Nuffnang Ads

Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Siapa Kawan Siapa Lawan

Bukan senang nak jadi senang. Tapi bukan susah nak jadi susah. Aku pilih untuk jadi senang walaupun aku tahu bukan senang nak jadi senang. Serius! Tak mudah rupanya. Aku sedang berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Lebih senang. Tak mewah takpe tp jangan sampai terlalu susah. Kesusahan minggu lepas sangat2 dirasai oleh aku, alif dan diyana. Berusaha untuk mendapatkan sesuatu sampailah berjaya sangat2 menguji kesabaran we all. Pada mulanya we all rasa nak tunggu je tapi tiba2 alif call dan cakap dia nak fight jugak. Aku dah tension dah. Mana nak cari dalam masa 2-3 hari. Tapi takpe sbb itu semua adalah dugaan. Cuba sana sini. Contact org sini sinun. Semuanya tak boleh tolong. Ada saja alasan yang dorg bagi. Takpe,sabar. Yang konon nak tolong tapi lepas tu buat keras sms tak reply langsung pun ada. Tergamak betul. Berdentum kecoh konon nak jadi best friend aku. Da best buddy i ever had. Will help you in what ever situation. Ayat yang aku tak pernah nak dengar apa lagi nak mintak tapi dia sendiri yang kecoh. Ahh beria! Daripada masalah nie la aku kenal siapa kawan aku yang sebenarnya. Boleh nak kata tiada! Semua tak boleh pakai. Tuela kan. Masa nak,masa nak jual cinta macam2 korg boleh cakap. Janjikan langit bumi gunung ganang pelangi laut semua ada. Tapi bila aku mintak tolong sikit je semua lari. Semua penuh dengan alasan. Lepas ni jangan harap la aku nak percaya dengan dorg tu lagi. Tak sudi aku nak berkawan dengan dorg. Kalau kawan pun,hati2 jerla. Mintak tolong dengan org terdekat pun sama. Aku sms tak reply. Aku call tak angkat. Buat aku ni macam org luar. Its ok. Fine with me. Time aku tengah susah bolehla nak pandang aku sebelah mata. Time ko susah nnt,ko tadah la langit tu sambil ingat balik apa yang ko pernah buat kat aku.


Jalan terakhir yang ada aku mintak tolong dgn mak. Satu2nya mak yang aku ada dalam dunia ni. Dan tak sampai 5 minit mak bagi persetujuan. Yes! Mak memang terbaekkk! Hoyeh! Hoyeh! Hoyeh! Dengan pantas hari ahad lepas bersamaan 31 Januari 2010 we all rushing balik ke tg karang. Isnin tu aku tak kerja sebab cuti Hari Wilayah so settle kan semuanya hari tu jugak. Punya la jauh aku pergi. Macam2 org aku try tapi akhirnya mak sendiri yang bantu. Mulanya mak memang risau tapi aku cuba yakinkan dia yang aku akan cover balik. Aku pasti akan selesaikan segala2nya dalam masa 5 hari. Aku berani mati letak janji takkan sampai seminggu aku akan settle semuanya. Dan hari ni, 4 Februari 2010 semuanya dah selesai. Aku telefon mak dengan bangganya dan bagitahu dia benda tu aku dah settle tanpa rasa ragu! Lega sangat rasanya. Terima kasih mak! Mak lah penyelamat org. Walaupun org ni anak yang paling degil,tapi satu hari nanti org akan tunjuk dgn semua org yang degil2 org ni bukan degil yang kosong dan tak guna. Tengoklah nanti.


Terjadinya benda ni banyak mengajar aku. Siapa yang sentiasa di sisi. Siapa yang hanya bersama bila kita ketawa. Siapa yang lari bila kita menangis. Siapa yang jadi makhluk 2 alam, talam 2 muka, hipokrit! Aku dah tahu. Tapi takpela sebab kalau tak jadi mcmni aku pun tak tahu sampai sekarang siapa sebenarnya manusia2 kat sekeliling aku ni. Bukanlah aku nak mengharapkan setiap kali aku mintak tolong tu semua org boleh tolong aku tapi biarlah berlapik dan berpada. Kalau betul tak boleh tolong cakap betul2. Bahasa tu baik la sikit. Cakap elok2 kan boleh. Bukannya susah sangat kan. Ni dah cakap konon boleh tolong tapi lepas tu boleh pulak senyap je hilangkan diri macam tu je. Sms tak reply buat keras pulak. Aku ni dok tunggu je sebab dok ingat dia boleh bantu. Nasib baik aku tak harapkan dia je. Dahla kalau sembang tu nak menang je. Berlagak serba serbi. Konon kaya,mewah. Harta menggunung,aset berlambak. Eksen tahap dewa saja kalau berborak dgn aku. Sudahnya? Cakap tak serupa bikin. Nak ikutkan aku takde hal pun kalau korg semua tak boleh nak tolong tapi macam yang aku cakap tadi la kan. Macam mana aku berbahasa dengan korg,berbahasa la jugak dengan aku. Janganlah main kasar. Memang aku akan ingat sampai bila2 la. Terima kasih la kan.


Walau apapun benda dah selesai. Pengalaman ni sangat2 mengajar dan membuka mata aku dalam melihat warna2 sebenar di sekeliling aku. Terima kasih sangat2 kat diyana sebab sanggup ikut aku balik kampung mengadap makcik sutinah. Heheheh. Dapat makan2 kat pondok buruk aku tu kan. Lepak2 kat luar rumah sambil berangan2. Huhuhu. Dan terutamanya pada u alif. Thanx for everything. Ingat apa yang kita buat ni bukan mudah. Be responsible and struggle for it ok. I love u both! Support! Ngeee..~


(aku agak penat bila taip entry kali ni dgn ejaan penuh..terkial2 sungguh rasenye..hah malas aku..!!)

Thursday, December 3, 2009

Dia & Kamu

Disember hadir lagi utk kali ke 26. Dalam hidup ini. Menghampiri penghujung tahun 2009 memberikan aku satu peringatan bahawa aku sudah semakin tua! Umur sudah meningkat. Apa yg sudah aku capai? Hmm mungkin tak semua yg kita mahu akan kita perolehi dlm masa yg singkat. Usaha dan kesabaran perlu seiring dlm melewati kehidupan yg belum tentu apa,bila dan bagaimana kesudahannya. Matangkah aku dlm menzahirkan setiap perilaku dan fikiran? Terlalu kerap mereka mengatakan usia dan wajah aku tidak sepadan. Apa lg tingkah laku. Spt kanak2 riang. Mestikah aku peduli? Asalkan aku bahagia kan? Kejujuran dan ketelusan itu lbh penting rasanya drpd aku berpura2 dan berlakon spt wanita melayu terakhir abad ke 18. Mengikut telunjuk dan kemahuan org. Mengubah diri menjadi spt apa yg dia mahu. Kononnya mencari kesempurnaan? Argh hakikat sbnrnya sudah pun aku ketahui. Pembohongan yg aku terima bkn sedikit. Kononnya mahukan yg baik2 sahaja. Yg sempurna. Yg terbaik. Tp diri sndr sbnrnya lbh teruk dr itu. Khabar yg baru aku tahu baru2 ini juga benar2 memberikan aku satu kekuatan bahawa SEDIKIT PUN AKU TIDAK RUGI. Meletakkan dirimu begitu rendah di mata ini. Berubah utk kamu? Jgn kau mimpi.

Dia. Sentiasa hadir utk memberikan aku semangat. Sejak 2 tahun lps,katanya dia selalu menunggu aku. Katanya juga dia tidak boleh melupakan aku. Benarkah? Jujurkah? Aku sering mencuba utk membuka hati ini. Percayalah. Aku benar2 mencuba. Tp aku tidak mampu. Mungkin waktu yg berlalu selama ini hanya meletakkan kamu sebagai seorang rakan biasa. Masa dan peluang yg hadir dlm hidup kita sejak akhir2 ini hanya utk memberikan kita sedikit ruang utk bernafas dlm merasai bahawa hidup kita belum berakhir. Kita masih punya kawan. Ya,kawan. Sungguh kamu terlalu baik. Mungkin benar aku akan sedikit rugi. Tp aku benar2 tidak mampu. Perasaan ini hanya berhenti setakat itu. Kata emak, 'jgn ckp mcmtu sbb kita tak tahu masa dpn..nnt yg ko tanak tuela yg ko dpt..' Aku tidak menidakkan kata2 emak yg aku percaya mmg tiada yg mustahil dlm dunia ini. Tp apa yg aku pasti hari ini,waktu ini itulah yg aku rasa. Mmg aku tidak tahu soal masa dpn. Aku menerima sekiranya waktu itu dialah yg akan menjadi pemilik kekal diri ini. Tp mungkin bukan skrg. Kamu,bkn niat aku utk menjauh begini. Harapan yg aku berikan mungkin membuatkan kamu berasakan spt hidup itu hanya utk aku. Jauh aku hanya utk memberikan dirimu ruang dan peluang. Jgn pernah menganggap aku berniat dan sengaja. Itu bkn agenda dlm helaian nafas manusia bernama Nor Fazlina. Bkn aku tidak menghargai segala kebaikan dan pengorbanan yg kamu berikan. Tp kemampuan hati dan diri ini hanya setakat itu. Keadaan dan situasi diri ini takkan mungkin kau fahami dan mengerti. Namun andainya ada,pasti suatu hari nnt. Dan waktu itu,aku takkan menolak apa lg memungkiri.

Hanya di sini aku mampu utk mengatakan ini semua. Hampir setahun aku memendam rasa dan menahan perasaan. Sakit yg aku rasa bkn sedikit. Benar,jika ditanya pd aku sebulan yg lps pasti aku akan masih mengatakan ya. Tp skrg tidak lg. Cukuplah. Hari ini aku gembira. Bahagia yg mengiringi langkah amat2 aku hargai. Aku tidak mahu menjadi spt dia. Menolak peluang yg dtg yg pasti takkan lg diperolehi slps ini. Itu sumpah hati ini. Seharusnya perhatian aku berikan pd kerjaya dan keluarga. Itu lbh berharga dan bermakna. Lbh memberikan aku 1000 kebaikan yg aku akan pastikan dirimu hanya berada di bwh serendah2nya dan yg tidak akan aku pndg walau sebelah mata. Kasar bkn? U deserve for that. :)

Tuesday, November 24, 2009

Go 3G Go!

Melewati November 2009 bagaikan menyingkap kembali segala kenangan setahun yg lepas. Segalanya indah. Waktu itu hidup dan dunia ini berwarna-warni. Berseri-seri. Jelas dan nyata. Tidak kabur spt ini. Mendung yg hadir tidak lama selepas segalanya bermula sedang cuba aku sisihkan dr cerita hati. Sehabis daya aku cuba utk menggantikan dgn pelangi. Pelangi yg dtg slps hujan di waktu panas sbnrnya adalah satu anugerah. Bkn segalanya cerah. Pasti akan ada hujan dan mendung. Akhirnya hari ini,aku mampu tersenyum.

Tiba2. Rindukan rakan2 di Trolak. Bersama mereka selama 8 hari bermula 19hb hingga 26 hb 2009 utk Kursus Induksi Umum. Berkenalan dgn semuanya memberikan satu pengalaman baru. Skrg aku ada rakan di sana di sini di sinun. Bekerjasama dgn mereka di dalam satu kumpulan amatlah menceriakan hati. Walaupun yg perempuan spt agak skema (hahaha jgn mrh dgn statement ini..) tp yg lelaki berjaya men'tune' supaya kumpulan 3G selalu happening. Segala aktiviti kita buat bersama. Bermula dgn berkenalan, mencari nama group, tagline, sorakan dan lain2 lg. Aktiviti spt flying fox, low rope, merangkak, meniarap, menyeberang, berlari, berjalan, berakit dan sebagainya kita jdkan penguat dlm ikatan persahabatan kita semua. Ditambah lg dgn kehebatan kita sewaktu melakukan persembahan. Bermula dgn lakonan hebat kita di dlm lagu Andai Ku Tahu,kita sambung lg dgn lagu Joget Cari Jodoh. Kejam sungguh kamu yat kerana menjadikan aku seorang wanita yg curang. Sedangkan hakikatnya aku ini adalah seorang yg sgt setia. Kihkihkih. Hebatnya kita kerana berjaya meraih gelaran juara di mlm itu. Aku berasa sgt riak pulak skrg ini. Go 3G Go! Go 3G Go! Go 3G Go! Ohh agak emo plak aku. =)

Oh ye. Maaf kerana aku merahsiakan sesuatu sepanjang kita di Trolak. Bkn aku berniat utk menyembunyikan hal yg aku sendiri tak mampu utk suarakan. Namun aku pasti saat ini,mereka semua sudah mengerti dan faham dgn keadaan diri ini. Aku pasti mereka juga sudah tahu kenapa dan mengapa aku melakukan sebegitu. Sungguh,itu bknlah kehendak hati. Terima kasih kerana cuba utk memahami dan menyokong setiap apa yg akan dan bakal aku lakukan. Terima kasih kerana ada yg sudi mendengar cerita sedih aku yg agak menyeramkan. Wakakaka.

Bol, azhar, ujang, achik, vicky, azieq, lan, aziey, yat, sha dan rin. Semoga persahabatan kita semua akan kekal hingga akhir hayat. Serius,aku sayang korg semua. Aku tujukan ayat ini utk mereka. Ayat yg aku sering gunakan jika berkawan. KAWAN SAMPAI MATI.

Sunday, October 11, 2009

Melaka ~ Part 1

Bilik 726, Hotel Naza
Ahad
11 Oktober 2009
6.58 ptg

Hari pertama di Hotel Naza, Melaka. Aku dah sampai! Sbnrnya dah sampai dr td. Tp lepak2,rehat n solat. Perjalanan agak lmbt sikit sbb pg td aku pegi ke Keramat. Ada hal sikit. Melibatkan masa dpn. Hidup dan mati. Pkl 12.30 baru sampai umah. Lps tu terus siap2 kemas brg utk ke melaka plak. Dkt pkl 1.00 si khafi dah sms ckp dia dah on da way dr sime darby dgn aqilah. Aku pun relax jerla. Ingatkan lmbt tp kejap je dorg dah sampai. Blum pun 1.30. Kelam kabut aku bersiap. Ditmbh lg dgn mslh yg tiba2 dtg. Aduuu terbang duit aku RM50 mcmtu je. Ralat n terkilan. Tp nak buat mcmana. Aku anggap tu bkn rezeki aku. Lbh kurang jam 2.30 kitorg dah gerak masuk highway. Berhenti mkn kat RnR Seremban dlm stgh jam pastu gerak blk. Dkt pkl 5.30 jgk sampai ke hotel ni. Tu pun ada tersesat sikit tp nasib baik ada zura so dia yg guide aku thru phone.

Knp aku di melaka? Aku ada kursus Pengacara Majlis anjuran Jabatan. Sepanjang perjalanan aku yg drive amatla memberi satu pengalaman. Aku tak penah drive sejauh ni. Heheh padahal mana ada jauh mana pun. Bukak radio. Bosan tukar cd. Pastu menyanyi sepanjang jln. Melepaskan tekanan dan meluahkan perasaan . Haihhh betapa aku tak pernah jemu menyebut namamu. Seiring dgn nafasku. Selari dgn degupan jantung ini.

Pada mulanya aku sndr di bilik ini. Roomate masih belum sampai dan aku pun tak kenal siapa dia. Hotel dan kursus. Segala2nya mengingatkan tentang dia. Kursus. Kerana kursus lah aku bertemu dia. Kerana kursus lah aku mengenali dia. Kerana kursus lah segalanya bermula. Walaupun keadaan di sini tidak serupa namun hati ini tetap sama. Bertemu semula rakan2 seperjuangan. Riuh rendah mendengar suara mereka saat setiap bilik aku dail utk mengganggu. Hihihihi. Sungguh aku tidak sabar utk bersua dgn mereka sebentar lg.

Tapi... ada satu rasa yg pasti akan aku alami. Serba salah. Sayu. Sedih. Aku pasti aku tahu apakah soalan yg bakal mereka hujani pd aku. Tentang dia. Tentang kita. Andainya aku mampu utk menolak kehadiran di kursus ini. Pasti akan aku lakukan. Tp aku rindukan mereka. Peluang2 begini bkn sng utk aku miliki. Sudahlah free,dpt jumpa kwn2 lama plak lg. Wahhh best! Agak cuak sbnrnya utk berjumpa mereka. Mendengar suara salah seorang kwn aku td pun aku sudah menggelabah. Katanya 'aku nak interview ko sat lg..' Aduhh. Takpe2. Control2. Huhuhuhu. Takpelah. Yg penting adalah dpt berjumpa dgn dorg blk. Tentang kita. Percayalah. Aku takkan mampu utk meletakkan dirimu di situ. Aku tetap akan menjaga namamu spt mana awal dahulu kau berada di dlm hati ini. Tetap yg satu. Tetap yg pertama.

Aku harus bersiap. Utk mkn mlm dan sesi taklimat sblm kursus bermula.....

Bilik 726, Hotel Naza
11.21 mlm

Taklimat tamat lbh kurang pkl 9.30. Minum mlm dan mkn nugget. Erkk tak penah2 aku jumpa minum mlm kat hotel mkn nugget. Ngap jerla. Lepak skali dgn bdk2 lain. Riuh. Kecoh. Mcm2 cerita yg kuar. Ewahh buat mcm rumah sndr plak dorg ni. Bila cite psl keje confirm aku akan senyap sbb dorg ni tak abis2 cite psl LRA la, isu la, peristiwa la. Aku ni mana la tau benda2 gitu. Hehehe hihihi huhuhu tumpang gelak jerla. Pastu masuk plak bab bunga rampai. Perghhh ni yg tak bole dgr ni. Aku buat derk jerla. Buat2 sengih konon relax je takde mslh. Siap ada geng mak, geng bakal mak. Sadis giler mendengar ayat2 mereka. Haihhhh kwn2, geramnya aku dgn korg ni. Huhuhuhu.

Lbh kurang sejam borak2 kitorg pun naik bilik. Dlm lif pun buat mcm rumah sndr. Adoilaaa tak bole blah. Aku ssh hati ni. Nak kena perucapan awal lg. Kena jd MC lg. Aduhai dahla tak penah jd MC. Last aku jd MC time kursus asas mula2 masuk dulu tu jerla. Dah dkt setahun dah. Esok dia nak main tunjuk je sape2 yg buat perucapan awal. Masak la kalau aku yg kena. Kena standby je topik nak cite. Dahla kepala tgh jem tgh tension tgh stress. Takpe2 ni sume cabaran. Cewahhh yakin je berckp. Yerr kita kena yakin. Yakin serba serbi. Biarla org nak ckp apa pun. Yg penting kita tau siapa diri kita.

Dah lewat. Ada keja yg perlu aku buat. Kena buat. Kalau tak abis masa dpn aku. Aku kena komited buat benda ni. Stp mgu dan stp kali dia berikan pd aku. Ini adalah satu usaha aku utk yg terbaik. Utk memperbaiki diri dan segala benda yg ntah pape. Mmg gilela tgh2 mlm buat keje ntah pape gini. Bak kata dia. 'Sy suka semangat awk farz.. Awk btul2 berusaha..' Err jgnla puji gitu cik. Biasa jerla. Huhuhuhu. Hey, selamat malam!

Tuesday, June 2, 2009

Kwn Aku Eksiden..

Smlm masuk keje mcm biasa. Walaupun sakit kepala masih terasa. Loya tekak masih mengganggu ketenangan hidup aku (ihiks tenang ke?). Sampai ofis terus on pc. Benda pertama yg aku click kat desktop tu adalah winamp. Pastu terus ke mozilla firefox. Cek email, tagged dan facebook. Tgh dok leka meng'update' apa yg patut tiba2 kwn aku epul aku msg kat 'chat'. Dia inform yg kwn kitorg S17 daerah sabak bernam eksiden motor. Berderau darah aku. Terkejut sgt. Tiba2 terus teringatkan si dia. Isk risaunya. Bkn apa. Kwn aku tu tgh darah manis. Baru je stgh thn bertunang dan dah nak kawin. Tak disangka2 jd mcmni. Aku teringatkan 'sayang'. Dia berulang pegi keje hari2 dgn jarak yg agak jauh. Aku selalu mendoakan keselamatan dia. Semoga perjalanan dia sentiasa dilindungi Allah. Dlm saat2 menghitung hari mcmni, aku selalu mengharapkan keselamatan dan kesejahteraan dia. Tuhan, jauhkan aku daripada kehilangan.

Kembali kpd citer kwn aku. Lps dpt tau psl kwn aku tu aku terus call bdk2 aku yg ada kat HQ tu. Aku ajak dorg pegi lawat dia kat hospital kajang. Walaupun aku tak tau jln tp aku nak pegi jgk. Sblm tu sempat pegi sapan pg dgn si param pastu dok luah2 perasaan sikit. Byk benda yg kitorg borak. Maklumlah dah lama tak lepak sama pastu nasib kitorg ni sama. Dibuang didelete dan dipersia sesuka hati. Wahahaha. Tp ada aku kisah? I dun care at all! Yg pasti hidup aku lbh aman skrg. Cuma pelik dgn sikap manusia yg emo tak bertempat. Aku pun kdg2 emo jgk tp takde plak nak buat perangai pelik mcmtu. Aku lbh fikirkan hidup kita ni bkn nak menongkat langit. Kita bkn hidup dlm dunia ciptaan kita. Tp dlm dunia ciptaan Allah. Kita bkn hidup sorg2 dlm dunia ni. Kita perlukan kawan dlm hidup kita. Kalau nak duk sorg2 buat perangai ntah pape pastu act mcm bagus plak baik duk dlm hutan jer. Tak terfikir ke kita kalau satu hari nnt kita dlm kesusahan? Sape yg nak tolong kita? Kwn2 jgk kan? Tp kalau dah kita ni duk pentingkan diri sndr pastu berlagak bodoh sombong mcmana org nak kwn dgn kita nak tlg kita? Kita nak org hormatkan kita tp kita ni jd manusia kena la hormatkan org lain dulu. Senang jer. Eh2 dah tukar topik plak. Ngeee~~

Dlm pkl 10.30 mcmtu aku,param dgn aqilah gerak ke kajang. Tau jln ke? Huhuhu belasah jerla. Aku kalau nak drive jln yg aku tak tau takde hal kalau berkawan. Asalkan jgn sorg2. Mmgla aku nangis nnt. Nasib baik jumpa jln lps dkt 1 jam drive. Sng jgkla tp aku tak ingat pun jln tu. Sekali drive je mana nak ingat. Dah sampai tu nak masuk wad tp still awal lgla plak. Time melawat 12.30 tp kitorg sampai pkl 11.30. So kitorg decide utk pegi lunch dulu. Tak lama tu si epul dgn officemate dia sampai. Lepak borak2 la jap sementara tggu time melawat on.

Masa kitorg nmpk je si nuwa tu aku tak tau nak ckp apa. Mmg sebak nak nangis tp aku control jerla. Kang nmpk mcm over sgtla plak. Keadaan dia mmg agak teruk. Betis patah dua, paha pun patah. Ibu jari pun sama. Tgn dua2 berbalut. Ibu jari kiri pun. Rahang pun nak kena operate. Bibir berjahit. Gigi patah. Muka bengkak gile. Aduuuu sedih sgt aku tgk keadaan dia time tu. Tak sangka sgt. Mcm baru lg aku borak2 dgn dia psl dia dah tunang masa aku pegi ikut show ke sg besar bln februari ari tu. Dan baru je lg mgu lps aku borak2 dgn dia psl hal aku dgn si dia. Takde rezeki la nuwa nak dtg umah nnt. Sedih sgt rasanya.

Tak lama pun kitorg kat hospital tu. Dlm pkl 1 tu kitorg gerak blk sbb si aqilah byk keje. Yg aku pelik tu perjalanan blk ofis jd makin jauh plak. Ntah mana2 jln kitorg belasah. Sume ni salah si param! Guide jln ntah pape. Mula2 tu nyaris nak sesat tp nasib baik sempat u-turn kat tol. Hahahah tak kisahla janji sampai ofis. Tp perjalanan sampai sejam stgh! Letih kaki aku tekan clutch oit! Si param sedap je duk blkg jd tuanku. Cisss!

Hmm walau apapun, kitorg sume ttp mendoakan nuwa supaya cpt sembuh. Supaya jd kembali ensem dan comel. Nnt bole kawin cpt ok. Doa kitorg sentiasa mengiringi ko nuwa!