Pagi td baca suratkhabar. Dia tulis ada seorang lelaki ni batalkan majlis kahwin dia di saat2 akhir. Huh! Hinanya rasa bila aku tgk cite tu. Hina pd lelaki tu. Tak bertanggungjawab. Takde otak. Takde akal. Knp aku emo? Sbb cerita aku dgn perempuan tu sama. Cuma aku bkn di saat2 akhir. Aku lbh bernasib baik mungkin. Bernasib baik kerana takdir menyebelahi. Benar. Aku menganggap ini adalah takdir yg baik. Kerana Allah menyayangi aku. Memberikan kesedaran kpd diri agak tidak terus diperbodohkan lg. Memberikan peluang utk memiliki yg terbaik. Dan dimiliki oleh insan yg lbh baik. Hoyeh~
Suratkhabar tu tulis lg. Perempuan tu tak kuar bilik selama 3 hari. Kalau kuar pun time rumah takde org atau bila sume org dah tido time lewat mlm. Kesian. Sgt kesian. Malu yg ditanggung pasti akan diingat dan dikenang sampai akhir hayat. Kerugian duit dan persiapan mungkin soal yg kedua. Tp hati dan perasaan yg hancur dan kecewa lbh pedih lg dia rasa. Sedangkan org yg putus cinta,putus tunang pun dah sedih dan kecewa yg amat sgt. Apa lg kalau cancel kahwin. Last minute plak tu. Kejamnya lelaki yg buat perangai mcmni. Mana la peginya akal dorg. Perbezaan antara kita adalah kamu punya 9 akal dan 1 nafsu. Kami pula punya 9 nafsu dan 1 akal. Tp hairannya aku rasa bila kamu langsung tak menggunakan walau 1 pun drpd 9 akal yg ada. Tp kalau nafsu yg 1 tu tak perlukan akal pun kamu tahu mcmana nak guna. Dasar kah? Mungkin agak kasar tp itu hakikat. Mungkin hakikat itu tak merangkumi kesemuanya. Tp kebanyakannya. Huhuhu aku pasti ramai perempuan yg bersetuju.
Mmg mungkin kita perlu mendengar drpd pihak lelaki jgk. Tp dlm tu dah terang2 ckp yg dia tipu psl sijil kursus pra-perkahwinan dia. Palsu semata2. Kalau benda penting mcmtu pun bole tipu,amik mudah dan tak amik berat lngsung mcmana nak kahwin? Dan apa gunanya nak kahwin dgn lelaki mcmtu? Blum apa2 lg dah tunjuk perangai tak baik. Tu soal tipu dan tak bertanggungjawab. Blum lg soal lelaki yg kaki perempuan,tak cukup dgn sorg,perasan bagus konon hensem sgt. Ego tak bertempat dan tak bole kena tegur. Kalau nak cite perangai manusia ni sampai kiamat pun tak abis. Tp kalau ye pun jgnla kejam sgt jd manusia tu. Fikirlah perasaan org lain jgk. Perempuan ni bkn anak ayam nak diambil dan dibuang sesuka hati. Cuba kalau situasi ni jd pd ahli keluarga sndr? Jd kat adik perempuan kita ke kakak kita ke? Confirm bengang tak hengat pastu konon nak tunjuk terror tp takdela hero sgt pun sbb perangai sndr pun 2x5 jgk. Haihhh niela dunia.
Tindakan apa agaknya yg akan mereka ambil slps ni ye? Kalau ikut sejarah2 dulu yg aku baca dlm suratkhabar la kan. Confirm kena saman punya. Dah bape byk kes cancel kahwin last minute ni kuar kat suratkhabar Malaysia ni. Semuanya naik mahkamah. Saman malu la,saman rugi la. Cancel kahwin kena saman,putus tunang pun kena saman. Kalau ikutkan hati aku ni,mmg aku nak buat jgk hari tu. Ada je kwn yg bole carikan lawyer. Kwn aku pun ada jgk lawyer. Tp aku kesian. Sbb aku tau nnt ada org terpaksa bergolok bergadai plak nak bayar court. Ooppss sorry! End~
2 comments:
saman je kak faz..biar die rase
wah kamu..ni jd pom2 girl ke ape ni..heheheheh
Post a Comment