Nuffnang Ads
Sunday, July 31, 2011
Dia Sorang Ada Body
Saya kurang gemar nak membaca majalah-majalah yang menjurus kepada dunia hiburan ni. Dulu masa sekolah boleh lah kan. Sekarang dah remaja saya dah tak berminat nak ambik tahu beria-ria. Kalau ada pun baca yang tergantung kat luar kedai bawah ofis saya tu je. Baca muka depan jelah. Takkan nya saya nak membazir duit beli majalah-majalah tu. Lebih baik saya beli majalah Pa&Ma kan?
Sebenarnya tadi saya lepak kat bilik maid kakak saya. Adalah satu majalah ni. Ala majalah yang suka sangat nak tunjuk gambar artis perempuan seksi. Minat nak baca sangat tu takde tapi sekadar nak tengok apa isinya. Saya selak punya selak punya selak. Nasib baik saya perempuan. Kalau saya lelaki mesti kejap saya tarik nafas kejap tahan nafas kejap semput kejap sesak dada. Saya peliklah dengan diorang ni. Cukuplah dengan berbaju seksi tu. Tak payahlah beria-ria sangat nak ambik gambar dalam swimming pool ke. Faham-fahamlah kan kalau baju dah basah tu macam mana? Lepas tu sekadar menutup ala kadar je. Senang cerita kalau kita tarik sikit nampak dan kalau kita selak sikit pun lagilah nampak. Saya yang perempuan ni memang menyampahlah bila tengok. Tapi orang lelaki? Satu hari satu malam lah kot dok tenung majalah tu.
Nak seksi tak payahlah buh dalam majalah sampai semua orang nampak. Satu Malaysia ni tengok. Macam mana dengan persepsi family diorang agaknya eh. Saya tak tahu apa yang diorang kejar sangat sebenarnya. Tapi pada saya sendiri akan anggap diorang tu semua nak publisiti murahan dan nak cepat popular. Atau pun mungkin nak tarik perhatian VIP yang ada kat negara kita ni. Kalau ada rezeki dapatlah jadi mak datin ke mak sri ke. Agaknya lah kot. Lepas tu saya tengok bukannya artis popular pun. Entah siapa-siapa entah yang memang kita tak kenal langsung.
Saya memang bukan orang yang setiap masa hidup dalam serba kemodenan. Ada masanya saya juga punya khilaf sendiri. Kadang-kadang saya pun terlanjur perbuatan tapi janganlah sampai keterlaluan. Nanti kalau jadi sesuatu yang buruk pada kita jangan pulak kita nak salahkan orang lain. Salahkan lah diri sendiri sebab jadi penyebab orang lain meleleh hingus dan menitik-nitik saliva bila tengok body kita. Macam kita sorang ada body.
Voice of MsGaijin at Sunday, July 31, 2011 0 comments
Antara Jehan & Rambutan
Saya seronok sebab dapat makan durian dan rambutan petang tadi. Seronok sebab dah boleh makan durian tanpa halangan dan dapat makan rambutan tanpa susah-susah nak kopek kulit dia. Maid kakak saya dah siap kopekkan berpuluh-puluh biji rambutan untuk mudah dimakan oleh orang-orang yang rajin seperti saya dan anak-anak buah.
Teringat kemanjaan dan kemengadaan saya dengan Jehan, housemate saya sewaktu di UiTM Arau dulu. Makan saya selalu disuapkan. Rambutan pun dia tolong kopekkan. Saya tinggal makan je. Yang saya pelik tu dia rajin pulak nak melayan mengada-ngada saya ni. Tu tak kira lagi obsesi dia pada kucing. Dia terlalu sayangkan kucing sampaikan kucing pun dia boleh suapkan makan sekali kadang-kadang tu. Saya percaya dia sedang menjadi seorang umi yang baik untuk anak dia. Kali terakhir saya berjumpa dia pada tahun 2003. Dah 8 tahun berlalu. Kali terakhir itu jugaklah kali terakhir saya mendengar khabar tentang dirinya. Dia menghilangkan diri begitu sahaja tanpa dapat dikesan baik menggunakan sms, panggilan telefon, friend finder mahupun GPS.
Sehinggalah suatu hari saya dapat menjejak kasih beliau di facebook. Sejujurnya saya memang tak sangka sebab dapat berhubung semula dengan dia. Sebab saya betul-betul tak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak sebelum tu. Dia betul-betul macam buah rambutan yang saya makan tadi. Juga yang saya makan hasil kopekan tangan beliau 8 tahun dulu. Saya kunyah dan telan dan hilang terus dalam perut. Dan saya tumpang gembira bila tengok dia dah berkahwin dan ada seorang anak perempuan yang memang sebijik macam dia. Jehan dan suami umpama mesin fotostat dan scanner. Eheh~
Jehan, terima kasih untuk perhatian yang pernah ko bagi pada aku. Terima kasih jugak untuk kata-kata semangat yang pernah ko berikan kat facebook tu. Aku tau ko faham. Serius aku akan teringat kat ko bila aku nampak rambutan. I MISS YOU JEHAN.
Voice of MsGaijin at Sunday, July 31, 2011 0 comments
Jalan-Jalan Cari Rompers
Esok 1 Ramadhan. Malam ni kita semua dah boleh mula menunaikan solat terawih. Sedihnya hati bila mengenangkan Ramadhan pertama ini saya cuma sendirian di sini. Walaupun dikelilingi oleh keluarga kakak tapi hakikatnya saya cuma merasakan sunyi dan sepi.
Dia masih belum pulang dari Sabah. Melengkapkan rasa sayu yang telah lama wujud dalam hati. Patah perkataan daripada bibir saya semakin kurang jika berada di sini. Entah kenapa saya terlalu merasakan jaraknya. Sukar untuk saya fahami kenapa saya sering rasa tersisih dan terpinggir.
Bosan rasanya melayan perasaan sedih. Tadi saya berjalan-jalan ke pasar tani di Stadium Shah Alam. Niat hati saya memang nak mencari baju. Tapi bukan baju saya. Saya nak cari rompers baby yang comel-comel tu. Mak kata lama lagi tapi saya tak kira. Saya kata takpelah beli sikit-sikit pun. Orang tengah semangat ni. Lagipun kalau semuanya nak beli sekaligus nanti saya garu lutut tiap-tiap hujung bulan. Yang peliknya tangan saya ni asyik nak pegang yang kaler pink je. Macam mana kalau yang keluar nanti bibird? Saya kata sekarang ni zaman moden. Lelaki pun boleh pakai kaler pink. Nanti sama macam daddy dia. Kaler apa pun dia selamba langgar. Ingat lelaki pakai kaler pink tu semuanya auww ke?
Sudahnya saya ambik kaler pink dan merah. Comel kan kan kan.
Voice of MsGaijin at Sunday, July 31, 2011 0 comments
Saturday, July 30, 2011
Nilai Sebuah Kata Maaf
Saya percaya amalan segera meminta maaf selepas perselisihan faham benar-benar membantu untuk menenangkan hati kita. Satu kepuasan di mana sama ada kita bersalah atau pun tidak kita tahu itu satu perbuatan yang baik. Satu tindakan yang dituntut oleh agama kita juga. Kerana orang yang meminta maaf itu lebih mulia daripada yang diminta maaf. Betul ke ayat aku ni?
Saya pernah diajar tentang satu petua. Kalau kita berselisih faham atau bergaduh jangan biarkan keadaan tu berlarutan lebih daripada sejam. Saya tak ingatlah saya dapat daripada siapa tapi itu petua sepasang suami isteri yang dah lama kahwin. Jenuh lah pulak nak ingat siapa. Tak kisahlah kan yang penting benda yang baik tak salah kalau kita amal dan terapkan dalam kehidupan seharian.
Pada saya sendiri kalau kita amalkan gaduh tak lebih daripada sejam itu bermakna kita akan berusaha untuk menyelesaikan masalah dan menjernihkan keadaan dengan kadar segera. Kita akan cuba sedaya upaya untuk berbaik dan bila dah berbaik mesti kita akan happy kan? Cuba kalau kita biarkan je masalah tu sampai berjam-jam atau berhari-hari? Konon-konon egolah kan. Kita jugak yang sakit hati lepas tu tension lepas tu bengang sorang-sorang. Lepas tu gila pulak. Kebaikannya bukanlah pada kita sorang je tapi jugak pada hubungan tu. Kan elok kalau gaduh pun kejap-kejap je. Cepat baik cepatlah mesra dan manja.
Ada jugak yang kata segeralah meminta maaf kalau bergaduh. Sebab tak rugi pun kalau kita yang minta maaf. Lagilah dapat pahala. Sama ada orang tu nak maafkan kita atau tidak itu terpulang pada dia sebab tanggungjawab kita dah pun selesai sesudah kita meminta maaf. Eh saya ni pandai je cakap eh. Saya sendiri orang yang susah nak mengalah dan minta maaf. Bukan apa, kadang-kadang kita tak sedar dgn kekhilafan diri kita sendiri bila emosi dah menunggangi perasaan dan akal fikiran. Kadang-kadang bila dah sedar barulah kita terfikir yang orang lain jugak berhak untuk menerima kata maaf daripada kita. Sama ada dah terlambat atau tidak, kita sendiri yang akan tentukan. Kerana kata maaf itu harganya tidak ternilai. Infiniti.
Dah nak puasa ni. Salam maaf daripada saya untuk semua.
Voice of MsGaijin at Saturday, July 30, 2011 0 comments
Semanis Kurma
Sejak daripada kecik lagi saya ada satu sikap yang macam tak best. Saya tak suka makan kurma dan kismis. Memang tak best betul bila ada perangai macam tu. Sedangkan kita semua tahu. Saya pun tahu yang kurma dan kismis tu sangat-sangat baik untuk kita. Sunnah Nabi waktu berbuka puasa lagi kan.
Saya pernah paksa makan. Tu pun cubit sikit je. Tapi saya luah balik. Entah kenapa saya tak boleh nak makan. Dulu masa sepupu saya belajar kat Mesir dia hantar kurma biji badam ke Malaysia. Saya ambik badam je lepas tu kurma tu saya bagi kat abah. Memang tak terfikir langsung nak cuba makan atau menghayati rasa kurma tu.
Tapi kenyataan tu dah berubah sejak 3-4 hari yang lepas. Bila saya balik kerja saya tengok ada kurma Yusoof Taiyub kat atas meja. Saya duduk je tengokkan kotak kurma tu. Kuat pulak hati saya berkata-kata. 'Kenapa tak nak cuba makan? Sekurang-kurangnya untuk baby..kurma kan elok lagi-lagi tuelah makanan Nabi dulu..'. Saya cuba makan satu dan saya berjaya telan sebiji kurma tu tanpa meluah balik walau sikit pun. Saya masih belum boleh untuk cakap yang kurma tu sedap cuma saya rasa macam boleh tahan lah. Sejak tu bila nampak je kotak kurma tu saya akan ambik satu dan cuba makan perlahan-lahan sampai habis. Paksa jugak telan walau macam mana pun.
Saya dah nekad lepas ni dalam bulan puasa atau seterusnya dapat makan sebiji sehari pun jadilah. Demi baby saya. Itu yang saya niat. InsyaAllah.
Voice of MsGaijin at Saturday, July 30, 2011 0 comments
Saya Benci, Saya Fedup
Kenapa orang suka ajar kita buat benda yang dia tak suka? Saya tak suka sebenarnya untuk buat benda yang orang tak suka tapi bila sikap dan perangai orang tu dah lebih-lebih seolah-olah nak mencabar kesabaran saya. Serta merta saya akan berdendam dan menunggu masa untuk hari pembalasan.
Nasihatlah. Katalah. Pujuklah. Supaya saya jangan berdendam atau tak baik nak berdendam atau jangan suka berdendam. Orang lain tak tahu dan tak rasa apa yang saya rasa waktu ini. Saya dah bosan sebenarnya. Saya dah fedup asyik nak bagi muka. Asyik nak bagi peluang yang sama. Tapi orang tak pernah nak appreciate apa yang kita dah bagi. Tak pernah nak pandang apa yang kita dah buat.
Memang sesungguhnya dendam saya disertakan dengan seribu perasaan benci. Benci yang teramat sangat. Saya benci bila orang langsung takde perasaan. Saya benci bila orang tak ambik peduli tentang perasaan saya. Saya benci bila orang buat bodoh dengan perasaan saya. Dan saya lagi bertambah benci bila saya dapat tahu yang dia lebih pentingkan perasaan orang lain. Dia lebih suka melayan perasaan orang lain. Dia lagi suka gembirakan orang lain daripada saya sendiri. Apa yang ada dalam hati saya sekarang ni cuma perasaan benci dan fedup yang melampau. Saya akan balas balik. Tapi saya balas senyap-senyap je. Saya akan buat benda yang sama macam mana dia buat pada saya. Malah lebih teruk lagi. Saya peduli apa. Saya dah penat nak pura-pura.
Sesungguhnya entry ini ditulis dalam keadaan saya yang sangat marah.
Voice of MsGaijin at Saturday, July 30, 2011 0 comments
Cerita Tetamu Rumah Saya
Saya tak tahu pulak yang rumah saya ni ada pengunjung tetap. Pengunjung yang datang tapi dia dok je kat luar rumah tak bagi salam. Haha. Tapi bagus gak kalau dia tak nak masuk. Sebab nanti saya kena buatkan dia air. Paling-paling kena bagi makan cekodok. Kecuali kalau dia bawak air sendiri. Haha lagi.
Kata dia pada saya, dia selalu datang depan rumah saya. Sejak rumah saya cat kaler lain sampailah saya dah tukar cat kaler lain. Dulu rumah saya kaler hitam dia tak puji tapi bila rumah dah kaler putih dia cakap nice. Haha lagi sekali. Seronoknya kena puji. Tuelah perempuan~
Macam-macam lagi dia kata pada saya. Satu benda je saya nak cakap. Bila dia kata daripada rumah saya kaler hitam lagi dia dah datang itu maknanya dia memang pengunjung tetap rumah saya ni. Dan itu jugak bermakna dia tahu dan mungkin jugak dia memahami situasi, keadaan dan perasaan saya di sesetengah waktu. Dalam peti surat rumah saya yang lagi satu dia ada tinggalkan surat. Dia suruh saya banyak-banyak bersabar. Dia kata saya kena kuat. Dia kata lagi jangan sedih-sedih sebab nanti baby saya pun sedih. Dia cakap kalau saya tak sedih nanti baby tak banyak ragam. Bila sentuh bab baby ni yang saya sedih ni~
Memang dugaan yang Dia berikan pada saya tak terhitung dengan jari yang ada. Tak terhitung rasa kecewa dan sedih yang membayangi hidup saya. Malah sampai ke saat ini waktu ini ketika ini. Saya diminta untuk sentiasa menerima hakikat. Sesungguhnya anugerah yang Dia dah berikan pada saya ini sudah cukup untuk membalas segala kekecewaan dan kesedihan yang saya alami selama hari ini. Anugerah yang semakin hari semakin membesar di dalam jasad saya. Anugerah yang saya harapkan akan membela, melindungi, membahagiakan dan menjadi kekuatan saya dalam segenap hal.
Tuhan, kenapa orang lain lebih memahami. Kenapa tidak dia?
Voice of MsGaijin at Saturday, July 30, 2011 0 comments
Thursday, July 28, 2011
Harimau Gigit Singa
Sana sini cerita tentang bola. Kat facebook bola. Kat twitter bola. Kat ofis pun bola. Ada yang sibuk cari tiket lebih. Ada yang frust sebab beria-ria pegi stadium tapi tak dapat tiket. Ada yang dapat tiket tapi dok fikir nak ambik ke tak sebab mahal sangat. Orang yang kata mahal tu adalah orang yang fikirkan anak isteri dia. Dia fikir dah nak raya jadi banyak nak pakai duit. 50sen pun dia rasa berharga sangat. Saya salute dia sebab akhirnya dia memutuskan untuk menolak tawaran tiket tu dan beli kerepek bayam saya! Dia cakap 'beli kerepek ni bagi kat anak aku lagi bagus..lagi kenyang..'. Nice dad~
Saya kurang berminat dengan sukan-sukan ni. Tak kiralah sukan apa pun. Cuma bila melibatkan Malaysia atau Selangor barulah saya nak ambik tahu sikit. Dulu masa awal sekolah menengah zaman Merah Kuning lambang kebanggaan tu memang saya teruja sikit. Masa tu Selangor memang tengah naik. Selalu menang piala. Pernah sekali tu menang tiga piala dalam setahun. Bangganya saya jadi orang Selangor waktu tu. Lepas tu kalau ada siaran langsung kat tv mesti saya tengok dengan mak. Abah takde sebab dia dah pergi stadium tinggal kitorang. Dulu kat kampung saya selalu dapat tiket free masa zaman Datuk Aini. Orang kampung yang dapat tiket tu akan cari van dan pergi ramai-ramai. Saya tak pernah dapat ikut sebab nanti saya akan jadi satu-satunya perempuan yang menyibuk nak ikut sekali. Confirm kena tinggal.
Sekarang dah tak sama macam dulu. Semua negeri ada turun naik. Takde yang betul-betul kuat dan boleh pertahankan kehebatan pasukan masing-masing dalam tempoh yang lama. Kejap negeri tu naik. Kejap lagi negeri tu pulak yang kuat. Dan hari ni negara saya, Malaysia akan menentang Singapura. Negara yang suatu masa dulu pernah join liga di Malaysia. Antara pasukan yang terkuat jugak masa tu. Hari tu masa kat Singapura kita dah kalah. Tak tahulah macam mana kat Stadium Bukit Jalil malam ni. Semoga bila bermain di tempat sendiri akan menjadi kelebihan untuk pasukan Harimau Malaya kita. Ingat rimau tak boleh geget singa ke?
Kalah atau menang, saya tetap anak Malaysia.
Voice of MsGaijin at Thursday, July 28, 2011 0 comments
1st Great Moment
Selasa lepas saya dipaksa oleh Nad untuk pergi ke Seremban ikut tengok show kat hospital. Katanya moh ler kita pegi cari duit lebih nak raya ni. Show kat hospital? Okay saya pun pelik sebab fikir tak mengganggu ke pesakit-pesakit kat sana? Tapi since diorang yang mintak show dan tempat semua dah ditentukan jadi saya percaya itu bukan satu masalah dan kalau ada masalah pun sememangnya itu bukan masalah kita kalau berlaku apa-apa. Segala risiko ditanggung oleh mereka.
Sampai kat sana saya jadi tension bila tengok parking kereta yang macam parking sardin. Saya tak tahu macam mana pekerja kat sini boleh tahan dengan suasana sesak macam tu. Keliling hospital tu memang penuh dengan kereta sahaja. Tepi jalan kereta, tepi divider kereta, tepi bangunan kereta. Sana sini kereta. Kitorang terus park kereta dan kemudian ada kemudahan bas kecil atau shuttle untuk bawa kita ke unit atau bahagian mana yang kita nak. Sebab kalau tengok parking tu memang agak jauh dan dalam keadaan panas terik macam tu saya cakap dengan Nad 'tolong jangan buat kerja gila nak seksa aku untuk berjalan kaki panas-panas macam ni'. Okay nasib baik ada pakcik bawak shuttle tu. Macam geng bas sekolah pulak rasanya.
Bagi saya yang sangat biasa dengan keadaan hospital daripada kecik lagi memang tak peliklah bila tengok manusia seramai-ramainya macam tu. Hospital kerajaan katakan. Perkhidmatan percuma yang diberikan sangat menarik perhatian. Apa je yang percuma memang menarik perhatian kita kan? Hehe. Bila saya pergi ke kawasan show, pusing-pusing, cari makanan saya ternampak gerai jual baju baby. OMG! OMG! OMG! Sangat comel. Kenapalah baju dia kecik-kecik sangat ni? Rasa macam nak dodoi-dodoi baju tu walaupun takde yang memakai. Mulanya saya dah nampak 2-3 baju yang saya rasa memang confirm saya beli tapi disebabkan kat tangan ada makanan jadi saya decide untuk makan dulu dan datang balik kemudian. Tapi boleh agak kan? Bila saya datang balik baju tu dah takde! Saya hampir-hampir mengaum kat gerai tu tapi saya berjaya control. Frust tak terhingga sampai rasa macam nak jirus tokey gerai tu dengan minyak tanah lepas tu buat-buat terbaling mancis. Akhirnya saya cuma dapat beli satu je. Baju tu sangat kecik sangat comel sangat cute sangat adorable. Saya cakap dengan Nad baju tu akan jadi baju kenangan sebab itu adalah baju baby pertama yang saya beli. Tak sabar nak tunjuk kat daddy.
Bila balik saya terus tunjuk baju tu kat dia. Dia pun teruja tengok dan terus ambik baju tu lepas tu letak kat lengan kiri buat-buat macam tengah dodoi baby nak tidur. Lepas tu esok paginya saya pulak yang buat macam tu konon-konon tengah dukung baby. Teruja! Teruja! Teruja!
Alhamdulillah untuk perasaan ini.
Voice of MsGaijin at Thursday, July 28, 2011 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)