Nuffnang Ads

Wednesday, October 7, 2009

Dalam Setiap Masalah Sebenarnya Ada Peluang

Ada satu ayat yg agak memotivasikan diri ini. Semlm. Bos ketiga aku mengajak sarapan pg bersama. Agak malas dan takde mood sbnrnya. Selera pun bkn ada. Tp aku pernah dipesan kalau bos ajak kuar mkn atau minum jgn terlalu kerap menolak. Sesekali kena diikut. Maka aku pun ikut jerla. Sepanjang mkn dia menasihati aku. Ttg kerja. Ttg masa dpn. Ttg kejayaan. Ttg diri sndr. Kdg2 aku perlu mementingkan diri sndr. Utk kebaikan aku, bkn utk menjatuhkan pihak lain. Aku perlu memajukan diri. Bkn di tahap ini sampai bila2. Peluang aku adalah di sini. Segala2nya ada berhampiran. Namun rasa hati ttp aku pertahankan didlm diam. Mana mungkin dia mengerti apa yg aku rasa.

Ada satu ayat yg diberikan pd aku. Aku agak terfikir dan berfikir. Katanya "Fazlina, dalam setiap masalah tu sbnrnya ada peluang. Cuma kita ni nmpk dgn tak. Sedar atau tak sedar je." Aku diam dan senyum. Dlm hati dlm fikiran agak terganggu. Dlm masalah ada peluang? Kalau ingin aku huraikan ttg masalah yg melewati hidup aku sejak akhir2 ni pasti ramai yg mengatakan ini adalah satu peluang. Pengalaman dan pengajaran. Drpd masalah itu juga mungkin adalah satu peluang utk aku memajukan diri. Utk ttp dan kekal di sini. Membina hidup yg lbh baik. Mencari peluang utk terus bertapak. Utk melangkah dan terbang lbh tggi. Meninggalkan sesiapa saja jauh ke blkg. Membuktikan bahawa kemajuan dan kejayaan itu mampu aku capai walaupun setelah melalui kekecewaan yg terlalu. Tp itukah yg aku mahu? Mmg aku mahu berjaya. Tp utk melupakan insan yg teramat2 aku sayangi bkn agenda dlm hidup aku skrg. Biarpun aku dipaksa tp hati ttp tidak rela. Aku mahu bersama-samanya. Susah dan senang, suka dan duka, perit jerih dan segala kepayahan. Aku mahu mengharunginya bersama. Namun, mampukah aku?

Berbalik kpd ayat tersebut. Mmg kita manusia menganggap stp masalah itu adalah satu beban. Bila kita dah ada masalah kita akan give up dan fed up. Kita tak berusaha utk menyelesaikan masalah tu. Terlalu mudah utk goyah dgn dugaan dan ujian yg datang. Kemudian lari drpd berhadapan dgn masalah tu sedangkan sepatutnya kita tempuh semua dugaan dan berusaha utk memperbetulkan keadaan. Kita sepatutnya cari peluang tu. Peluang utk muhasabah diri. Peluang utk memperbetulkan kekhilafan diri. Salah dan silap diri kita. Inilah peluang kita utk mencari di mana silapnya kita selama ni dan mengubah diri kita utk jd yg lbh baik. Kalau kita tak buat silap kita takkan tau apa yg perlu diperbetulkan dgn diri kita. Ttg soal kerja. Mungkin masalah kerja yg dtg baru2 ni mampu mengubah aku utk jd pekerja yg lbh baik kan? Kalau aku tak buat salah bos takkan tegur dan aku pun tak tau yg sbnrnya selama ni aku dah buat silap. Kat situla peluang aku utk mengubah kesilapan kpd kejayaan. Bos aku ckp "carilah peluang tu farz..naikkan diri kamu..tonjolkan kebolehan kamu..buktikan pd org lain.." Oh mudahnya kau berkata bos. Berikan aku masa dan peluang itu. Sptmana aku sering meminta pd dia. Berikan masa dan peluang pd kita. Kerana masa dan peluang kita tak pernah sempurna. Masa dan peluang kita tak pernah diberi atau digunakan sebaik2nya. Kesabaran kita terlalu rapuh dlm mengharungi perhubungan ini. Mungkin kita lupa ttg janji utk saling berpaut tgn dlm menempuh dugaan ini bersama. Jgn biarkan ianya terlerai mahupun longgar dgn ujian yg sekadar mahu menduga. Mungkin cinta dan kasih sayang kita belum cukup hebat. Hmmm.

Aku percaya apa saja yg dtg mengetuk pintu kehidupan kita pasti ada sebab. Pasti ada hikmahnya. Kita cuma perlu memohon kekuatan dan ketabahan hati. Dlm godaan syaitan yg senantiasa berbisik menghasut utk menghanyutkan aku dr jalanMu yg lurus, kadangkala aku tertewas juga. Namun doa yg tidak pernah putus sering aku panjatkan padaMu agar Kau sering melindungi aku. Memberikan yg terbaik selepas aku gagal. Menganugerahkan bahagia selepas aku melalui kekecewaan. Melimpahkan gembira selepas aku berduka.

2 comments:

My Name Is Han said...

huhuhuu..
entri yg membuatkan aku terfikir same..
"dlm setiap masalah sebenarnya ada peluang.."

MsGaijin said...

tuela..kwn2 aku pun msg ckp benda yg sama..dorg ckp dorg pun jd berfikir bila baca masa aku letak ayat tu kat status fb aku..