Segala ujian yang datang itu umpama satu peringatan kepada kita di saat kita mungkin sedang melupakanNya. Dan setiap ujian yang datang itu pasti akan diiringi dengan keluhan, rintihan dan mungkin juga tangisan. Mengadulah padaNya kerana Dia rindu untuk mendengar kita bercerita dan merintih mengharapkan bantuan dan petunjuk dariNya.
Betapa aku sering terlupa bahawa adanya Dia yang selalu mendengar tiap doa dan keluh kesahku tak kira siang atau malam. Tak kira dalam lena atau jaga. Sesungguhnya hanya Dia sahaja yang Maha Memahami perit pedih yang dilalui. Hanya Dia juga yang akan membalas segala aniaya yang datang daripada manusia yang kejam.
0 comments:
Post a Comment