Nuffnang Ads

Showing posts with label Kisah Duka. Show all posts
Showing posts with label Kisah Duka. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Cancel Last Minute

Pagi td baca suratkhabar. Dia tulis ada seorang lelaki ni batalkan majlis kahwin dia di saat2 akhir. Huh! Hinanya rasa bila aku tgk cite tu. Hina pd lelaki tu. Tak bertanggungjawab. Takde otak. Takde akal. Knp aku emo? Sbb cerita aku dgn perempuan tu sama. Cuma aku bkn di saat2 akhir. Aku lbh bernasib baik mungkin. Bernasib baik kerana takdir menyebelahi. Benar. Aku menganggap ini adalah takdir yg baik. Kerana Allah menyayangi aku. Memberikan kesedaran kpd diri agak tidak terus diperbodohkan lg. Memberikan peluang utk memiliki yg terbaik. Dan dimiliki oleh insan yg lbh baik. Hoyeh~

Suratkhabar tu tulis lg. Perempuan tu tak kuar bilik selama 3 hari. Kalau kuar pun time rumah takde org atau bila sume org dah tido time lewat mlm. Kesian. Sgt kesian. Malu yg ditanggung pasti akan diingat dan dikenang sampai akhir hayat. Kerugian duit dan persiapan mungkin soal yg kedua. Tp hati dan perasaan yg hancur dan kecewa lbh pedih lg dia rasa. Sedangkan org yg putus cinta,putus tunang pun dah sedih dan kecewa yg amat sgt. Apa lg kalau cancel kahwin. Last minute plak tu. Kejamnya lelaki yg buat perangai mcmni. Mana la peginya akal dorg. Perbezaan antara kita adalah kamu punya 9 akal dan 1 nafsu. Kami pula punya 9 nafsu dan 1 akal. Tp hairannya aku rasa bila kamu langsung tak menggunakan walau 1 pun drpd 9 akal yg ada. Tp kalau nafsu yg 1 tu tak perlukan akal pun kamu tahu mcmana nak guna. Dasar kah? Mungkin agak kasar tp itu hakikat. Mungkin hakikat itu tak merangkumi kesemuanya. Tp kebanyakannya. Huhuhu aku pasti ramai perempuan yg bersetuju.

Mmg mungkin kita perlu mendengar drpd pihak lelaki jgk. Tp dlm tu dah terang2 ckp yg dia tipu psl sijil kursus pra-perkahwinan dia. Palsu semata2. Kalau benda penting mcmtu pun bole tipu,amik mudah dan tak amik berat lngsung mcmana nak kahwin? Dan apa gunanya nak kahwin dgn lelaki mcmtu? Blum apa2 lg dah tunjuk perangai tak baik. Tu soal tipu dan tak bertanggungjawab. Blum lg soal lelaki yg kaki perempuan,tak cukup dgn sorg,perasan bagus konon hensem sgt. Ego tak bertempat dan tak bole kena tegur. Kalau nak cite perangai manusia ni sampai kiamat pun tak abis. Tp kalau ye pun jgnla kejam sgt jd manusia tu. Fikirlah perasaan org lain jgk. Perempuan ni bkn anak ayam nak diambil dan dibuang sesuka hati. Cuba kalau situasi ni jd pd ahli keluarga sndr? Jd kat adik perempuan kita ke kakak kita ke? Confirm bengang tak hengat pastu konon nak tunjuk terror tp takdela hero sgt pun sbb perangai sndr pun 2x5 jgk. Haihhh niela dunia.

Tindakan apa agaknya yg akan mereka ambil slps ni ye? Kalau ikut sejarah2 dulu yg aku baca dlm suratkhabar la kan. Confirm kena saman punya. Dah bape byk kes cancel kahwin last minute ni kuar kat suratkhabar Malaysia ni. Semuanya naik mahkamah. Saman malu la,saman rugi la. Cancel kahwin kena saman,putus tunang pun kena saman. Kalau ikutkan hati aku ni,mmg aku nak buat jgk hari tu. Ada je kwn yg bole carikan lawyer. Kwn aku pun ada jgk lawyer. Tp aku kesian. Sbb aku tau nnt ada org terpaksa bergolok bergadai plak nak bayar court. Ooppss sorry! End~

Thursday, October 8, 2009

Sakit

Sakit kepala! Mcmtu la aku nak gambarkan mcmana sakitnya kepala aku sejak akhir2 ni. Ntah knp. Makin hari makin teruk. Dahla asyik kena marah konon aku ni suka fikir mslh la asyik nangis la apa la. Bape hari lps sakit kepala makin teruk bila time aku nak blk keje. Agak risau sbb aku nak drive. Bertahan selagi bole! Walaupun bwk keta mcm hape je time tu. Mmg berdenyut2 n berpusing gile. Berpinar je mata ni. Apa yg aku pelik bila aku cuba fokus utk hilangkan sakit ni mesti mata aku bergenang. Lps tu aku menangis. Knp ye? Stp kali aku diam dan cuba kawal rasa sakit ni mcmtu yg jd. Air mata mengalir. Hati rasa sayu sgt. Aku pasti aku tau knp tp aku cuba menafikan. Keraskah hati ini andainya aku sekadar mahu membuktikan yg aku tidak lemah?
Ketara kesakitan ini semakin terasa. Sudah berbulan tp aku diamkan. Kata mereka pergila membawa diri ke klinik. Tp aku menolak. Kata mereka 'biar aku temankan ko pegi klinik..'. Tp aku enggan. Kata aku 'takde papela..aku dah biasa dah ni..jap lg okla..'. Kata hati 'knp masih mahu menyeksa diri wahai fazlina?'. Utk kesekian kalinya. Air mata ini tumpah lg.
Mslh dan tekanan yg menekan amat2 meletihkan. Sudahla dgn mslh low blood pressure aku yg tak pernah berhenti mengganggu. Ditmbh plak dgn sakit kepala ni. Apa lg sakit yg nak dtg lps ni agaknya. Tekanan perasaan serba sedikit dah dpt dikenal pasti. Haihhhh sakit jiwa je yg blum lg. Isk jgnla jd gitu. Aku ckp je. Lemah. Itu sudah pasti. Terlalu lemah rasanya bdn dan jiwa ini. Aku bole rasakan dari hari ke hari hanya kosong yg mengisi ruang hati. Tiada apa-apa. Benar2 kosong.

Wednesday, October 7, 2009

Dalam Setiap Masalah Sebenarnya Ada Peluang

Ada satu ayat yg agak memotivasikan diri ini. Semlm. Bos ketiga aku mengajak sarapan pg bersama. Agak malas dan takde mood sbnrnya. Selera pun bkn ada. Tp aku pernah dipesan kalau bos ajak kuar mkn atau minum jgn terlalu kerap menolak. Sesekali kena diikut. Maka aku pun ikut jerla. Sepanjang mkn dia menasihati aku. Ttg kerja. Ttg masa dpn. Ttg kejayaan. Ttg diri sndr. Kdg2 aku perlu mementingkan diri sndr. Utk kebaikan aku, bkn utk menjatuhkan pihak lain. Aku perlu memajukan diri. Bkn di tahap ini sampai bila2. Peluang aku adalah di sini. Segala2nya ada berhampiran. Namun rasa hati ttp aku pertahankan didlm diam. Mana mungkin dia mengerti apa yg aku rasa.

Ada satu ayat yg diberikan pd aku. Aku agak terfikir dan berfikir. Katanya "Fazlina, dalam setiap masalah tu sbnrnya ada peluang. Cuma kita ni nmpk dgn tak. Sedar atau tak sedar je." Aku diam dan senyum. Dlm hati dlm fikiran agak terganggu. Dlm masalah ada peluang? Kalau ingin aku huraikan ttg masalah yg melewati hidup aku sejak akhir2 ni pasti ramai yg mengatakan ini adalah satu peluang. Pengalaman dan pengajaran. Drpd masalah itu juga mungkin adalah satu peluang utk aku memajukan diri. Utk ttp dan kekal di sini. Membina hidup yg lbh baik. Mencari peluang utk terus bertapak. Utk melangkah dan terbang lbh tggi. Meninggalkan sesiapa saja jauh ke blkg. Membuktikan bahawa kemajuan dan kejayaan itu mampu aku capai walaupun setelah melalui kekecewaan yg terlalu. Tp itukah yg aku mahu? Mmg aku mahu berjaya. Tp utk melupakan insan yg teramat2 aku sayangi bkn agenda dlm hidup aku skrg. Biarpun aku dipaksa tp hati ttp tidak rela. Aku mahu bersama-samanya. Susah dan senang, suka dan duka, perit jerih dan segala kepayahan. Aku mahu mengharunginya bersama. Namun, mampukah aku?

Berbalik kpd ayat tersebut. Mmg kita manusia menganggap stp masalah itu adalah satu beban. Bila kita dah ada masalah kita akan give up dan fed up. Kita tak berusaha utk menyelesaikan masalah tu. Terlalu mudah utk goyah dgn dugaan dan ujian yg datang. Kemudian lari drpd berhadapan dgn masalah tu sedangkan sepatutnya kita tempuh semua dugaan dan berusaha utk memperbetulkan keadaan. Kita sepatutnya cari peluang tu. Peluang utk muhasabah diri. Peluang utk memperbetulkan kekhilafan diri. Salah dan silap diri kita. Inilah peluang kita utk mencari di mana silapnya kita selama ni dan mengubah diri kita utk jd yg lbh baik. Kalau kita tak buat silap kita takkan tau apa yg perlu diperbetulkan dgn diri kita. Ttg soal kerja. Mungkin masalah kerja yg dtg baru2 ni mampu mengubah aku utk jd pekerja yg lbh baik kan? Kalau aku tak buat salah bos takkan tegur dan aku pun tak tau yg sbnrnya selama ni aku dah buat silap. Kat situla peluang aku utk mengubah kesilapan kpd kejayaan. Bos aku ckp "carilah peluang tu farz..naikkan diri kamu..tonjolkan kebolehan kamu..buktikan pd org lain.." Oh mudahnya kau berkata bos. Berikan aku masa dan peluang itu. Sptmana aku sering meminta pd dia. Berikan masa dan peluang pd kita. Kerana masa dan peluang kita tak pernah sempurna. Masa dan peluang kita tak pernah diberi atau digunakan sebaik2nya. Kesabaran kita terlalu rapuh dlm mengharungi perhubungan ini. Mungkin kita lupa ttg janji utk saling berpaut tgn dlm menempuh dugaan ini bersama. Jgn biarkan ianya terlerai mahupun longgar dgn ujian yg sekadar mahu menduga. Mungkin cinta dan kasih sayang kita belum cukup hebat. Hmmm.

Aku percaya apa saja yg dtg mengetuk pintu kehidupan kita pasti ada sebab. Pasti ada hikmahnya. Kita cuma perlu memohon kekuatan dan ketabahan hati. Dlm godaan syaitan yg senantiasa berbisik menghasut utk menghanyutkan aku dr jalanMu yg lurus, kadangkala aku tertewas juga. Namun doa yg tidak pernah putus sering aku panjatkan padaMu agar Kau sering melindungi aku. Memberikan yg terbaik selepas aku gagal. Menganugerahkan bahagia selepas aku melalui kekecewaan. Melimpahkan gembira selepas aku berduka.

Thursday, October 1, 2009

Aku Benar-Benar Rindu

Semlm. Menangis lg. Entah utk ke berapa kali. Tiada perkataan lain yg dpt menggambarkan apa yg aku rasa. Kecuali satu. RINDU. Tp aku tahu. Hanya aku yg punya rasa itu. Sungguh aku benar2 rindu. Semua rasa marah, benci, tak suka, kecewa hilang ditelan rasa rindu yg teramat. Aku lupa apa yg pernah dia suarakan. Aku lupa semua yg dia pernah katakan. Aku lupakan semuanya. Segalanya aku telan walaupun perit. Sakit tp aku redha. Demi kasih sayang ini. Yg tak pernah berpenghujung.

Apa kesudahannya? Aku tak punya sebarang idea, alasan atau jawapan utk soalan itu. Benar2 stuck. Tak mampu utk melangkah. Aku tak bole nak ke kiri, tak bole nak ke kanan. Aku tak mampu utk melangkah ke dpn. Utk berundur dan berpatah blk? Lgla tak mungkin. Itu bkn tujuan atau kesudahan yg aku mahukan. Setelah aku lalui segala sakit dan air mata. Mana mungkin aku hanya bertahan setakat ini. Tidak mungkin aku hanya berhenti separuh jln.

Knp kau tak pernah memahami? Knp kau tak pernah cuba utk menyelami hati ini? Betapa aku terlalu syg. Rindu yg tak pernah berhenti. Mati rasanya hati ini jika kau tiada. Hilang semangat ini andainya kau hilang. Aku benar2 tidak mampu utk berdepan dgn keadaan itu.

Friday, August 7, 2009

Serabut!

Skrg. Aku berada di Johor. Segamat. Itu destinasi show bulan ini sblm Ramadhan menjengah. 2 malam di sini. Atau mungkin semalam. Kemudian ke Tampin. Bkn aku giat berjalan atau lupa diri. Tp utk mencari duit lbh. Raya makin hampir. Itu saja yg terlintas dlm hati. Bkn utk bersuka ria atau bergembira sesuka hati.

2 mgu lps? Aku di Langkawi. Genap smgu di sana baru pulang ke KL. Have fun tp hati tak tenteram. Mengenangkan dia. Susahnya hati. Knp begini ye? Seribu kemaafan benar2 aku pohon dr hati ini. Apa yg berlaku kali ini benar2 mengajar. Serik. Menyesal. Sungguh rasa itu benar2 wujud.

Aku serabut. Bingung. Hati tak tenang. Hanya pada Dia aku memohon. Doa yg tak pernah henti selalu mengiringi diari harian. Semoga dikuatkan hati dan semangat. Ditetapkan hati dan keimanan ini agar tak berubah. Hanya padaMu yang Satu. Hanya pada dia yg tiada dua.

Benar2 serabut!

Friday, May 8, 2009

Dah takde!

Dlm entry sblm2 ni cikjin ada cite psl keta cikjin kena langgar dgn org itam sampai patah side mirror. Smgu cikjin 'patah kaki' sbb tak berani sgt nak kuar bwk keta. Bahaya tau bwk keta takde side mirror tu. Selain drpd cikjin diarahkan utk menjalani perintah berkurung, cikjin sndr yg tanak kuar sgt apa lg time mlm. Tu pun ssh sbb pg2 cikjin pegi keje kan still gelap lg. 100% bergantung kpd cermin pndg blkg jer. Tak pun seksanya cikjin tertoleh-toleh kalau nak kuar simpang ke ape. Tawakal jerla drive keta tu dlm tempoh ketiadaan side mirror. Ptg sblm repair side mirror tu cikjin larik kuar umah jap amik gamba. Kenangan la konon. Kenangan yg menyakitkan hati! Tp sbnrnya mmg nak amik gamba pun. Nak letak kat blog. Heheheh. So,here the pictures.

Terluka hati ini melihatnya!
(eh2 kantoi plak ada byg2 cikjin..wahahahah..comot giler pakai baju kelawar jer kuar umah..)



Huwaaaaaaaaaa..........


Kat tingkap keta pun ada scratch jgk.. :'(
(sibuk ar keta org sblh umah ni pun nak jgk masuk dlm gamba..)


Isk isk.. Sob sob..
(sian baby blue cikjin..)

Wednesday, May 6, 2009

Bila berbeza

Assalamualaikum & Salam Perpaduan..

Cehh~~mcm nak bg ceramah plak kasik tulis salam perpaduan. Ngantuknyer pg ni! Mlm td tido lewat dkt pkl 1 pg. Buat ape? Haihhhhh ntah! Jap lg cikjin ada meeting. Jd pencatat minit. Abisla mesti cikjin mengantuk nnt. Kena standby gula-gula dan mknn ni. Harus!

Sila lihat gambar tersebut. Lihat cpt! Btul ckp org sekeping gambar bole memberi 1001 mcm tafsiran. Tp apa yg cikjin nmpk hanya pasangan yg berada 'dekat' tp sbnrnya 'jauh'. Duduk bersebelahan tp tak sehaluan. Sentiasa berhampiran tp tak sependapat. Sorg ke utara sorg ke selatan. Sorg ke barat sorg ke timur. Eh2? ;P

Knp dorg tak duduk bersebelahan btul2? Memandang ke arah yg sama. Bertujuan yg serupa. Andainya matlamat berbeza sekalipun biarlah melangkah seiringan. Knp mesti jd mcmtu???!! (emo plak pg2 ni..)

Mcmana plak dgn pasangan yg 'jauh' tp 'dekat'? Aku rasa dorg lbh bahagia drpd pasangan yg 'dekat' tp 'jauh'. Mungkin ada yg 'dekat' tp 'dekat' dan lbh teruk lg kalau 'jauh' tp makin 'jauh'. Cuma pd aku tak semua org bertuah. Tak semestinya pasangan tu akan bahagia sampai bila2. Tak seharusnya pasangan tu akan mesra setiap masa. Tak mungkin pasangan tu akan saling bermanja dan memanjakan hingga akhir usia. Mungkin hanya pd permulaan hbgn jer. Setakat 1,2 atau 3 bln pertama jer kot. Sekadar ayat @ sikap @ sifat sblm mengurat atau sblm dpt pasangan. Dah dpt? Hari2 mkn hati! Percayalah, aku lebih memahami......

Monday, May 4, 2009

Duka Hati

Bln April 2009 adalah bln yg sgt tak best! Eeee menci! Menci! Menci! Mcm2 benda yg jd dlm bln 4 ni. Ada je benda yg tak best tak seronok tak hepi jd. Errr kdg2 je best. Heheheh. Alaa bknnya aku nak mengeluh ke ape. Tp mslh tu dtg bertimpa-timpa. Manusia mana yg tak penah tension kan? Haihhh beginilah nasib seorang manusia comot bernama MsGaijin. Drpd baby blue aku eksiden patah side mirror. Pastu lps 2 mgu baru aku perasan yg pintu driver tu kemek. Huwaaaaa apa punya driver la aku ni lps 2 mgu eksiden baru perasan! Pastu plak stress dgn sikap office mate yg sgt2 buat aku naik darah. Nasib baik aku ni cuma ada low blood pressure jer. Kalau ada high blood pressure? Hah tak pyh jwb! Ni satu hal yg aku tak fhm. Manusia ni kalau ada bf baru mmg lupa keje lupa kwn ke ek? Bole nak lbhkan bf tp jgnla sampai pijak kepala kwn. Dan bole jgk nak lbhkan kwn tp jgnla sampai melukakan hati bf. Yg tu takpela lg sbb tak mengganggu keje pun. Tp kalau sampai keje pun terganggu tu mmg tak patutla. Performance kena la jaga. Biarla org kata kita ni kemaruk bercinta sekali pun tp jgnla sampai mengabaikan keje. Biarla balance. Jgn lbhkan satu pihak je! Tu yg tak adil tak saksama tak patut tak bagus tak baik! (emo plak aku nih.. :P) Dulu aku pun penah buat kesilapan yg sama. Tp skrg aku tanak buat lg. Biarla kita nak lbhkan bf sekali pun tp jgn lupakan jgk kwn kita. Cuma jgnla kerana kwn kita lupakan org yg kita syg pulak. Tak baik.

Isnin ngan selasa 27-28hb April 2009 aku terlibat dgn satu program ni. Aku tak tau pape tiba2 nama aku naik. Tp okla jgk kan sbb bole mengaktifkan diri dan nama aku. Takdela mcm katak bwh tempurung. Nnt bole jgk lawakan lg aku punya SKT tu. Yg tak tahannya hari isnin time raptai tu aku blk umah dkt pkl 12. Tu pun dah ujung2 baru dorg perasan yg aku ni la yg umah dia paling jauh. Bahaya plak nak blk lewat2 so dorg suh aku blk dulu. Time drive tu toksah ckpla mcmane aku punya mengantuk. Tgh tggu traffic light pun aku bole terpejam terlelap tertido. Cpt2 aku sms si dia then dia terus tel (syg jgk dia kat aku..hihihi..)

Mgu lps aku stay kat umah jedah n naz. Malas nak blk kg. Aku plan hari ibu mgu dpn baru aku blk kg. On da way blk ke umah aku tu tiba2 aku perasan side mirror aku mcm beralih sikit. Aku pun turunkan la cermin keta nak btulkan. Pastu bila aku nak naikkan blk dah tak bole dah. Alahai ape lg la malang yg dtg ni! Menggelabah dah time tu. Dahla cermin terbukak seluas-luasnya. Nak kuar keta tak pyh bukak pintu dah aku rasa. Lompat je lalu cermin tu pun bole muat. Aku pun fikir punya fikir punya fikir. Aku teringat pekerja abg ipar aku. Nasib baik dia bole tlg. Tu pun dkt pkl 11 baru dia sampai. "Haihhh baby blue. Knp la buat mummy susah hati. Duit lagiii.."

Jumaat lps 1 Mei 2009 aku perasan ada benda lain plak yg tak best. Aku tgk hp baru aku tu mcm tgh tenat jer. Jap lampu tak padam2. Jap lg plak lampu tak menyala. Tak lama tu touch screen plak tak function. Aduuuuuu baru 3 bln aku pakai hp ni! Teruk jgk la nak biasakan diri dgn keadaan touch screen yg tak bape nak ok tu. Tp lama2 makin teruk plak sampaila mlm td dah tak bole pakai lngsung. Huwaaaaa..! Oleh kerana aku terlalu bengang aku ketuk2 hp tu kat meja. Tung tang tung tang! Tgn dah genggam hp tu dah tggl nak baling ke dinding jer. Tp bila fikir2 blk apala salah hp tu kan. Argh mmg dia salah pun! Aku beli dia mahal2 knp dia rosak? Aku cuma risaukan fail2 dlm hp tu je. Haaa takde yg terlampau ek. Cuma gamba, sound, video and phone number yg aku syg sgt tu. Kalau ilang manela bole dpt blk. Aduhaiiii ssh hati aku ni.

Maka, aku pun menggunakan hp taiwan lama aku tu. Nak jdkan cite aku lupa yg hp tu tak set alarm. Oleh itu lmbtla aku bgn pg td. Tiba2 je aku dgr si nurul kejutkan aku.

"Weh nor, ko tak keje ke"
"Keje laaa.."
"Dah pukul 6 wehhhh.."
"Aduuuuuuuu.. Alarm aku kat hp lg satu arr.. "
"Ohhh patutlaaa.."

(pastu berangan nak smbg tido lg..dlm kepala aku tiba2 terkuar idea utk mntk cuti kecemasan..dlm tersengeh2 tu tiba2 aku..erkk tak bole tak bole..syg cuti aku.. ;P)

Haihhhh dgn mata yg terpejam aku pun meraba2 tilam aku carik hp utk dijadikan lampu. Supaya aku dpt membuka pintu gerobok baju2 aku utk mencari apa yg harus aku pakai hari ni. Kesudahannya dkt pkl 8 baru aku sampai ofis. Dahla tertinggal kad staf kat keta. Dah menyusahkan org lain kalau nak kuar masuk ofis. Tak baik!

Kesimpulannya mood aku 2-3 mgu ni mmg tak baik. Mcm2 mslh yg dtg. Ramai org kat ofis yg tegur knp muka aku tak ceria n nmpk sedih je. Bila org tegur tu baru aku perasan dan berfikir, muhasabah diri dan cari semula apa sbnrnya mslh aku. Mungkin tak semuanya aku perlu catat kat sini. Ada yg peribadi dan aku terlalu nak menjaga segala yg berkaitan dgnnya. Biarlah hati ni je yg tau dan aku pasti dia juga tau. :)