Alhamdulillah saya anggap ini adalah rezeki Zara. Rezeki bulan Ramadhan. Selepas setahun lebih saya menunggu akhirnya saya dah pun ditawarkan kuarters di Putrajaya. Syukur sangat rasanya.
Tapi keadaan agak kelam kabut sebab tawaran tu datang masa bulan puasa. Dengan deposit rumah, nak raya, road tax kereta dah 4 hari mati tapi kami masih berjalan-jalan dengan selambanya sebab takde sorang pun yang sedar. Lepas tu tambah lagi dengan servis kereta dan tukar tayar kereta sebab memang dah botak sangat. Then suddenly wiring kereta pulak problem sampai hon tak bunyi, wiper tak gerak, signal tak hidup. Lagi teruk masa raya keempat tu nak start enjin kereta pun tak boleh sampai kena tolak je. Memang rasa tension sangat lah. Semuanya melibatkan duit!
Boleh bayangkan tak macam mana tensionnya kitorang? Sedih pun ada. Raya tu memang happy sebab ada Zara tapi belakang tabirnya rasa macam tak sambut raya pun takpe tau. Sekarang ni masa untuk pindah rumah pulak. Barang dah kemas sikit-sikit masuk dalam kotak. Lagipun takdelah banyak mana sebab kitorang memang tak beli banyak furniture untuk rumah PJ tu. Susah kalau nak pindah dan rumah pun sempit kalau nak hias beria sangat.
BPH dah call tanya dah duduk rumah kuarters sepenuhnya ke belum. Mestilah saya jawab belum. Yelah cuti raya je dah seminggu lebih. Dengan nak kemas rumah lama, nak cuci rumah baru. Manalah kita ada masa. Semuanya datang bertimpa-timpa, serentak dalam masa yang singkat. Macam mana kita tak stress? Tapi tetap bersyukur sebab dapat kuarters tu. Dekat sangat dengan ofis ni tak payah nak bayar tol lagi dah. Rumah pun besar dan selesa. Yahoo.com!
0 comments:
Post a Comment