Nuffnang Ads

Thursday, September 20, 2012

Ibu-ibu.

Tahu tak macam mana perasaannya bila kita tak mampu nak memberikan sesuatu pada anak? Hmmm ataupun masih mampu tapi tak berapa nak mencukupi. Gedit or not?

Sape yang tak tahu bahawasanya Zara masih fully bf sampai sekarang. Tapi keadaan dia yang dah makin membesar telah membuatkan saya rasa macam sedang cuba untuk berlari laju di tengah sawah yang dipenuhi lumpur di sana sini. Susah kan? Susah kan? Susah kan?

Dalam sehari saya cuma mampu menyediakan lebih kurang 30oz tapi kehendak budak kecik yang bajet hot tu dah melebihi 40oz. Katakan sekarang bagaimana saya nak kejar ketapi laju dakcik tu hah?!

Puas saya memikirkan apa saja cara untuk menslowkan ketapi dia. Saya cuba bagi dia formula milk tapi akalnya terlalu bijak. Dia reject terus. Dia kunyah-kunyah puting botol tu sambil tolak dengan lidah ke kananlah ahai ke kirilah ahai. Pastu susu tu dia kuarkan lalu tepi meleleh je. Okay thanx Zara!

Cuba pulak bagi makan nak kasik dia kenyang so that boleh reduce kasik susu la kan. Tapi dia tutup mulut dia serapat-rapatnya. Dia kemam bibir dia. Kalau dapat masukkan pun dia luahkan balik. Sambil sembur-sembur air liur. Can u just imagine how this kenit buat kita rasa macam nak tampo-tampo muka dia?

Apa lagi? Apa lagi? Apa lagi? Saya terpaksa merelakan hati ini untuk mencari ibu susuan untuk Zara. Saya niat cuma untuk sementara sahaja supaya dalam masa yang sama saya dapat kejar balik stok susu mengikut keperluan Zara. Saya nak pulun balik buat stok. Selepas diizinkan oleh dia dan suami ibu susuan tu, maka dengan rasminya Zara kini sudah ada 2 orang ibu susuan. Alhamdulillah dan syukur sangat. Mungkin ada orang yang macam pelik atau lagi kejam dia rasa macam geli kan. Tapi saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Zara budak kecik bukan dah tua macam saya, kau, kau dan kau. Kalau tak suka nasi boleh makan pizza. Kalau tak suka pizza boleh makan mee goreng. Saya kena ikut kehendak Zara dan Zara cuma boleh terima susu badan sahaja. Jadi saya tak peduli apa orang nak cakap.

Its okay Zara. Mummy will always try the best for you bebeh!

0 comments: