Nuffnang Ads

Friday, September 21, 2012

Shopping!

Klik sana klik sini tetiba saya terjumpa satu website online shopping ni. What is this?! Kau tahu apa akibatnya? Kau tahu tak? Hahh?!

I'm drooling. Air liur menitik tup tup tup. (Kau tak payah nak imagine sangat okay)

Eh saya tak sengaja. Betul saya tak sengaja. Saya tak sengaja boleh terjumpa website tu. Satu hari saya mengadap tanpa jemu. Kejap lompat kat Accessories, kejap lompat kat Dresses, pastu lompat lagi kat Tops, pastu lompat kat Pants tapi yang paling lama dok kat Footwear.

Actually website ni bukan jenis yg jual benda baru saja ataupun website yang jual their own product macam ThePoplook tu. Tapi ni lebih kepada kita register as a member then kita jual stuff yang kita nak let go. Tapi tak semestinya semuanya tu benda yang terpakai. Ada jugak orang yang jual something yang dia beli tapi salah size, beli tapi tak pakai, beli pastu menyesal sebab ada design dan kaler yang lagi cantek and so on. So kena pandai carilah lagipun diorang memang attach picture for every stuff. Enjoy tau sebab rasa macam sedang berada di tengah-tengah jualan lelong. So u have to grab it fast otherwise u akan ngences sebab orang lain dah beli dulu. Sebab saya dah pernah frust bila barang yang saya nak dah ada orang beli. Saya lambat 5 minit je lalu saya pun ngences. Kau tahu apa itu ngences? Kau google lah sendirik.

Pastu saya tetiba dah terbeli dua kasut. TERbeli ye kawan-kawan. TAK SENGAJA. Satu dia jual sebab bila sampai rumah tetiba kasut tu terbesar pulak. So it was trying dalam rumah je. Okay la tu kan plus masa barang tu sampai pun dia bagi dengan kotak original termasuk dengan segala span, plastik, harga semua ada. Yang second one pulak dia baru pakai 2 kali tapi still brand new. Macam tak pakai pun ada. Ah sukanya hatiku ini membeli belah tanpa pengetahuan dia. Tapi aku rasa macam berdosa je. Okay lagi 2-3 minggu ke baru aku bukak cerita ngaku salah mintak maaf. Tihtihtih.

Adalah diingatkan kalau nak beli kat website ni u have to trust and pasrah. Kena percaya yang barang tu semua okay based on gambar tu. Then kena pasrah lah kan. Nasiblah kalau tak kena tipu. Kena pandai survey and deal. Jom shopping! Klik sini.


Thursday, September 20, 2012

Kdg2 happy kdg2 tak.

Saya happy sebab saya dah duduk rumah yang sangat besar dan selesa. Saya happy sebab dah duduk rumah yang dekat dengan tempat kerja. Dinding kaler putih krim. Bilik air ada dua. Ruang tamu besar boleh guling-guling tanpa henti daripada pintu rumah masuk bilik tidur sambung ke stor patah balik masuk dapur dan berhenti semula kat ruang tamu.

Saya tak sabar nak tunggu langsir baru siap. Saya tak sabar nak tunggu perabot sampai. Semuanya saya tak sabar. Ah sonoknya! Sonoknya! Sonoknya!

Saya happy sangat. Betul saya happy. Tapi kadang-kadang mood happy tu tercalar dengan keadaan yang tak terduga. Contohnya saya rindukan anak saya. Kan best kalau dia ada kat sini dok sekali. Pastu kalau tetiba ada angin ribut guruh berdentum petir menyambar kilat memancar tapi dalam rumah. Haaa misteri kan kan kan?

Apa yang mampu saya katakan. Hargailah apa yang kita ada hari ini. Hidup kita dah makin selesa. Hidup kita dah sempurna. Di mata saya takde apa lagi yang saya nak cari. Segalanya sempurna dan indah. Cuma sikap yang ada perlu dibuang. Bukan diubah tapi mesti dibuang serta merta. Bukan untuk saya saja. Tapi juga untuk Dhia Zara. Untuk masa depan. Biarlah kesempurnaan ini terus kekal begini.

Saya tahu Allah mendengar setiap doa dan keluh kesah saya.

Ibu-ibu.

Tahu tak macam mana perasaannya bila kita tak mampu nak memberikan sesuatu pada anak? Hmmm ataupun masih mampu tapi tak berapa nak mencukupi. Gedit or not?

Sape yang tak tahu bahawasanya Zara masih fully bf sampai sekarang. Tapi keadaan dia yang dah makin membesar telah membuatkan saya rasa macam sedang cuba untuk berlari laju di tengah sawah yang dipenuhi lumpur di sana sini. Susah kan? Susah kan? Susah kan?

Dalam sehari saya cuma mampu menyediakan lebih kurang 30oz tapi kehendak budak kecik yang bajet hot tu dah melebihi 40oz. Katakan sekarang bagaimana saya nak kejar ketapi laju dakcik tu hah?!

Puas saya memikirkan apa saja cara untuk menslowkan ketapi dia. Saya cuba bagi dia formula milk tapi akalnya terlalu bijak. Dia reject terus. Dia kunyah-kunyah puting botol tu sambil tolak dengan lidah ke kananlah ahai ke kirilah ahai. Pastu susu tu dia kuarkan lalu tepi meleleh je. Okay thanx Zara!

Cuba pulak bagi makan nak kasik dia kenyang so that boleh reduce kasik susu la kan. Tapi dia tutup mulut dia serapat-rapatnya. Dia kemam bibir dia. Kalau dapat masukkan pun dia luahkan balik. Sambil sembur-sembur air liur. Can u just imagine how this kenit buat kita rasa macam nak tampo-tampo muka dia?

Apa lagi? Apa lagi? Apa lagi? Saya terpaksa merelakan hati ini untuk mencari ibu susuan untuk Zara. Saya niat cuma untuk sementara sahaja supaya dalam masa yang sama saya dapat kejar balik stok susu mengikut keperluan Zara. Saya nak pulun balik buat stok. Selepas diizinkan oleh dia dan suami ibu susuan tu, maka dengan rasminya Zara kini sudah ada 2 orang ibu susuan. Alhamdulillah dan syukur sangat. Mungkin ada orang yang macam pelik atau lagi kejam dia rasa macam geli kan. Tapi saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Zara budak kecik bukan dah tua macam saya, kau, kau dan kau. Kalau tak suka nasi boleh makan pizza. Kalau tak suka pizza boleh makan mee goreng. Saya kena ikut kehendak Zara dan Zara cuma boleh terima susu badan sahaja. Jadi saya tak peduli apa orang nak cakap.

Its okay Zara. Mummy will always try the best for you bebeh!

Jom pergi Courts Mammoth.

Pada satu hari sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung saya melalui jalan Kuala Selangor. Saya ternampak Courts Mammoth di sebelah kiri saya. Tetiba saya cakap dgn dia. 'U nak tau satu cite tak?'

Dulu masa saya kecik saya tak tahu apa itu shopping complex. Jenis yang macam mana atau apa yang ada. Sumpah saya memang tak tahu. Saya orang kampung. Satu hari tu saya ternampak Courts Mammoth ni baru bukak kat Kuala Selangor tu. Saya rasa macam excited semacam. Bila saya pergi sekolah saya cakap dgn sorang kawan saya ni. Berkatalah saya dengan penuh rasa confident. 'Weh nnt bila kita ada masa kita pegi jln2 kat Courts Mammoth nak tak?' Pastu kawan saya pun cakap 'Boleh jugak..tapi kat situ ada apa?' Saya pun jawab 'Aku pun tak tahu..nnt kita pegila tgk..'

Okay fine. Bila tingat balik sekarang ni saya terasa macam betapa vangangnya diriku. T_____T

Saya tak tahulah oi! Saya tak tahu pun Courts Mammoth tu tempat nak beli perabot dan kawan-kawan beliau yang sepesen dengannya. Rasa macam nak nyuruk kat belakang pintu kot kalau ingat balik. Ahhh vuduhnya aku ni!

Sekian.

Wednesday, August 29, 2012

Alhamdulillah.

Alhamdulillah saya anggap ini adalah rezeki Zara. Rezeki bulan Ramadhan. Selepas setahun lebih saya menunggu akhirnya saya dah pun ditawarkan kuarters di Putrajaya. Syukur sangat rasanya.

Tapi keadaan agak kelam kabut sebab tawaran tu datang masa bulan puasa. Dengan deposit rumah, nak raya, road tax kereta dah 4 hari mati tapi kami masih berjalan-jalan dengan selambanya sebab takde sorang pun yang sedar. Lepas tu tambah lagi dengan servis kereta dan tukar tayar kereta sebab memang dah botak sangat. Then suddenly wiring kereta pulak problem sampai hon tak bunyi, wiper tak gerak, signal tak hidup. Lagi teruk masa raya keempat tu nak start enjin kereta pun tak boleh sampai kena tolak je. Memang rasa tension sangat lah. Semuanya melibatkan duit!

Boleh bayangkan tak macam mana tensionnya kitorang? Sedih pun ada. Raya tu memang happy sebab ada Zara tapi belakang tabirnya rasa macam tak sambut raya pun takpe tau. Sekarang ni masa untuk pindah rumah pulak. Barang dah kemas sikit-sikit masuk dalam kotak. Lagipun takdelah banyak mana sebab kitorang memang tak beli banyak furniture untuk rumah PJ tu. Susah kalau nak pindah dan rumah pun sempit kalau nak hias beria sangat.

BPH dah call tanya dah duduk rumah kuarters sepenuhnya ke belum. Mestilah saya jawab belum. Yelah cuti raya je dah seminggu lebih. Dengan nak kemas rumah lama, nak cuci rumah baru. Manalah kita ada masa. Semuanya datang bertimpa-timpa, serentak dalam masa yang singkat. Macam mana kita tak stress? Tapi tetap bersyukur sebab dapat kuarters tu. Dekat sangat dengan ofis ni tak payah nak bayar tol lagi dah. Rumah pun besar dan selesa. Yahoo.com!

Jaga diri sendiri je dahlah.

Lebih kurang dalam sebulan dua yang lepas ada entry dalam blog ni yang telah mencetuskan sedikit perbalahan. Takdelah berbalah mana pun. Cuma macam ada orang yang tak tahu pape then tetiba nak menyampuk. Dikalangan siapa tu rasa macam malas nak cakap. Sebab tak perlulah kot kan. Motif?

Ingin saya jelaskan kat sini segala entry yang ada ni bukan dicipta dengan tujuan untuk memporak perandakan hubungan orang atau menghuru harakan sesama kita. Apa yang saya tulis kat sini kebanyakannya berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain, hasil carian di internet dan juga pemerhatian sekeliling. Bukan kita nak main belasah je. Sorry okay sebab i'm not the type of yang nak reka-reka cerita super duper best sebab nak tarik perhatian orang ke nak pecah belahkan orang ke nak buat fitnah ke and what ever.

Alasan kenapa dia menyampuk adalah nak pertahankan kaum tu. Oh okay thank you for that but i never ask for it. Saya bagi entry tu kat kawan saya sebab saya tahu masalah dia. As a reference for her. Then tetiba datang sorang mamat ni yang tak tahu pape, tak tahu masalah sebenar, yang memang zero for everything sound saya dengan ayat 'daripada ko sibuk berblogging lebih baik ko mengaji..'

Darah saya tak tunggu lama pun untuk naik. Kau boleh nak sound aku tapi make sure kau buat apa yang kau cakap tu okay. Even kain kau sendiri pun ada koyak sana sini. Memang saya marah. Jangan cakap saya emo tak memasal okay.  Apa yang saya marah kenapa nak babitkan blog dengan mengaji? Kenapa nak compare dengan agama? Sebab macam takde motif tetiba nak sound orang macam tu tau. U know nothing man so duduk jelah diam-diam jaga your own family. This is not about saya tak boleh terima teguran tu tapi saya macam terfikir eh teguran tu sebenarnya pasal apa? Dan bila saya tanya balik alasan dia macam yang saya cakap tu lah. Nak defend kaum dia lah sangat. Bukan pasal mengaji sangat pun. Sekian.

Kita ni kalau nak menyampuk tolong bagi salam dulu. Tapi rasanya kalau dalam situasi tak tahu pape lebih baik diam jelah daripada menyakitkan hati orang lain. Nak tegur tapi kalau buat orang sakit hati pun tak guna jugak.

Pagi-pagi dah bising.

Setiap hari di pejabat ni lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi akan keluar lagu-lagu patriotik dan macam-macam lagi yg diorang suka nak buh. Sekarang ni saya tengah dengar lagu Jalur Gemilang.

At the first place saya rasa macam okay je. Sebab macam okay jelah kot kan ada nyanyi-nyanyi. Lepas tu akan ada bacaan doa. Tapi lama-lama bila dah terlalu kerap dan hari-hari dok pasang lagu je saya rasa macam annoying pulak. I'm talking about the songs okay. Not the 'doa'. Tak boleh ke kalau pagi tu terus je baca doa? Bukan kita tak patriotik okay tapi just imagine lah kalau hari-hari pasang lagu kuat. Macam takde motif je lama-lama. Dahlah pejabat saya ni memang dah bising dengan orang main drum pagi-pagi. Urghhhh!

Saya pernah jugak pergi pejabat kawan saya. Tapi takde pulak nak pasang lagu hari-hari. Tapi kalau doa tu memanglah. Sebagai ingatan kepada Dia di pembukaan hari sebelum kita bekerja la kan. Tapi siapalah saya nak bising-bising? Tadah jelah telinga.

Agak-agak entry ni boleh kontroversi tak? Huhuhuhu i don't care at all. I have the right to speak it out. Peace!


Tuesday, August 28, 2012

Rindu yang tak pernah mati.

Pernahkah kita terasa rindu yang amat sangat pada seseorang walaupun orang tu ada depan mata? Ada je kat sebelah kita. Tak jauh mana pun. Memang akan jumpa walaupun tak bersama 24 jam.

Sememangnya perasaan ni sukar untuk ditafsirkan. Sukar untuk dimengerti bagi orang yang tak tahu nak menilai hati seorang manusia. Betapa rasa rindu tu cukup untuk menghadirkan sejuta perasaan lain yang menghidupkan segala kebahagiaan dan ketenangan. Saya tenang bila merasai rindu ini.

Sebak akan menghadirkan diri dikala rindu tak terhitung dek waktu yang berjalan. Menantikan waktu itu sampai membangkitkan lagi perasaan ini. Saya mahu menangis kerana terlalu rindu. Sesaat bersamamu ku kenang hingga ke hujung waktu. Sesaat berjauhan denganmu ku hitung detik waktu yang berlalu untuk kembali bersatu. Sesungguhnya rindu ini takkan pernah mati walaupun saya tiada lagi di sini.

Sebenarnya saya rindukan suami. Hahaha. Tapi itu bukanlah satu yang mustahil kan? Itulah keberuntungannya bila kau dihalalkan untuknya. Itulah keindahannya bila Dia menjadikan halal sebagai pemutus batas antara kita.

Dan sebak itu hadir bila saya teringatkan Dhia Zara. Ya Allah rasa rindu yang Kau hadirkan ini benar-benar menyeksa jiwa. Serasa mahu mendambakan sayap muncul dibahu yang bisa memungkinkan aku terbang ke sana memeluk dia. Dia yang lahir daripada rasa cinta. Dia yang wujud kerana cinta.

Nak nangis. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Friday, August 3, 2012

UjianMu adalah satu teguran.


Segala ujian yang datang itu umpama satu peringatan kepada kita di saat kita mungkin sedang melupakanNya. Dan setiap ujian yang datang itu pasti akan diiringi dengan keluhan, rintihan dan mungkin juga tangisan. Mengadulah padaNya kerana Dia rindu untuk mendengar kita bercerita dan merintih mengharapkan bantuan dan petunjuk dariNya.

Betapa aku sering terlupa bahawa adanya Dia yang selalu mendengar tiap doa dan keluh kesahku tak kira siang atau malam. Tak kira dalam lena atau jaga. Sesungguhnya hanya Dia sahaja yang Maha Memahami perit pedih yang dilalui. Hanya Dia juga yang akan membalas segala aniaya yang datang daripada manusia yang kejam.

Kenapa gigirl mencik boboy?


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Takdelah macho sangat pun. Kalau setakat nak tunjuk kuasa ingat orang akan respect ke?
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
Tak payah cakap kekasih lah. Yang dah ada isteri pun masih buat hal jugak macam mana. Saya meluat + menyampah betul dengan perangai lelaki macam ni. Tak sedar diri dah ada tanggungjawab tapi sibuk nak flirt sana sini. Apa hal?
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
Susah kalau dah jadi habit. Nanti sampai dah kahwin pun masih buat perangai macam ni. Yang halal ada tapi sibuk nak tengok yg haram. Yang dapat pahala ada tapi nak jugak yang dapat dosa. Tau tak tu zina mata?
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
Ini namanya vangang. Sekian.
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Alah diorang ingat diorang je yang ada ego. Bajet hensem la kalau ego tu tinggi melangit?
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
Dahlah menipu tu satu hal lepas tu bagi alasan vangang pulak lagi. Akhirnya menjerat diri sendiri bila si perempuan dapat tahu. Susah sangat ke nak jadi manusia yang jujur?
7. PERASAN
Aduhai lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tu. Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji.
Yang takde pape pun boleh nak perasan apa lagi yang ada semua tu. Bukan semua perempuan suka pandang luaran la weh.
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih. Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
Annoying gila. Macam dia sorang yang ada perasaan.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
Sangatttttttttttttttttt setuju.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
Entah, saya dah lama tak jumpa lelaki yang cemburu buta. Hahaha.
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
Ni namanya tak tahu malu. Sekian.
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.
Jangan ada makwe atau jangan kahwin kalau nak jadi workaholic. Senang kan?
13. PANAS BARAN
Masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payahlah bercinta.
Jirus je dengan air batu bagi dia sejuk. Okay tak kelakar.
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
Biarlah diorang nak sakit pastu mati cepat.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah sebab hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
Kau memang malang kalau dapat lelaki macam ni.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
Sopan santun amalan mulia.
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Samalah macam tadi tu. Kau jangan ada makwe lah kalau kau nak lebihkan kawan-kawan sangat!
18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Menghargai tu tak semestinya dengan hadiah, wang ringgit apa lagi harta benda. Cukuplah dengan perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Tu pun susah sangat nak faham ke?
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
As i said. Jujurlah dengan pasangan sebab itu tandanya kita sayang dan hormatkan dia. Kalau kau dah tak boleh nak jujur kau blah jelah. Buat apa nak tunggu lagi?
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Kita boleh tau lah mana yang sejati mana yang suka control macho. Kita bukan buta kita bukan bodoh. Blerghhhhh~