kalau tengok resipi yang panjang berjela lepas tu bahan dia benda-benda yang pelik-pelik atau entah guna nama apa. Makanya saya akan tenung gambar tu untuk lepaskan perasaan teringin lepas tu close page terus. Hahaha buruknya perangai orang yang cepat give up ni.

Dah terlalu banyak sebenarnya owner-owner blog tu menyeksa jiwa raga saya dengan gambar-gambar makanan diorang. Rasa macam nak contact diorang dan mintak tolong diorang buatkan untuk saya. Serius terseksa sangat rasanya bila teringin nak makan tapi tak dapat. Lepas tu dapat tengok je. Stress sekejap~

Pondan Istimewa?

Wujud ke istilah atau perumpamaan 'pondan istimewa'? Tak kiralah sama ada kita buat pembedahan jantina atau tidak. Atau sekadar makan pil hormon untuk pertumbuhan satu-satu anggota badan. Tapi daripada mana datangnya istilah 'pondan istimewa' tu?

Bukan kita tak cuba untuk memberi peluang pada golongan seperti ini tapi kadang-kadang tindakan atau perlakuan melampau diorang tu yang buat kita sendiri rasa menyampah atau meluat. Kita juga tak berhak untuk menilai perilaku atau taraf mereka di sisi Allah tapi apa yang sudah nyata dan jelas tetap satu hakikat. Ianya tetap haram. Tetap berdosa.

Kita bukan tinggal di negara-negara barat yang ada sesetengahnya menghalalkan perhubungan dan pernikahan sesama jenis. Tapi kita tinggal di negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam. Majoritinya adalah Melayu yang beragama Islam. Istimewa atau tidak, ada kelebihan atau tidak, kenyataannya tetap tidak berubah. Hukum yang ada bukan boleh dipinda sesuka hati.

Tak kasihankah pada keluarga yang membesarkan kita? Memang kita mungkin takkan faham apa yang mereka rasa dan tanggung tapi apa yang berlaku sudah terlalu jelas dan mesti dihalang segera apa lagi bila masing-masing bersikap selamba seolah-olah perbuatan tu tak berdosa. Kenyataan 'mahu hidup bahagia bersama' dikeluarkan seolah-olah mereka itu satu pasangan normal lelaki dan perempuan. Seolah-olah kita semua seperti tak memahami keadaan dan perasaan mereka. Seolah-olah kita pula yang berdosa besar kerana menghalang hubungan 'percintaan' mereka. 

Dunia sekarang memang sudah kita tidak tahu mana hujung mana pangkal. Mana perempuan mana lelaki. Mana pahala mana dosa. Mana halal mana haram. Kita bukan menghukum begitu saja tapi penilaiannya adalah pada satu perkara yang jelas. Bukan pada khabar angin atau fatwa yang direka sesuka hati.

Selamat Hari Lahir

Genap 28 tahun yang lepas mak saya bersusah payah melahirkan saya ke dunia ni. Genap 28 tahun yang lepas saya berjaya melihat dunia walaupun yang saya tahu masa tu cuma menangis.

Hari ni 8 September 2011. Selamat hari lahir kepada saya. Walaupun cuma sendirian di malam hari lahir tapi panggilan yang saya terima tepat jam 12.00 tengah malam tadi sudah cukup membuatkan lena saya ditemani senyum sepanjang malam. Nyanyian dan ucapan daripada dia benar-benar menenangkan hati.

Terima kasih kepada emak sebab berjaya mengeluarkan saya daripada perutnya. Sakitnya mungkin hanya Allah yang tahu. Lepas tu dapat pulak anak yang degil mesti emak saya bengang, stress, tension dan sakit hati. Tapi takpe sebab sekarang saya dah besar dah pun. Terima kasih emak sebab sabar melayan karenah anak degil selama 28 tahun ini.

Selamat hari lahir sekali lagi kepada diri sendiri. Saya bersyukur kerana dipanjangkan usia dan diberikan peluang untuk merasa nikmat pertambahan usia di setiap tahun yang berlainan. Semoga nikmat itu tak akan terhenti. Alhamdulillah~

Wednesday, September 7, 2011

Beratnya Kg Saya

Berat saya sudah 54.4kg. Itu adalah berat yang paling berat yang pernah saya alami sepanjang hidup selama 28 tahun ni. Rekod sebelum ni cuma 52kg sahaja itu pun 12 tahun dulu masa saya sekolah menengah. Gara-gara junior diwajibkan makan tak boleh skip walau sekali pun. Tapi bila dah jadi senior saya kurus balik.

Gembira ke tak? Tak gembira pun! Sebab berat naik sangat mendadak dan akhirnya telah mengakibatkan saya diwajibkan minum air gula. Salah saya ke kalau berat saya naik? Kita kan baru lepas hari raya. Takkan mungkin saya tengok je ketupat, ayam masak kicap, ayam masak merah dan makanan-makanan lain tu. Apatah lagi saya baru je nak ada selera makan macam asal balik. Mustahil saya nak biarkan je orang lain makan lepas tu saya tengok sambil ngences. Oh tidakkk kerana sesungguhnya perut saya akan berada di dalam kerugian~

Sekarang ni dah duduk rumah sendiri. Peti ais saya bagaikan 7Eleven. Macam perut Doraemon. Saya suka sebab ada aiskrim, ada coco crunch, ada biskut, ada nata de coco, ada nugget, ada chicken ball, ada daging burger. Lagipun haruslah saya kena standby makanan sebab bila duduk sorang saya tak nak dah keluar rumah bila dah balik daripada kerja. Kalau saya tinggal sorang memang semua makanan tu akan bertahan lama contohnya macam sekarang ni. Tapi nanti kalau dia dah balik daripada outstation mesti saya stress dan rasa macam nak sorokkan semua makanan tu sebab nanti mesti berebut. Huhu nanti macam anak buah saya Amani cakap 'cikno ni kudukut la!'.


Senang hati sebab tu semuanya saya nak makan. Berat naik pun takpe sebab itu lebih baik daripada susah hati sampai tak makan kan?

Check Up

Saya baru saja pulang dari Klinik Kesihatan. Rutin check up setiap bulan harus diikuti walaupun sebenarnya saya dah terlebih 2 hari daripada tarikh sebenar. Saya lupa nak check buku pink tu. Sepatutnya jugak saya kena minum air gula hari ni tapi diorang tak cakap pun kena puasa daripada malam tadi. Saya dengan rasa best dan bersemangat dah pun sedap makan nasi goreng buatan jari jemari sendiri beserta satu mug susu coklat Anmum pagi tadi. Jadinya minum air gula terpaksa ditunda ke next check up.

Pertama kali ke Klinik itu. Saya kena tukar klinik sebab dah pindah rumah jadi kenalah pergi ke klinik yang terdekat. Ramainya orang. Alamak takde privacy betul macam klinik lama. Kanak-kanak berkeliaran bagaikan tiada pedoman dan hala tuju. Aku stress sekejap~ Tapi seronok bila tengok perangai diorang. Okay baby boleh ikut kecomelan mereka tu tapi yang nakal-nakal tu jangan ikut tau~

Agak lama Sister tu mengomel blablabla dengan saya. Dengarkan jelah segala maklumat yang dia bagi. Sebelum tu saya dapat dengar degup jantung baby. Laju macam tengah main lumba lari. Cargas baby mummy~ Tapi tiba-tiba jadi macam nak tutup telinga dengan helmet bila dia cakap saya kena ambik injection kancing gigi. Dahlah tu bukan sekali tapi dua kali. Hari ni dan next check up. Sebenarnya saya takde pun mengalami sindrom ketakutan untuk ke hospital atau ke klinik tapi saya akan jadi macam tertelan putik durian bila dengar saya nak kena inject atau ambik darah atau masuk air. Apa saja yang melibatkan jarum lepas tu kena cucuk tang sana cucuk tang sini memang saya akan buat muka spastic konon nak mintak belas kasihan tapi sudahnya 'kau jangan haraplah farz!'

Memang pun saya nak nangis bila keluar daripada bilik suntikan tu tapi saya kan cemerlang. Control baek punya. Mungkin sebab saya pergi sorang-sorang. Kalau saya pergi dengan dia, nescaya air mata gedik, mengada-ngada dan nak mintak simpati akan mengalir bagaikan shower di bilik air hotel 5 bintang. Mengarut~ Hasilnya tangan kiri saya lenguh dan mengalami sengal-sengal akibat daripada suntikan kancing gigi tu. Terima kasih makcik Jururawat Masyarakat (saya baca kat name tag dia).

Tuesday, September 6, 2011

Hishhhhhhh...

Kenapa saya rasa macam tak suka dengan keadaan diri saya sekarang ni. Saya tak suka dengan rambut pendek saya sebenarnya. Kenapalah rambut saya ni jenis yang lambat nak panjang. Dah 3 bulan tapi dok gitu gak. Saya rindu rambut panjang saya. Kalaulah tak disebabkan rambut saya dah rosak memang taklah saya nak rambut pendek. Terpaksa je potong sebab nak bela elok-elok balik.

Lepas tu kadang-kadang rasa macam tertekan je bila tengok orang boleh pakai seluar jeans. Eh boleh macam tu eh? Boleh lah. Sebab pakaian saya semua dah limited sekarang ni. Asyik pakai seluar tu je. Pakai ketat sikit kat pinggang mulalah rasa macam tak cukup nafas. Semuanya serba tak kena. Makan sikit dan senak. Jalan sikit dah semput. Rasa macam pergi kerja pun nak pakai kain batik je. Stress sangat kalau teringatkan pasal outfit ni. Semuanya jadi terhad. Tension sangat rasanya bila nak keluar dating lepas tu tak tahu nak pakai baju apa. Huwaaaaaa~ Sekarang ni nak pergi kerja pun saya dah agak susah hati sebab kain baju kurung semua dah ketat. Pakailah atas perut sampai kain senteng sekali pun saya tetap sesak nafas. Satu kerja dah kena cari jubah atau dress. Adessss~

Sungguh saya risaukan baju-baju, seluar-seluar dan dress-dress saya. Macam mana kalau nanti saya dah tak muat nak pakai seluar-seluar tu semua? Macam mana? Macam mana? Macam mana? Tapi saya tahu dia tak akan membiarkan keadaan tu berlaku. Kita dah survey Pusat Sukan milik Lee Chong Wei yang jaraknya tersangatlah dekat dengan rumah kitorang. 10 minit je dah sampai. Dia dah cakap saya kena masuk gym jugak lepas bersalin nanti. Hishhh kenapalah aku selalu dipaksa. Padahal saya tak gemok pun. Perut je makin muncet tapi badan gitu gak.

4 bulan je lagi. Rasa macam tak sabar nak tengok baby saya. Macam manalah rupa dia agaknya nanti. Ikut saya ke ikut dia. Jantina pun tak tahu lagi. Dia cakap nak suprise tapi saya kata tak nak. Saya tak kira. Saya nak tengok gak jantina dia. Anak pertama ni saya tak nak suprise. Sebab saya tak sabar nak pilih baju baby. Kalau dah tau jantina ni memang siaplah lagi-lagi kalau baby girl. Saya akan grooming dia habis-habisan.

Saya ni nampak macam merungut ke? Ehhh mana ada. Saya excited ni tau. Yahoo.com.

Sahabat Sampai Mati

Mana mungkin saya berasa jemu untuk bercerita tentang dia. Tentang seorang sahabat. Walaupun hakikatnya dia sudah pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya. Dia yang akan saya kenang hingga akhir nafas saya. Dia yang akan saya sayang walau sampai menutup mata.

Noorzaihan Ishak. Itulah nama seorang insan yang mendiami hati saya sebagai seorang sahabat terbaik dunia dan akhirat. Seorang sahabat yang tak pernah saya putus untuk saling berhubung dalam sehari walau hanya sekadar 'An..An..An..' atau 'Oit' di dalam sms. Kalau tak bercakap di dalam telefon lebih daripada sehari kami akan saling tuduh menuduh kononnya masing-masing dah tak ingat kawan, dah tak rindu dan dah tak sayang. Sahabat yang akan saya cari setiap kali saya susah hati, sedih, nak menangis mahupun happy. Dialah walking diary saya.

Sehari sebelum dia pergi saya cuma ber sms mengadu tentang kesedihan saya. Agak pelik bila di dalam setiap sms dia hanya menasihati saya. Tak seperti selalu yang akan melayan je kegilaan, kesedihan dan kemarahan saya. Dia nasihatkan saya supaya jangan sedih-sedih selalu nanti kesian kat baby. Dia nasihatkan saya supaya jangan suka fikir yang bukan-bukan. Saya agak merajuk dengan dia waktu tu sebab rasa macam dia tak backing saya. Macam dia tak sayang saya. Sehari sebelum tu saya sempat berborak agak lama dengan dia. Dia asyik bagitahu yang dia mengantuk tak cukup tidur. Tapi waktu tu dia happy cerita husband dia balik Penang suprisekan dia, cerita pasal tak sabar nak anak ramai, cerita buat kuih raya banyak, baju raya ada 4-5 pasang. Semua tu saya dengar macam biasa. Kita saling mendengar cerita masing-masing.

Sejam dua sebelum kejadian saya betul-betul teringatkan dia. Hati saya tiba-tiba berdetik nama dia. Fikir saya waktu tu mungkin dia sudah sampai ke Kuala Lumpur untuk beraya pertama kali dengan keluarga mertua. Niat di hati memang nak telefon tapi saya tangguhkan sebab dah malam dan tak nak mengganggu. Tapi siapa sangka waktu saya terkenangkan dia tu adalah waktu-waktu terakhir hayatnya sebelum dia pergi meninggalkan saya.

Apa yang saya tak kenang pada dirinya. Segala jasa, budi, pertolongan, kata-kata dan nasihat dia akan saya kenang sampai hujung nafas saya. Hilang sudah tempat mengadu suka duka saya. Saya tak tahu nak telefon siapa bila saya bosan di ofis. Saya tak tahu nak berborak dengan siapa bila bosan kat rumah sorang-sorang kena tinggal outstation. Saya tak tahu nak telefon siapa bila saya sedih menangis bila dia cakap dia kena pergi kerja jauh-jauh.

An, kalaulah kau tahu macam mana aku rindu kat kau. Kita betul-betul kawan, teman dan sahabat sampai mati.

Selamat Hari Raya

Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Walaupun dah seminggu beraya tapi saya tak punya kesempatan untuk berada di sini. 4 hari pertama di bulan Syawal memang dipenuhi dengan jadual beraya ke sana sini sinun. Itulah rutin keluarga saya setiap tahun. Masuk hari kelima semua sudah flat dan cuma tahu tidur je kat rumah. Sama macam saya dan dia.

Memang berbeza rasanya bila sudah berdua lagi-lagi di bulan puasa. Walaupun kebanyakan waktunya saya lebih banyak berbuka dan bersahur sendirian. Segala-galanya pertama kali. Lebih-lebih lagi bila sudah di rumah sendiri. Semuanya mesti diuruskan bersama. Berbuka sama bersahur sama. Tapi beli baju raya je saya sorang-sorang sebab dia takde pergi Sabah Sarawak masa tu. Frust tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam nak menangis walaupun sebenarnya memang dah menangis dah pun. Stress bila jalan sikit nak pitam. Jalan sikit kelam kabut cari tempat duduk sebab rasa macam nak tergolek. Sedih sebab takde tangan nak dipegang, takde lengan nak dipaut, takde bahu nak dilanding.

Bila raya pun rasa lain. Tiba-tiba kena gosok baju Melayu. Eleh gedik macamlah tak pernah gosok baju Melayu abah dengan adik-adik. Lepas tu kena siapkan dia, jaga makan minum dia di hari raya itu. Rasa macam pelik je. Semuanya kena fikirkan dua. Bukan lagi satu atau sorang-sorang macam sebelum ni. Bila keluar beraya lagi seronok sebab saya dah tak payah drive lagi. Yahoo.com! Sekarang saya duduk kat sebelah je sambil mulut pot pet pot pet cerita lepas ni kena pergi rumah wak tu wak ni paman tu bibik ni. Dia cakap budaya dan amalan tu dah lama dia tak rasa. Dah lama tak diamalkan on his side. Tapi rasa kesian sangat bila sampai rumah-rumah tu dia cuma keras je sebab tak faham orang cakap jawa. Nak buat macam mana. Saya tak bersalah. Jadinya dalam sesetengah keadaan terpaksalah saya sentiasa berkepit dengan dia sebab takut dia bosan.

Tiba-tiba rasa seronok. Raya berdua tapi sebenarnya bertiga. Saya buruk di hari raya sebab rasa macam dah gemok dengan perut yang muncet. Tapi saya tetap happy. Walaupun hari ni saya tengah sedih sebenarnya sebab semalam kena tinggal lagi. Baru masuk kerja dah kena outstation lagi. Nak beraya nak jalan-jalan pun tak boleh. Tapi walau apa saja perasaan yang ada untuk Aidilfitri 2011 ni, semoga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan kepada kita semua.

Kehilangan Abadi II

Pagi 29 Ogos 2011. Telefon saya tak berhenti berbunyi. Rasa macam nak marah adik saya tu kejap-kejap call tanya bila nak baliklah, tanya nak beli tudunglah. Sampailah panggilan seterusnya saya tak boleh nak marah lagi sebab dia bagitahu makcik saya iaitu adik mak saya telah meninggal dunia. Kehilangan sekali lagi.

Makcik saya meninggal dunia kerana dijangkiti kuman di paru-paru. Berada di hospital Seremban sejak seminggu sebelum puasa lagi. Kali terakhir saya berjumpa dia sewaktu 9 Julai 2011 masa saya singgah rumah dia di Mantin, Negeri Sembilan sebelum pergi bercuti ke Port Dickson. Itulah kali terakhir dia memasak untuk saya malah untuk keluarganya juga dek kerana kesihatan yang tak mengizinkan. Itu pun di atas permintaan saya yang teringinkan daging masak lemak cili api masakan dia. Masa tu dia ada bercerita yang penyakit batuknya dah terlalu lama dan masih tak sembuh-sembuh. Tapi kita tak pernah sangka penyakit tu semakin melarat dan akhirnya dia pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Hilanglah seorang makcik saya daripada belah emak. Kalau tak semuanya masih sihat lagi. Tapi ajal dan maut tak pernah kita tahu dan sangka waktu dan ketikanya. Makcik yang tak pernah sakit sepanjang usianya pergi dulu daripada kami. Raya ketiga hari tu seperti biasa saya dan keluarga tetap berkunjung ke Mantin tapi suasananya tak seperti tahun-tahun sebelum ni. Tiada sambutan dan tiada kuih raya. Tiada lagi kuih dahlia, kuih gunting dan masak lemak cili api buatan dia. Semoga dia juga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin~ 

Kehilangan Abadi I

Bukan mudah sebenarnya untuk menerima sebuah kehilangan. Kehilangan kekal. Kehilangan abadi. Kehilangan yang ditangisi. Ini bukan patah yang akan tumbuh. Hilangnya juga takkan berganti. Sehingga hari ini saya masih menangisi kehilangan itu.

Masih ingatkan cerita saya tentang Dugaan & Sahabat? Sahabat yang saya sanjung kerana dia adalah sebenar-benar sahabat. Sahabat yang tak pernah bosan dan jemu untuk sentiasa berada di sisi saya. Walaupun dia jauh di Penang dan saya di Kuala Lumpur.

Tarikh 28 Ogos 2011 tak akan saya lupakan. Seawal 6.00 pagi saya menerima panggilan daripada kawan baik saya Know. Memaklumkan satu berita yang cukup mengubah kehidupan saya. Berita yang cukup membuatkan jantung saya serasa akan berhenti. Berita yang segera membuatkan air mata saya tumpah. Saya kehilangan dia. Saya kehilangan dia untuk selama-lamanya. Suara saya sudah cukup mengejutkan lena Sayang. Terpinga-pinga, terkejut dan terpana dengan apa yang baru saja didengar.

Terlalu banyak kalau nak saya huraikan di sini. Cerita yang berlaku. Apa yang terjadi. Tapi saya sudah tidak mampu untuk mengulang cerita. Berita kemalangan beliau jelas terpampang di beberapa suratkhabar. Kerana sayang dan tidak mahu ralat, saya jejak pemergian beliau ke Penang. Perjalanan sepanjang hari bagaikan tak terasa. Tiada rasa penat dan letih. Keadaan saya agak bingung dan macam tak percaya. Saya cuma mampu termenung dan kadang-kadang menangis di sepanjang perjalanan. Mujur dia memahami dan sentiasa memujuk.

Saya tak tahu bagaimana rasanya bila dia tiada lagi. Tiada dan pergi untuk selama-lamanya. Masih terbayang-bayang di mata saya saat jasadnya disemadikan. Lemah rasanya diri ini mengenangkan saya sudah kehilangan dia. Air mata yang mengalir waktu itu memang tak mampu saya tahan. Membayangkan dia pergi membawa 1001 rahsia dan kisah hidup saya. Apa lagi mengenangkan tarikh pemergian dia adalah tarikh genap 3 bulan hari pernikahan dia dan suami. Dalam kepayahan yang saya sendiri tak tahu bila akan hilang, saya terpaksa merelakan segalanya. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang solehah. Amin~