Nuffnang Ads

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Cancel Last Minute

Pagi td baca suratkhabar. Dia tulis ada seorang lelaki ni batalkan majlis kahwin dia di saat2 akhir. Huh! Hinanya rasa bila aku tgk cite tu. Hina pd lelaki tu. Tak bertanggungjawab. Takde otak. Takde akal. Knp aku emo? Sbb cerita aku dgn perempuan tu sama. Cuma aku bkn di saat2 akhir. Aku lbh bernasib baik mungkin. Bernasib baik kerana takdir menyebelahi. Benar. Aku menganggap ini adalah takdir yg baik. Kerana Allah menyayangi aku. Memberikan kesedaran kpd diri agak tidak terus diperbodohkan lg. Memberikan peluang utk memiliki yg terbaik. Dan dimiliki oleh insan yg lbh baik. Hoyeh~

Suratkhabar tu tulis lg. Perempuan tu tak kuar bilik selama 3 hari. Kalau kuar pun time rumah takde org atau bila sume org dah tido time lewat mlm. Kesian. Sgt kesian. Malu yg ditanggung pasti akan diingat dan dikenang sampai akhir hayat. Kerugian duit dan persiapan mungkin soal yg kedua. Tp hati dan perasaan yg hancur dan kecewa lbh pedih lg dia rasa. Sedangkan org yg putus cinta,putus tunang pun dah sedih dan kecewa yg amat sgt. Apa lg kalau cancel kahwin. Last minute plak tu. Kejamnya lelaki yg buat perangai mcmni. Mana la peginya akal dorg. Perbezaan antara kita adalah kamu punya 9 akal dan 1 nafsu. Kami pula punya 9 nafsu dan 1 akal. Tp hairannya aku rasa bila kamu langsung tak menggunakan walau 1 pun drpd 9 akal yg ada. Tp kalau nafsu yg 1 tu tak perlukan akal pun kamu tahu mcmana nak guna. Dasar kah? Mungkin agak kasar tp itu hakikat. Mungkin hakikat itu tak merangkumi kesemuanya. Tp kebanyakannya. Huhuhu aku pasti ramai perempuan yg bersetuju.

Mmg mungkin kita perlu mendengar drpd pihak lelaki jgk. Tp dlm tu dah terang2 ckp yg dia tipu psl sijil kursus pra-perkahwinan dia. Palsu semata2. Kalau benda penting mcmtu pun bole tipu,amik mudah dan tak amik berat lngsung mcmana nak kahwin? Dan apa gunanya nak kahwin dgn lelaki mcmtu? Blum apa2 lg dah tunjuk perangai tak baik. Tu soal tipu dan tak bertanggungjawab. Blum lg soal lelaki yg kaki perempuan,tak cukup dgn sorg,perasan bagus konon hensem sgt. Ego tak bertempat dan tak bole kena tegur. Kalau nak cite perangai manusia ni sampai kiamat pun tak abis. Tp kalau ye pun jgnla kejam sgt jd manusia tu. Fikirlah perasaan org lain jgk. Perempuan ni bkn anak ayam nak diambil dan dibuang sesuka hati. Cuba kalau situasi ni jd pd ahli keluarga sndr? Jd kat adik perempuan kita ke kakak kita ke? Confirm bengang tak hengat pastu konon nak tunjuk terror tp takdela hero sgt pun sbb perangai sndr pun 2x5 jgk. Haihhh niela dunia.

Tindakan apa agaknya yg akan mereka ambil slps ni ye? Kalau ikut sejarah2 dulu yg aku baca dlm suratkhabar la kan. Confirm kena saman punya. Dah bape byk kes cancel kahwin last minute ni kuar kat suratkhabar Malaysia ni. Semuanya naik mahkamah. Saman malu la,saman rugi la. Cancel kahwin kena saman,putus tunang pun kena saman. Kalau ikutkan hati aku ni,mmg aku nak buat jgk hari tu. Ada je kwn yg bole carikan lawyer. Kwn aku pun ada jgk lawyer. Tp aku kesian. Sbb aku tau nnt ada org terpaksa bergolok bergadai plak nak bayar court. Ooppss sorry! End~

Thursday, May 28, 2009

Mutiara Kata

Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(1957 - 1970)

"Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.."


Tun Abdul Razak Dato' Hussein
(1970 - 1976)

"Marilah kita membanggakan Negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebangsaan yang sempit.."


Tun Hussein Onn
(1976 - 1981)

"Masa depan ekonomi negara tidak akan membawa apa-apa makna jika keselamatan tidak terjamin, keselamatan adalah teras keutuhan ekonomi dan kestabilan politik."


Tun Dr Mahathir Mohamad
(1982 - 2003)

"Kita mesti giat serta kemampuan untuk menjadikan diri kita sebagai rakyat yang cintakan negara dengan segala pengorbanan dicurahkan bagi kebahagiaan negara dan masa depannya. Biarlah setiap Hari Kebangsaan kita mencatit kejayaan yang bole dibanggakan terhadap Malaysia yang kita sayangi ini."


Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
(2003 - 2009)

"Marilah kita bersama-sama menilai erti kemerdekaan dengan cara yang berbeza, supaya kita dapat menghayati nilai kebebasan yang dikecapi."



Mengenang sejarah kemerdekaan..?

"...bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan..."

Tuesday, April 7, 2009

Kehebatan Mereka

Hari tu bos aku suh aku potostet satu fail ni. Sambil tggu mesin tu running aku tertarik dgn 2 helaian kertas yg ada. Aku amik dan potostet satu salinan utk aku. Sgt menarik!


TUN HUSSEIN ONN
di Kongress Ekonomi Bumiputera
di UTM Kuala Lumpur - 1 Jun 1980


Kita mesti lebih mengutamakan masa depan negara serta mementingkan keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan rakyat. Dasar Ekonomi Baru memang telah dirangka dan digubal sedemikian rupa bagi mencapai perpaduan negara yang berkaitan. Tiap-tiap rakyat mestilah menjayakan diri sendiri. Sekiranya huru-hara dan perkara yang tidak diingini berlaku, siapakah yang akan rugi dan yang akan menanggung akibatnya?


TUN ABDUL RAZAK
Dewan Rakyat 1971
Petikan buku TUN RAZAK PUTERA TITIWANGSA


Saya yakin bahawa tidak seorang pun rakyat yang taat setia suka melihat bahawa perkara keduukan Raja-Raja itu menjadi bahan perbahasan dalam gelanggang politik. Inilah perkara-perkara yang termaktub di dalam perlembagaan kita yang boleh disifatkan sebagai soal-soal yang sensitif yang mesti dilarang siapa-siapa jua pun mengadakan perbincangan awam mengenai dengannya iaitu perkara-perkara yang bole digunakan oleh anasir-anasir untuk merosakkan perpaduan rakyat.


Bangga? Mestilah. Walau mcmana sekalipun mereka berdua tetap pernah menjadi pemimpin kita satu masa dulu. Mereka adalah pemimpin-pemimpin kita yg sgt hebat! Takkan terbanding dgn yg skrg2 ni. Pd aku la kan. Aku suka sgt dgn Tun Abdul Razak. Knp? Sbb nama atuk aku Abdul Razak! Heheheheheh dulu aku suka eksen ckp Tun Abdul Razak tu atuk aku. Eleh biarla aku nak perasan punnnn..! Ngeee~~~ Sbnrnya artikel2 ni aku amik dr buku skrip yang akan digunakan utk kempen Malaysia Perkasa bln Mei ni dan akan diarahkan oleh Meor Hashim Manap. Kenal? Dia salah seorang pelakon / pengarah kat Malaysia ni. Acara tu akan dilaksanakan di KLCC pd 10 Mei 2009 kalau tak silap. Kalau tak menyusahkan aku,aku nak pegi jgk! Syg Malaysia tau..

Friday, December 19, 2008

Jejantas!

Aku tak fhm knp jejantas kat KL ni menyusahkan org. Aku tak fhm knp dorg nak buat jejantas tu melengkung camtu? Knp la tak buat straight je? Dorg fikir tak mcmane susahnye nak daki jejantas tu? Aku ni takpela lg sbb pegi keje aku pakai seliper je sbb heels aku tggl kat ofis. Cuba bygkan pempuan ngandung mcmane? Org tua? Org kurang upaya? Heeeee tak praktikal lngsung design jejantas kat dpn wisma sime darby ni la. Kat bank negara tu pun sama. Mcm nak naik turun bukit je.

Semlm baru aku terjumpa sorg makcik ni dgn anak dia. Aku pelik tgk knp makcik ni slow je ni. Pastu aku terdengar dia ckp dgn anak dia lutut dia sakit. Bygkanla naik jejantas pun masih nak mendaki lg. Naik tangga tu dah satu hal la kan. Ni dah sampai atas pun still nak mendaki lg jejantas yg bertingkat2 tu.

Sepatutnya benda2 mcmni dah difikirkan dr awal lg. Praktikal atau tak. Sesuai atau tak. Menyusahkan atau tak. Bkn sume org larat nak daki jejantas mcmtu. Tgk jejantas kat selangor. Ok je aku tgk. Eh sempat lg puji negeri sndr ek. Tp btulla aku ckp tu. Bkn kita tak bersyukur dgn kemudahan yg ada. Tp biarlah kemudahan tu btul2 memudahkan kita. Btul2 memberikan kita kemudahan. Bkn lg menyusahkan. Mcm yg aku ckp td la. Pd yg muda dan sihat lg mungkin ok tp mcmane dgn org yg dah tua, pempuan mengandung dan org kurang upaya? Bkn ke menyusahkan namanya?

Hmmmm. Tak perlulah nak menuding jari pd sesiapa kan. Benda pun dah ada dpn mata. Nak tanak, jejantas tu jgkla yg aku 'kaki' tiap pg tiap ptg. Fuh!

Runtuh

Tinggi bangunan itu
Mencakar langit bangunan ini
Tidakkah kau tahu sesuatu
Kemungkinan kebanggaanmu
Menyembah bumi
Satu hari nanti

Kau mudah lupa
Kisah lama dibiar saja
Tak pernah diambil kira
Seksa dan susah payah mereka

Tuhan, bukakan pintuMu
Agar mereka semua tahu
Tak semuanya akan kekal di situ
Kerana pasti waktu itu
Kami akan kembali padaMu