

Jalan terakhir yang ada aku mintak tolong dgn mak. Satu2nya mak yang aku ada dalam dunia ni. Dan tak sampai 5 minit mak bagi persetujuan. Yes! Mak memang terbaekkk! Hoyeh! Hoyeh! Hoyeh! Dengan pantas hari ahad lepas bersamaan 31 Januari 2010 we all rushing balik ke tg karang. Isnin tu aku tak kerja sebab cuti Hari Wilayah so settle kan semuanya hari tu jugak. Punya la jauh aku pergi. Macam2 org aku try tapi akhirnya mak sendiri yang bantu. Mulanya mak memang risau tapi aku cuba yakinkan dia yang aku akan cover balik. Aku pasti akan selesaikan segala2nya dalam masa 5 hari. Aku berani mati letak janji takkan sampai seminggu aku akan settle semuanya. Dan hari ni, 4 Februari 2010 semuanya dah selesai. Aku telefon mak dengan bangganya dan bagitahu dia benda tu aku dah settle tanpa rasa ragu! Lega sangat rasanya. Terima kasih mak! Mak lah penyelamat org. Walaupun org ni anak yang paling degil,tapi satu hari nanti org akan tunjuk dgn semua org yang degil2 org ni bukan degil yang kosong dan tak guna. Tengoklah nanti.


Terjadinya benda ni banyak mengajar aku. Siapa yang sentiasa di sisi. Siapa yang hanya bersama bila kita ketawa. Siapa yang lari bila kita menangis. Siapa yang jadi makhluk 2 alam, talam 2 muka, hipokrit! Aku dah tahu. Tapi takpela sebab kalau tak jadi mcmni aku pun tak tahu sampai sekarang siapa sebenarnya manusia2 kat sekeliling aku ni. Bukanlah aku nak mengharapkan setiap kali aku mintak tolong tu semua org boleh tolong aku tapi biarlah berlapik dan berpada. Kalau betul tak boleh tolong cakap betul2. Bahasa tu baik la sikit. Cakap elok2 kan boleh. Bukannya susah sangat kan. Ni dah cakap konon boleh tolong tapi lepas tu boleh pulak senyap je hilangkan diri macam tu je. Sms tak reply buat keras pulak. Aku ni dok tunggu je sebab dok ingat dia boleh bantu. Nasib baik aku tak harapkan dia je. Dahla kalau sembang tu nak menang je. Berlagak serba serbi. Konon kaya,mewah. Harta menggunung,aset berlambak. Eksen tahap dewa saja kalau berborak dgn aku. Sudahnya? Cakap tak serupa bikin. Nak ikutkan aku takde hal pun kalau korg semua tak boleh nak tolong tapi macam yang aku cakap tadi la kan. Macam mana aku berbahasa dengan korg,berbahasa la jugak dengan aku. Janganlah main kasar. Memang aku akan ingat sampai bila2 la. Terima kasih la kan.


Walau apapun benda dah selesai. Pengalaman ni sangat2 mengajar dan membuka mata aku dalam melihat warna2 sebenar di sekeliling aku. Terima kasih sangat2 kat diyana sebab sanggup ikut aku balik kampung mengadap makcik sutinah. Heheheh. Dapat makan2 kat pondok buruk aku tu kan. Lepak2 kat luar rumah sambil berangan2. Huhuhu. Dan terutamanya pada u alif. Thanx for everything. Ingat apa yang kita buat ni bukan mudah. Be responsible and struggle for it ok. I love u both! Support! Ngeee..~

(aku agak penat bila taip entry kali ni dgn ejaan penuh..terkial2 sungguh rasenye..hah malas aku..!!)
0 comments:
Post a Comment