Nuffnang Ads

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Cancel Last Minute

Pagi td baca suratkhabar. Dia tulis ada seorang lelaki ni batalkan majlis kahwin dia di saat2 akhir. Huh! Hinanya rasa bila aku tgk cite tu. Hina pd lelaki tu. Tak bertanggungjawab. Takde otak. Takde akal. Knp aku emo? Sbb cerita aku dgn perempuan tu sama. Cuma aku bkn di saat2 akhir. Aku lbh bernasib baik mungkin. Bernasib baik kerana takdir menyebelahi. Benar. Aku menganggap ini adalah takdir yg baik. Kerana Allah menyayangi aku. Memberikan kesedaran kpd diri agak tidak terus diperbodohkan lg. Memberikan peluang utk memiliki yg terbaik. Dan dimiliki oleh insan yg lbh baik. Hoyeh~

Suratkhabar tu tulis lg. Perempuan tu tak kuar bilik selama 3 hari. Kalau kuar pun time rumah takde org atau bila sume org dah tido time lewat mlm. Kesian. Sgt kesian. Malu yg ditanggung pasti akan diingat dan dikenang sampai akhir hayat. Kerugian duit dan persiapan mungkin soal yg kedua. Tp hati dan perasaan yg hancur dan kecewa lbh pedih lg dia rasa. Sedangkan org yg putus cinta,putus tunang pun dah sedih dan kecewa yg amat sgt. Apa lg kalau cancel kahwin. Last minute plak tu. Kejamnya lelaki yg buat perangai mcmni. Mana la peginya akal dorg. Perbezaan antara kita adalah kamu punya 9 akal dan 1 nafsu. Kami pula punya 9 nafsu dan 1 akal. Tp hairannya aku rasa bila kamu langsung tak menggunakan walau 1 pun drpd 9 akal yg ada. Tp kalau nafsu yg 1 tu tak perlukan akal pun kamu tahu mcmana nak guna. Dasar kah? Mungkin agak kasar tp itu hakikat. Mungkin hakikat itu tak merangkumi kesemuanya. Tp kebanyakannya. Huhuhu aku pasti ramai perempuan yg bersetuju.

Mmg mungkin kita perlu mendengar drpd pihak lelaki jgk. Tp dlm tu dah terang2 ckp yg dia tipu psl sijil kursus pra-perkahwinan dia. Palsu semata2. Kalau benda penting mcmtu pun bole tipu,amik mudah dan tak amik berat lngsung mcmana nak kahwin? Dan apa gunanya nak kahwin dgn lelaki mcmtu? Blum apa2 lg dah tunjuk perangai tak baik. Tu soal tipu dan tak bertanggungjawab. Blum lg soal lelaki yg kaki perempuan,tak cukup dgn sorg,perasan bagus konon hensem sgt. Ego tak bertempat dan tak bole kena tegur. Kalau nak cite perangai manusia ni sampai kiamat pun tak abis. Tp kalau ye pun jgnla kejam sgt jd manusia tu. Fikirlah perasaan org lain jgk. Perempuan ni bkn anak ayam nak diambil dan dibuang sesuka hati. Cuba kalau situasi ni jd pd ahli keluarga sndr? Jd kat adik perempuan kita ke kakak kita ke? Confirm bengang tak hengat pastu konon nak tunjuk terror tp takdela hero sgt pun sbb perangai sndr pun 2x5 jgk. Haihhh niela dunia.

Tindakan apa agaknya yg akan mereka ambil slps ni ye? Kalau ikut sejarah2 dulu yg aku baca dlm suratkhabar la kan. Confirm kena saman punya. Dah bape byk kes cancel kahwin last minute ni kuar kat suratkhabar Malaysia ni. Semuanya naik mahkamah. Saman malu la,saman rugi la. Cancel kahwin kena saman,putus tunang pun kena saman. Kalau ikutkan hati aku ni,mmg aku nak buat jgk hari tu. Ada je kwn yg bole carikan lawyer. Kwn aku pun ada jgk lawyer. Tp aku kesian. Sbb aku tau nnt ada org terpaksa bergolok bergadai plak nak bayar court. Ooppss sorry! End~

Thursday, February 4, 2010

Siapa Kawan Siapa Lawan

Bukan senang nak jadi senang. Tapi bukan susah nak jadi susah. Aku pilih untuk jadi senang walaupun aku tahu bukan senang nak jadi senang. Serius! Tak mudah rupanya. Aku sedang berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Lebih senang. Tak mewah takpe tp jangan sampai terlalu susah. Kesusahan minggu lepas sangat2 dirasai oleh aku, alif dan diyana. Berusaha untuk mendapatkan sesuatu sampailah berjaya sangat2 menguji kesabaran we all. Pada mulanya we all rasa nak tunggu je tapi tiba2 alif call dan cakap dia nak fight jugak. Aku dah tension dah. Mana nak cari dalam masa 2-3 hari. Tapi takpe sbb itu semua adalah dugaan. Cuba sana sini. Contact org sini sinun. Semuanya tak boleh tolong. Ada saja alasan yang dorg bagi. Takpe,sabar. Yang konon nak tolong tapi lepas tu buat keras sms tak reply langsung pun ada. Tergamak betul. Berdentum kecoh konon nak jadi best friend aku. Da best buddy i ever had. Will help you in what ever situation. Ayat yang aku tak pernah nak dengar apa lagi nak mintak tapi dia sendiri yang kecoh. Ahh beria! Daripada masalah nie la aku kenal siapa kawan aku yang sebenarnya. Boleh nak kata tiada! Semua tak boleh pakai. Tuela kan. Masa nak,masa nak jual cinta macam2 korg boleh cakap. Janjikan langit bumi gunung ganang pelangi laut semua ada. Tapi bila aku mintak tolong sikit je semua lari. Semua penuh dengan alasan. Lepas ni jangan harap la aku nak percaya dengan dorg tu lagi. Tak sudi aku nak berkawan dengan dorg. Kalau kawan pun,hati2 jerla. Mintak tolong dengan org terdekat pun sama. Aku sms tak reply. Aku call tak angkat. Buat aku ni macam org luar. Its ok. Fine with me. Time aku tengah susah bolehla nak pandang aku sebelah mata. Time ko susah nnt,ko tadah la langit tu sambil ingat balik apa yang ko pernah buat kat aku.


Jalan terakhir yang ada aku mintak tolong dgn mak. Satu2nya mak yang aku ada dalam dunia ni. Dan tak sampai 5 minit mak bagi persetujuan. Yes! Mak memang terbaekkk! Hoyeh! Hoyeh! Hoyeh! Dengan pantas hari ahad lepas bersamaan 31 Januari 2010 we all rushing balik ke tg karang. Isnin tu aku tak kerja sebab cuti Hari Wilayah so settle kan semuanya hari tu jugak. Punya la jauh aku pergi. Macam2 org aku try tapi akhirnya mak sendiri yang bantu. Mulanya mak memang risau tapi aku cuba yakinkan dia yang aku akan cover balik. Aku pasti akan selesaikan segala2nya dalam masa 5 hari. Aku berani mati letak janji takkan sampai seminggu aku akan settle semuanya. Dan hari ni, 4 Februari 2010 semuanya dah selesai. Aku telefon mak dengan bangganya dan bagitahu dia benda tu aku dah settle tanpa rasa ragu! Lega sangat rasanya. Terima kasih mak! Mak lah penyelamat org. Walaupun org ni anak yang paling degil,tapi satu hari nanti org akan tunjuk dgn semua org yang degil2 org ni bukan degil yang kosong dan tak guna. Tengoklah nanti.


Terjadinya benda ni banyak mengajar aku. Siapa yang sentiasa di sisi. Siapa yang hanya bersama bila kita ketawa. Siapa yang lari bila kita menangis. Siapa yang jadi makhluk 2 alam, talam 2 muka, hipokrit! Aku dah tahu. Tapi takpela sebab kalau tak jadi mcmni aku pun tak tahu sampai sekarang siapa sebenarnya manusia2 kat sekeliling aku ni. Bukanlah aku nak mengharapkan setiap kali aku mintak tolong tu semua org boleh tolong aku tapi biarlah berlapik dan berpada. Kalau betul tak boleh tolong cakap betul2. Bahasa tu baik la sikit. Cakap elok2 kan boleh. Bukannya susah sangat kan. Ni dah cakap konon boleh tolong tapi lepas tu boleh pulak senyap je hilangkan diri macam tu je. Sms tak reply buat keras pulak. Aku ni dok tunggu je sebab dok ingat dia boleh bantu. Nasib baik aku tak harapkan dia je. Dahla kalau sembang tu nak menang je. Berlagak serba serbi. Konon kaya,mewah. Harta menggunung,aset berlambak. Eksen tahap dewa saja kalau berborak dgn aku. Sudahnya? Cakap tak serupa bikin. Nak ikutkan aku takde hal pun kalau korg semua tak boleh nak tolong tapi macam yang aku cakap tadi la kan. Macam mana aku berbahasa dengan korg,berbahasa la jugak dengan aku. Janganlah main kasar. Memang aku akan ingat sampai bila2 la. Terima kasih la kan.


Walau apapun benda dah selesai. Pengalaman ni sangat2 mengajar dan membuka mata aku dalam melihat warna2 sebenar di sekeliling aku. Terima kasih sangat2 kat diyana sebab sanggup ikut aku balik kampung mengadap makcik sutinah. Heheheh. Dapat makan2 kat pondok buruk aku tu kan. Lepak2 kat luar rumah sambil berangan2. Huhuhu. Dan terutamanya pada u alif. Thanx for everything. Ingat apa yang kita buat ni bukan mudah. Be responsible and struggle for it ok. I love u both! Support! Ngeee..~


(aku agak penat bila taip entry kali ni dgn ejaan penuh..terkial2 sungguh rasenye..hah malas aku..!!)

Thursday, December 3, 2009

Dia & Kamu

Disember hadir lagi utk kali ke 26. Dalam hidup ini. Menghampiri penghujung tahun 2009 memberikan aku satu peringatan bahawa aku sudah semakin tua! Umur sudah meningkat. Apa yg sudah aku capai? Hmm mungkin tak semua yg kita mahu akan kita perolehi dlm masa yg singkat. Usaha dan kesabaran perlu seiring dlm melewati kehidupan yg belum tentu apa,bila dan bagaimana kesudahannya. Matangkah aku dlm menzahirkan setiap perilaku dan fikiran? Terlalu kerap mereka mengatakan usia dan wajah aku tidak sepadan. Apa lg tingkah laku. Spt kanak2 riang. Mestikah aku peduli? Asalkan aku bahagia kan? Kejujuran dan ketelusan itu lbh penting rasanya drpd aku berpura2 dan berlakon spt wanita melayu terakhir abad ke 18. Mengikut telunjuk dan kemahuan org. Mengubah diri menjadi spt apa yg dia mahu. Kononnya mencari kesempurnaan? Argh hakikat sbnrnya sudah pun aku ketahui. Pembohongan yg aku terima bkn sedikit. Kononnya mahukan yg baik2 sahaja. Yg sempurna. Yg terbaik. Tp diri sndr sbnrnya lbh teruk dr itu. Khabar yg baru aku tahu baru2 ini juga benar2 memberikan aku satu kekuatan bahawa SEDIKIT PUN AKU TIDAK RUGI. Meletakkan dirimu begitu rendah di mata ini. Berubah utk kamu? Jgn kau mimpi.

Dia. Sentiasa hadir utk memberikan aku semangat. Sejak 2 tahun lps,katanya dia selalu menunggu aku. Katanya juga dia tidak boleh melupakan aku. Benarkah? Jujurkah? Aku sering mencuba utk membuka hati ini. Percayalah. Aku benar2 mencuba. Tp aku tidak mampu. Mungkin waktu yg berlalu selama ini hanya meletakkan kamu sebagai seorang rakan biasa. Masa dan peluang yg hadir dlm hidup kita sejak akhir2 ini hanya utk memberikan kita sedikit ruang utk bernafas dlm merasai bahawa hidup kita belum berakhir. Kita masih punya kawan. Ya,kawan. Sungguh kamu terlalu baik. Mungkin benar aku akan sedikit rugi. Tp aku benar2 tidak mampu. Perasaan ini hanya berhenti setakat itu. Kata emak, 'jgn ckp mcmtu sbb kita tak tahu masa dpn..nnt yg ko tanak tuela yg ko dpt..' Aku tidak menidakkan kata2 emak yg aku percaya mmg tiada yg mustahil dlm dunia ini. Tp apa yg aku pasti hari ini,waktu ini itulah yg aku rasa. Mmg aku tidak tahu soal masa dpn. Aku menerima sekiranya waktu itu dialah yg akan menjadi pemilik kekal diri ini. Tp mungkin bukan skrg. Kamu,bkn niat aku utk menjauh begini. Harapan yg aku berikan mungkin membuatkan kamu berasakan spt hidup itu hanya utk aku. Jauh aku hanya utk memberikan dirimu ruang dan peluang. Jgn pernah menganggap aku berniat dan sengaja. Itu bkn agenda dlm helaian nafas manusia bernama Nor Fazlina. Bkn aku tidak menghargai segala kebaikan dan pengorbanan yg kamu berikan. Tp kemampuan hati dan diri ini hanya setakat itu. Keadaan dan situasi diri ini takkan mungkin kau fahami dan mengerti. Namun andainya ada,pasti suatu hari nnt. Dan waktu itu,aku takkan menolak apa lg memungkiri.

Hanya di sini aku mampu utk mengatakan ini semua. Hampir setahun aku memendam rasa dan menahan perasaan. Sakit yg aku rasa bkn sedikit. Benar,jika ditanya pd aku sebulan yg lps pasti aku akan masih mengatakan ya. Tp skrg tidak lg. Cukuplah. Hari ini aku gembira. Bahagia yg mengiringi langkah amat2 aku hargai. Aku tidak mahu menjadi spt dia. Menolak peluang yg dtg yg pasti takkan lg diperolehi slps ini. Itu sumpah hati ini. Seharusnya perhatian aku berikan pd kerjaya dan keluarga. Itu lbh berharga dan bermakna. Lbh memberikan aku 1000 kebaikan yg aku akan pastikan dirimu hanya berada di bwh serendah2nya dan yg tidak akan aku pndg walau sebelah mata. Kasar bkn? U deserve for that. :)